MAri KIta Berchatting

Sunday 13 November 2011

Hanya Kau..

"Haris,awak sayang saya tak?" Ainul berbicara memecahkan kesunyian malam itu.
Perjalanan dari Seremban menuju ke selatan tanah air membuatkan Ainul berasa bosan dan lagu Memori Bahagia Nyanyian Sahri AF membuatkan dia mengantuk. Haris yang diam dari tadi menoleh kepadanya.

"Erm....kenapa awak cakap macam tu? Awak tak percaya saya erk. Awak tau tak, bintang yang bertaburan di langit belum dapat menggantikan bulan yang satu. Begitulah sayang dan cinta saya pada awak Ainul. Walaupun bidadari cantik,puteri raja sekalipun saya tetap memilih awak. Hurm..saya pun nak bertanya pada awak..adakah awak,Ainul mencintai dan menyayangi saya?"
Haris berkata dengan yakin dan serta merta memandang Ainul yang terdiam.

"Haris,saya pun begitu..Saya akan berubah bila orang kenakan saya,orang buatkan saya. Dalam hati saya hanya ada awak saja Haris.Kalau apa2 jadi pada saya atau saya berubah,cepat2 ubatkan saya tau?"
"Isk awak ni...kesitu pulak..Insyaallah..saya percaya pada awak Ainul.."

Kemudian mereka senyap kembali dan Haris memberi fokus kepada pemanduannya.

Ponnnnnn!!!!
"Hoiii,jalanlah..dah hijau tu..hooiii."
Haris terkejut dan terus meneruskan perjalanannya ke rumah. Kini Haris keseorangan kerana Ainul telah memutuskan pertunangan dengannya. Masih terngiang2 dikepala Haris akan perbualan antara dia dan Ainul yang membuatkan Haris tidak percaya yang dia akan kehilangan Ainul. Kejahilan dan kejahatan seseorang yang menggunakan ilmu hitam telah memisahkan mereka berdua. Mungkin itu penyebab saja,masing2 ada kesilapan..aku pun salah gak...takpela.dah takde jodoh..Insyaallah ada jodoh tak ke mana..bisik hati Haris.

Kini,Haris meneruskan kehidupan sendirian walaupun ada di antara keluarganya mengkenen2kan dia dengan orang lain. Tapi,rasa kasih sayang,cinta yang sejati kepada Ainul masih tidak pudar. Setiap kali dia berdoa agar Ainul sentiasa bahagia,Ainul sentiasa ceria dan Ainul menjadi orang yang baik. Dan setiap kali itu juga dia berdoa agar andai inilah jodohnya,dekatkanlah kembali aku dan dia dan jika ia bukan jodohku,jauhilah aku dari dia dan buangkan rasa kasih sayang aku dan cinta aku padanya kerana sesungguhnya diri ini menyayanginya sepenuh hati. Ya Allah...itulah ungkapan doa yang sentiasa membasahi bibir Haris.

Pak Dolah dan Mak Nab juga amat risau dengan perubahan Haris yang semakin menjadi seorang pendiam,menyepi dan berkurung sahaja dibilik,nampak lemah dan kurus. Setiap malam juga mereka berdoa agar anak mereka ini dapat kembali seperti biasa dan mendapat jodoh yang mampu memberi kegembiraan dan kebahagiaan mereka sekeluarga.


------------------------------------------------------------------------------------------------



No comments: