MAri KIta Berchatting

Thursday 30 September 2010

Dunia Zaman Sekarang

Erm, bila difikirkan kembali agak menakutkan dan membimbangkan keadaan dunia zaman sekarang. Yang lemah ditindas, yang kuat bermaharajalela. Contoh sudah ada depan mata kita. Nun di Timur Barat sana.Korang lihat sendiri bagaimana kehidupan rakyat Palestin. Tanah mereka dirampas, rumah dimusnahkan, waris diseksa dan dibunuh sekejam-kejamnya.

Kita di sini hidup aman dan damai. Syukur!!!Betul?? Tapi masih ada jugak yang mahu hidup kita ini diancam. Fitnah di sana sini, rasuah bermaharajalela, undang2 ditolak ke tepi,rusuhan,demonstrasi dan macam2 lagi la. Kenapa semua ini berlaku??tepuk dada tanya iman. Hanya diri kita yang tau kenapa semua ini terjadi.

Kenapa zaman2 dulu tidak seperti ini? Hidup aman, tiada penyelewengan,rasuah pun takde,kenapa ye??Renung2kan dan selamat beramal

Wednesday 29 September 2010

Pening-pening

Aduhai,setiap kali lepas raya mesti kepala aku pening. Kenapa?? Sebabnya lepas ni ramai la orang buat kenduri kahwin. Yela, mana tak kepala aku pening, asal pegi jek kenduri semua tanya aku, " kau bila lagi", "lepas ni turn ko ye". Yang lagi best pun ada, " aku rasa macam nak makan nasi minyak kat umah kau le man, bila erk?mana kad"..

Nah..mana tak pening? so, untuk pengetahuan semua, Insyaallah akan jadi semua tu. Cuma tarikhnya tak tau lagi..

Monday 27 September 2010

Perlu Ke

Bila agaknya Malaysia nak ada semua kelengkapan like a CSI? bestkan??perlu ker?

Aku rasa perlu sangat2..sebab?banyak kes bunuh kat Malaysia la ni..smpai kadang2 nak masik 1 thn tak habis2 kes...

Perlu ke semua barang2 tu?aku rasa perlu sebab snang nak buat DNA test, xsampai sehari..settle..

Kesimpulan: Perlu dan alangkah bertuahnya if dapat keje kat CSI..

Friday 24 September 2010

Perlu ke Aku Tdo Sekarang?

Perlu???berdasarkan tajuk di atas..amat perlu ker??
Berdasarkan sebab-sebab di bawah ni perlu ke tidak erk??renungkan?
1. Esok nak p ipoh,bertolak jam 3 pagi
2. Seharian kerje di aircond+panas+aircond+panas+hujan
3. Makan, makan,makan
4. Duduk,berdiri,duduk
5. Melayan facebook sambil menggosok mata

So..pandangan anda amat di alu2kan

Pelik Tapi Benar

Betul la kata orang, bila dah malas, semua benda tak jadi. Macam sekarang, apa yang aku nak tulis kat blog ni pun aku tak tau..Tengok2 jek dah 2 baris. Pelik kan?tapi tula kenyataannya yang perlu kita renung2kan dan menjadi iktibar..hahaha~~amat merepek

Ni la penangan si ubat batuk cap Klinik Utama Segamat.huhuhuhu....

Thursday 23 September 2010

Nak Dijadikan Cerita

Salam, Nak dijadikan cerita boleh pulak aku menulis blog ni..hurm..tak memasal jek kan..argh..jap lagi nak layan PS2 lak, tak lama lagii lak nak layan bini lak..hahahaha, berangan jek. Kan?

So,hendak difikirkan
ada lagi yang lebih sengsara dari aku
insaf sementara aku dibuatnya
Subhanallah,
Maha Suci Allah,
Engkau Yang Menjadikan Sekelian Alam
Bila Engkau Kata Jadi
Maka Jadilah..
Subhanallah
Allahu Akbar















































































































IPD SEGAMAT 1

Lokasi : Tapak Projek IPD Segamat
Tarikh : 23/9/2010
Masa : 3.00 - 5.00 PM
Watak : aku, alom (pekerja Bangla), Mat bangla 2.

Dengan bernadakan tone polifonik nokia 5310 aku berbunyi. Ceh, tak boleh tengok orang nak main FM tul la, bisik aku

Alom : alo bos..bila mau tengok itu pressure test??
Aku : alaa..petang sikit la..sekarang baru kul berpa??
Alom : cepat sikit la bos...susah la ini macam
Aku : petang k..nnti sy dtg

So,dengan berbekalkan kemalasan aku pegi la inspection pressure tu..sambil-sambil cek angka-angak yang agak besar kemerahan tu boleh la pulak mat bangla 2 tu pasang lagu hindustan.

Aku : lagu apa ni??
Mat Bangla 2 : hindustan bangla mari.
Aku : Hah?hindustan bangla??ada ka??
MAt Bangla 2 : Ada bos..sama saja..
Aku : laa..saya ingat itu hindustan yang SRK ke,Salman Khan ke??
Mat Bangla 2 : Bkn bos..hindustan bangla sana datang..sini byk juga dapat...

Yela2..aku mengiakan jek...selesai jek inspect..aku pun chow..blk..dah lambat..nanti kene claim OT lak..

Wednesday 15 September 2010

Raya ke 7

~~Salam aidilfitri~~
Dan Selamat Pagi Plus Tengah hari
Apa la Plan Aku Hari Ni
~~BAngun Tdo Gosok Gigi~~
PEgi Raya Member Tak Muncul-muncul Lagi
Balik Kg P Kenduri
~~NTah laa..apa nak Jadi~~
Cam Mood raya tak datang2 lagi..
APa Nak DI kata Lagi
~~Ngadap PC 2 3 jam sekali~~
Fb.twitter blogspot pun jadi..

Tuesday 14 September 2010

Raya Ke 5

Tiada apa yang menarik raya ke 5
Kerja-kerja-kerja
Still mood raya
Still beraya ke rumah saudara mara

Monday 13 September 2010

Salam...yeah..akhirnya ada gak pic ni..tapi tak semua ada dalam gambar ni.Erm..apa-apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Atuk Enon Family Club..Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..kepada yang akan pulang ke bandar atau ke tempat kerja pandula berhati2..

Wednesday 8 September 2010

Menjana PEndapatan Dengan Bermodalkan RM5
Mudah, Senang dan Pantas


http://www.danaraya.com/?id=Syamliza

Sunday 5 September 2010

~~Sepi~~~

Salam, erm..pelik lak tajuk post aku hari nie, SEPI??? mungkin ramai yang mengerti maksud SEPI, faham kan??so, keadaan aku sekarang begitu laa..sepi..sunyi..erm...hanya bertemankan PC untuk keyboard ku di tekan2 menaip, dan beriramakan bunyi kipas yang seakan mengalunkan irama Beatles.arghhh..agak sukar untuk aku menghadapi semua ini....

Friday 3 September 2010

Ramadhan Bakal Berakhir...Syawal Bakal Menjelma

Salam Ramadhan..rasa macam sekejap jek masa berlalu..nah.dah malam 25 hari ini dan Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga aku berpuasa sehingga hari ini. Persiapan raya masih dalam proses, almaklum raya di pertengahan bulan, so paham2 sudah la. Sepanjang Ramadhan ni sempat jugak la aku ke Bazar Ramadhan kat town aku tu..apa lagi sekali pergi tak beli air Khatira tak sah. Fuh..syok oooo. Ditambah lak dengan murtabak yang dimasak panas2, aduhai nak gak aku makan kat situ. Erm, anyway selamat menempuh malam2 terakhir di bulan puasa ini dan banyak2 kan amalan, insyaallah,wassalam