MAri KIta Berchatting

Wednesday 13 October 2010

Kata Perdana Menteri

Aku rasa semua orang tau yang baru-baru ni..baru la kot. PM @ perdana menteri kita telah war-war kan bahawa rakyat Malaysia khususnye perlu menggunakan kehebatan internet untuk menjana pendapatan. Betulkan?kan3x..

Disini aku nak menjelaskan bahawa secara tulus ikhlas aku baru nampak yang memang benar apa yang dikatakan oleh PM kita tu. Manakan tidak, sekarang adanya facebook.twitter,blog lagi dan banyak lagi laman-laman sosial yang lain. Melalui laman-laman sosial tersebut, kita boleh menjana pendapatan. Misal kata si A berniaga dan keuntungan agak tidak meyakinkan. Namun si A ni adalah seorang facebooker,twitter,dan tagged. So dia mendapat ilham dengan mempromosikan perniagaan dia di laman-laman tersebut..Nah kau..dengan serta merta tup2 femes dan berjaya si A ni..

Aku rasakan penggunaan internet ni amat bagus andai dijadikan platform untuk berjaya. Ini kerana jika kita lihat zaman-zaman sebelum adanya internet, kita akan lihat bagaimana peniaga-peniaga mempromosikan perniagaan mereka. Banner disana sini..naik van atau lori memekak mengatakan ada sales dan lain2 lagi..mesti makan masa dan kos..kan??so dengan adanya internet ni..klik jek..dah settle...

Apa-apa pun yang penting diri kita sendiri. Jika kita ingin berjaya dan tidak mau ditakuk lama, ada banyak cabang dan pilihan untuk kita buat.Tepuk dada tanye diri sendri..

No comments: