MAri KIta Berchatting

Sunday 12 December 2010

Kehidupan di dalam Kehidupan

Salam readers..mesti tertanya-tanye kenapa tetiba mood aku teralih kan? erm..aku pun tak pasti tapi yang aku aku dapat rasakan yang sesungguhnya apa yang berlaku ke atas aku dan orang lain ada hikmah disebaliknya. Pertama terbukti apa yg kita rasa dan kita yakin Allah itu menentukan segalanya. Baik buruk semua telah ditentukan. Cuma kita kena yakin Allah sentiasa membantu kita dalam kesusahan dan akan sentiasa memberi kita panduan agar menjadi lebih baik dan baik di masa hadapan.

Aku bersyukur kerana mendapat peluang sebegini. Terima kasih Ya Allah..syukur. Aku mula mengerti yang kehidupan ini ada lagi kehidupan di dalamnya, untuk ku kupas satu2 mngkin memakan masa dan korang semua maybe tak berapa faham. Cuba korang fikirkan sejenak, sebagai contoh mengenai rezeki, bila kata Allah kehendakkan rezeki kita setakat RM3000,sekuat mana pn kita cari memang setakat itu la rezeki kita..tapi perlu ingat, kita perlu berusaha dan ikhtiar..

Begitu juga dalam perhubungan sama ada suami isteri,pakwe makwe, kawan or lain2.. Kita manusia memang tidak dapat lari dari menempuh pelbagai dugaan,ranjau dan cubaan. Allah nak kita tau sekuat mana dan sehebat mana pun kita sayang orang tu tak kira la suami isteri or lain2..if Allah nak uji dia akan uji..Dan Allah akan memberi kita ujian mengikut kemampuan kita dalam menyelesaikannya..Tuhan sentiasa memberi kita kebaikan dan membantu kita..cuma jangan la kita malas dan sombong untuk memnta kepadaNya.. setiap apa yang berlaku kita perlu redha.. walaupn permulaannya memang menyakitkan.

Saturday 11 December 2010

Salam Perpaduan

Salam to all readers..rasanye dah lama aku tak update blog..firstly,aku syukur kerana aku masih hidup di dunia ni.Pertama sekali aku ucapkan pada Allah s.w.t kerana sentiasa menyayangiku dan sentiasa membuka hatiku untuk dekat denganNYa..sesungguhnya dugaan yang aku hadapi membolehkan aku dekat denganMu Ya Allah..dan sesungguhnya aku tau setiap apa yang berlaku adalah kehendak Mu..Engkau yang menentukan segalanya dan aku sebagai hamba hanya merancang..Apa pun terima kasih kerana telah memberi aku ruang dan peluang untuk aku dekatkan diriku pada Mu Ya Allah..

Wednesday 8 December 2010

HAii

Salamm to all readers..rasanya lama dah tak update...erm...wat masa ni mood tuk berblog agak slow sikit..ada beberapa masalah yg perlu aku settlekan..so..tunggu jek k...

Friday 3 December 2010

Sharing is caring...

Salam kengkawan..ntah apa2 la tajuk entry aku hari ni. Nah sekali lagi kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak RON 95 hingga la ke gula.bayangkan RM1.90 seliter..erm..pastu gula lak RM2.10 perkg...camner tu kawan2?erm...ada pro and contranye perkara ni berlaku..Seperti yang kita tau kadar hutang rakyat kita adalah lebih tinggi dari kadar hutang negara. Ini membuktikan yang rakyat negara kita ni suka berhutang dan yang penting biar papa asal bergaya. Orang pakai kereta dia nak pakai, orang ada rumah eh..dia pun nak beli gak. So, camner tu kawan2?

Secara subjektifnya, kenaikan harga barang-barang ni amnya akan menyebabkan beban kepada golongan yang berpendapatan rendah. Walaupun begitu, mereka terpaksa menerima hakikat disebabkan barang2 tersebut adalah keperluan. Naik ke atau tak naik ke harganya, mereka tetap guna dan kena beli. Namun akan menyebabkan kadar perbelanjaan mereka bertambah.

Nah, jika kita fikir secara tersirat, mungkin kenaikan harga barang2 ni akan menyebabkan rakyat boleh berjimat cermat. Kurangkan makan benda2 manis..tak elok tuk kesihatan..

Nah..diluar sana ada banyak peluang untuk mereka2 yang memerlukan pendapatan sampingan. So dengan kenaikan barang2 ni, aku rasa inilah peluangnya untuk kita mngambil kesempatan ini. Ada yang free dan ada yang modal sampai beribu2 ringgit..

Okla...biar aku bagi beberapa link yang aku rasa boleh membantu korang semua menyelesaikan masalah kewangan anda semua...

klik sini
klik sini
klik sini
klik sini

Link-link di atas merupakan serba sedikit biz yang aku rasa dapat membantu anda..
banyak lagi link yg aku nak bagi kat korang tapi tunggu next entry..sharing is caring

masa untuk bertindak!

Wednesday 1 December 2010

Pejam Celik Pejam Celik 3

Peh..pejam celik pejam celik dah masuk bulan disember. Aduhai..cepat tul masa berlalu..dah habis dah rupanya bulan november. Aku baru jek rasa cam bulan 11 tu lama lagi..Peh..Subhanallah..Nah kau..next week ada meeting lagi..meeting2 meeting..keje camtu gak..
Alahai..napa laa...kadang2 aku takut gak..ye la gaji yang kita dapat cam tak setanding dengan keje kita yang tak seberapa..syubhah lak rasanye..tapi kene yakinkan..lagipun as a consultant memang camtu..kan kan kan??

Aku ni nak bertanye kat korang...hope dapat laa jawapan yang best2..antara kaki dan tangan mana yang bagus??




Gegar dengan Infinity

Uitt..salam..wah..apa tu gegar dengan infinity...erm..sejak akhir-akhir ni benda ni semakin menjadi perbualan hangat di facebook. Tak percaya on jek laa facebook anda. Erm..aku cadangkan pada mereka yang rasanya mempunyai PHD(perasan hasad dengki) yg level 10 punya dilarang melihatnya..sebab..ramai yang dah berjaya dengan bisnes ni. Lagipun benda simple dan senang..pastu modal murah lak tu. Berbaloi gak la. Aku pun tergerak lak nak join. Bukannya apa..bila fikir balik dgn RM100 tu bila belanja sekejap jek abisnya.. baik buat modal..ada untung gak kan..Bukan aku nak promote, sekadar orang kata selingan..apa-apa pun just usha jek la facebook aku tu nanti..
korang leh klik kat sini tuk ke facebook aku atau klik kat sini tuk ke blog bisnes aku..

apa-apa pun just enjoy yourself dan renungkan2 apa yang berlaku di hadapan anda..yang baik jadikan ikutan yang buruk kita tinggal2 kan...

Tuesday 30 November 2010

Tips2 Ketika hendak bercuti

Salam to all readers..ketemu kita kembali ya.Wah!!cam orang seberang lak. Ok, disini aku nak kongsi serba sikit apa yang aku leh share ngan korang semua tips-tips terbaik ketika hendak bercuti. Yelaa kan, cuti sekolah dah bermula,masing-masing mesti ada agenda tersendiri dengan family tuk together-gether kan...

1. Tips pertama sekali, pilih tarikh yang sesuai..tarikh yang paling sesuai adalah antara 1-10 dan 25-30 hb.. sebab pe..semestinya time tu korang baru dapat gajikan..sesuai gitu if nak p mana2

2. Rancang perjalanan dengan sebaiknya. Maksud disini berapa hari anda nak bercuti. fikirkan
apa agenda masa percutian anda. Sama ada secara santai, perseorangan atau macam2laa

3. Rancang budget. Ok..budget percutian perlu diteliti dan dirancang sebaiknya supaya anda
tidak over budget ketika bercuti. Pilih tempat yang menarik tetapi murah dan berbaloi untuk
percutian anda. Kurangkan mengeluarkan perbelanjaan secara berlebihan pada makanan,
barang-barang perhiasan atau hadiah supaya anda tidak menyesal nanti.makanan dan
minuman boleh dibawa dari rumah atau di masak ditempat penginapan. Untuk barang
cenderamata boleh pilih yang murah tapi berkualiti.

4. Akhir sekali, pastikan semua perkara yang boleh menyebabkan percutian anda dibatalkan,
tidak menarik diselesaikan dengan segera. Contohnya, kerja-kerja pejabat, kesihatan, dan
masalah-masalah lain.




