MAri KIta Berchatting

Tuesday, 30 November 2010

Tips2 Ketika hendak bercuti

Salam to all readers..ketemu kita kembali ya.Wah!!cam orang seberang lak. Ok, disini aku nak kongsi serba sikit apa yang aku leh share ngan korang semua tips-tips terbaik ketika hendak bercuti. Yelaa kan, cuti sekolah dah bermula,masing-masing mesti ada agenda tersendiri dengan family tuk together-gether kan...

1. Tips pertama sekali, pilih tarikh yang sesuai..tarikh yang paling sesuai adalah antara 1-10 dan 25-30 hb.. sebab pe..semestinya time tu korang baru dapat gajikan..sesuai gitu if nak p mana2

2. Rancang perjalanan dengan sebaiknya. Maksud disini berapa hari anda nak bercuti. fikirkan
apa agenda masa percutian anda. Sama ada secara santai, perseorangan atau macam2laa

3. Rancang budget. Ok..budget percutian perlu diteliti dan dirancang sebaiknya supaya anda
tidak over budget ketika bercuti. Pilih tempat yang menarik tetapi murah dan berbaloi untuk
percutian anda. Kurangkan mengeluarkan perbelanjaan secara berlebihan pada makanan,
barang-barang perhiasan atau hadiah supaya anda tidak menyesal nanti.makanan dan
minuman boleh dibawa dari rumah atau di masak ditempat penginapan. Untuk barang
cenderamata boleh pilih yang murah tapi berkualiti.

4. Akhir sekali, pastikan semua perkara yang boleh menyebabkan percutian anda dibatalkan,
tidak menarik diselesaikan dengan segera. Contohnya, kerja-kerja pejabat, kesihatan, dan
masalah-masalah lain.




Monday, 29 November 2010

Kemeriahan berganda



salam all readers.Rasanye lama gak tak update blog ni. Almaklum agak sibuk di facebook dan kenduri kendara sedara mara dan sahabat handai. Wah, apa ke halnya tajuk entry aku kali ni. Erm..mana tak nye baru jek weekend hari tu aku menerima sepupu baru aku..haha..sepupu aku telah selamat diijabkabulkan dan dengan sekali lafaz sah menjadi suami orang..ok la..just layan jek pic kat bawah ni untuk tatapan korang. Manala tau kot2 ada yang berkenan dengan andaman mak andam ni..leh gak rekomen..hahaha..ok..layannnn









Wednesday, 24 November 2010

Pejam Celik Pejam Celik 2

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan disember. Cuti sekolah dah bermula. Adik-adik yang menduduki SPM pun baru jek abis 2 paper..ye tak?Adui..rupa-rupanya 27hb ni dah 5 bulan aku bertunang..wah..cepatnya masa berlalu. Hari yang paling besar tak lama lagi lak tu...takut2..haha..Bila??hahah..rahsia.akan aku war-warkan pada korang nanti.Tunggu jek ye??
Sekarang sibuk aku mencari tips2 kebahagiaan rumahtangga, tips2 hantaran, butik2 perkawinan, dan macam2 lagi la yang berkaitan.Hah..sesapa yang ada buka butik-butik baju pengantin ke,andaman ke, Photographer ke,just info aku. Bagi la diskaun sikit, kawan-kawan..hehehe..
Apa-apa pun aku semakin tak sabar lak nak menunggu hari tersebut..bukan apa..takdela hari-hari aku fikirkan tentang si dia,dah ada depan mata hari-hari..sakit pening dia leh gak aku tengokkan nnti..ye tak??anyway..doakan kami cepat2 melangsungkan perkahwinan dan bahagia sehingga akhir hayat ok..oraittss..adioss

Sunday, 21 November 2010

Tips2 saat akhir menghadapi Peperiksan.

Salam readers..erm..musim peperiksaan semakin hampir terutama untuk mereka yang menghadapi SPM dan STPM. Semoga berjaya..di bawah ni aku sertakan serba sedikit tips2 yang aku dapt kongsi untuk korang yang menghadapi peperiksaan

1. Pertama sekali..semestinya sebelum mengulangkaji atau membelek buku2 tu,,kosongkan
fikiran dan pasang niat untuk menerima ilmu. Bersihkan diri anda supaya anda segar
sentiasa.

2. Kumpulkan soalan-soalan tahun lepas bermula 5-10 tahun ke belakang. Ini untuk
memudahkan anda mengenal pasti soalan2 yang selalu keluar dan menjadi favourite pencipta
soalan.

3. Senaraikan topik2 tersebut dan minta bantuan dan nasihat dari guru2 atau rakan2 yang
pandai tentang topik2 tersebut.

4. Mula mengulangkaji sekitar jam 5 pagi. Ini kerana waktu tersebut amat baik untuk
penerimaan sesuatu perkara,

5. Rehat dan tido yang cukup.

6. Jangan mengulangkaji pada sekitar jam 5-7 ptg..ini kerana waktu tersebut tidak sesuai untuk
mengulangkaji pelajaran..Otak tidak akan menerimanya..SERIUSSSS!!

7. Mengadakan rehat selamat 20min stiap ulangkaji..

8. Bagi subjek yg mempunyai banyak fakta seperti biologi,kimia,sejarah,Pendidikan Islam..
tmpukan pada perkara2 penting seperti tahun, agenda, jadual, eksperimen, perkara2 yang
berlaku..Fahami dan bukan membaca kesemuanya..

9. Fahami segala teknik dan formula terutamanya dalam subjek Fizik,Matematik,Matematik
tambahan dan praktikkan.

10. Selalu bertanya..!!


SELAMAT BERJAYA



Saturday, 20 November 2010

Program Hari Sabtu

Salam readers..selamat awal pagi..DI hari sabtu ni banyak gak la aktiviti aku selain aktiviti harian membersihkan sangkar arnab..peh..penuh najis2...

Tengah hari lak aku pi la kenduri kawin kawan sekolah aku dulu..adui..nasib la aku teringat..itupun bapak aku yang ingatkan. Mana taknya sampai 2 kad kad umah aku ni..Hetty2..tahniah sis..moga kekal sehingga ke anak cucu...Pas bersanding tu aku pun balik aa umah..ingat nak layan perlawanan akhir sepaktakraw sukan asia..tapi tgk player malaysia main lemah semangat aku..terus aku basuh kereta aku yang dah macam orang balik dari kebun. Penuh ngan tanah merah..

Pastu aku gerak ke kampung tuk p umah arwah mak uda aku..ada kenduri tahlil..pas lepak2..ngumpat2..aku gerak lak ke padang bola membasahkan baju..haha.malam lak pas kenduri tahlil p lak ke rumah pengantin kat sana..pas majlis berinai dan kompang aku lepak2 berborak dan layan karoke..hahaha..sampai laa kul 12..pastu gerak balik..erm...tu jek laa kot apa yg aku wat hari ni..takat ni lom lagi nak post sesuatu yg boleh mencernakan pemikiran..heheh..ok laa..adioss..





Friday, 19 November 2010

Kahwin usia Muda VS Kahwin Usia lanjut Versi 2

Hai readers..fuh penat gak cari idea pasal kawin ni..uisshh...pahala ni beb..hehehe
okeyla..tanpa buang masa..nah aku sertakan kebaikan dan keburukan kahwin di usia muda remaja ni. Biarla aku bentangkan hujah2 kebaikan dulu la ye..then baru yang buruknya..

Kebaikan di Usia Muda

1. Memeriahkan dan meramaikan manusia di muka bumi ini. Nak dipendekkan cerita meramaikan
umat Nabi Muhammad SAW.
2. Dapat mengelakkan berlakunya maksiat@zina. Akhir-akhir ni kita selalu dipertontonkan dengan
kes-kes zina dan pembuangan bayi secara berleluasa. So, dengan perkahwinan ia dapat
mengurangkan kes2 tersebut
3. Dapat pahala yang lebih. Semestinya jika kita berumahtangga tanggungjawab suami isteri jika
kita dapat lakukan dengan baik akan mendapat pahala berlipat ganda.
4. Ketenangan dan Kebahagian sentiasa dihati. Wah ayat aku..kedua2 sifat ini akan menjelma
kerana orang yang kita sayang dah ada di sisi dan di depan mata kita

Okey??jika korang nak tambah sila lampirkan pandangan anda di komen!!

Ok..beralih pulak kita pada keburukannya

1. Rumahtangga akan cepat goyah!!(ni yang aku tak suka )
ini kerana kita belum cukup ilmu,skill dan teknik di dalam keharmonian berumahtangga..
namun semua ini dapat diselesaikan dengan senang jika kita tidak ambil mudah hal2
berumah tangga ni
2. Rasa diri masih muda dan single!! Yang ni bahaya kawan2..bayangkan umur 22 dah kawin..
mana puas nak enjoykan??so bahaya tu..


