MAri KIta Berchatting

Monday 11 October 2010

Orang Dulu2 kata

Salam wahai readers blog yang dihormati..heheh..benak lak kepala otak aku malam ni. Tak tau la kenapa, mungkin terlalu memikirkan masa depan ni..Ni if PM tau ni leh jadi penasihat dia agaknya..angan2 mat jenin..hahaha

Topik yang aku nak kongsi ni sebenarnya mungkin tidak sepopular penceraian kak engku atau kekalahan pasukan hoki Malaysia di Sukan Komanwel 2010 mahupun kemenangan Pandalela dalam acara terjun tu..tidaakkk..ia hanya sekadar santai jek

Bukan apa..2 bulan ni semua penghuni rmah aku kecuali ayah n aku diserang demam campak atau chicken pop..nah kau, berbintik2 di sana sini plus gatal2..paling teruk setakat ni mak aku la..dah cam tak tentu arah dah aku tengok. Hah, bila demam campak ni..mesti korang terpikir pantang larang orang dulu2 dan petua orang dulu2 kan??

Atuk aku,makcik2 aku pernah cakap, bila kene demam ni minum air kelapa muda yang hijau2 tu cam pic bawah ni.
Sedap lak kan..pastu leh guna daun cermai buat bedak..ala tepek2 cam bedak sejuk..tau tak camner daun cermai tu??tengok kat bawah ni
Nak tengok camner nak tepek bedak ni..hah..jangan terkejut lak..tengok bawah ni;

Hah..lagi satu petua..orang dulu cakap bila kene demam campak ni jangan mandi,sebab aku tak tau la..dan jangan garu..penting tu..supaya bisa@air tak merebak.
Tapi doktor lak cakap bila kene demam ni boleh mandi selama mana mungkin..wah..bercanggah ni..

Erm,bagi aku tak kisah la moden ke tradisional ke..yang penting sihat dan cergas dengan baiknya..

moral of the story:

jangan ketawa dekat dengn orang yang kene demam ni.nanti berjangkit.hahha

No comments: