MAri KIta Berchatting

Wednesday 14 November 2012

Luahan hati

Kehidupan di dunia ini memang tidak lari dari melakukan kesilapan.
Begitu juga aku seorang insan yang lemah yang selalu melakukan kesilapan.
Kadang-kadang aku sendiri tidak tahu apa yang aku lakukan,

Kadang-kadang aku juga tidak tahu yang aku telah melukakan hati orang,
menggembirakan orang atau sebagainya.
Jahatkah aku,,
Selama ini aku sentiasa berkorban untuk orang lain.
Aku juga ingin mengecapi impian yang orang lain juga impikan.
Selama ini aku selalu memikirkan perasaan orang lain tanpa mempedulikan perasaan sendiri

yang penting mereka gembira dan ceria,
Tapi bila aku memikirkan diriku..awh...macam2 yang terjadi.
Kenapa ye?
Adakah ini dugaan,cabaran atau untuk menjadikan aku lebih kuat dan lebih dekat dengan Nya,
Ya Rabb,...berikan aku petunjuk

Friday 7 September 2012

Kronologi 2012 Part 1

Assalamualaikum W.B.T
dan salam sejahtera..macam buat syarahan pulak ye?
anyway...lama tak berblog ni. Rasa janggal pun ada. Ayoo...kemon2..
Hari ni aku cuma nak kongsi sedikit ceritalah.
So far kehidupan sekarang bertambah baik dari sebelum ni. Alhamdulillah.
Seperti biasalah,kalau ongkosnya masuk banyak,keluarnya pun gitu juga ya.. bisa enggak?
Dalam tahun 2012 banyak jugalah cerita-cerita sehingga bulan 9 ni.

Macam-macam ada.
Cuma di awal permulaan tahun tidak ada apa-apa cerita.
Ketika itu aku baru nak bangun dari tidur setelah apa yang berlaku tahun 2010-2011.

Perit,pedih semua ada. Namun tu semua aku jadikan iktibar dan pengajaran pada diri aku sendiri.
Nah, bermulalah pada bulan Mac 2012. Aku berkenalan dengan seorang gadis. Menarik tertarik kau memang Dbomb....lengkap..cantik. Actually aku dah kenal lama dengan dia. Cuma berhubung gitu2 jek.
Aku bercadang untuk menjadikan dia isteri aku. Aku pun dah berbincang dengan family aku

yang aku nak jadikan dia isterinya dan bercadang untuk meminangnya pada Mei 2012
Tapi apakan daya,hajat itu tidak kesampaian kerana sebab2 peribadi yang bagi aku tidaklah perlu aku ceritakan..tidak elok..
Bulan April 2012 aku berpindah ke projek IPK JB. ALhamdulillah..lama aku tunggu saat2 tu.
Yelah..gaji naik sekali ganda sapa taknak..kan? setakat ini alhamdulillah kerja seperti biasa cuma biasalah mana2 tempat kerja pun semua ada masalah.
Eh2 bulan Mei- Sept takde pulak erk..takpe2, akan aku ceritakan kemudian.
Mata dah ngantuk,better tidokan?
oklah..kita jumpa lagi nanti..daaaa

Tuesday 4 September 2012

Selamat Bertemu Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah...dapat gak aku mengomel kat blog aku ni
Rasa2 macam dah lama tak mengupdate blog
kan?

So apa perkembangan kalian semua?
Aku? masih seperti biasa.
Bujang dan masih mencari calon isteri setelah bermacam2 peristiwa berlaku.

Eh,nak tau gak ke apa yang berlaku?
nantilaa akan aku ceritakan
Okeylaa..aku tak tau bila lagi aku boleh mengupdate blog ni
but hope u all sentiasa mengikuti perkembangan aku ni..ok guyss...
thanks to u all..thank you so much..


Tuesday 22 May 2012

Salam readers..hurm..lama tak aku tak update.. Tak sempat nak update..sibuk dan malas.. hehehe hurm..sekarang aku berada di JB jaga projek kat IPK JB... hurm...agak bz la juga sampai lappy pun tak sempat nak pegang. Sekarang ni laa baru nak dapat pegang... Aduii..macam2 dugaan sejak akhir2 ni kadang2 letih gak la nak menghadapinya.. sangat2 letih..aduooo huhuhuhuhu k laa..nanti aku update lg.. ada keje sikit nak buat..hurmm

Sunday 4 March 2012

OMG!!

Salam readers..
wah..lamakan aku tak update blog ni
lama tak?
korang tak rindu kat aku keR?
anyways..aku agak sibuk dengan kerja yang dah tahap kritikal dah ni
hurmm..
malam tadi aku bermimpi jumpa arwah Ir Adnan boss tuk company aku..
aku jumpa arwah tuk tanya pendapat mengenai pertukaran kerja aku
mana satu aku kena pilih..
but in mean time,aku rasa terkejut gak..
kenapa dia yang datang dalam mimpi aku..
kenapa erk?
hurmm..arwah memang baik..
best..
dan aku bermimpi aku berkahwin..
dengan junior sekolah aku..hah...
terkejut gak..
kitorang merancang nak p honeymoon terus aku terbangun..
ayooo
kenapa aku mimpi bukan2 ni..
aduhai..


beberapa bulan ni memang aku banyak berfikir..
kepala pun dah timbul urat..
huhuhuhu...






Thursday 2 February 2012

Kasih??fahamkah kau??

Tersenyum aku membaca mesej dari si dia..
bukan senyum kerana apa..
kerana dia tidak berubah..
tersenyum aku
mengajar aku erti kasih sedangkan...
hai..manusia..
sedar2laa..
kau mungkin tak tahu
kerana kasih aku dikhianati
kerana kasih aku ditinggalkan
kerana kasih aku dihina perlbagai
kerana kasih aku diuji..
tapi..
aku bersyukur kerana
kasih sayang keluarga aku
yang sentiasa memberi dorongan
sokongan yang pada luarannya tidak nampak dek mata kasar
tapi dapat dirasai
dapat dihidu..
kerana mereka keluarga aku...
dan kalau kau nak merasai apa yang aku rasai
insyaallah suatu hari nanti kau pasti akan merasai
seperti yang kau katakan padaku
orang teraniaya sentiasa dilindungi
yupp..thats rite..
dan mungkin kau tak tahu siapa yang menganiaya siapa
kan?
insyaallah andai suatu hari nanti kau berfikir walaupun sejenak apa yang berlaku
dan aku harap ketika itu kau mengerti
bertapa bersungguhnya diri ini untuk menyayangi
dan betapa sukarnya diri ini melupakan..
insyaallah
aku doakan kau baik2 disana
aku doakan kau berbahagia bersama orang yang kau pilih
aku doakan yang terbaik pada diri kau
dan semoga kau menjadi orang yang lebih baik baik dan baik

Saturday 21 January 2012

Selamat Ulang Tahun

Salam readers..ayoooo lama tak update kan?
korang follow tak blog aku ni..hehe..
n korang terasa tertunggu2 tak blog aku ni..hehehe..
sibuk sejak kebelakangan ni...susah nak update..
lagipun idea memanjang takde..damn

apapun hari ni 22.1.2012 adalah tarikh ulang tahun si dia..
yang ke 2_ (isi sendiri n teka)
wat sekian kalinya ini adalah hari yang sepatutnya aku memberi beberapa surprise pada dia..
tarikh ni memang sentiasa dalam kenangan aku..
bila sampai tarikh ni..tu diaa..sebak oo..
dengan tarikh 17 ogos..lagi la..

apapun..aku mengambil kesempatan kalau dia bacalah...mana la tau an..ntah2 dia follow
blog aku secara senyap..kan?
aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada sidia. Semoga apa yang dihajati dan diingini dapat dikecapi. Aku berharap semoga dia tabah dalam apa jua perkara yang dia tempuhi..ingat aku masih ada disini..cewah..
dan aku juga berharap agar dia dilimpahi rezeki yang halal,dijauhi yang haram dan menjadi orang yang baik kepada ibubapa,agama dan bangsa..
dan aku juga memohon maaf kerana tidak dapat menyambut bersama buat kali ini..
dan tunggu surprise dari aku..hehe..
selamat hari lahir uma..
take care dan jangan sakit...^_^

Tuesday 17 January 2012

Sangat Benci..

