MAri KIta Berchatting

Sunday 27 September 2009

Salam kengkawan dan semua blogger sekalian...erm..dah seminggu kita merayakan hari raya aidilfitri kan? bila terkenangkan hari raya ni, aku teringat arwah ibuku...1 Syawal yang lalu genap laa 4 tahun ibuku meninggalkan aku dan semua keluarga.. ketika orang lain bergembira di hari raya aku menatap hiba di pagi raya...

teringat aku pada malam raya 4 tahun lepas dimana malam itu ibu tak seperti biasa..hanya termenung di kerusi rodanya..tatkala aku bertanya apa kuih yang hendak di beli untuk hari raya..ibuku hanya tersenyum sahaja..tidak seperti biasa dia laa yang paling sibuk dan bising pada malam raya mengalahkan orang yang sihat..
Pagi raya itu, keadaannya masih seperti biasa, bangun pagi bersalaman dan bersarapan seperti biasa. Kami sekeluarga tidak menyangka yang itu adalah sarapan terakhir ibu bersama kami. Sebelum bersembahyang raya, aku bersalaman meminta ampun pada ibuku..dan salaman dan ciuman di pagi raya itu rupanya adalah pelukan dan salaman terakhir aku pada ibu..

Selepas sembahyang aku pulang dan ibu masih sihat seperti biasa. Kemudian, aku berbual-bual bersama saudara-saudaraku dan berbincang ke mana hala tuju hari tu..Aku nampak ibu masuk ke bilik untuk berehat. Dengan berkerusi roda ke bilik, aku lihat ibu dengan wajah sayu.. aku tak terfikir langsung ibu akan meninggalkan kami. Beberapa jam kemudian, aku terdengar makcik ku memekik nama ibu..Semua jadi kelam kabut.. Aku ketika itu masih di ruang tamu dan tak tahu apa terjadi. Kemudian aku dengar abah memanggil nama ibu..oh tidak..macam ada yang xkena ni..aku bergegas ke bilik dan aku lihat muka ibuku pucat. makcik dan abah memanggil ibuku namun tiada sahutan cuma yang kedengaran hanya nafas ibu. Kami semua panik. Semua ahli keluarga yang tggl berhampiran semakin ramai yang datang. Aku tak sanggup melihat semua tu..kemudian kami mengambil keputusan menghantar ibu ke hospital.

Aku ditugaskn membawa kereta ke hospital..Dalam keadaan kelam kabut, kami menghantar ibu ke hospital menaiki kereta. Jalan lak sibuk kerana hari tu hari pertama raya..aku psang lampu kecemasan..beberapa minit kemudian kami sampai ke hospital dan ibu di bwa ke bilik kecemasan, dan kemudian di bawa ke wad.. keadaan ibu semakin tenaat...Ya Allah, x sanggup aku melihat keadaan ibu ketika itu..ibu meraung kesakitan, seluruh badannya kebas, doktor bertungkus lumus menyelamatkan ibu..aku tak sanggup melihat ibu..

Kemudian aku solat asar dan berdoa kepada tuhan, jika Kau sayangi ibuku, Kau amikla dia dengan tenang,aku tak sanggup melihat dia diseksa sebegitu rupa..Ya Allah, andai di situ ajalnya maka aku redha, Selamatkan laa ibuku..

Selepas sahaja aku menunaikan solat, aku lihat abah berbincang dengan doktor, dan satu ungkapan dari dktor telah membuatkan kami semua terkedu..sorry she passed away..

abah masih keliru dan kurang mempercayai..doktor menerangkan satu2 kepada kami..dan tanpa kami sedari air mata membasahi pipi kami...
semua yang ada di situ menangis bersama kami...

abah menenangkan aku dan menyuruhku sabar..aku hampir pengsan...

selang beberapa minit kemudian adikku sampai bersama nenek dan makcik,aku memeluk atuk dan adik..kami semua terkejut di atas pemergian ibu yang pergi tatkala orang lain meraikan aidilfitri..

Ya Allah..Ampunilaa Ibu ku

TO BE CONTINUED

No comments: