MAri KIta Berchatting

Tuesday 27 December 2011

Andai Dapat Kuundur masa


Andai dapat
ku undurkan putaran dunia
ingin kuubah semula,
kata2 dan tingkah lakumu..

Hehe..bernyanyi lak aku petang2 ni
salam readers..
haii...hope sihat hendaknya.
Ok la entry aku kali ni
apa yang akan aku lakukan andai aku dapat undur masa.
Pertama sekali kalau aku dapat undurkan masa,
aku nak undur masa aku umur 17tahun
hehe..SPM beb..
baru aku tau masa sekolah adalah masa yang paling menyeronokkan
dan yang paling penting..
tapi apa2pun aku bersyukur dengan apa yang aku tempuhi..
kalau tak takdelaa aku bekerja dengan baik..^^

Kedua,ketika aku di UiTM
hehe..memang time tu aku agak stress..
pelbagai masalah,pelbagai dugaan datang time tu..
pertama kali menghadapi perkara2 tu semua..
dan aku rasa keputusan yang aku buat masa tu adalah betul..
dapat gak aku merasa menjaga ibu sebelum beliau meninggal..
teringat lak kata2 ibu aku before aku sambung lik belajar..
"tak nak jaga mak lagi ke?bila boleh jaga mak lagi?takde sapa nak jaga mak."
aduii..terasa sampai sekarang..
macam tau2 jek yang dia akan meninggalkan aku,aku buat keputusan utk smbung belajar..

Ketiga..
hah..ini yang paling aku kehendaki sangat..
kalau boleh diundurkan masa..
aku nak undur sangat ketika aku jumpa kamu..
ketika aku nak mintak no phone kamu kat pasar malam..
dan kalau boleh memang aku da niat tak nak jumpa kamu..
supaya aku dan kamu tidak akan menghadapi pelbagai rintangan,
supaya kamu gembira dengan apa yang kamu lakukan..
dan aku mungkin dengan orang yang sayangkan aku masa tu..
alahai..
tapi apa boleh buat..
ketentuan takdir telah menentukan segalanya
dan aku sebagai HambaNya sentiasa bersyukur
dengan apa yang aku ada,aku hadapi,dana akan aku anggap
sebagai satu ujian dariNya..

~Peace No War~






Sunday 25 December 2011

Aku mimpilaa...aduiiii

Hai readers..cuti tak hari ni?
huaarrghhh...ngantuk lak kan..
seronok bangun lambat ye..
aduhai..
apa yang aku nak story hari ni..
malam tadi aku mimpi si dia lagi..
kenapa dia masih muncul dalam mimpi aku?
adakah aku merindui dia..ermm..maybe..
atau dia merindui aku??ermm wallahu'alam..
korang nak tau ke aku mimpi apa..
hai...nak tau aje ye..:P

okla..aku mimpi yang aku dah kawin dengan dia..
yang menariknya..aku boleh wat apa saja time tu depan orang tua..
yelah dah sah..
kemudian..masing2 ajak untuk tidur..
sebelum tidur kami berborak dan berbincang apa yang nak kami lakukan
duit belanja cukup ke,apa ke..
tup2 aku tersedar..
Ya Allah,terkejut oo..
kali ni dia tersenyum jek...
alahai..apakah mimpi ni..adoiiiiiii






Friday 23 December 2011

Tatapan Tuk Peminat KPop

Salam readers..
ahah..tajuk entry jek cam gempak jek kan..
apa2 pun aku nak kongsikan pada korang satu video clip dari seberang
yang liriknya ditukar ...
pe pun layan..
lagu asal dari SNSD..tak silap aku mr taxi kot...
jom layan..:D







Monday 19 December 2011

Argghh..geramm..

Adoii...aaaaargghhhh..
rasanya nak menjerit jek...
geram ni.....
kalau dah tak suka dah..tak payah nak ungkit kisah2 lama..
geram ni geram...
tarik nafas cik syam..tarik nafas...istghfar...
fuh....ok lega..
Aku bkn nak cari pblisiti dan nak cari simpati k..
bagi aku,aku bersyukur dengan diri aku sekarang..
thanks god sebab sedarkan aku dari buta kerana cinta...
Its ok kalau kau rasa kau yg terbaik,dan untuk pengetahuan kau..
aku pernah tinggalkan orang yg aku syg kerana kau..sebab apa..??
bkn sebab kau byk duit...nonsense..
hanya kau dan aku yang tau..
dan mungkin ini balasan aku kerana meninggalkan dia...
dan aku bersyukur..dia pun dah nak kawin,dan aku bersyukur dia tidak bersama dgn aku..
kalau tak ntahlaa...sian dia..aku tak cinta dia...

tapi kau..ntahlaa..just ignore..
aku dah malas nak bertekak dengan kau..
cakap byk pun tak guna..cam kau kata..aku ni kuat ceramah pe bagai...
nasihat dek non..nasihat..salah ker?
dahlaa..aku pun malas da nak kata apa..
hilang segala mood aku nak wat inspection..
huh....
thanks again kerana berjaya membuatkan aku marah...
thankss again kerana berjaya membuatkan aku geram..
thankss my dear PS2...
hahahahaha,....

p/s : saja bergurau senda sementara menanti detik nak banjir ni..haarap2 tak banjir..




Rindulaa kat diorang ni

Salam readers..hujan dah beberapa hari turun membasahi bumi segamat ni.
Tanda2 untuk berhenti masih belum kelihatan. Kalau ada pun sekejap jek.
Kat FB terutama group segamat
dah takde benda lain dah..semua info pasal hujan dan persiapan banjir..
aduii..hope semua ok hendaknya dan mintak2 dijauhkan banjir ni..
Apa2 pun entry aku kali ini bukan nak cerita pasal banjir.
Isk..banjir lambat lagi..tak perlu kot cerita..heehehee..
Cuma aku nak cerita kenangan aku berkenalan dengan 5 sahabat ni.
Kak Shafinar @K.Pnut, Kak Aida,Kak Cida,Kak Esmah, Kak Azie.
Aku berkenalan dengan mereka dah hampir 9 thn rasanya..lama gak.
Kini kesemuanya telah berumahtangga kecuali Kak Esmah..OTW katanya..
Kak Pnut baru saja melangsungkan perkahwinan beberapa minggu lepas.

Aku dengan diorang amat rapat terutama ketika berada di Uitm Penang dulu.
Apa saja akan aku kongsikan dengan mereka. Seronok bila bergaul dengan mereka.
Masing2 ada kelebihan dan masing2 ada keserasian antara satu sama lain.
Kenangan bersama mereka memang selalu aku rindukan.
Berjalan2 di Pulau Pinang.
mesti kak pnut n kak azie ingat masa kita bersama2 jalan2 di sekitar bkt bendera,padang kota bersama adik kesayangan akak tu..mr Lanz..hehehehe..
mesti kak aida n kak cida ingat lagi masa saya mintak pendapat kat akak tentang seseorang..hehehe..tak ingat takpe..kihkih..sama gak ngan akak2 yang lain..

Kini aku dah lama tak jumpa mereka..the latest person yang aku jumpa kak pnut..
paling lama aku tak jumpa..kak azie..hope suatu hari nanti aku dapat jumpa mereka berlima ni serentak..leh wat frame pic letak kat umah..hehehe...
leh kan kak? :P





Thursday 15 December 2011

Fakta or Auta

Hari sabtu yang lalu aku bersama sepupu2 aku yang agak sengal sedang lepak2 kat meja makan rumak maksu. Adalah dalam 4 orang camtu..tak termasuk kucing2 peliharaan maksu aku yang kadang2 tak reti bahasa. Kitorang berborak pasal camner nak kurus dan kenapa kita gemuk.