Benciinnyaa,,,
BENCI...bukan BENCIN tau..
huh..benci sangat dengan perasaan ni bila ia datang..
aku nak sangat melupakan pe yang berlaku..tapi kenapa dia selalu datang.
mentang2lah aku bukan jenis mudah melupakan seseorang..
damn it..
ramai cakap...cepat2 la kau kawin..cari pengganti..senang kau lupakan dia nanti
tanggungjawab kau pada isteri kau,takdelah kau nak fikirkan dia yang belum tentu fikirkan kau..
Hurm..
bila fikir balik..betul gak cakap diorang tu..
Hisk ntahlah..
takpelah,biar Allah saja yang menentukannya..
aku sabar jek..
kan?
Kadang2 penat taw..bila perkara2 antara aku dan dia datang..
baik yang baik mahupun perkara2 tragis..
hehe.
ntahlah..apapun
terima kasih awak kerana mengajar saya bercinta..
dan terima kasih juga kerana tidak mengajar saya bagaimana melupakannya..
thanks a lot..

Saturday 7 January 2012

Selamat Pagi..~~

Assalamualaikum dan selamat pagi..
semoga permulaan pagi ahad ini memberi banyak kebaikan kepada kamu semua.
Sebenarnya aku tak tahu nak post apa kat blog ni
kekeringan idea weeeehhh..
ni pun spontan jek apa yang ada kat dalam kepala..
kebelakangan ni aku tak cukup tidur
tak boleh tidur awal walaupun mata terpejam..
macam lagu fotograf lak..
bila terpejam lena,jasadku terus begini..
errr...betul ke?
(^_^)

Aku cuma teringat bagaimana peristiwa perjalanan hidup aku
yang hampir menjejak ke umur 29 ni
alamak..tua dah..
seorang yang gebu terus kepada seorang yang
handsome (angkat tangan ke bahu,mata ke atas)
bermula dengan sekolah tadika di kg,
pindah pulak ke sekolah rendah di segamat,
sekolah menengah di segamat gak..
melanjutkan pelajaran ke UiTM PP,
pastu ke ITP
keje kat Klang n Bangi..

Pastu,
terasa menyesal gak
menolak pemergian ke sekolah teknik,kononnya taknak berjauhan dengan kekasih hati..
last2 kene tinggal gak..
terasa gak la menyesal sebab menolak pemergian ke
UK untuk sambung studi..atas sebab yang sama dan beberapa faktor lain..
last2 skg ni meluap2 nak smbung..
tapi ada satu benda aku kene buat dulu..hee

then,ada satu benda aku tak menyesal.
sebab aku rasa aku mengambil satu keputusan yg tepat
stop studi tuk jaga arwah mak aku..
walaupun takdelah jaga sebaik mana..
tapi berbaloi gak laa..
kalau tak,takkan sampai sekarang masih terngiang-ngiang kat telinga aku ni
masa aku nak sambung lik studi..
"Bila nak jaga mak lagi,kamu tak nak jaga mak lagi ke?"
sapa tak terkedu dengar camtu oooiii...

isk..kalau nak ditulis ni mau sampai esok pun tak abis..

so apa2 pun..
syukur aku masih berada di mukabumi Allah ni..
dan aku berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan..
memberi kekuatan dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan.
yang baik itu datang dari Allah SWT
sama2 kita renungkan dan sama2 kita menjadi manusia
yang berguna pada agama bangsa dan negara..

da mcm nak kempen meraih undi lak an..
heee.
k bye..
(^_^)







Thursday 5 January 2012

Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain..