Opsss sibuk pasal kawin muda terlupa lak pasal kawin di usia lanjut..ok..dibawah aku sertakan kebaikan dan keburukan kawin di usia lanjut ni

KEBAIKAN
1. Semestinya orang yang berusia ni matang, lebih bertanggungjawab..jadi mereka akan dapat
membentuk satu keluarga yang baik dan yang di cari...
2. Kewangan yang stabil...so...mengenai perbelanjaan tidak ada masalah
3. Bersifat penyayang.. Bila di usia yg agak dewasa..sifat ini akan lebih menonjol..bangga tul sapa
yg dapat org camni!!(agknye)

KEBURUKAN
1. pertama sekali.semestinya ahli keluarga yg sikit.. Bila kita kawin di usiia yg lanjut
kebarangkalian atau probability untuk mndapt ank adalah tipis dan mgkin akn dapat 1 or 2
2. Bila umur dah dalam lingkungan 40 anak masih bersekolah dan masih kecil
ssh tu..takut tak terjaga t..dan tak terlayan
3. Cepat sensitif,perkara ni harus dijauhkan namun ia telah jadi sifat manusia,makin tua makin senstif





Kahwin usia Muda VS Kahwin Lambat

Salam to all readers...wah..musim cuti sekolah bermula dah ni..Hah..kat umah aku berlambak wedding card. tu lom campur invite di facebook..peh..pening2..kih kih
Ok..actually aku sebenarnya tak tau nak post apa malam ni..Tetiba jek aku terfikir tentang tajuk entry kat atas tu..Kahwin Muda VS Kahwin Lambat..ni pun aku terperasan post sahabat fb aku yang membincangkan hal ini.thanks to Ummul Aienn

Actually banyak perkara yang boleh dibincangkan di sini. Jika orang dulu-dulu boleh kahwin seawal usia 16 tahun kenapa sekarang tidak? Pelikkan ??sedangkan remaja sekarang di awal 12 tahun atau mungkin muda lagi dah mengalami kemanisan dalam alam perkahwinan ini. Tak tau la apa nak kata. Namun bagi aku jika orang dahulu boleh lakukan kenapa kita zaman yang serba maju tak boleh lakukannya..imposibble kata orang putih pun. Untuk perkara yang ini aku sokong kahwin muda..

Ok, kita berbalik pula pada keadaan ekonomi dulu dan sekarang. Jika kita lihat pada zaman sekaran,nowadays kata orang putih, purata pembelanjaan bagi setiap orang meningkat dari tahun demi tahun. Ini kita dapat lihat dengan kenaikan harga barang keperluan, petrol, dan utiliti yg lain. Dari situ akan timbul rasa keraguan terutamanya seorang lelaki dan ibu mertua bagi lelaki tersebut, bolehkah aku mnyara isteri dan anak2 nanti..?? Maka akan timbul bermacam-macam perkara seperti pergaduhan, cerai berai dan macam-macam lagi perkara yang tak elok jika kita tidak bersedia untuk berumah tangga. Dari itu, kita akan dapat lihat sesetengah lelaki dan wanita akan bekerja dan belajar dahulu dan jika semua dah stabil baru mereka berumahtangga. So kesimpulannya di sini..sumber ekonomi,kewangan perbelanjaan harian merupakan salah satu faktor mengapa lelaki dan wanita kawin lambat.

Bagi sesetengah penduduk di Malaysia terutamanya Melayu yang amat mementingkan maruah dan agama. perkahwinan merupakan satu perkara yang serius dan amat bermakna. Ini kerana, di alam perkahwinan, lelaki dan perempuan yang tidak ada sebarang pertalian akan duduk sebumbung dan bersama-sama selama mungkin dalam menjalani kehidupan harian mereka. Oleh sebab itu, akhir2 ini kita dapat lihat di kaca televisyen mahupun media akhbar sentiasa menyiarkan berita tentang penceraian. Ini juga merupakan salah satu kenapa ramai di antara mereka kawin lambat. Di sini saya ingin memberi pendapat bahawa jika kita buang sifat ego, sombong dan melahirkan rasa hormat satu sama lain, faham memahami perkara2 seperti penceraian tidak akan berlaku. Kemesraan yang dijalinkan akan kekal abadi dan pasangan akan merasa bahagia selamanya.

to be continueD....