Monday 29 November 2010

Kemeriahan berganda



salam all readers.Rasanye lama gak tak update blog ni. Almaklum agak sibuk di facebook dan kenduri kendara sedara mara dan sahabat handai. Wah, apa ke halnya tajuk entry aku kali ni. Erm..mana tak nye baru jek weekend hari tu aku menerima sepupu baru aku..haha..sepupu aku telah selamat diijabkabulkan dan dengan sekali lafaz sah menjadi suami orang..ok la..just layan jek pic kat bawah ni untuk tatapan korang. Manala tau kot2 ada yang berkenan dengan andaman mak andam ni..leh gak rekomen..hahaha..ok..layannnn









Wednesday 24 November 2010

Pejam Celik Pejam Celik 2

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan disember. Cuti sekolah dah bermula. Adik-adik yang menduduki SPM pun baru jek abis 2 paper..ye tak?Adui..rupa-rupanya 27hb ni dah 5 bulan aku bertunang..wah..cepatnya masa berlalu. Hari yang paling besar tak lama lagi lak tu...takut2..haha..Bila??hahah..rahsia.akan aku war-warkan pada korang nanti.Tunggu jek ye??
Sekarang sibuk aku mencari tips2 kebahagiaan rumahtangga, tips2 hantaran, butik2 perkawinan, dan macam2 lagi la yang berkaitan.Hah..sesapa yang ada buka butik-butik baju pengantin ke,andaman ke, Photographer ke,just info aku. Bagi la diskaun sikit, kawan-kawan..hehehe..
Apa-apa pun aku semakin tak sabar lak nak menunggu hari tersebut..bukan apa..takdela hari-hari aku fikirkan tentang si dia,dah ada depan mata hari-hari..sakit pening dia leh gak aku tengokkan nnti..ye tak??anyway..doakan kami cepat2 melangsungkan perkahwinan dan bahagia sehingga akhir hayat ok..oraittss..adioss

Sunday 21 November 2010

Tips2 saat akhir menghadapi Peperiksan.

Salam readers..erm..musim peperiksaan semakin hampir terutama untuk mereka yang menghadapi SPM dan STPM. Semoga berjaya..di bawah ni aku sertakan serba sedikit tips2 yang aku dapt kongsi untuk korang yang menghadapi peperiksaan

1. Pertama sekali..semestinya sebelum mengulangkaji atau membelek buku2 tu,,kosongkan
fikiran dan pasang niat untuk menerima ilmu. Bersihkan diri anda supaya anda segar
sentiasa.

2. Kumpulkan soalan-soalan tahun lepas bermula 5-10 tahun ke belakang. Ini untuk
memudahkan anda mengenal pasti soalan2 yang selalu keluar dan menjadi favourite pencipta
soalan.

3. Senaraikan topik2 tersebut dan minta bantuan dan nasihat dari guru2 atau rakan2 yang
pandai tentang topik2 tersebut.

4. Mula mengulangkaji sekitar jam 5 pagi. Ini kerana waktu tersebut amat baik untuk
penerimaan sesuatu perkara,

5. Rehat dan tido yang cukup.

6. Jangan mengulangkaji pada sekitar jam 5-7 ptg..ini kerana waktu tersebut tidak sesuai untuk
mengulangkaji pelajaran..Otak tidak akan menerimanya..SERIUSSSS!!

7. Mengadakan rehat selamat 20min stiap ulangkaji..

8. Bagi subjek yg mempunyai banyak fakta seperti biologi,kimia,sejarah,Pendidikan Islam..
tmpukan pada perkara2 penting seperti tahun, agenda, jadual, eksperimen, perkara2 yang
berlaku..Fahami dan bukan membaca kesemuanya..

9. Fahami segala teknik dan formula terutamanya dalam subjek Fizik,Matematik,Matematik
tambahan dan praktikkan.

10. Selalu bertanya..!!


SELAMAT BERJAYA



Saturday 20 November 2010

Program Hari Sabtu

Salam readers..selamat awal pagi..DI hari sabtu ni banyak gak la aktiviti aku selain aktiviti harian membersihkan sangkar arnab..peh..penuh najis2...

Tengah hari lak aku pi la kenduri kawin kawan sekolah aku dulu..adui..nasib la aku teringat..itupun bapak aku yang ingatkan. Mana taknya sampai 2 kad kad umah aku ni..Hetty2..tahniah sis..moga kekal sehingga ke anak cucu...Pas bersanding tu aku pun balik aa umah..ingat nak layan perlawanan akhir sepaktakraw sukan asia..tapi tgk player malaysia main lemah semangat aku..terus aku basuh kereta aku yang dah macam orang balik dari kebun. Penuh ngan tanah merah..

Pastu aku gerak ke kampung tuk p umah arwah mak uda aku..ada kenduri tahlil..pas lepak2..ngumpat2..aku gerak lak ke padang bola membasahkan baju..haha.malam lak pas kenduri tahlil p lak ke rumah pengantin kat sana..pas majlis berinai dan kompang aku lepak2 berborak dan layan karoke..hahaha..sampai laa kul 12..pastu gerak balik..erm...tu jek laa kot apa yg aku wat hari ni..takat ni lom lagi nak post sesuatu yg boleh mencernakan pemikiran..heheh..ok laa..adioss..





Friday 19 November 2010

Kahwin usia Muda VS Kahwin Usia lanjut Versi 2

Hai readers..fuh penat gak cari idea pasal kawin ni..uisshh...pahala ni beb..hehehe
okeyla..tanpa buang masa..nah aku sertakan kebaikan dan keburukan kahwin di usia muda remaja ni. Biarla aku bentangkan hujah2 kebaikan dulu la ye..then baru yang buruknya..

Kebaikan di Usia Muda

1. Memeriahkan dan meramaikan manusia di muka bumi ini. Nak dipendekkan cerita meramaikan
umat Nabi Muhammad SAW.
2. Dapat mengelakkan berlakunya maksiat@zina. Akhir-akhir ni kita selalu dipertontonkan dengan
kes-kes zina dan pembuangan bayi secara berleluasa. So, dengan perkahwinan ia dapat
mengurangkan kes2 tersebut
3. Dapat pahala yang lebih. Semestinya jika kita berumahtangga tanggungjawab suami isteri jika
kita dapat lakukan dengan baik akan mendapat pahala berlipat ganda.
4. Ketenangan dan Kebahagian sentiasa dihati. Wah ayat aku..kedua2 sifat ini akan menjelma
kerana orang yang kita sayang dah ada di sisi dan di depan mata kita

Okey??jika korang nak tambah sila lampirkan pandangan anda di komen!!

Ok..beralih pulak kita pada keburukannya

1. Rumahtangga akan cepat goyah!!(ni yang aku tak suka )
ini kerana kita belum cukup ilmu,skill dan teknik di dalam keharmonian berumahtangga..
namun semua ini dapat diselesaikan dengan senang jika kita tidak ambil mudah hal2
berumah tangga ni
2. Rasa diri masih muda dan single!! Yang ni bahaya kawan2..bayangkan umur 22 dah kawin..
mana puas nak enjoykan??so bahaya tu..


Opsss sibuk pasal kawin muda terlupa lak pasal kawin di usia lanjut..ok..dibawah aku sertakan kebaikan dan keburukan kawin di usia lanjut ni

KEBAIKAN
1. Semestinya orang yang berusia ni matang, lebih bertanggungjawab..jadi mereka akan dapat
membentuk satu keluarga yang baik dan yang di cari...
2. Kewangan yang stabil...so...mengenai perbelanjaan tidak ada masalah
3. Bersifat penyayang.. Bila di usia yg agak dewasa..sifat ini akan lebih menonjol..bangga tul sapa
yg dapat org camni!!(agknye)

KEBURUKAN
1. pertama sekali.semestinya ahli keluarga yg sikit.. Bila kita kawin di usiia yg lanjut
kebarangkalian atau probability untuk mndapt ank adalah tipis dan mgkin akn dapat 1 or 2
2. Bila umur dah dalam lingkungan 40 anak masih bersekolah dan masih kecil
ssh tu..takut tak terjaga t..dan tak terlayan
3. Cepat sensitif,perkara ni harus dijauhkan namun ia telah jadi sifat manusia,makin tua makin senstif





Kahwin usia Muda VS Kahwin Lambat

Salam to all readers...wah..musim cuti sekolah bermula dah ni..Hah..kat umah aku berlambak wedding card. tu lom campur invite di facebook..peh..pening2..kih kih
Ok..actually aku sebenarnya tak tau nak post apa malam ni..Tetiba jek aku terfikir tentang tajuk entry kat atas tu..Kahwin Muda VS Kahwin Lambat..ni pun aku terperasan post sahabat fb aku yang membincangkan hal ini.thanks to Ummul Aienn

Actually banyak perkara yang boleh dibincangkan di sini. Jika orang dulu-dulu boleh kahwin seawal usia 16 tahun kenapa sekarang tidak? Pelikkan ??sedangkan remaja sekarang di awal 12 tahun atau mungkin muda lagi dah mengalami kemanisan dalam alam perkahwinan ini. Tak tau la apa nak kata. Namun bagi aku jika orang dahulu boleh lakukan kenapa kita zaman yang serba maju tak boleh lakukannya..imposibble kata orang putih pun. Untuk perkara yang ini aku sokong kahwin muda..

Ok, kita berbalik pula pada keadaan ekonomi dulu dan sekarang. Jika kita lihat pada zaman sekaran,nowadays kata orang putih, purata pembelanjaan bagi setiap orang meningkat dari tahun demi tahun. Ini kita dapat lihat dengan kenaikan harga barang keperluan, petrol, dan utiliti yg lain. Dari situ akan timbul rasa keraguan terutamanya seorang lelaki dan ibu mertua bagi lelaki tersebut, bolehkah aku mnyara isteri dan anak2 nanti..?? Maka akan timbul bermacam-macam perkara seperti pergaduhan, cerai berai dan macam-macam lagi perkara yang tak elok jika kita tidak bersedia untuk berumah tangga. Dari itu, kita akan dapat lihat sesetengah lelaki dan wanita akan bekerja dan belajar dahulu dan jika semua dah stabil baru mereka berumahtangga. So kesimpulannya di sini..sumber ekonomi,kewangan perbelanjaan harian merupakan salah satu faktor mengapa lelaki dan wanita kawin lambat.

Bagi sesetengah penduduk di Malaysia terutamanya Melayu yang amat mementingkan maruah dan agama. perkahwinan merupakan satu perkara yang serius dan amat bermakna. Ini kerana, di alam perkahwinan, lelaki dan perempuan yang tidak ada sebarang pertalian akan duduk sebumbung dan bersama-sama selama mungkin dalam menjalani kehidupan harian mereka. Oleh sebab itu, akhir2 ini kita dapat lihat di kaca televisyen mahupun media akhbar sentiasa menyiarkan berita tentang penceraian. Ini juga merupakan salah satu kenapa ramai di antara mereka kawin lambat. Di sini saya ingin memberi pendapat bahawa jika kita buang sifat ego, sombong dan melahirkan rasa hormat satu sama lain, faham memahami perkara2 seperti penceraian tidak akan berlaku. Kemesraan yang dijalinkan akan kekal abadi dan pasangan akan merasa bahagia selamanya.

to be continueD....



Wednesday 17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Aku rasa lom terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha

Bila dikenangkan hari raya aidiladha atau korban ini, terdetik di hati aku untuk berkata dan kepala aku pn berfikir..apa pengorbanan yang aku lakukan untuk kedua ibu bapaku? negara? bangsa?

Di sini ingin aku kongsi cerita atau pendapat dengan korang bagaimana andai suatu hari kita berada di tempat ibu bapa kita??

Mesti kita akan terfikir betapa besarnya pengorbanan ibu bapa kita membesarkan anak-anaknya..Susah payah diorang memberi kita segala2nya..cukup dan tidak penah ada yang tertinggal..Namun..bila di lihat anak2 zaman sekarang, anda fikir apa pengorbanan mereka pada ibu bapa??Sapa yang harus dipersalahkan dan mengapa??

Renungkan laa kawan2 dan fikirkan sejenak untuk kita menjadi lebih baik...

Monday 15 November 2010

Pejam Celik Pejam Celik

Pejam celik pejam celik dah bulan 11..wah..pantas masa berlalu..dan dikirakan aku dah masuk 5 bulan dah mengikat tali pertunangan dengan tunang aku..hahaa..pantas sungguh masa berlalu..

Dipendekkan cerita, bulan November@11@bulan banjir tuk negeri johor penuh dengan jadual..
Almaklum banyak sangat jemputan kenduri kawin..Nah,bermula minggu ni sampai la penghujung bulan..Burp...kekenyangan dengan nasi minyak laa aku..dan Berebut-rebut laa nak ke tandas dek kemaruk makan nasi minyak tu td..hahaa

Anyway..buat bakal pengantin bulan november..diucapkan selamat pengantin baru dan selamat berbahagia

Saturday 13 November 2010

Luahan Hati Si Jejaka

Alhamdulillah,
Terbangun aku dari Lena,
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi,
Peluh membasahi seluruh badan,
Adakah apa yang aku lalui itu benar??
Ku lihat kiri dan kanan!!
Ahhh...bermimpi rupanya...


Seketika aku terbuai perasaan,
Aku terkesima..memikirkan si dia di sana
Risau,resah,gundah semua ada di hati
Aku tak tau apa yang nak diucapkan
Hanya luahan kasih sayang kepada seorang insan

Setiap hari,setiap detik, setiap langkah
Aku sentiasa memikirkannya
Adakah dia sihat?
Adakah dia sudah makan?
Bahagiakah dia??
Gembirakah dia??
Semua itu ada di benak hatiku!
BAgaimana aku nak katakan padanya?
Sedangkan diriku hanya insan biasa
Umpama aku semut engkau gajah

Namun, cintaku padanya amat mendalam
Cintaku hanya untuk dia siang dan malam
Aku berharap dapat bersamanya setiap malam
Supaya aku dapat menatap wajahnya di kala kelam
Agar tidonya lena tidak kelam

Aku hanya insan biasa
Mendambakan cintanya yang mulia
Sesungguhnya aku lelaki biasa
Tidak punya apa kurang paras rupa
Namun perlu kau tahu cintaku pada mu
Setinggi bintang di Angkasa
Nampak kecil di bumi besar di sana
Begitu la cintaku
Luar sedikit dalam besar naga
Namun ku tak tau bagaimana
Untuk ku pancarkan cintaku pada mu
Sesungguhnya aku hanya cinta padamu

Nah..aku terleka..
moga apa yang aku lalui di alam mimpi
tidak berlaku di realiti
semoga aku bahagia dengan si dia
kekal selamanya hingga penghujung nyawa




Friday 12 November 2010

Kasih Sayang,CInta VS DUIT

Salam readers..selamat pagi..syahdu tul pagi2 ni..
Hah..tajuk entry aku pagi ni agak berat sikit. Sebabnya idea aku tiba2 muncul dan ingin ku luahkan apa yang terbuku dihati..Terima kasih pada sesorang yang 'post' wall di Facebook..dengan mengatakan
"duit? kekayaan? banyak mane pn harte kite ade...
tetap xboleh beli kebahagiaan..."
Apa pendapat korang??
Disini aku nak kupaskan dan mengutarakan pendapat aku.

Jika kita selidik,kita fikir2kan ketika masa 90-an ke bawah kebahagiaan memang tidak akan dapat dibeli dengan duit. Sebab, orang dulu2 percaya yang kasih sayang adalah lambang kejayaan, kebahagiaan seseorang. Jika kita tiada kasih sayang, hidup kita akan porak peranda. Contohnya, pada zaman sekarang..kita lihat ramai masyarakat kita berlumba-lumba hendak jadi kaya,saya pun tidak ketinggalan..kerja kerja kerja..namun di suatu sudut yang lain kita akan lihat kasih sayang terutama kedua ibu bapa dengan anak semakin luntur disebabkan kesibukan bekerja. Apa yang anak buat di rumah atau di luar rumah tidak diambil peduli.Lantas berlaku la pembohongan dari anak..anak derhaka...mencuri..buat itu buat ini yang boleh disabitkan kesalahan jenayah..

Kita boleh lihat di kaca televisyen betapa ramainya anak2 di luar sana yang ketagih kasih sayang. Cuba kita tanya anak-anak remaja dalam lingkungan 18 tahun kebawah..terutama bohsia2, minah2 dan mat2 rempit dan banyak lagi remaja yang berpeleseran..apa sebab mereka jadi begitu!! Pertama2 sekali jawapan mereka..BOSAN DI RUMAH!! jika kita lihat kebanyakan mereka anak2 orang berada dan sempurna kehidupan mereka..apa yang mereka minta akan terlaksana..tapi mengapa jadi begitu..NAh kita renungkan kembali!!

Duit dan Kekayaan pada zaman sekarang memang amat diperlukan. Tetapi kita sebagai manusia perlu ingat yang perasaan cinta kasih sayang sebenarnya amat kuat dan perlu kita tanamkan sifat itu..Kita boleh lihat betapa duit boleh membeli kebahagiaan orang lain..

Lihat la bagaimana seorang isteri boleh meninggalkan suami semata2 kerana lelaki kaya, begitu jugak sebaliknya.. lihatla bagaimana kes cerai berai yang meminta nafkah beribu2 atau berjuta2..kita lihat bagaimana anak2 terutama perempuan jadi GRO,Pelacur semata2 kerana nak kaya...

Disini saya ingin katakan bahawa..banyak cara lain yang memang boleh menjadikan kita lebih dari apa yang kita ada sekarang..PM kita sendiri mengatakan yang rakyat perlu menjana pendapatan dengan menggunakan internet..NAH..home business..

SO..dengan adanya Home business..kita tidak la perlu meninggalkan anak2, keluarga..kita boleh meluangkan masa dengan keluarga di rumah..Tapi ingat, jangan la terlalu leka dan mengabaikan pula tanggungjawab anda di rumah.. JIKA tidak..anda sama seperti yang di atas tadi...

Sedar la wahai rakan2 dan masyarakat.. kasih sayang antara satu sama lain amat diperlukan.. Kita tidak akan bahagia andai satu dari nikmat yang Allah beri ini tidak kita hargai dan kita lepaskan begitu sahaja..Bersama-sama kita berkasih sayang, hormat orang tua dan bantu membantu sesama kita agar perpaduan dan keutuhan menjadi kekuatan kita di suatu masa nanti

Tips Mengelak dari Bunuh Diri

Hah!!biar betul tajuk hari ni readers...eh eh..jangan la fikir yang bukan2..ni ditujukan khas kepada mereka-mereka yang putus cinta,yang sentiasa sedih cam nak mati, yang cerai berai..gaduh2..smpai nak bunuh diri..hah..ni la tips nyaa:

1. Pertama sekali..semestinya ingatla Allah dek non oii..kita sebagai umat islam kene ingat yang
agama kita sendiri melarang umatnya membunuh diri..if nak mati sangat banyak lagi caranya
seperti kemalangan ke,mandi sungai then lemas ke,isk banyaklaa..

