MAri KIta Berchatting

Thursday 27 January 2011

monolog 4

Jam menunjukkan pukul 7 petang. Qasha dan rakan-rakannya sedang menunggu bas shuttle ke kolej mereka. Masing-masing menunjuk riak muka puas dan penat setelah seharian berada di pekan. Apa tidaknya dengan melayan kerenah rakan2 membuatkan mereka semua gembira dan ada yang merasakan mereka tak patut pulang ke kolej. Bermacam-macam agenda mereka ni, dari window shopping hinggalah bermain bowling.

"Hah,bas dah sampai..Jom." Mamat melantangkan suaranya sehinggakan ada yang menutup telinga.

Mereka mengambil tempat di belakang sekali. Masing2 menunggu pemandu bas memulakan perjalanan.

"Psst..tu bakal awek ko..dak kecik berbaju belang." Bisik Jeff pada Qasha.
"Hah..mana2...aku tak nampak..wei..Mamat tepi sikit."Pekik Qasha.

Sementara itu, Ayu dan rakan2 menaiki bas yang sama dengan Qasha.
"Wei Ayu, kau nampak tak dak 'snowcap' kau tu. Kau tengok la member2 dia..sedang memerhatikan kau." Bisik Siti sambil memuncungkan bibirnya pada sekumpulan lelaki di belakang.
" Iskk..biarkan laa.."


Bas pun memulakan perjalanan. Qasha memerhatikan gerak geri gadis yang semakin disukainya itu. Sepanjang perjalanan, Qasha sentiasa tersenyum sambil memerhatikan rakan2nya yang lain. Rupa2nya mereka perasan yang Ayu sedang terkial2 memegang tempat simpan beg di bahagian atas bas ketika bas bergerak laju. Apa tidaknya, Ayu jika dilihat merupakan yang paling kecil dan jika hendak memegang bahagian itu, terkial2 dia dibuatnya. Ayu perasan gerak gerinya diperhatikan dan terus dia memegang tempat duduk supaya dia tidak terjatuh nanti.

"Aduii..malunya aku."Bisik hati Ayu.

30 minit kemudian,mereka semua telah sampai ke kolej. Masing2 membawa haluan masing2. Ayu dan rakan2 serta Qasha,Mamat,Jeff dan Zack pulang ke bilik masing2. Masing2 membersihkan diri dan bersiap sedia untuk kelas pagi esok.

"Oii lahabau..bukan main lagi kau erk..tak berkelip aku tengok kau..pandang si kecik tu td." Mamat menepuk belakang Qasha.
"Oii sakitlaa..mana ada..dah aku tengok dia lawa dan menarik hati aku.Erm..comel seyy..."
"Abis tu kau nak buat apa lepas ni. Takkan nak tengok jek..tak berkenan..."Mamat menyambung.
"Berkenan tu memangla, tapi buat masa ni aku belum bersedia lagi la. Nanti la..aku tengok jek dulu."
"hahahaha..leh tahan sengal ko ni.Tengok jek.."Mamat menyindir sambil ketawa diikuti oleh Jeff dan Zack.

"Buat masa ni..tu jek la yang aku mampu..hehehe."

(sila baca cter2 1 tuk kisah seterusnya dan sambungan2nye...)





No comments: