MAri KIta Berchatting

Wednesday 28 September 2011

Idea Yang Kedekut nak Timbul

Hadoiii apanye tajuk entry da..
nampak sangat da aku ketandusan idea dalam menulis blog ni..
kepala dah serabut dengan pelbagai intipati yang kadang2 tak masuk dek akal..
dengan kerja yang tak siap2..personal life yang agak terumbang ambing..pastu dengan perkara2 yang tidak sepatutnya menjadi isi kepala untuk difikirkan..
kesian blog aku ni..kan kan kan?
Idea yang kadang2 datang tapi masa tu tak teringat pulak nak disave di blog..
bila tak datang asik terpacak jek kat lappy ni..damn~~
uwarrgghhh.....tensen laa..
alamak..hujan da kat luar..lagi laa aku malas nak ke site ni..
huargghh..hah..da sangap da..isk..
nak submit memo ni nak bg kat kontraktor..
apa da..buat tak ikut spec..ni nak marah ni..
huaaaaaaaaaaaa.....
hah...kan dah hijau ni..grrrrrrrrrrr





When There Was Me and You

It's funny when you find yourself
Looking from the outside
I'm standing here but all I want
Is to be over there
Why did I let myself believe
Miracles could happen
Cause now I have to pretend
That I don't really care

I thought you were my fairytale
A dream when I'm not sleeping
A wish upon a star
Thats coming true
But everybody else could tell
That I confused my feelings with the truth
When there was me and you

I swore I knew the melody
That I heard you singing
And when you smiled
You made me feel
Like I could sing along
But then you went and changed the words
Now my heart is empty
I'm only left with used-to-be's
And once upon a song

Now I know your not a fairytale
And dreams were meant for sleeping
And wishes on a star
Just don't come true
Cause now even I can tell
That I confused my feelings with the truth
Cause I liked the view
When there was me and you

I can't believe that
I could be so blind
It's like you were floating
While I was falling
And I didn't mind

Cause I liked the view
Thought you felt it too
When there was me and yo

-High school musical 1
Damn lyrics..so touching..



Tuesday 20 September 2011

MAS VS JAP (KELAYAKAN OLIMPIK 2012)



Tepat Jam 7 petang nanti maka bermulalah aksi anak2 buah Ong Kim Swee untuk memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik 2012. Perlawanan yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia yang pastinya mengharapkan sesuatu keputusan yang membanggakan.

Apapun dengan khabar yang agak merisaukan dimana Wan Zack Haikal aset utama skuad Olimpik ketika ini masih belum cergas sepenuhnya. Namun berharap dapat diturunkan pada perlawanan itu nanti.

Secara keseluruhannya,pasukan ketika ini mempunyai moral yang tinggi untuk mencipta sesuatu. Dengan gawang dikawal oleh Khairul Fahmi Che Mat, benteng yang dikawal ketat dan diketuai oleh Muslim Ahmad,Fadhli Shas,Zubir Azmi,Mahali Jasuli, seluruh rakyat Malaysia berharap agar mereka ini bermain dengan baik dan tidak leka dan lalai membiarkan penyerang Jepun yang diketuai oleh Kensuke Nagai dari dibolosi.

Di bahagian tengah yang diketuai oleh Abdul Shukor Jusoh, Wan Zack Haikal, Mohd. Fandi Othman dan K. Gurusamy dapat memberikan impak dengan kawalan dan mutu permainan yang baik kerana penguasaan dibahagian tengah amat penting dalam menentukan hala tuju pasukan dalam permainan. Corak serangan balas Malaysia semestinya amat dikagumi dengan Fandi Othman dan Wan Zack dibahagian sayap sentiasa memberi kerisauan barisan pertahanan lawan.

Di bahagian serangan, A. Thamil Arasu dijangka bakal digandingkan bersama Izzaq Faris Ramlandan seterusnya dapat membuat jaringan.

Dengan pelbagai pendedahan yang diberikan terutama latihan di Slovakia diharap skuad Olimpik Malaysia dapat menunjukkan satu permainan yang menarik dan membanggakan. MALAYSIA BOLEH.

Jangan lupa saksikan perlawanan di TV2 dan ASTRO ARENA pada jam 7 ptg ini. Sama2 kita doakan kejayaan pasukan kita..MALAYSIAAAAAAA...........




Monday 19 September 2011

Impian Teman


Adanya Kelapa terciptanya santan,
Adanya cinta terciptalah perkahwinan,

Adanya jiwa adanya raga,
adanya hati adanya cinta,

wah,bukan main lagi KP berpuisi..
orait,entry kali ini teman nak kongsi dengan korang mengenai tema perkahwinan idaman
Almaklumla,sekarang ni dah bermula musim orang kahwin.
Tengok orang kahwin terasa pulak nak kahwin.hahaha..
dan disini teman nak kongsi impian perkahwinan teman.
Kalau kendurinya di tempat temanlah.
Kalau di tempat pihak perempuan teman ikutlah citarasa bakal isteri teman tu.:P


Kita bermula dengan tema atau theme.
Tema yang teman pilih adalah melayu tradisional + kotemporari
Warna semestinya emas dan putih atau emas dan perak,
Kenapa teman pilih warna itu?
Sebab sebagai seorang raja sehari semestinya warna pun warna diraja dan bernilai tinggi.
Kemudian pelaminnya..hah,banyak teman suka..
sebahagiannya adalah seperti dibawah..
sebahagiannya saja tau..
banyak lagi..

Di sebelah malam,
ditempat teman selalu diadakan marhaban,berinai,dan zapin.
Dan paling best untuk muda mudi karaoke suka suka.

tarian inai
Tarian inai ditempat kawan adalah tarian inai original dan pic kat atas ni adalah tarian inai yang telah diubah koreografinya..:)

Disebelah siangnya semestinya teman berharap ia satu peristiwa yang paling tidak dilupakan semua tetamu,keluarga dan teman terutamanya.
Semestinya ditempat teman,
diwaktu siang memang meriah sepertimana diwaktu malam
Dengan diiringi paluan kompang,
teman dan bakal isteri teman diarak
didepan teman ada kawan2 teman yang dah berjanji dengan teman
nak berarak naik motor besar..hahaha..
adalh kawan teman tu..
kemudian,
ada pertunjukan silat,zapin,makan biadap,eh beradap,
bergambar bersama rakan2,saudara mara dan tetamu.
Dan macam2 aturcara siangnya itu..

So.dapat tak bayangkan kemeriahannya,
Teman harap apa yang diimpikan ini dapat dilaksanakan
Bila?
Wallahua'alam...
Hanya tuhan saja yang tahu..
:)




Saturday 17 September 2011

Bara Cinta Ramadan

(╥﹏╥)
eh..kenapa2..
tula..tengok lagi cerekarama..
akhirnya..tamat gak cerekarama kat tv3 tu tadi..
sangat menyedihkan hati,meruntunkan jiwa aku..
cerita Bara Cinta Ramadhan kali ini amat menyeksa jiwa.
Apa taknya nak mengawal perasaan sedih aku yang bila2 masa jek akan terluah.
Airmata dah bertakung kat kelopak mata..
Serius sangat2 sedih cerita ini..

Bara Cinta Ramadan mengisahkan Malik (Zamarul) seorang pemandu lori berumahtangga dengan Ita (lakonan mantap Jasmin Hamid). Kehidupan mereka amat sederhana namun tidak disenangi oleh ibu mertua Malik,Arpah lakonan Fauziah Nawi. Arpah selalu membandingkan Malik dengan seorang lagi menantunya Samsudin (Ako Mustapa) yang bekerja kerajaan.
Seperti tahun-tahun lepas, apabila Ramadan menjelang, Malik menolak untuk bekerja lebih masa supaya dapat berbuka puasa bersama anak-anak dan membawa keluarga berterawih di masjid.

Namun, tindakan Malik tidak disenangi oleh Arpah kerana sudah dua tahun Malik mengambil keputusan seperti itu. Arpah malu kerana sebahagian dari makan minum dia dan Malik sekeluarga ditanggung oleh Shamsuddin, suami kepada adik Rozita. Arpah mula berulang kali menghasut Rozita supaya memaksa Malik mencari duit sebanyak mungkin untuk persediaan 1 Syawal. Justeru itu, Rozita yang sebelum ini terkenal dengan isteri yang amat memahami, mula mendesak Malik.


Secara ringkasnya,kisah kali amat menyentuh perasaan. Dan secara kesimpulannya,adakah relevan apabila kita berumahtangga,kita harus duduk dengan mertua? Kalau relevan apa sebabnya dan begitu juga kalau tidak relevan apakah sebabnya. Apa pendapat korang..hah..apa kata kalau korang buat satu entry mengenai tajuk:

Perlukah kita tinggal bersama Mertua setelah berumahtangga?


Kemudian postkan link korang kat ruangan komen ni nanti.. Boleh?





Friday 16 September 2011

~~Kisah Hati~~


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Bait2 lirik lagu yang dipopularkan Alyah amat menyentuh perasaan aku..
Mungkin saat ini kalau aku mendengar lagu2 yang sedih amat memilukan hati aku.






Merepek,kerepek,merepek laa..~~~

Merepek..yup..memang aku nak merepek jap lagi..
ntah..perasaan aku sekarang bercampur baur..
tapi kebanyakannya bab2 murung n sedih n the gang..
korang paham?hah..sedih,kecewa,sadis,dan seangkatan dengannya..
paham?tak paham lagi..cam pic ni
hah..camtula aku sekarang..
kena lak seorang diri menghadapi semua ini.
Damn it!!
Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang berada dalam lubuk hati aku.
Kadang2 aku terasa nak jadi macam orang disekeliling,
yang tak punya perasaan,ego,cepat marah tanpa usul periksa,panas baran,takde perasaan kasih sayang,takde perasaan kesian,selfish..cam seronok jek aku tengok..
korang ada camtu ker?
Sekarang ni aku sentiasa beralah tau..
Aku dah penat..tapi itulah aku..sentiasa mendiamkan diri..
bukan apa..takut terjadi perkara yang lebih buruk..
better follow them..its ok..dah terkena batang hidung sendiri nanti barulah diri ini
mengeluarkan hujah2 yang memanaskan telinga..
sabar jeklaa..
dahlaa..aku pun takde mood nak menulis blog buat masa ini..ssadiiiss...!!!
Damn~~
salam~~





Wednesday 14 September 2011

Bangga,Terharu

Sejak akhir2 ni aku agak sibuk dengan aktiviti teater @ pentomen.
Dan secara halusnya aku bangga dan terharu kerana melakonkan watak Sjn Jamil B Md Shah.
Seorang ketua balai polis bukit kepong yang telah terkorban bersama2 rakan2nya serta sebilangan penduduk Bukit Kepong yang mempertahankan tanah bukit kepong dari serangan komunis.

Sebenarnya ini semua berlaku bermula 2 tahun lalu dimana ketika itu aku baru je abis belajar.
Aku rasa aku dah postkan kejadian tersebut kat blog ni..takpe,leh usha balik kat sini.

Bermula dari situ setiap kali ada aktiviti melibatkan polis dan kemerdekaan aku dan group akan mengadakan persembahan. Paling menarik adalah ketika di Kluang. Tahun ini, kami buat persembahan pada program Singgah sahur TV3. Korang bayangkan kena buat persembahan jam 3 pagi. Adoii..ngantuk ooo..yang bestnya dapat bergambar dengan selebriti..cam kat bawah.




Selepas itu kami kena buat persembahan di Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Muar di Dataran Muar di sekitar tanjung. Memandangkan aku pun takde idea nak cakap apa..jom layan gambar kat bawah ni..


So,kemudian kami buat persembahan sempena hari memperingati pejuang2 di Balai Polis Bukit Kepong, tu yang masuk TV tu..huhuhuh..apa2pun mari kita sedekahkan AlFatihah buat semua pejuang2 negara kita,semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT.. Al - Fatihah



Monday 12 September 2011

Tempat best?di mana?

Salam readers and stalkers.
Erm,wah..lamanye tak menghupdate blog aku ni.
Erm,mood nak menulis tu takde dan sejak beberapa hari ni mood tak berapa nak ok.
segala aspek baik dari kerja hingga menulis blog pun menjadi serba tak kena.
Ntah laa..
tadi aku tengok cerita Sesungguhnya kat astro ria.
Cerita yang agak menarik bagi aku,sedih dan romantiks..(-_-")
Namun bukan drama itu yang aku nak cerita dan aku nak tulis kat sini..
tapi mengenai apa yang aku rasa..
ntahla,perasaan aku bercampur baur..sedih semestinya berada di puncak carta hati aku ini
aku seperti nak pergi ke satu tempat kemudian jerit kuat2..
kemudian pergi bercuti..arghh..aku ketensionan..
so..aku nak pendapat korang kat mana best tuk release tension dan menjerit kuat2..
plzz plzz plzz...

Monday 5 September 2011

Story Mory hari raya 2

Tu dia..tak abis lagi cerita pasal raya erk..
huhuhuhu..
almaklum dah lama tak hupdate blog ni..
rasa malas pun ada..tak ada idea pun ada..semuanya adala
kira cukuplah rasa dan perisanya..
ok..time ni aku nak cerita kisah2 sebelum hari raya..
diikutkan citernya..aku,2 kazen aku dan adik aku pergi ke Kay El
hahaa..orang balik ke kampung aku ke KL
aku pergi hari ahad dimana ketika itu sebilangan warga kota telah pulang ke kampung.
Perjalanan time tu lancar dan lengang, cuma takut nak bawak lelaju..

Kitorang sampai ke Bandar Tasik Selatan around 4pm dan terus naik LRT ke Masjid Jamek..
Ya Allah manusia kat around TAR and masjid jamek punye le ramai..
Ingatkan dah kurang..

jalan punya jalan tengok jam dah nak dekat kul 7pm
pe lagi cari port tuk berbuka la time tu..
last2 dapatlaa kat ZAMZAM RESTAURANT..
pelagi melantak laa sampai tak ingat..lapar tu ooo

Lepas meradak kat ZAMZAM restoran kitorang terus gerak semula ke Bandar Tasik Selatan untuk ke uptown danau kota lak..
Kitorang gerak bersama2 dengan cik hanim..wow..lama aku tak jumpa dia ni..
so..kitorang bershopping laa kat sana..
penuh gak laa boot kereta aku tu..
so..kitorang gerak balik around 3am dan sampai umah dalam kul 5pg..terus sahur..
hehehe...

Sunday 4 September 2011

Story Mory Hari Raya 1



Assalamualaikum..
Salam readers..selamat hari raya ku ucapkan..
amacam raya korang?ok?
aduh...sepanjang minggu perayaan..errm..perut sentiasa membuat hal..damn..
ke tandas saja..
almaklum terkejut dengan juadah2 yang lazat dan berkrim disukai ramai..
Sepanjang minggu perayaan..
aku dan keluarga berkunjung ke rumah sanak saudara..
pertama kali dalam sejarah kehidupan aku,aku beraya di rumah di segamat.
And pertama kali juga aku dapat memborong semua baju2 untuk family..
terbaikk...!!!

Seperti kebiasaannya di hari raya..juadah yang tidak boleh dilupakan
ketupat,rendang,kuah lodeh,sambal kacang,kari ayam..peh sedap ooo
kene lak dah lama tak makan..
apa lagi..melantak tak ingat laa
Dan dikeheningan pagi raya pertama kali aku berasa sedih..
waaaaa..malas betul nak kugarap kenapa aku sedih..
biarlah ia berlalu...umpama aliran sungai mengalir deras tanpa diketahui bala di depan..