2. Pergila ke CC atau pusat internet atau Cyber cafe..nah..kat sana dah leh layan facebook,twitter n
banyak lagi sampai lupa nak bunuh diri. If geram sangat main game jek..cam life 4 dead ke, CS ke, FAME ke..semua tu game tembak2..so leh bunuh2...

3. Sentiasa berfikiran positif..yang ni betul dik non..jika kita sentiasa berfikiran positif maka akal
kita sentiasa waras dan tak gila..tak caya..try laa..serius..

4. Sentiasa cukup tido..kita sebagai orang dewasa digalakkan tido selama 6-8 jam..nah..sebab tu
tengok sesapa yang tak cukup tido perangainya..Ya Allah..tuhan jek yang tau..Dah macam
orang gila..bahaya tu..leh ke arah bunuh diri t..jauhkan dik yee

5. Hah, ni penting ni..DEkatkan la diri kita dengan Allah..sentiasa mulut dibasahi Zikir dan ayat2
suci Al-Quran, badan sentiasa dibasahi dengan wuduk..Insyaallah ok dik

6. Sentiasa tersenyum dan berwajah ceria...kenapa ye?supaya diri kita segar dan berfikiran
waras

7. Akhir sekali..Jangan sesekali tertekan..jika merasa tertekan luahkan serta merta..pastikan
tempat atau mereka2 yang menjadi tempat luahan anda selamat dan tidak merbahayakan..

Monday 8 November 2010

Hadiah dari aku kepada pembaca

Eh Eh...biar tul aku ni nak bagi hadiah kat korang..
hah..tul ker??
oppsss...just kidding..aku cuma nak berkongsi kemajuan zaman IT dengan korang.kira hadiah laa kan..bagi benda free kat korang..

aku ada link tuk korang..dengan jawab beberapa ssurvey dan kumpul mata..korang leh berjaya..dan mcam2 lagi..best siutt...sambil wat survey, leh jana pendapatan..dan yang best seronok

klik sini tuk ke link tersebut...seronook kawan2..tak rugi pun..free of charge..

Kisah dan Tauladan@Teladan

Selamat Pagi Cikgu!!

Teringat pulak zaman2 muda@kecik dulu..yela masa permainan lawan pemadam tgh femes, galah panjang, zaman2 kemeriahan dash yankuro,maoro attack..erm..agak best time tu.
Bila diingatkan kembali rasa mcam nak jek panggil doraemon mntak pnjam mesin masa dia tu tuk pulang ke zaman dulu..best oooo
Bukan macam sekarang..bila keluar jek ke bandar, nah arcade game,ps2, telefon bimbit kiri kanan, peh hebat budak zaman sekarang..
time aku dulu handphone pun aku tak kenal..if kenal pun tu telefon yg sebesar lengan jenama motorola tu..aduhai..leh pengsan anjing bila kene baling tu..
Nah..kat pc lak dah ada macam2 game, n makin canggih..
aku ingat masa dulu bila desktop ni baru nak naik..aku terror pakai Lotus 123..ingat ker?
n main game taip2 sapa paling laju..siap leh tembak2 lagi huruf2 tu jgn bagi kene bawah..seronok..smbil tu leh advancekan menaip..

Kesimpulannya dan teladannya..tiada yang duu maka tiadalaa sekarang..kehidupan semakin maju dan dengan kemajuan yang ada jangan la kita berpikiran kuno dan sentiasa ke belakang.majukan diri dan tenangkan jiwa..insyaallah berjaya...

Pelik Tapi Benar 2

Apa Kata Survey??

Biar tul??apanye???
survey-survey di Malaysia ni terlampau banyak sampai kadang2 ada yang mengarut!!
Ye ker??

iye..
tak caya??klik sini
aduhai...pelik tapi kenyataann

Sunday 31 October 2010

Menunggu Bulan Jatuh Ke riba

Salam readers..wah tajukk agak keterlaluan lak..haha
Apa2 pun aku dah lama rasanya tak update blog ni??ye ker?
Apa2 pun pertama2nya aku nak ucapkan syukur ke hadrat Ilahi
kerana aku masih lagi sihat walafiat sehingga hari ini

Tiada apa yang nak dikupaskan pada kali ini..cuma aku berharap agar bangsaku,umat islam yang
lain..segera la bangkit..bukan kerana apa, perhatikan sekeliling kita, dengarkan dengan telinga kita, rasakan dengan deria kita betapa dunia sekarang sudah pada tahap kekejaman yang paling kejam..
Tolonglah bangsaku..bangkit laa..jika orang lain boleh berjaya..kenapa kita tidak boleh..tepuk dada tanye diri sendiri..seperti kata Pak Nabil

Lu Pikir la Sendiri..Assalamualaikum

Tuesday 26 October 2010

Tetiba Jek

Eh eh eh..ttba jek jari aku ni gatal..ciss..patutla, dah lama tak update blog.Erm..nak cter pe ntah erk.hahaha..fikir2 nah tersembul idea aku nak create something yang ntah apa2 ntah..
Actually sejak akhir2 ni aku sntiasa fikir macam2..dari soal kehidupan hingga soal masa depan..wah, forward to the future..glam gitu de..

Apa-apa pun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi aku akal fikiran yang sentiasa waras dalam meniti liku2 kehidupan duniawi ni. Tidak taksub dengan bermcam2 benda kat dunia ni..syukur sangat..tapi kita sebagai manusia sebenarnya jangan la leka dan lalai dalam meniti kehidupan kita yang kita sendiri tidak tau penghujungnya. Kita kena la seimbang dalam mencari kehidupan di dunia dan di akhirat nanti..jangan la kita hanya mencari kehidupan duniawi smpai kita lupa akhirat sana..begitu gak sebaliknya..

Apa2 pun kita perlu sentiasa berfikiran waras dan sentiasa yakin yang Allah itu sentiasa membantu umatnya dalam setiap apa yang dilakukan..

Friday 22 October 2010

Salam

Salam readers..lama gak tak update blog.berapa hari erk?ke minggu dah?
almaklum la..agak sibuk sikit, ye laa nak menyahut seruan Perdana Menteri kita untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Tak lama lagi menara PNB lak nak naik,nah kau 100 tingkat, tapi persoalannya lokasi menara tersebut..area mana erk?sekilas pandang macam di area Stadium Merdeka..Oh tidak..jika laa disitu hope difikirkan kembali. Sebabnya, kawasan tersebut merupakan sejarah bagi kemerdekaan negara kita. Jangan la dimusnahkan...jadikan la ia sebgai satu kawasan sejarah.Baiki dan perindahkan lagi,,,

Yes..weekend ni dapat la aku balik kampung..erm..ada majlis kenduri kawin sedara aku..so.tak dapat nak on9 beberapa hari..ok laa..chow

Monday 18 October 2010

Kisah Semalam dan KElmarin

Salm readers..aduii penat gak baru balik keje ni, dapat lena sejam best gak kan??hehe..apa2 pun aku nak kongsi beberapa kisah untuk beberapa hari yang lalu..almaklum la dah 5 hari aku tak update blog..hehe..5 hari dee...

Weekend yang lalu agak sibuk la bagi aku..bukan apa..sibuk dengan kenduri kendara..3 majlis perkahwinan aku pergi..2 di hari sabtu dan 1 di hari ahad yang agak panas..Biasala pegi kenduri if tak tolong2 rasa janggal lak..disebabkam kerajinan aku pada tahap tinggi so..aku ringankan tulang aku..ermm

kisah satu lagi ni agak sedih la..Ketika aku sibuk membantu membasuh cawan di rumah sedaraku semalam..tiba2 aku terima call dari staff SAFF mengatakan AK dah meninggal dunia..terdiam aku..oo lupa aku nak cakap..AK ni Adnan Kassim, one of the director in our company. Aku terkedu coz baru jek 3 4 hari lepas aku call dia..seperti biasa laa dengan lawaknya..terkejut aku mendengar berita tersebut. Apa lagi aku mula la tak sedap hati dan call semua staff untuk kepastian. BETUL!!! sah..AK dah meninggal dunia. tidak sedarkan diri ketika menyertai MARATON dan meninggal kemudiannya..apa2 pun aku rasa terkilan coz this week memang aku nak jmpa dia tuk membincangkan masalah di tapak projek..

Al - Fatihah untuk Allahyarham Adnan Kassim yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad 17 Oktober 2010..Al-Fatihah

Wednesday 13 October 2010

Kata ku

Ayah beli arnab untuk adik2

Kisah dulu dulu

Salam readers.sambil mendengar zikir hasbi rabbi Jalallah kegemaran adik aku, tetiba terkenang lak kisah dulu-dulu. Bukan apa, tak salah kan nak kongsi dengan korang. Dulu aku dan family ada seekor kucing betina. Cantik gak la warna bulunya, kelabu putih, ekor panjang. Kucing ni datang sendiri kat umah aku. Mula-mula datang makan jek pastu bla..then makin rapat dan manja. So mak aku pun bela laa.. Yang bagusnya kucing ni, nak main datang umah bila malam duk luar..baguskan? Lupa lak namanya if tak silap aku Muni..camtu laa..tak berapa ingat dah..dah lama sangat..
Kemudian Muni ni bunting.dan selang beberapa bulan keluar la anak2 kucing yang comel. Yang paling comel adalah Boboy. Kucing jantan yang kacukan siam..Bulu warna coklat cerah gitu..Tak caya..tanye jiran sebelah umah aku..Boboy ni boleh dikatakan paling kitorang sayang,coz sangat cantik dan tak sangka yang ibunya kucing Malaysia leh beranak kucing siam..hahaha..sengal..
Adik beradik Boboy yang lain pun camtu gak.Manja dengan kami sekeluarga..Pastu abah buat rumah untuk diorang. Aduhai..macam-macam kerenah diorang ni..Tapi yang paling lama bertahan ialah Boboy..yang lain-lain biasa la..hilang ada, mati ada..tapi Boboy still dengan kami. Bila kami takde umah dia keluar dan duk depan halaman umah sampai kami balik.. Dengar jek kami balik mula la Boboy buat perilaku seekor kucing,hahaha..sendiri faham laa kan camner kucing bermanja..

Tak lama kemudian Boboy ni meningkat usia,tua..badan dan kurus dan luka di sana sini..bergaduh le pe lagi..If tak silap aku dia hilang dan tak dapat diketemui..Kemudian yang tinggal anak2 buah Boboy yang lain..hitam ada cklat ada,kunign he xde..Pastu arwah mak aku sakit..sejak itu..kami mengambil keputusan untuk menghantar kucing2 tu ke kampung. Kemudian kami dengar yang kucing2 tu seekor demi seekor mati..

Dan sejak arwah mak sakit sehingga kini kami tidak lagi membela seekor kucing..if ada pun kami bagi makan jek..bila yang dah nak rapat..hilang pulak..erm.a.gitu la kisah dulu2 aku

Kata Perdana Menteri

Aku rasa semua orang tau yang baru-baru ni..baru la kot. PM @ perdana menteri kita telah war-war kan bahawa rakyat Malaysia khususnye perlu menggunakan kehebatan internet untuk menjana pendapatan. Betulkan?kan3x..

Disini aku nak menjelaskan bahawa secara tulus ikhlas aku baru nampak yang memang benar apa yang dikatakan oleh PM kita tu. Manakan tidak, sekarang adanya facebook.twitter,blog lagi dan banyak lagi laman-laman sosial yang lain. Melalui laman-laman sosial tersebut, kita boleh menjana pendapatan. Misal kata si A berniaga dan keuntungan agak tidak meyakinkan. Namun si A ni adalah seorang facebooker,twitter,dan tagged. So dia mendapat ilham dengan mempromosikan perniagaan dia di laman-laman tersebut..Nah kau..dengan serta merta tup2 femes dan berjaya si A ni..

Aku rasakan penggunaan internet ni amat bagus andai dijadikan platform untuk berjaya. Ini kerana jika kita lihat zaman-zaman sebelum adanya internet, kita akan lihat bagaimana peniaga-peniaga mempromosikan perniagaan mereka. Banner disana sini..naik van atau lori memekak mengatakan ada sales dan lain2 lagi..mesti makan masa dan kos..kan??so dengan adanya internet ni..klik jek..dah settle...

Apa-apa pun yang penting diri kita sendiri. Jika kita ingin berjaya dan tidak mau ditakuk lama, ada banyak cabang dan pilihan untuk kita buat.Tepuk dada tanye diri sendri..

Tuesday 12 October 2010

Apa yang Perlu dikatakan...

Salam readers dan good evening to all my frenz..hehehe,cam syarahan lak.
Pertamanya aku nak ucapkan syukur kerana sehingga hari ini aku masih lagi berada di dunia yang fana ini.
Tetiba hati aku terdetik nak meluahkan apa yang sebenarnya selalu ada didalam pemikiran kuno aku ni.
Pertama sekali aku rasa amat dengki dengan bangsa cina terutamanya kerana mereka sentiasa bersatupadu dalam menjalankan perniagaan. Misalnya si A berniaga dan si B pun berniaga,bila si B susah si A dan persatuan mereka akan membantu sehingga berjaya.Cuba anda fikirkan kaedah ini secara mendalam. Baikkan??

Okla..saya bukan nak mengata bangsa saya sendiri tapi ada segelintir yang memang PHD(perasaan hasad dengki) amat tinggi. Bukannya apa, ia memang berlaku depan mata saya sendiri,terkena pada keluarga saya sendiri. Maklong saya dulu bukak satu warong, boleh dikatakan masa tu amat popular la warong tu. Semua ada laa.dari sarapan,masakan panas dan pisang goreng. Aku lak ambil kesempatan cari duit dengan membantu basuh pinggan. Erm..paling femes kat situ mee bandung.Terbaik wookkk..serius aku tak bohong..cter benar.. Pernah maklong aku cter yang ada pelanggan dari Muar sanggup datang ke warong dia semata2 nak cari mee bandung dia...

Tp tulaa..cerah tak semestinya sampai ke petang..makin lama makin merundum perniagaan maklong aku..nun di darat sana..sudah ada 2 3 lagi warong. Saingan makin sengit dan menjadi-jadi..kini warong maklong aku dah terkubur begitu saja angkara niat jahat sesorang..Pilu aku melihat maklong aku bila mana setiap kali dia ingin berniaga,hanya sekerat jalan disebabkan tiada pelanggan,cuma hanya pelanggan tetap saja yang ada..Kini mee bandung yang femes tu telah menjadi sejarah..

Berbalik kepada PHD ni..aku tak tau laa nak kata apa..Apa lagi yang perlu dikatakan. Bangsa kita perlu berubah. Perlu ada anjakan paradigma demi menjadikan bangsa kita satu bangsa yang disegani. Agungkan bahasa kita,Bahasa Melayu. Jadikan ia sebagai bahasa utama..kenapa tak boleh pulak..sedangkan zaman kesultanan melayu Melaka,pedagang2 asing terpaksa belajar bahasa melayu tau..

Kita sendiri lihat bangsa kita dilevel mana sekarang.Cuba kita lihat bangsa kita adakah masih ditakuk lama..yang sentiasa mengharapkan bantuan tanpa berusaha??di TV tu..kita lihat program bersamamu...sapa yang ramai memohon bantuan??aku bukan nak mengutuk bangsa aku, tapi aku sedih bila lihat bangsa aku berada dilevel yang tidak sepatutnya..jadikan zaman kesultanan melayu melaka sebagai panduan..jadikan kredibiliti dan perpaduan bangsa cina sebagai rujukan,dan jadikan Al-Quran sebagai pedoman.
Takkan Melayu Hilang Didunia

Monday 11 October 2010

Orang Dulu2 kata

Salam wahai readers blog yang dihormati..heheh..benak lak kepala otak aku malam ni. Tak tau la kenapa, mungkin terlalu memikirkan masa depan ni..Ni if PM tau ni leh jadi penasihat dia agaknya..angan2 mat jenin..hahaha

Topik yang aku nak kongsi ni sebenarnya mungkin tidak sepopular penceraian kak engku atau kekalahan pasukan hoki Malaysia di Sukan Komanwel 2010 mahupun kemenangan Pandalela dalam acara terjun tu..tidaakkk..ia hanya sekadar santai jek

Bukan apa..2 bulan ni semua penghuni rmah aku kecuali ayah n aku diserang demam campak atau chicken pop..nah kau, berbintik2 di sana sini plus gatal2..paling teruk setakat ni mak aku la..dah cam tak tentu arah dah aku tengok. Hah, bila demam campak ni..mesti korang terpikir pantang larang orang dulu2 dan petua orang dulu2 kan??

Atuk aku,makcik2 aku pernah cakap, bila kene demam ni minum air kelapa muda yang hijau2 tu cam pic bawah ni.
Sedap lak kan..pastu leh guna daun cermai buat bedak..ala tepek2 cam bedak sejuk..tau tak camner daun cermai tu??tengok kat bawah ni
Nak tengok camner nak tepek bedak ni..hah..jangan terkejut lak..tengok bawah ni;

Hah..lagi satu petua..orang dulu cakap bila kene demam campak ni jangan mandi,sebab aku tak tau la..dan jangan garu..penting tu..supaya bisa@air tak merebak.
Tapi doktor lak cakap bila kene demam ni boleh mandi selama mana mungkin..wah..bercanggah ni..

Erm,bagi aku tak kisah la moden ke tradisional ke..yang penting sihat dan cergas dengan baiknya..

moral of the story:

jangan ketawa dekat dengn orang yang kene demam ni.nanti berjangkit.hahha

Sunday 10 October 2010

Orang Kata 1

Salam.aduh..penat aku hari ni. Apa taknye, kenduri tiap2 minggu,tambahan lak hari ni 10.10.10, apa lagi banyak laa kenduri kawinnya. Bayangkan sepanjang aku pulang ke kampung nak ke kenduri di sana, ada 3 kenduri lagi sepanjang laluan tu. tema lak macam2..merah putih ada, hijau putih ada, cuma biru muda + putih + merah jek takde..haha..tak paham ke??paham2 sudah laa

Orang kata tahun ni tahun gerhana means bulan gelap. If buat majlis ke akan ada masalah, dugaan kepada pasangan. Ye ker?tak tau la aku..bagi aku tu semua kehendak tuhan, Dia yang menentukan segalaNya..Dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

OraNG DULU2 juga pernah cakap jika buat majlis kenduri kawin, if nak elakkan hujan letakkan la seluar dalam or baju si pengantin kat atas atap. Ye la, nak bagi majlis tu berjalan lancar..isk orang dulu2 la berkata begitu...ye ker??

renung2 kan dan fikir2kan laa sendiri..