Aku : Hoit Munie,dah bape bulan da tu? (sambil menunjukkan perut Munie)
Munie : hehe..agak ko berapa..hahaha...
Aku : Ko try la pakai mustajab tu dooo..mana la tau kot2 leh kempis ke?
Munie : ok pe ni..kurus..
Aku : Ceh,mesti banyak minum air ni..tu BUN tu..
Munie : Oitt,mana ada..ko mesti tak tau kan..mana ada orang gemuk disebabkan minum air. Dengan minum air ni,air masak la..kita akan kerap kencingkan..then lemak2 tu semua akan mengikut air kencing ko tu. Thats a fact..
Aku : Yeke?tak tau lak aku.
Sambil uda dengan Ayek terpinga2..
Aku : Lagi satu try laa makan jangan ulamkan air..makan jek nak minum makan jek nak minum.
Munie : Yeke? aku tengok ada member aku tu mampat jek badan..kalau ajak makan berjam nak tunggu dia jek..yelaa..makan jek..pastu nak tunggu dia nak minum lagi..paling tidak stgh jam..adoii..

Lantas kitorang gelak ramai2..
Aku : Ntahlaa..itu apa yang aku dengar,aku baca...fact kot?nanti aku buat research lagi..

Kemudian kami semua berborak cerita lain..

Apa yang aku nak terangkan disini, adakah dengan minum banyak air dapat menguruskan badan seperti apa yang sepupu aku cakapkan tu?? Fact or auta??
Aku masih membuat kajian tentang hal ini...(kaji la sangatkan)
Hope korang pun dapat membantu...




Wednesday 7 December 2011

Kisah Aku 2

Haris terkedu. Sesekali hatinya sebak mengenangkan apa yang dia lihat siang tadi. Hendak bertanya nanti Ainul akan memarahinya semula. Sifat Ainul yang suka melenting apabila diajukan soalan memeningkan kepala Haris. Bila tak tanya pula nanti diri sendiri sentiasa ingin tahu perkara sebenar,bisik hati Haris.
Ketika waktu makan tengah hari tadi, Haris sempat ke tempat kerja Ainul untuk sama2 keluar makan. Dikesempatan itu, Haris mengambil peluang untuk menggunakan komputer Ainul untuk menyemak email. Alangkah terperanjatnya Haris apabila melihat gambar Ainul di satu kawasan peranginan terkenal di Malaysia. Luluh perasaan Haris apabila selama ini Ainul membohonginya. Lebih memilukan lagi,HAris terlihat gambar Ainul bersama seorang lelaki yang memang dia kenali dan Ainul pernah ceritakan padanya yang lelaki itu amat menyukainya. Melihat pada tarikh gambar tersebut,jelas ia menunjukkan tarikh yang sama dengan tarikh hari dimana Ainul ke rumah kawannya.Haris terkedu.

"Bang,minggu ini saya nak pegi rumah kawanla bang, ada kenduri. Kawan lama saya masa sekolah dulu. Boleh tak bang." Ainul meminta izin kepada Haris.
" Eh,ada kenduri ke bulan2 puasa ni? pelik pulak abang? Kat mana rumah kawan awak tu? Nak saya temankan keR?" Haris merasa pelik. Sepanjang hidupnya jarang dia dengar orang membuat kenduri pada waktu umat islam berpuasa.
" Adala bang,diorang buat waktu malam. Kenduri doa selamat kalau tak silap saya. Alaaa abang ni,banyak tanya lak..tak caya kat saya erk? Rumah kawan saya tu dekat Tjg Malim. Eh,takpe kot..nanti kawan saya tu ambil kat rumah."
"Oh,oklaa,jangan lupa bagitau mak.."Haris mengalah.
"Dah,saya dah bagitau mak." Dengan selamba Ainul menjawab.

Haris tersandar dikerusi. Perbualan dia dengan Ainul ketika itu membayangi setiap inci kepalanya. Sampai hati awak Ainul,sanggup awak tipu saya semata2 hendak ke sana,takpelah..bisik hati Haris.
Terdengar bunyi tapak kaki menghala ke meja Ainul. Haris cepat menutup gambar2 yang ada dan berpura2 menyemak email dan membalasnya.

"Bang,jom,saya da siap."
Lalu Haris bergerak menuju ke Ainul dan mereka sama2 menuju ke Restoran Hamidah yang terkenal dengan nasi campurnya.


----------------------------------------BERSAMBUNG-----------------------------------