MAri KIta Berchatting

Friday, 21 July 2017

Berfikir secara positif

assalamualaikum dan selamat pagi.


Hi all, lama tidak ketemu. 
ok, go to the point. ALhamdulillah, tidak lama lagi aku akan berpindah rumah.
ALhamdulillah jugak ia rumah pertamaku. Seronok ke? aisshh..mau tak seronok.
Sekarang tengah berkongsi-kongsi idea apa yang perlu dibeli dan apa yang tidak perlu untuk rumah baru nanti. hehehehehe...

Lokasi? nanti la aku kongsi selepas semua selesai ye?
Bukan apa tak surprise nanti..so berfikir positif ok?
 :P

Untuk pengetahuan korang, beberapa bulan kebelakangan ni banyak perkara dan musibah berlaku.
Baik pada aku atau pada keluarga. Tapi entah la ek... bagi aku itu adalah satu dugaan dan cabaran untuk kita menghadapi kehidupan yang lebih mencabar di masa akan datang. BEtul??

Dan syukur Alhamdulillah, aku tempuhi dengan rasa tenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan..


Anyway..berfikiran positif itu adalah satu cara terbaik dalam kehidupan kini. Nak berfikir secara negatif tiada masalah, tapi harus dijaga dan diselitkan dengan positif. Insyaallah pasti tiada masalah..
MEngarutkan apa yang aku  cakap ni. Tapi itulah hakikatnya..TAU????

OK..next post insyaallah akan ku cerita apa yang perlu dilakukan untuk membeli rumah..:D

Friday, 7 July 2017

Bersawang Blog Weiii!!!



Selamat pagi to all bloggers..
Uitt..seram juga nak buka blog kwn ni sampai lupa password and username.
Sampai lupa mana satu nak buat.
Nak posting pun tak tahu kat mana..ajee gile..
Ni kena belajar balik untuk edit-edit ni
Gila ko nook..nak dekat 2 tahun tak update apa-apa.
Eh..2 tahun dah rupanya.Sekejap je masa berlalu kan?

SO..any news u want to know to all blogger especially to all my old stalker or anymous person??
Dont worry..just let me know.

Maybe kawan akan update secara kerap sekarang..
Insyaallah..

Ok..Tggu update kawan nanti ye?

Wednesday, 20 May 2015

update update update

Assalamualaikum dan selamat malam katanya
sihat tak semua??hope sihat ye..
lama kawan tak hupdate blog ni kan??
rindu kat kawan tak??
heeeee

So sementara menunggu idea2 bernas datang 
apa kata kalau korang bagi cadangan dekat kawan
apa yang perlu kawan bentangkan kat blog ni
untuk pengetahuan korang kawan dah kawin tau..
heee
opss..ada sorang anak lelaki..handsome boy
tapi kuat nangis..ada tips tak nak bagi kurang nangis
rasanya bukan sawan tangis..
tapi baka kuat nangis masa kecik2..(bapaknya baka)
hehehee

oklaa kawan2..nak tido laa
nanti kawan akan hupdate blog ni ok
insyaallah sebab kawan dah ok sekarang
Alhamdulillah

Nanti kawan akan citerkan semua yang korang tak tau..
ok..
keep in touching

salam muhibah dan salam 1 malaysia

Sunday, 15 September 2013

6 bulan lagi.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Wahh...berblog kembali aku rupanya. Dah lama tak menyentuh keyboard2 nak menaip isi2 yang nak disampaikan..OMG

Ehh, 6 Bulan lagi??Ye tak ye..6 Bulan lagi insyaallah untuk majlis perkahwinan aku..
Alamak aii..tak lama lagi dah ni. Persiapan?? 50% siap.50% lagi masih dalam perbincangan,persiapan dan macam2 lagi. Tema?? Owh..semestinya tradisional temporari. Apa tu??Korang tunggu jek laa 6 bulan lagi..
Tak lama dah tu. Kursus kawin aku dah buat dah..tinggal pergi temuduga jek belum..

Ketika ini aku juga sedang buat persiapan zahir dan batin,rohani dan jasmani dan macam2 lagi. Nak menjadi seorang ketua keluarga bukan mudah andai diri tidak cukup persiapan. Betul tak?
Oklaa..ada masa lagi aku update lagi blog..
OK semua??callloooooo betteyy...

Sunday, 14 April 2013

aaaaaargghh..marah ni

Assalam
Pening pulak kepala ni melayan cerita-cerita kat tv ni.
Seperti sedia maklum pilihanraya yang ke 13 akan diadakan pada 5.5.2013.
So marilah mengundi..eh eh eh..rasanya belum lagi kempen kan..heee
Tapi bukan pasal mengundi yang aku nak share ngan korang.
Tapi pengalaman aku setakat ni.

MARAH..satu sifat yang ada dalam diri setiap manusia.
Aku pun tidak terkecuali...
hari ni sebenarnya aku sangat2 marah..tapi kata orang diam tu lebih baik
marah dengan sikap manusia sendiri...
yang sentiasa menjadikan orang lain mangsa keadaan..
yang sentiasa menjadikan orang lain sebagai alasan
yang sentiasa menjadikan orang lain sebagai bahan kajian.
yang sentiasa menjadikan kuasa sebagai target dalam hidup..

eh eh eh..jangan risau..
sebenarnya aku marah sebab baru lepas tengok cerita Olympus has Fallen..
menarik cerita tu.. 
hehehe..
kisah bagaimana kuasa penting dalam kehidupan..
dendam yang membara..
kesetiaan kepada negara dan ketua..
dan musuh dalam selimut..dalang dalam kerajaan..
  
aku marah sebab memang ada terjadi dalam negara kita bagaimana kuasa menjadi tunjang kepentingan hidup sekarang..
maruah diri,negara dan keluarga mudah untuk digadaikan..
dimanakah kesetiaan,kepercayaan dan maruah mereka2 ni.
seperti dalam rukunegara kita:
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Monday, 11 March 2013

Astaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alahai..rasanya memang dah lama aku tak berupdate blog ni.
Rasa malas ada,sibuk pun ya, paling tak best idea pulak takde dah..
Dah tua agaknya,jadi segala idea2 tu hilang sikit demi sedikit,YA TAK?

Bila difikirkan kita ni hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari segala cubaan dan dugaan.
Tapi setiap dugaan yang datang kita jadikan sebagai pengajaran dan menjadikan kita lebih matang.
Aku juga tidak terkecuali dari menempuh dugaan dan cabaran.
Di tempat kerja, perhubungan sesama manusia, dan hubungan dengan orang yang tersayang.
Setiap yang berlaku sekurang2nya ada hikmah disebaliknya.
Kadang2 diam itu lebih baik, begitu juga sebaliknya.

Menjadi yang terbaik sebenarnya adalah impian setiap orang.
Akupun camtu gak..ingin menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Namun banyak benda yang harus aku belajar.
Dan dari cubaan dan dugaan itulah aku belajar untuk menjadi yang terbaik.

   

Wednesday, 14 November 2012

Luahan hati

Kehidupan di dunia ini memang tidak lari dari melakukan kesilapan.
Begitu juga aku seorang insan yang lemah yang selalu melakukan kesilapan.
Kadang-kadang aku sendiri tidak tahu apa yang aku lakukan,

Kadang-kadang aku juga tidak tahu yang aku telah melukakan hati orang,
menggembirakan orang atau sebagainya.
Jahatkah aku,,
Selama ini aku sentiasa berkorban untuk orang lain.
Aku juga ingin mengecapi impian yang orang lain juga impikan.
Selama ini aku selalu memikirkan perasaan orang lain tanpa mempedulikan perasaan sendiri

yang penting mereka gembira dan ceria,
Tapi bila aku memikirkan diriku..awh...macam2 yang terjadi.
Kenapa ye?
Adakah ini dugaan,cabaran atau untuk menjadikan aku lebih kuat dan lebih dekat dengan Nya,
Ya Rabb,...berikan aku petunjuk