Tuesday 5 October 2010

Atuk Aku Kata~~

Nun di satu petang, time aku nak balik kg hantar atuk aku, kitorang borak2 la. Aku suka borak dengan atuk aku tu. Kenapa?? Sebab dia suka citer pasal orang dulu-dulu, pantang larang dan banyak lagi la..syok dee...

Time tu hari nak hujan, citer punya citer, tetiba atuk aku berkata:

Orang dulu2 cakap bila hujan lebat dan ribut petir ada orang kenamaan atau berpangkat nak meninggal!!

Ye ke tuk??, Ye wookkk..kata atuk aku. Dia cter la masa Allahyarham Tun Abd Razak meninggal, masa tu hujan lebat dan ribut petir di tengah malam. Smggu kemudian Tun Abd Razak meninggalkan kita semua. Dalam hati aku..dah takdir dan smpai waktunya..semuanya Allah yang tentukan.

Ada sekali tu atuk marah aku sebab potong kuku malam2. Dia cakap tak baik sebab cepat 'kembali'.

Moral of the story is orang2 dulu amat mementingkan pantang larang dan ada kebaikan di sebaliknya..renung2kan dan selamat beramal

Thursday 30 September 2010

Dunia Zaman Sekarang

Erm, bila difikirkan kembali agak menakutkan dan membimbangkan keadaan dunia zaman sekarang. Yang lemah ditindas, yang kuat bermaharajalela. Contoh sudah ada depan mata kita. Nun di Timur Barat sana.Korang lihat sendiri bagaimana kehidupan rakyat Palestin. Tanah mereka dirampas, rumah dimusnahkan, waris diseksa dan dibunuh sekejam-kejamnya.

Kita di sini hidup aman dan damai. Syukur!!!Betul?? Tapi masih ada jugak yang mahu hidup kita ini diancam. Fitnah di sana sini, rasuah bermaharajalela, undang2 ditolak ke tepi,rusuhan,demonstrasi dan macam2 lagi la. Kenapa semua ini berlaku??tepuk dada tanya iman. Hanya diri kita yang tau kenapa semua ini terjadi.

Kenapa zaman2 dulu tidak seperti ini? Hidup aman, tiada penyelewengan,rasuah pun takde,kenapa ye??Renung2kan dan selamat beramal

Wednesday 29 September 2010

Pening-pening

Aduhai,setiap kali lepas raya mesti kepala aku pening. Kenapa?? Sebabnya lepas ni ramai la orang buat kenduri kahwin. Yela, mana tak kepala aku pening, asal pegi jek kenduri semua tanya aku, " kau bila lagi", "lepas ni turn ko ye". Yang lagi best pun ada, " aku rasa macam nak makan nasi minyak kat umah kau le man, bila erk?mana kad"..

Nah..mana tak pening? so, untuk pengetahuan semua, Insyaallah akan jadi semua tu. Cuma tarikhnya tak tau lagi..

Monday 27 September 2010

Perlu Ke

Bila agaknya Malaysia nak ada semua kelengkapan like a CSI? bestkan??perlu ker?

Aku rasa perlu sangat2..sebab?banyak kes bunuh kat Malaysia la ni..smpai kadang2 nak masik 1 thn tak habis2 kes...

Perlu ke semua barang2 tu?aku rasa perlu sebab snang nak buat DNA test, xsampai sehari..settle..

Kesimpulan: Perlu dan alangkah bertuahnya if dapat keje kat CSI..

Friday 24 September 2010

Perlu ke Aku Tdo Sekarang?

Perlu???berdasarkan tajuk di atas..amat perlu ker??
Berdasarkan sebab-sebab di bawah ni perlu ke tidak erk??renungkan?
1. Esok nak p ipoh,bertolak jam 3 pagi
2. Seharian kerje di aircond+panas+aircond+panas+hujan
3. Makan, makan,makan
4. Duduk,berdiri,duduk
5. Melayan facebook sambil menggosok mata

So..pandangan anda amat di alu2kan

Pelik Tapi Benar

Betul la kata orang, bila dah malas, semua benda tak jadi. Macam sekarang, apa yang aku nak tulis kat blog ni pun aku tak tau..Tengok2 jek dah 2 baris. Pelik kan?tapi tula kenyataannya yang perlu kita renung2kan dan menjadi iktibar..hahaha~~amat merepek

Ni la penangan si ubat batuk cap Klinik Utama Segamat.huhuhuhu....

Thursday 23 September 2010

Nak Dijadikan Cerita

Salam, Nak dijadikan cerita boleh pulak aku menulis blog ni..hurm..tak memasal jek kan..argh..jap lagi nak layan PS2 lak, tak lama lagii lak nak layan bini lak..hahahaha, berangan jek. Kan?

So,hendak difikirkan
ada lagi yang lebih sengsara dari aku
insaf sementara aku dibuatnya
Subhanallah,
Maha Suci Allah,
Engkau Yang Menjadikan Sekelian Alam
Bila Engkau Kata Jadi
Maka Jadilah..
Subhanallah
Allahu Akbar















































































































IPD SEGAMAT 1

Lokasi : Tapak Projek IPD Segamat
Tarikh : 23/9/2010
Masa : 3.00 - 5.00 PM
Watak : aku, alom (pekerja Bangla), Mat bangla 2.

Dengan bernadakan tone polifonik nokia 5310 aku berbunyi. Ceh, tak boleh tengok orang nak main FM tul la, bisik aku

Alom : alo bos..bila mau tengok itu pressure test??
Aku : alaa..petang sikit la..sekarang baru kul berpa??
Alom : cepat sikit la bos...susah la ini macam
Aku : petang k..nnti sy dtg

So,dengan berbekalkan kemalasan aku pegi la inspection pressure tu..sambil-sambil cek angka-angak yang agak besar kemerahan tu boleh la pulak mat bangla 2 tu pasang lagu hindustan.

Aku : lagu apa ni??
Mat Bangla 2 : hindustan bangla mari.
Aku : Hah?hindustan bangla??ada ka??
MAt Bangla 2 : Ada bos..sama saja..
Aku : laa..saya ingat itu hindustan yang SRK ke,Salman Khan ke??
Mat Bangla 2 : Bkn bos..hindustan bangla sana datang..sini byk juga dapat...

Yela2..aku mengiakan jek...selesai jek inspect..aku pun chow..blk..dah lambat..nanti kene claim OT lak..

Wednesday 15 September 2010

Raya ke 7

~~Salam aidilfitri~~
Dan Selamat Pagi Plus Tengah hari
Apa la Plan Aku Hari Ni
~~BAngun Tdo Gosok Gigi~~
PEgi Raya Member Tak Muncul-muncul Lagi
Balik Kg P Kenduri
~~NTah laa..apa nak Jadi~~
Cam Mood raya tak datang2 lagi..
APa Nak DI kata Lagi
~~Ngadap PC 2 3 jam sekali~~
Fb.twitter blogspot pun jadi..

Tuesday 14 September 2010

Raya Ke 5

Tiada apa yang menarik raya ke 5
Kerja-kerja-kerja
Still mood raya
Still beraya ke rumah saudara mara

Monday 13 September 2010

Salam...yeah..akhirnya ada gak pic ni..tapi tak semua ada dalam gambar ni.Erm..apa-apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Atuk Enon Family Club..Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..kepada yang akan pulang ke bandar atau ke tempat kerja pandula berhati2..

Wednesday 8 September 2010

Menjana PEndapatan Dengan Bermodalkan RM5
Mudah, Senang dan Pantas


http://www.danaraya.com/?id=Syamliza

Sunday 5 September 2010

~~Sepi~~~

Salam, erm..pelik lak tajuk post aku hari nie, SEPI??? mungkin ramai yang mengerti maksud SEPI, faham kan??so, keadaan aku sekarang begitu laa..sepi..sunyi..erm...hanya bertemankan PC untuk keyboard ku di tekan2 menaip, dan beriramakan bunyi kipas yang seakan mengalunkan irama Beatles.arghhh..agak sukar untuk aku menghadapi semua ini....

Friday 3 September 2010

Ramadhan Bakal Berakhir...Syawal Bakal Menjelma

Salam Ramadhan..rasa macam sekejap jek masa berlalu..nah.dah malam 25 hari ini dan Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga aku berpuasa sehingga hari ini. Persiapan raya masih dalam proses, almaklum raya di pertengahan bulan, so paham2 sudah la. Sepanjang Ramadhan ni sempat jugak la aku ke Bazar Ramadhan kat town aku tu..apa lagi sekali pergi tak beli air Khatira tak sah. Fuh..syok oooo. Ditambah lak dengan murtabak yang dimasak panas2, aduhai nak gak aku makan kat situ. Erm, anyway selamat menempuh malam2 terakhir di bulan puasa ini dan banyak2 kan amalan, insyaallah,wassalam

Thursday 29 July 2010

Ramadhan Yang Bakal Menjelma

Salam..erm..tak lama lagi bulan ramadhan atau bulan puasa bakal menjelma. Erm..rasa aku tak kurang dari 2 minggu lagi seluruh umat islam bakal menjalani ibadah ini. So, ingat lagi ke niat puasa tu??jeng jeng jeng..lagi satu..pada yang berkenaan..dah ganti ke puasa tahun lepas??

Bila puasa nak menjelma ni aku teringat bila mana berduyun-duyun orang ke pasar ramadhan. Almaklumla semua jenis kuih muih,lauk pauk ada di jual..bayangkan yang takde kat sekitar tempat aku ada je..semua jenis masakan dari utara,timur,selatan n ada gak dr kepulauan borneo..Bangga aku jadi rakyat Malaysia ni..Hahaha...Hah..time ni la kan nak mentekedarah semua makanan2 ni kan?kan2? Tapi ingat...berhenti sebelum kenyang..nanti parah jadinya..elok2 sihat sakit nanti..

Erm..bila ramadan menjelma nanti malam nye pula sembahyang terawih..ni satu lagi hal..aku teringat bila time ni..semangat sungguh nak habiskan 23 rakaat tu..tiba kat 8 rakaat surender...penangan time berbuka la gamaknya..n mula2 bagus laa..selau jek datang ke masjid..tp dah hujung sibuk laa dengan persiapan raya..aduhai...betul x??
Tapi jangan di lupa 10 malam terakhir..malam Lailatul Qadr..banyakkan laa amalan pada malam tu..huhuhuhu...

Kehidupan Dulu Kini dan Selamanya

Salam dan selamat petang dan Salam 1Malaysia. Dah lama gak aku tak tulis kat blog ni..ye la, sudah ketandusan idea di samping kerja yang banyak yang cemburu padaku. Ye la, mana la kerja tak cemburu denganku,jika takde keje..hah..ngadap facebook..oh ye??facebook!!!apa tu??

Aku teringat ketika aku masih bersekolah lagi, internet pun aku tak tau apa bendanya, handphone lagi laa...yang aku tau telepon yang telekom bagi free tiap2 bulan tu..tu jek laa aku tau..hahaha..
Kata orang tiada yang dulu takde laa yang sekarang!!baru sekarang aku mengerti apa yang dikatakan itu. Aku teringat ketika aku masih kecil..ketika itu game yang menggunakan tape amat digemari..alaa..yang ada game mario,contra tu...sekarang..nah..PS2,PS3, WII,XBOX n banyak lagi..so..kita dapat saksikan kemajuan dan kehebatan masyarakat zaman sekarang..

Lagi satu aku termenung sendirian menyaksikan anak2 muda zaman sekarang..dulu time2 aku budak2 lagi aku selalu main teng2,galah panjang, baling selipar, sekarang??ada lg ke??cter skt??
erm...
Pendek kata nostalgia zaman dahulu sentiasa di kenang dan diingati kerana tanpa apa yang kita lalui dulu maka kita tidak dapat berdiri dengan teguhnya sekarang!!!

Tuesday 4 May 2010

Anything Can Happen

Setelah Hidup Hampir 27 tahun, ak lihat banyak perubahan dan ia membuatkan aku terfikir sejenak.
Arus perubahan sentiasa mengejar dan menanti kita sehingga kita lupa yang suatu hari nanti semua ini tidak berguna lagi. Aku membayangkan jika semua manusia sentiasa memikirkan kehidupan mereka pada dunia yang kekal nanti..bagaimana yer??

Kita boleh lihat yang manusia sekarang mengejar satu benda yang menjadi nadi kehidupan manusia zaman sekarang..ada yang panggil ia Ringgit, Rupiah,Dollar dan macam2 lagi berpandukan kepada negara dan tempat tinggal mereka. Manusia mengejar kemewahan tanpa mengira dari mana datangnya ia..halal ke, haram ke, yang penting mereka dapat..Maka timbul laa rasuah, tipu menipu, samun, rompak, dan tak juga MLM..

Memang tidak diragui zaman sekarang banyak cara terbaik untuk kita mencari 'benda' ni..mana taknya, perniagaan online@ internet tumbuh bagai cendawan selepas hujan..pelikkan??tapi bagi aku ia tidak pelik kerana zaman sekarang internet menjadi satu kemestian bagi semua manusia tidak terkecuali aku..semuanya mesti ada internet.. no internet no knowledge..betul ker?/

Zaman2 aku dulu takde benda2 ni semua..yang ada hanya la sebuah TV berbutton2..Handphone??apa tu??masa zaman aku takde benda2 ni..tu yang aku pelik zaman sekarang budak2 sekolah ada handphne..canggih lak tu..

Entahlaa..sekarang kita renung2kan laa dan pastikan yang anak cucu kita suatu hari nanti dapat merasa apa yang kita rasa sekarang..sekurang2nya mereka tau yang kehidupan kita dahulu tidak semudah yang disangka..

Sunday 25 April 2010

Pepatah ada mengatakan......

Salam 1 Malaysia..erm..mesti bila korang baca title entry kali ni, korang membayangkan yang aku akan mendiscusskan mengenai pepatah melayu..kan2??sebenarnya..takde langsung..huhuhu..aku tak tau nak kata apa sekarang..pejam celik pejam celik aku dah nak terima gaji pertama aku kat SAFF Consultant ni..uit..tak sangka lak aku..Aku rasa seperti tak percaya je..aku tak fikir apa2 cuma sekarang dalam kepala aku hanya keje2..huhuhuhu...awal2 permulaan kerja katakan..memang macam tu..kan??target aku 2 bulan aku kene bertungkus lumus untuk belajar semuanya dan aku berharap yang aku dapat pegi ke site..sebabnya gaji leh up dooo...pastu abis jek semua nnti aku nak request naik pangkat..gaji up lg..hehehe..pastu aku nak smbung belajar..part time jek laa..sekurang2nya tuk masa depan aku, keluarga aku nnti..hehehe..isk bnyak laa benda nak buat..nak kawin lagi..opss...terlepas suda...actually if tidak ada apa2 aral melintang aku nak tamatkan zaman bujang aku secepat mungkin...uiitt...cam jeles lak tgk member2 kawin..hahahaha... pe2 hal pun settle satu2 dulu...ye x??ok laa..ada masa aku post smthng yang best sikit..time to work..hehehehehe...

Friday 23 April 2010

Kegunaan Facebook Masa Kini

Dari Pengamatan akulaa facebook pada masa sekarang boleh digunakan untuk bermacam2 perkara :

1. Mengumpat, mengutuk dan mengata...satu spesis yg termaktub dalam diri manusia

2. Melepaskan perasaan marah, sedih, tension...coz dah takde tempat dah nak diluahkan

3. Mencari rakan2 lama yang terpisah dari bangku sekolah...isk bayangkan jika dapat bertemu rakan2 lama..best tu...

4. Berchatting...sok sek sok sek tentang hal semasa dan gossip2 panas masa kini

5. Mencari awek2/ pakwe2 / isteri/suami/bakal isteri atau bakal suami

6. Main games yang berlambak kat facebook sampai tak tau nak main mana satu

7. Upload pic personal atau tak personal secara berleluasa dan komen..

8. Promote MLM,jualan langsung, berniaga...bagus ni...

9. Mengisi masa terluang di ofis sambil membuat kerja..hahahahaha..

so..bayangkan jika tiada facebookk..camner laa erk??

Thursday 22 April 2010

Salam...erm..hari ni aku rasa penat sesangat. Aku baru jek balik dari keje dalam kul 12mlm..balik2 jek terus mengadap laptop..hehehe...nak tdo rasa cam xleh nak tido..aku pun tak tau kenapa..mungkin penat sangat agaknya..sambil2 tu aku melayan facebook sambil mata aku dah tahap kritikal..isk2..sabar laa..aku baru jek pas makan..kata orang tak baik pas makan tido..kan??apa2 pun hari ini aku takde idea untuk dibentangkan kerana semua idea2 aku dah digunakan seharian di tempat keje..so..jom laa kita tdo..hehe..ok??good nite all..and salam


Wednesday 21 April 2010

Nyamannya Malam Rabu

Salam...ermm penatnya malam ni...aku baru jek balik dari kerja..aduii..banyak lak keje nak disettlekan...pagi tadi lepas jek edit layout,print lak some of the urgent projek..huhuhu..pastu clean drawing dari arkitek. Ceh,sungguh memeningkan kepala aku nak membersihkan drawing yang berwarna warni tu..isk2...banyak tu...aduyaiiii..

Balik2 jek dari kerja aku terus mensucikan diri..means mandi laaa..hah!!fikir yang bukan2..ceh..then aku terus mensantapkan diri aku yang kelaparan ni..Pas makan layan jap ASMARADANA sebelum mengadap laptop ni..hahaha...Menunggu masa untuk tido...layann..k laa..time to sleep...see u tomorrow


Tuesday 20 April 2010

Kurniaan Tuhan...

Aduhai...syahdu sungguh malam ni...dengan angin yang sepoi2 bahasa dan cuaca yang dingin di malam hari menyebabkan aku berasa tenang + mengantuk..hehehe...seperti biasa hari ini aku bekerja seperti biasa...cuma hari ini agak senang bagiku coz overall kerja aku semua aku dah settle kan awal2 untuk aku menghabiskan sisa2 hari ini dgn berfacebook..hahahaha...petang td cik liz jatuh moto coz mengelakkan 'benda'..aku ingatkan 'benda' tu kayu ke,batu ke,binatang kecik2 ke..sekali mengelakkan kereta yang bagi signal tak betul daa..isk..dah la hujan time tu...erm..keadaannya stabil dan hanya luka2 sedikit jek...erm..apa2 pun dia leh bergerak ke pasar malam dan makan malam dengan banyaknya..heheheheh

Overall untuk malam ini aku rasa aman dan bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan padaku..Alhamdulillah syukur dan aku berharap esoknya adalah lebih baik dari hari ini..Insyaallah...


Monday 19 April 2010

Ada Apa 2 Tahun Akan Datang

Sepanjang aku hidup selama 27 tahun kat muka bumi ni..banyak perubahan yang aku tengok berlaku sepanjang kehidupan aku ni. Daripada sebuah kampung yang dikelilingi pokok2 besar sebesar2nya sehingga menjadi satu kampung yang maju, dari sebuah hutan yang diliputi daun2 hijau sehingga menjadi sebuah kawasan perindustrian dan banyak lagi laa.. Isunya disini apa yang akan kita lihat 2 atau 3 tahun akan datang..Bayangkan laa..

Bagi aku 2 3 tahun akan datang akan berlakunya perubahan dari segi ekonomi negara..Firstly aku tgk kejatuhan yang agak kritikal bagi US Dollar berbanding dengan RM..bayangkan dari USD1 = RM 3.8..sekarang USD 1 = RM 3.22 or smthing below RM 3.4..fuh..sggh menarik jika dapat dikupaskan kenapa ia jadi begitu..

2 3 tahun akan datang, Hutan2 akan menjadi satu kawasan larangan untuk dimasuki..fuh..bayangkan...KENAPA???? tengokla sekarang...hutan2 semuanya ditebang sewenang2nya...kononnya dapat permit tapi takkan la sampai teruk sekali kan??bukit2 smua di ratah camtu jek??isk..aku pelik laa kenapa jadi camtu??

2 3 tahun akan datang...aku rasa negara akan bertambah maju dan ramai penghasut2 terbaik di dunia akan hadir untuk meranapkan dan menjatuhkan negara...uiitt..takut2...aku harap pemimpin2 negara dapat bersedia dari segi mental dan fizikal serta strategi2 yang terbaik bagi menaikkan imej negara..

2 3 tahun akan datang..erm..insyaallah ada rezeki berkeluargalaa aku..ehehehehhehe


Tuesday 13 April 2010

Hari Ini HAri Rabu



SAlam dan selamat pagi..hehehe..pagi2 dah mengadap blog..hahhaa..mati if bos tau..pe2 pun sblum memulakan keje better update sikit blog..hahahaha..kan2??

tup tap tup tap..dah 3 minggu aku keje kat Syarikat consultant ni..tak sangka lak aku..isk..cam baru jek dalam 2 3 hari ke gitu kan...apa2 pun keje kat sini agak menarik hati dan doakan kekekalan aku di sini..apa ayat da....hahahahah..k laa..aku nak mula keje..da..t ptg sikit aku upload lg..tgh byk keje ni...isk2....

Sunday 4 April 2010

kebosanan yang melanda

Salam...jgn terkejut coz aku sempat menaip blog kat ofis ni...keje xde skang,so aku mengambil kesempatan dan masa yang ada dengan jayanya untuk menulis blog ni...hahhaa... pejam celik dah seminggu aku kat SAFF consultant ni..isk lambat tul nak p JKR ni..huhhuhuhu..leh naik gaji..hahaha,by the way..aku mengalami saat2 yang murung skang ni..sesapa nak cheer up aku dipersilakan dengan kadar segera..


Thursday 1 April 2010

HAri Baru

Erm...pejam celik pejam celik dah 3 hari kite keje kat SAFF TASS Consultant..erm...setakat ni keje ok n tak pressure..siap leh tido lagi..if nak tido laa..hari pertama keje jek kite dah kene OT 4 jam 30 min...hahahhaa...camner tu??kan2??erm....sempat tulis blog lagi...ye x???best kan camtu??pe2 pun harap aku ok keje kat sini...best2

Thursday 11 March 2010

Saya ingin ke Gatsby Deodorant Street Fair

Dalam beberapa minggu lagi satu peristiwa yang pasti menggegarkan satu Malaysia akan berlaku di BErjaya Times Square pada 17 April 2010. Nak Tau apa dia??hah...Gatsby Deodorant Street Fair 2010.. Banyak tau acara menarik yang bakal berlangsung kat sana..ada permainan,cabutan bertuah dan banyak lagi acara dan hadiah akan dijelmakan kat sana..isk, tak sabar rasanya nak ke sana.

Secara automatiknya jika pergi ke sana kita akan mendapat satu cabutan bertuah..isk if dapat la seronok rasanya..apa taknya, hadiah2 yang disediakan agak menarik seperti barang elektronik, telefon bimbit dan banyak lagi yang kesemuanya berharga RM15,000

Selain itu, pergi Deodorant Street Fair ni dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru or lama..isk seronok tu..best tu..so..saya betul-betul nak ke sana..harap tiada keuzuran..yee haaa...


Monday 1 March 2010

FACEBOOK!!!

Salam pada semua..hope sihat sentiasa. Erm, ada apa erk dgn facebook..?? Jika aku tanya pada rakan yang sebaya dgn aku dan budak2 sekolah semestinya jawapan mereka berlainan. Bagi aku facebook hanya utk mencari kenalan lama yang mungkin sudah lama hilang kabar berita, atau mungkin mencari kenalan baru...Ye la..sekarang jika tiada teman maka hidup kita akan sukar,Ye ker??

Dengan facebook ni aku dapat kembali bertanya kabar dengan kawan lama sezaman aku di sekolah..najib,azie,bantut@yan,napi,ghazali,mirul,dayah dan ramai lagi yang aku tak sebut coz ramai sangat..dengan facebook ni macam2 kitorang wat..ye laa masing2 ada karier masing2 dan hidup masing2...best sangat...melayan kerenah rakan2 kadang2 rasa macam sempurna hidup kita..

Bagi yang belum ada facebook tu..erm..sila laa buat akaun anda...free jek lagipun...dan anda tidak akan menyesal nanti..dan selamat mencuba dan kepada rakan2 moga perhubungan kita akan berkekalan..adioss..


Sunday 21 February 2010

Restoran Man Tom Yam


Salam kengkawan..rasanya dah lama aku tak mengupdate apa2 yang patut kat blog nie..sampai dah terlupa camner nak mendecoratekan blog ni,hahaha..gler lama tak update..so for this tonite aku nak story mory about makan..hahaha..nampak pic atas tu..Restoran Man Tom Yam Jalan Jelebu, N9..aku p makan bersama liza the lovely woman...actually kami tergoda dgn lampu2 yang menarik di pintu masuk restoran ni..so..lets go to adventure..hahaha

ok laa secara averagenya deco kat restoran ni agak menarik..dengan lampu dan susunan meja memang boleh kami agak yang restoran ni menerima kunjungan ramai pelanggan..so apa tunggu lagi..order2..pikir punya fikir..hahahaha...ini laa makanan yang kami santap malam ini..

aha..that the first order for us..fresh orange for me and air kelapa for miss liza..erm..nampak sedap dan menarik..nyam2yeh..satu lagi side order sudah smpai...chicken salad yang berharga RM3.50..erm..agak sedap dan menyelerakan..almaklumla...sapa yang order...hahahaha...Ni dia yang kami order suda sampai...udang goreng kunyit dan sup campur..bagi udang ni kami dapat simpulkan yang ia ada laa sedap..hahahaha..bagi sup lak agak pedas..so bagi mereka2 yang kepanasan,panas baran tu jangan laa makan..bahaya t..Ahah..ni yang kami tunggu..cuba teka apa kah binatang itu??ayam??ohh tidak...burung puyuh masak kicap...erm..rasanya??if anda pernah rasa camner the kampung person buat masak kicap..hahahah..camtu laa rasanya..sedap sehingga menjilat jari...Lupa lak..nampak nasi tu..hehehehe..nasi goreng ikan bilis dikongsi berdua..ye laa...nanti sapa nak makan lauk2 tu..beside,leh romantik2..kan2???tapi yang best kat restoran ni tak payah tunggu lama...cepat sudah siap walaupun malam tu ramai orang..best2...semestinya perkara yang kami tak suka walaupun kedai makan tu sedap...L.A.M.B.A.T = lambat....confirm takkan p lagi...so bagi restoran ni kami bagi 4 star untuk kecepatan..Urkk..alhamdulillah...hehehe..kenyang..mak oii..licinn...so..tunggu pe lagi laa kan..dah kenyang bayar laa....so harga kesluruhannya adalah...camner?>?ok??bagi kami oklaa..coz makan pun sedap,layanan ok,dan kepuasan tu ada...so after bayar and perut pun kenyang..pe lagi start ur engine laa..balikk,,nak tengok muka kenyang kami,...hahahahaha..ok see u dengan perkara yang baik punya..terutama pasal makan n jalan2..tunggu...salam 1 Malaysia

Sunday 7 February 2010

Tolong


erm...salam semua..aku rasa dah lama aku tak update blog ni..now i'm a worker and bz sikit..erm...now aku selalu memikirkan bagaimana aku nak mencari duit lebih. Memang tak syak lagi kat internet banyak MLM and macam2 lagi..kan??mana aku nak cari duit banyak2 erk..ada sesapa boleh bagi cadangan.???