MAri KIta Berchatting

Monday, 24 January 2011

Monolog 1

Di suatu pagi yang redup,si ibu dan si anak sedang berehat-rehat di bilik si ibu.

Qasha : Mak, saya ingat saya nak sambung belajar la mak. Mak pun dah makin sembuh, adik pun
dah boleh jaga diri, boleh kan mak?

Mak : Erm...betul ke kau nak sambung belajar? nanti sapa nak jaga mak?

Saat itu, Qasha tak mampu nak berbuat apa2. Diam dan tunduk. Sesekali matanya melihat ibunya yang telah menderita angin ahmar sejak 3 tahun yang lalu.

Qasha : Insyaallah mak, mak makin sihat dan saya tau mak akan sembuh. Lagipun takkan saya
nak camni jek mak? saya cemburu tengok kawan2 saya berjaya. Dah berkejaya..

Mak : Erm...jika itu yang terbaik untuk kau..mak ok jek,yang penting kau belajar bersungguh2
jangan hampakan mak.

Qasha : Baik mak, Qasha janji!! Qasha akan bawak mak bila Qasha konvo nanti..ok mak?

Saat itu kedua2 ibu dan anak ini berpelukan dan tanpa segan silu Qasha menitiskan air matanya.
" Terima kasih mak," bisik Qasha.

Beberapa bulan kemudian Qasha diterima masuk ke sebuah kolej dalam bidang kejuruteraan. Ketika bersiap sedia untuk ke kolej,

Qasha : Mak, Qasha pergi dulu ye, mak jaga diri..Hujung minggu ni Qasha balik..
Mak : Erm..kau taknak jaga mak lagi ke??sapa nak jaga mak nanti??
Qasha : Jangan cakap camtu mak,adik ada..kak long dan abg long pun ada..diorang akan jg mak.
Mak : Erm...jaga diri di tempat orang,nanti dah sampai sana telefon mak.

Selepas itu kedua2 mereka bersalaman. Qasha tidak dapat menahan sebak. Ibu yang dijaganya selama 3 tahun di mana dia sanggup berhenti belajar semata-mata untuk ibunya akan ditinggalkannya. Ibunya hanya mampu melihat dia di tingkap bilik kerana tidak mampu untuk berjalan.Abah menghantar Qasha sehingga selesai semuanya di kolej.





Sunday, 23 January 2011

Cter2 2

Selepas jek makan malam tu dengan Mamat,Jeff dan Zack, Qasha pun mengambil peluang ni untuk menelefon gadis tersebut. Time tu punya la gemuruhnye perasaan si Qasha ni. Jam di tangan menunjukkan jam 10.30 malam, kelibat manusia di sekitar telefon awam pun dah tak ramai. Dengan perlahan Qasha melangkah ke telefon tersebut.

Duit 20sen dimasukkan dan mendail no yang telah diberikan oleh Zack tadi. Tertulis nama Ayu dan nombornya sekali. Menggigil jugak si Qasha ni nak menelefon.

trutt..trutt..trutt...

Ayu : Hello..
Qasha : Haii..assalamualaikum,erm...Ayu kan?
Ayu : Waalaikumsalam..ye saya..sapa ni erk?
Qasha: erm,saya laa..tak kenal erk?erm..tadi kawan saya mntak no phone awk tadi??
Ayu : ooooo..awk...snow cap...ok2..kenal2..ingat sapa tadi
Qasha : Nasib la kenal..anyway..thanks sebab bagi no awk ye?
Ayu : Its ok.. saya ingat baru nak bagi no public phone..tapi nanti susah lak awk..
Qasha : hahaha..amboi...takpe2..saja jek ni..salam perkenalan dari saya..Qasha..
Ayu : Ok..salam perkenalan gak..
Qasha : erm..esk awak kelas pukul berapa?pagi kan?erm..boleh kita jalan sama2..lagipun
klas sy pun pagi gak..boleh?

Ayu : erm..ok gak.saya keluar dalam kul 8.15 pagi camtu..boleh ke?kot2 bangun lewat lak org tu.
Qasha : Hish...mana ada..ok..deal..jumpa esok..k la..thanks again..assalamualaikum
Ayu : Waalaikum salam..

Dengan berseri-seri muka si Qasha tu melangkah ke biliknya. Malam tu,Qasha tak dapat melelapkan mata dan tidak sabar untuk menunggu pagi esok. Satu hari di mana bermulanya perjalanan kisah Ayu dan Qasha.

To BE Continued

Saturday, 22 January 2011

Citer2 1

Di sekitar pasar malam, nun berdirinya 4 orang jejaka yang telah hampir 4 kali mundar mandir di pasar malam tu. Qasha, Zack, Mamat, Jeff sedang berborak-borak. Tiba2 salah seorang dari mereka asyik memandang ke belakang.

Zack : Hoi Qasha, ko nak balik ke atau nak tolong akak ni berniaga??!!
Mamat: Ntah ko ni..pe hal??
Qasha: Tu tu..ko tengok tu...

Rupa-rupanya si Qasha ni ternampak 4 orang gadis sedang membeli belah di pasar malam.

Zack: Ko berkenan kat dia ker?aku leh tolong?
Qasha: Erm...ntah laa..aku tak tau le..
Zack: Ko nak ke tak nak??nanti aku mntak no phone die.Mau?

Mamat & Jeff : Ntah ko ni Qasha, aku tengok bila budak kecik tu lalu jek ko senyum2 kambing,
asal dak kecik tu lalu jek ko tak tentu arah,pegi jek la Zack.

Dengan sepantas kilat Zack pun pegi. Qasha tak mampu nak berbuat apa2. Dia hanya melihat saja bagaimana Zack pergi ke arah 4 gadis tadi dan berborak dengan salah seorang dari mereka.

Zack: Nah...amik no phone ni...nanti nak buat kenduri panggil kami semua k?

Gelak sakan diorang semua hari tu. Tak sangka pula Zack begitu berani membantu aku..Ahh..alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Nombor dah ada,erm...tinggal nak call jek ni.huhuh...

Sambil berjalan pulang Qasha sempat menjeling ke arah gadis2 tersebut

TO BE CONTINUED

Friday, 21 January 2011

Kecoh kecoh kecoh

Salam..aduii...kecoh tul hari ni...



eh eh eh..sori readers..jangan terkejut. Kecoh bukan sebarang kecoh,kecoh kerana PRK laa
pe lagi..apa taknye, Labis sebuah pekan yang kecil penuh dengan manusia,anggota keselamatan dan ramai lagi. Adui..popular Labis sekejap, Almaklum PRK DUN TENANG punya penangan.

Polis di sana sini, hotel penuh ditempah dan diduduki, yang bukan dari sekitar labis pun ada datang menyibuk..kih kih kih..ye la..hari ni kan hari penamaan calon..mak sedara aku sampaik 5 hari berkampung kat sana..walhal tak la jauh pun rumah dengan labis tu..

Anyway..selamat berjuang kepada calon2 dan tolong jangan menggunakan kesempatan ini untuk mengaibkan orang tidak kira anda di parti mana
Gunakan DEMOKRASI dengan cara yang betul.

Akhirnya Ayu Raudhah dan Zaquan Adha sah suami isteri

Tanggal 21 Januari 2011 akhirnya pelakon kegemaran aku Ayu Raudhah telah sah menjadi isteri kepada Zaquan Adha. Majlis akad nikah yang dijalankan pada hari baik ni telah selamat dengan sekali lafaz sahaja dengan disertai 7 dulang hantaran dan mas kahwin sebanyak RM1,888

untuk melihat gambar-gambar pernikahan mereka bolehla layari laman web oh bulan dan rotikaya.
Selamat Pengantin Baru kepada pasangan ini





Raja Lawak 5

Salam readers..erm..pasti dah korang leh budget apa yang aku nak citer ni kan?
cube cite cube cite cube cite...hehe..cakap laju2..mesti kelakar..kih kih
anyway aku just nak share pendapat dan just sebagai hiburan semata2. Sekarang ni Raja Lawak dah masuk minggu ke 3 dah..baru jek sebentar tadi tamatnye gelanggang raja lawak minggu ke 3 di mana KAMI dan TBO telah disingkirkan..betul?

Mengikut pengamatan aku, raja lawak musim ni agak panas sebab awal2 lagi dah leh dikatakan gempak..mana taknye masing2 dah boleh buat kite gelak.. di sini aku senaraikan beberapa nama individu dan kumpulan yang perlu kita voting2 up to u...
1. NAZMI- aku lupa.....dashyat
2.EPY
3. MAN - deco2 eric..kih kih
4. LEMAN
5. BALAS
6.R2

nama2 di atas perlu anda vote sebab memang kelakar..gile la jika anda tak vote..





Kembali Berblog

Hai readers..hai hai hai...maaf laa lama tak update..mesti korang tertunggu aku kan??kih kih
erm..ada masalah peribadi yang perlu aku uruskan..agak berat gak la..anyway..hidup perlu diteruskan dan aku akn terus berblog untuk santapan korang..actually sepanjang aku bercuti berblog ni banyak gak benda aku belajar dan hayati..terutama sekali semakin hari semakin aku dekatkan diri dengan Allah..Alhamdulillah..erm..Insyaallah entry akan datang akan lebih menarik dan buat anda semua terhibur..koh koh