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat bermain..
amboi aku dah mula dah dengan peribahasa lak..
sori readers..hehee..
anyway..assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aduii,agak penat sikit hari ni..balik around 9pm.
Minggu2 yang menyibukkan telah datang..
Almaklum projek dah nak serah..
Semoga semua selamat..
apapun sambil membuat claim kontraktor ni sempat lak aku berangan..
eh eh eh ..bukan berangan nak kawin ye..
teringaat zaman2 kanak2 dulu..
tak macam zaman sekarang.
teringat masa tadika kat kampung..
seronok..sebab yang mengajar makcik2 aku..hgehehehe
pastu kawan2 lak kebanyakan sedara mara..hahahaha ..lagi laah..
aku nak mengingatkan sahabat2 sebaya aku kat kampung ni..
manalah si jamaah,liza (err..bukan liza comel tu erk),syed..
along,atan ada lagi kat kampung tu..boy pun..
teringat lak arwah zaki..al-fatihah buat beliau..

kemudian pegi tadika jalan kaki jek ramai2..
petang main baling selipar,teng2,main pondok2..ahak..seronok ooo
yang best aiskrim pelangi...erh tau tak..yang cam kat bawah ni..
hehe...40sen jek time tu..dingdang,tora tu dah perkara biasa..
pastu ada duit sikit pegi try main tikam..eh...tau tak..cam kat bawah ni..
hehe...kira time dulu2 takde ps2,pc pe kejadah tu semua..hehe
paling bangsat pun time tu game tetris..kira terbaik laa..
hahaha..k la..
aku nak sambung buat claim ni..
nanti citer lagi..k guys..:)





Wednesday 4 January 2012

Tips Diri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Rasanya lama dah KP tak update blog an..
rindu tak?
sebenarnya KP agak sibuk kat site..
Almaklumlaa dah nak serah projek kat client.
huhuhu..seronok gak sebenarnya dengar nak serah2 ni
sebab pasni leh menambahkan ilmu kat projek lain

Eh eh..kenapa pic kat atas tu?
owh..sebenarnya KP nak kongsi sesuatu dengan readers..
apa dia?
Ok..begini..alhamdulillah..syukur sangat2 kehidupan KP agak ok berbanding dulu.
Pertama sekali KP teringat kata2 pakcik KP mengenai rezeki.
Pertama,jangan sesekali merungut mengenai rezeki yang ada.
Misalnya, ketika ini gaji kerja kita cukup2 makan..dan jangan sesekali merungut itu tak cukup ini tak cukup..sebab setiap apa yang kita cakap adalah satu doa. Betul2 tak cukup baru tau...
So,better cakap alhamdulillah..betul kan?

Kedua,janganlah kedekut untuk berbelanja ke arah kebaikan atau mengeluarkan duit tu ke arah kebaikan..
Tak salah untuk kita derma,menolong orang susah..
Dan ini terjadi pada KP sendiri.
Suatu hari tu,memang KP sangat2 kering,dalam wallet cuma ada RM50,dan ketika itu hari jumaat. Gajilak lagi seminggu.Setiap kali jumaat KP akan mendermakan sedikit wang kepada masjid. Dan saat itu juga ada sahabat ingin meminjam wang. Jadi saat itu KP agak berat hatilah untuk bagi. Tapi KP tanamkan keyakinan bahawa rezeki itu datang dari Allah. Dia yang menentukan segala2nya. Kalau KP tak bagi kat sahabat tu,takut lak t dia pnjam kat along ke,orang yang jahat ke,apa ke kan..KP yakin andai KP berniat baik dan ikhlas,Allah akan bantu.
Alhamdulillah,beberapa hari kemudian,KP mendapat bayaran persembahan pentomen yang telah diadakan 2 hari selepas kejadian.

Apa yang KP cuba sampaikan adalah..janganlah kita terlalu memikirkan soal harta benda,
duit2 yang ada..kerana sebanyak mana kita simpan,kita cari..kalau sedikit dah ditakdirkan untuk kita,kita harus terima..jadi gunakan sebaiknya..dan yang penting NIAT,IKHLAS,TAWAKAL,DOA..insyaallah kalian semua tidak akan berasa susah..

SO,gunakan dengan berhemah,jangan membazir pulak..ingat tu..:D
Apa2 pun yang baik itu datang dari Allah,yang buruk itu datang dari diri KP sendiri..
so sama2lah kita beramal kerana Allah..ingat beramal bukan untuk fadhilatnya,tapi beramal kerana Allah..Salam Ukhwah..:)