MAri KIta Berchatting

Monday 30 May 2011

Sebulan Yang Pertama

Salam readers..
Erm...sebulan yang pertama...
sebulan pertama aku berjauhan dengan dia..
dan nak masuk dua bulan dah ni....
Tak jumpa2 lagi ni..
just text and call
tu pun jarang2..
kan2?tul tak kamu??

heee~~jiwang lak
perlu ker?
ahhhh...perlu2..
heee~~
erm...
Rindulaaa pulak...~~sabar syam~~sabar~~
Dan aku masih menunggu,menanti...~~Insyaallah~~
menanti hari yang ditunggu2...
Terima kasih kamu..~~syukur pada Allah aku bertemu kamu






Salma Juara Mentor..

Agak lambat aku mengupdate post mengenai salma si ibu muda ni..Salma2...menang gak ko yee..
Tahniah salma..aku dah dapat jangkakan..Disamping minggu yang menyedihkan dengan kekalahan MU kpd Barca...ko berjaya juga mengubat kekecewaan aku..Tahniah..
Jom kita Layan Lagu dendangan salma di konsert akhir..







Lagu terbaru salma






Akademi Fantasia 9 - Minggu ke 8

Salam readers..
Erm..memandangkan demam AF ni tak habis2 lagi...
Jomla layan klip2 video persembahan pelajar AF

* nasib ada hazama..bestlaa sikit...
















Fina akhirnya dapat imuniti yang digembar gemburkan minggu lepas..DAMN!!!
aku ingat hazama..
Semua peserta tidak terkeluar...so next week..hazama,azri,erul dan lena akan membuat persembahan untuk memilih siapa akan ke final...




Ulasan Maharaja Lawak Minggu 9

Salam readers..sori lambat untuk mengupdate blog..fuhh..agak bz sikit kebelakangan ni..
Oklaa..the first thing i want to share is about maharaja lawak.
Minggu ke 9 ni,peserta digandingkan dengan Otai2 lawak seperti AR Badul,Bell,Acong dan beberapa orang lagi..Bagi aku the best persembahan is Sepah and Jozan.

Jom Kita Layan..

1. Sepah





2. Jozan




3. R2




4. Jambu





5. Nabil





6. Balas



Minggu ke 9 ni seperti yang dijangka Balas terkeluar.. Namun..bagi peminat2 Nabil..undilah dia..hahaha..sebab dia dah takde idea da tu....






Thursday 26 May 2011

Pepatah Melayu..Tapi..

Salam readers..
Erm,entry kali ni aku dapat rasakan agak kasar la sikit..
erm..sambil mendengar alunan bacaan yassin Ust Zulkarnain ni aku terfikir sejenak..
Yup..mengenai pepatah melayu..
MELAYU

Contoh:
Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing
Cuba korang lihat sekarang..
memang betul bangsa kita ni kaya dengan bahasa yang amat cantik dan sopan
tapi aku dapat rasakan yang pepatah ini orang kita selalu abaikan
lihat sendiri dalam perniagaan..
Contohnya kaum cina..
lihat sendiri bagaimana diorang berniaga,persatuan diorang..
kukuh...
tapi orang kita..
PHD
bukan PHD yg universiti tu..tapi Perasaan Hasad Dengki
Pantang tengok orang nak maju
Pantang tengok orang tu bagus
Pantang tengok orang nak berniaga
ada jek
Tak dapat cara baik cara kasar..ilmu itu ilmu ini..
common bangsaku
Malulaa dengan bangsa lain..tolonglaa
Sekarang aku lihat pepatah yang berat sama dipikul ringan sama dijinjing
bangsa lain yang mengamalkannya..

Tolongla bangsaku..
wakeup...jangan la rasa iri hati
jangan la rasa bongkak
yang kaya tolong yg miskin
yang miskin berusaha jadi yg lebih baik
jangan mengharap bantuan orang jek
usaha..tawakal..
Aku kadang2 geram dengan sebilangan bangsa Melayu kita sendiri
Cakap jek..tapi...

Bangsa lain bertepuk tangan lihat bangsa kita sendiri ada PHD ni
tak taulaa..
aku harap sangat bangsa aku ni bangun dari lena
banyak sangat subsidi sampai lupa
MELAYU
betullah kata Tun Dr. Mahathir
MELAYU MUDAH LUPA.
apapun aku harap aku sendiri dapat bantu bangsa aku sendiri
supaya bangun dari lena
Kurangkan PHD @ perasaan hasad dengki
Tak kemana pun bila banyak PHD ni
ada masa kita di atas
ada masa kita di bawah..
sediakan payung sebelum hujan
Penuhkan ilmu di dada..
Kitakan mengadap satu kiblat yang sama,
Kenapa perlu hasad dan dengki,
Tingkatkan prestasi kurangkan hasad dengki
Barulah orang tak pandang sipi..
Apa pun aku mintak maaf andai ada terasa
tiada niat untuk membuat korang kecewa
sebagai luahan isi hati yang kecewa
Melihat bangsa sendiri dihina
Umpama cubit peha kiri peha kanan terasa
Maaf dipinta hanya nukilan biasa..






Wednesday 25 May 2011

~~Geram~~


Damnnnn~~
Tu jek yang boleh aku katakan..
Dah wat hal dah...
Geramnyaa aku...
Perlu tak aku tukar baru..hahaha
Apa yang best?
Nak tukar ni...

Tuesday 24 May 2011

Mencari Realiti

Erm..selamat petang
Petang2 camni rasa malas nak pi site..
so aku amik peluang tuk update blog jap.
hahaha...~~sori boss jap lagi hamba datang~~

Entahlah..semalam aku terima berita
Erm..ayah bekas tunang aku sakit urat saraf..
umpama strok kecil..
apa2 pun aku doakan dia cepat sembuh..
urut2 selalu tmpat sakit..
Insyaallah ada masa aku akan melawat dia..

Erm..actually aku dah sedia untuk menerima seseorang dalam hati aku ni
Diibaratkan sedap mata memandang..
Walaupun kadang2 aku nampak cam dia ignore aku
tapi aku tau dia takut2..
iskk..takut kecewa..sapa tak takut..
aku pun..
Tapi Insyaallah..aku harap aku tak kecewakan dia..
sukar aku nak gambarkan yang dia ni jenis "masuk air"
kena ngan sepupu2 aku abis laa..
masing2 leh masuk air
Suka binatang umpama kucing n rabbit..cam aku
~~hahaha~~~
Buat masa ni aku nak kenal hati budi dia dulu..
aku takut apa yang berlaku sebelum ni berlaku lagi..
tapi dari apa yang aku tau..
Insyaallah dia tidak akan lakukan..
sebab dari pengamatan aku..dia OK
Cantik??Yup..syukur..amat cantik..
tapi aku tak pandang semua tu..yang penting hati..
Dan yang paling best aku dengar
Mak dia garang..
~~~hehehee~~~
kata orang..bagus cari bakal2 mak mertua or pak mertua yang garang2
sebab dah tentu anak2 dia ni amat baik,dan tau apa yang perlu dilakukan..
Untuk mak2 n pak2..Insyaallah saya akan jaga,bimbing anakmu ini nanti
menjadi yang lebih baik dari sekarang..
say tau anak makcik n pakcik amat baik..
~~hehehehe~~
Siapa?
Insyaallah jika dia betul2 dah terima aku
jika dia betul2 dah leh wat kptsn..
jika dia betul2 terima aku tanpa rasa was2..
aku akan bagitau korang...
terbaikk!!!
Dan aku taknak kawan dengan dia lama2~~
Perkara lampau mengajar aku~~
Bercintalah lepas kawin..
Insyaallah lepas raya ada laah..hahaha
SERIUSSSS!!

Monday 23 May 2011

Kerenah Superhero

Di suatu hari aku telah membuat satu tugasan yang telah diberikan oleh boss aku. Kali ini aku ditugaskan diluar negara. Antara negara-negara yang aku lawati adalah Jepun dan Amerika Syarikat. Best oo...

Sebenarnya aku ditugaskan untuk mengenalpasti kenapa superhero2 antarabangsa tidak mahu ke Malaysia. Negara pertama yang aku lawati adalah Amerika Syarikat. Satu negara yang amat maju..Yelaa negara yang dianggap polis dunia ni..so..akupun mulakan tugas..cari punya cari aku terjumpalah mamat ni...
"Hello Mr. Spiderman,whatsup",aku memulakan bicara. Masa tu si spdrman ni sibuk mengadjust sarangnya..."ooh...den ok yoo". La leh cakap n9 lak. "Nak tumpang tanye,kenapa mr spiderman tak nak datang malaysia".
Korang mesti nak tau an apa jawapan dia.

" Den sobonar yo nak datang Malaysia ni, tapi den risau dekat sorang mamat kek Malaysia tu. Sekarang tengah famous kek sana..ekau mesti konal dio..den takut nak jumpa dio..sekali dio kuar an dio punyo lidah tak ko naya..den ni an spider,dio cicak..geli den nnti bila lidah dio melekat kat den...oooo tidak mau aaa den...lg satu kek Malaysia tak banyak bangunan tinggi2..nanti den nak bergayut susah diwatnya...takpolah..tapi memang den takmahu datang Malaysia sobab si Cicakman tulaa..takmau aa den".

Laa...takut ngan cicakman rupanya...ciss..bangga aku jadi rakyat malaysia..hahahaha. Geleng kepala aku dengan kerenah Spiderman ni.

Pastu aku jumpa dengan mamat ni pulak...korang mesti suka punya.
Hello bro,whatsup....aku memulakan bicara. Time tu aku nampak dia tengah tido...yela namapun batman..kelawar,siang buat apa..?hahahhaa...teruk punya batman..sambil gosok2 mata..

"lool..i'm ok..awatnya.."
laaa...leh pulak cakap utara..layann
"nak tanye ni..kenapa cik batman taknak datang Malaysia?"

" Bukan cek taknak mai Malaysia,tapi hang pun tau an,kereta cek ni dah la lowed,pastu laju pulak..bila cek datang Malaysia,jalan kat sana semuanya tak rata,bila yang rata tu ok la..pastu cek ni taklah kaya mana nak bayaq saman ekoq..an an an..pastu tol lagi..ni pulak cek dengaq minyak nak naik lagi..aduii...camner?Lagi satu,cek geram dengan mamat sorang ni kat sana. Alaaa..keluang man...cek takut tau..dahla dia tu dalam kategori tak berapa siuman..sekali dia bunuh cek..dia tak kene apa2 hukuman sebab dia gila..takut cek.."

Laa...camtu ke?cis...buang masa betul aku layan superhero luar ni..macam2 kerenah..
Pastu aku ke Jepun tuk berjumpa dengan hero kesayangan diorang,sapa lagi..Ultraman laa
Hai mr ultraman...how are u?

Oooo..i'm fine..mu?sihak?gapo dio kamu mari sini?

Laaa...kecek kelate laa pulak...punooohh...

"kawe maghi sini nak ghoyak mu..napa mu tak maghi Malaysia?"

"Oooo..kawe tokse la nak maghi Malaysia..mu bayangkan laa..maghi Malaysia dari sini berapa jam?10 orang ultraman pun belum tntu sampai Malaysia mu tau..kawe muncul bumi jepun ni hanya 5 min yo..pastu liplapliplap lampu meroh nyalo..lepas 5 min..if kawe tak naik ke atas..kawe punohh..mati..gimano? Pastu..kawe pahe...Malaysia baru nok maju..nanti kawe datang punoh semua bangunan2 kat sana..dah kene buat balik..tokse laa mu...biar kawe musnahkan harta benda negara kawe sndiri..bolehkan?"

Cis..macam2 laa superhero luar ni..pastu aku pulang la ke Malaysia. Aku submit segala laporan2 yang ada dan aku bagitau bos aku yang kita harus bangga menjadi rakyat malaysia dan belilah barangan buatan Malaysia..hehehehe




Sunday 22 May 2011

Sunshine Smile Contest



SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.
CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/ http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan di comment box entry ni:
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)


"Senyuman saya paling ceria sebab ia datang dari hati yang suci yang sukar dicari ganti"

rakan yang ditag
Faizal
Cik Ladies
Miz Diary





Ulasan Maharaja Lawak Minggu 8

Laa dah minggu 8 dah ke Maharaja Lawak ni,
Wah..minggu ni R2 masuk balik setelah mendapat LIKE terbanyak kat FB.
So jom kita layan lawak2 diorang ni...JOm

*minggu ni aku taknak ulas banyak2..korang layan jek..korang gelak maknanya kelakar laa tu..heee

















Minggu ni Man Terkeluar




Thursday 19 May 2011

Coretan Untuk Diri

Sukar aku nak ucapkan dengan kata2
Kerana aku seorang yang tidak mudah meluahkannya dengan kata2
Kawan2 aku cakap aku tak reti menipu?
Camner diorang boleh detect ni..aku pelik laa
Tapi memang setakat ni..
jika aku rasa aku nak tipu
aku akan gagap..err,ermm..dah jadi permainan aku
Ntahlaa
Aku suka berterus terang..
If aku suka aku akan kata suka
If aku tak suka aku akan kata tak suka
jika aku tak cakap aku diam..
heeee
Sekarang ni aku sesorang kat umah ni..
Rasanya dalam sebulan ni keseorangan aku
Umur seperti aku ni rasanye perlukan sesorang..kan2?
heehehehehe..
gatallak..tapi ada gak kebenarannya
Aku akui..aku perlukan teman..
Setelah apa yang berlaku pada aku sebelum ni..
Memang aku ingin melupakan semuanya..
aku nak mulakan hidup baru..aku nak lupakan
LUPAKANNNN!!!

Erm..dan sekarang aku sedang belajar untuk mengenali seseorang..
Aku betul2 ingin mengenalinya..memahaminya..
Nampaknye memang hati aku dah terpaut padanya..
HUHUHUHUH
Aku harap dia mengetahuinya..
seriusly aku dah jatuh hati pada dia..
Tapi aku harus bersabar..perasaan jangan dipaksa2
Aku akan sentiasa menunggu keputusannya
N aku tau dia pun tau aku suka padanya..
Aku terus terang katakan..
yang aku betul2 ingin serius dengannya..
Mudah mudahan dia menerima aku dengan hati terbuka..
Mungkin ini yang terbaik untuk diriku..
Mungkin disebalik ini ada hikmahnya..
Aku berserah padamu Ya Allah..
Mudah2han Engkau berkati hubungan ini nanti..
~~Amin~~

Siapa?aku akan bagitau jika betul2 apa yang aku harapkan berlaku...
Tunggu!!!
Mungkin salah seorang dari kamu??Mungkin..
Sabar!!!



Pulanglahh~~



Buka lah mata dan lihat dihadapan mu
Aku berdiri tegak tapi kau tak Nampak
Hodohkah aku? sering kau campak saja
Banyak yang dah ada yang aku tak ada
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan

Chorus:
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku damping
owh Huuuuuu 2x

Aku berjalan di kota kuala lumpur
Semuanya Nampak berbeza tapi ku sama
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan

Chorus :
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku damping owh







Wednesday 18 May 2011

Masa Lalu

zizan-masa lalu - zizan-masa lalu

Powered by mp3skull.com

Sambil dengar lagu dari zizan ni
teringat la gak kisah2 lalu
kadang2 apa yang berlaku dulu menjadi pengalaman pada kita sekarang


Hidup kita ni hanya sekali
Pokok pangkal pada diri kita..
Setiap apa yang berlaku semua telah ditakdirkan
dan kita sebagai hambanya harus mengambil iktibar setiap apa yang berlaku
dulu kini dan selamanya..heee..
Jom la layanlagu ni jap...






~~Stamina~~




1 2 3 4 5 6 7 8 lapan lagi..
Eh2 sori readers..
aku bukan menari..tapi sedang panjat tangga ni..
hahaha..caya tak?
kihkih..
erm..saja just kidding..
dalam beberapa minggu ni aku kene cari stamina.
Bermula bulan ni aku dan team bola sepak
akan memasuki liga bolasepak Ledang
aduii..stamina ni..kene jaga..kan?
erm..mcm2 aku wat
berlari,berjalan,bermain,bernyanyi..eh..ada ker?
tapi aku takleh miss laa bila waktu malam mesti tido lambat
kan kene tido cukupkan?
dah tabiat aku dari zaman belajar dulu suka tido lambat.
Damnnn!!!~~
Apa2 pun pemakanan kene jaga tul tak?
jangan cam pic bawah ni..
nii buruk lantak namanya..
Erm,k laa readers..doakan aku n team bola aku berjaya nanti k
maaf la kawan2 aku takde pic nak upload..tunggu aku beli hp baru k
hehehe..time tu tau laa banyak pic aku amik t..hehehe




Tuesday 17 May 2011

Kisahku DI Hari Cuti

Smlm petang aku gerak ke KL..jmpa family aku kat sana.
Ayah aku telah transfer ke ofis di Exxonmobil kat KLCC tu..
atas sebab2 kesihatan..dia tak dapat nak offshore.
SO dia ngn adik beradik aku n mama aku tinggal kat The Zone..
Cis..mentang2 company bayar..layan duk kat tempat best jek..

Malam tu lepas layan JUVANA,perut dah lapar..erm..almaklum tak makan lagi.
Dalam kul 11 camtu aku ajak adik aku pegi midvalley layan cite KONGSI..
Nah..movie jam 12.15 malam..
Agak menarik la citer dia cuma ending tak berapa ngam..

Aku sebenarnya nak ke suatu tempat. Dan nak berjumpa dengan seseorang keesokan harinya.
Tapi pagi tadi aku n family hantar adik aku kat TBS kat Bandar Tasik Selatan.
Peehh..best wooooo cam kat airport.
Aku dah cam jakun jek..cuma ada beberapa lagi yang perlu dikemaskinikan..

Pastu aku bawakk ayah aku p low yatt,times square..
Leh tahan laa penatnya..berjalan melayan kerenah adik2 kecik aku tu.
penat siutt..leh lak diorang beli bola sorang sebiji
sorang bola tampar sorang bola sepak
isk2...macam2

pastu kitorang balik ke tmpat penginapan..dan aku sempat gak laa tertido..
pas maghrib aku siap2 nak balik segamat.
Pastu dipertengahan jalan perut lak wat hal..dammm..apa la yang aku makan ni..pedih gile sampai sekarang..
dalam perjalanan tu..dari seremban sampai ke melaka hujan turun dengan lebatnya..

Kat area sagil leh pulak banjir..banjir darat...mungkin sekejap jek tu..
aku sampai kat rumah dalam pukul 11.32 malam..
Sampai2 terus basuh baju n update blog..heee..




Saturday 14 May 2011

Seriously Nice~~watch it~~



Best deee...layan lagu ni...n nice music..seriously...damn nice~~





Friday 13 May 2011

Ulasana Maharaja Lawak Minggu 7 Silent Komedi

What...!!!!
Silent comedy?
camner la diorang ni nantikan?
Yang pasti aku menantikan persembahan Jozan,Sepah,Jambu,Nabil
Harap mereka wat yang terbaik

Dan malam tadi dah berlangsungnya maharaja lawak minggu 7 ni
Secara keseluruhannya
keempat2 peserta yang aku harapkan memberi persembahan yang mantap
kecuali nabil yang agak merosot sikit persembahannya
Balas,Man,Amir..anda harus tingkatkan usaha lebih lagi..
Pada malam itu,Jambu menjadi juara mingguan dan terselamat dari tersingkir.
Dan AC juga umumkan senarai undian yang dilakukan oleh peserta
yang mana mereka fikir perlu disingkirkan.
Nasib Jambu ada imuniti dan terselamat.
Dan di akhir sekali diumumkan Amir terkeluar..
Tapi..Damn it astro..
Ada SMS Masuk bagi mereka yang terkeluar
R2,Jihan,Amir,Wai,XN3,Alex diberi peluang sekali lagi
Just Like pada pic diorang di Facebook
ni link diorang
ML MASUK
So if korang berminat klik like banyak kat Amir..hahahaa
Damn it astro..pandai kome cari duit
Dan tarikh tutup ML MASUK pada 18 Mei ini..

So,apa kata kita layan persembahan mereka..dari yang tak terbaik kepada no 1

1. Amir


2. Man



3. Balas


4. Nabil


5. Sepah


6. JozaN


7. Jambu


So Enjoy Ye...




Thursday 12 May 2011

Aduh Saleha



Isk..sedapkan lagu mawi ni..lama tak dengar..
Sebenarnya ia takde kaitan pun dengan apa yang aku nak share dengan korang.
Hehehe.,tapi aku nak kongsikan sesuatu dengan korang. Agak2 kenal tak bila korang tengok pic kat bawah tu?Kenal ke tak kenal?ceteka2

So..kenal tak?ahah..sapa lagi Siti Saleha..pelako cerita Nora Elena yang sedang ditayangkan di Slot Akasia di TV3. Erm..bagi aku sepanjang aku lihat dia berlakon,not bad..pandai menghayati watak..so aku kongsikan serba sedikit biodata beliau.. Jom terjah

  • Nama : Siti Saleha Mohd Baharum
  • Panggilan : Siti Saleha atau Saleha
  • Tarikh Lahir: 14 Mac 1990
  • Umur: 21
  • Tinggi: 165 sentimeter
  • Berat: 50 kilogram
  • Drama: Nora Elena (2011),Kasut Tumit Tinggi (2008), Farah, Kapten Boleh (2008), 5 Jingga (2008), Zaleha, Kecuali Cinta Mu dan Awan Dania musim 2.
  • Telemovie: Puaka Topeng Putih (2009), Hati Batu (2009), Raya Mona (2009), Kau Laksana Bulan (2009).
  • Teater: Stage Therapy (2009)
  • Iklan: Celcom, Wrigley’s DoubleMint (2008), Gillette (2008), Maggi (2008), Nestle (2007), Honey Soft (2006), Pantene (2005), F&N (2005) dan Nescafe (2009).
So layan lagi pic2 menarik untuk korang.









Wednesday 11 May 2011

Nora Elena

Nora Elena..
Eh eh..bukan nama awek aku ye..
Nama awek ku...tettttt...
Nora Elena ni merupakan tajuk citer slot Akasia kat TV3 tu,
Alaaa setiap hari isnin - khamis jam 7 ptg tu..
Laa..tak tau yang mana..meh terjah poster ni and sedikit klip video cter ni






Setelah diselidiki dan dicari di Google.com
Baru kusedari rupanya drama bersiri ini diadaptasi dari sebuah novel
Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha terbitan karangkraf
erm..kena cari novel ni..jika dilihat pada jalan cerita
agak menarik..erm...

Sinopsis Cerita Nora Elena:

Drama yang diarahkan oleh Jetli dan skrip yang ditulis oleh Maizura Mohd Ideris mengisahkan Nora Elena seorang gadis yang telah diperkosa pada usia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden pahit itu,kini beliau selesa dengan kehidupannya seperti biasa lebih2 dan bakal mengahwini Idham. Namun keadaan mula berubah setelah beliau bertemu dengan Seth Tan.

Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?

Untuk mengetahuinya mari kita ramai2 saksikan cerita best ini di TV3.

Lakonan mantap Siti Saleha ( Nora Elena), Aaron Aziz ( Seth Tan), Miera Liyana ( Maria Tan), Ery Putra, Zul Ariffin ( Idham@Eid), Wan Sharmila ( Yvonne) dan ramai lagi. Selamat menonton!!!








~~Sedangkan Lidah Lagi Tergigit~~


Sedangkan Lidah lagi tergigit
Inikan pula suami isteri.
Teringat pulak bait2 lirik lagu dalam cerita Tiga Abdul ni.
Erm,cerita yang boleh dijadikan contoh kepada semua
Begitu juga cerita Ahmad Albab.
Juga boleh dijadikan contoh
terutama dalam perhubungan suami isteri
pakwe n makwe, tunang
dan macam2 lagi yang berkaitan dengan perasaan kasih sayang

Kadang2 masa mula2 kita bercinta,
semuanya indah kan?
sampaikan bau busuk pun kata wangi,
eeyyuukk..ada ke camtu?
Namun dalam perhubungan..banyak benda kita harus pelajari
Kita bukan dilahirkan mempunyai satu deria yang boleh tau dan mengawal orang lain
kecuali mengamalkan ilmu yang dilaknati Allah.
Faham memahami,bertolak ansur,ikhlas,percaya
Semua itu harus ada dalam perhubungan.
Contohnya
Jika kita tidak memahami pasangan
misalnya pasangan anda merupakan ahli perniagaan yang memerlukan
banyak kerja2 lebih masa.
Sebagai seorang kekasih dia anda harus tau dan faham memang keje dia begitu..jadi haruslah kita tidak kira lelaki atau perempuan memahami pasangan.

Baru tadi seorang kawan aku mesej minta pendapat aku.
Pasangan dia ni seorang yang amat panas baran..
Abis dia dimaki hamun dengan pelbagai kata2 yang tidak elok.
Permulaannya memang lah dia tahan.kadang2 siap melawan..
tapi sekarang dia diam dan hanya mengikut saja..
Apa pendapat korang?jika korang berada dalam situasi dia?

Dia juga bertanya pada aku..orang camni boleh berubah ker?
Atau bila dah kene musibah baru nak berubah ker?
Erm..mengikut pengalaman aku..
Orang sebegini boleh berubah..
Memang selalunya bila ditimpa musibah seseorang itu akan berubah.
Namun,ada dua perubahan..baik atau lebih buruk
Bergantung kepada diri mereka sendiri..
Jika ke arah kebaikan Alhamdulillah..
Jika ke arah keburukan..kita doakan semoga mereka cepat sedar dan cepat kembali ke pangkal jalan.
Bagi rakanku itu..aku harap kamu sabar,tenang dan berdoa banyak pada tuhan
Semoga temanmu itu insaf dan cepat sedar yang sesungguhnya
kamu harus dihargai dan diberi layanan yang sepatutnya..
Semoga korang cepat baik..
~~Amin~~








Movie Best MAu Tengok

Uwaa...pak kal laa Segamat ni takde panggung wayang..Grr...2 weeks ni ada 2 film yang aku nak sangat tengok the first film Nurkasih The Movie

and 2nd film Kongsi.
Jom layan trailer dua2 filem ni..





Huhuhuhu...




Tuesday 10 May 2011

Jom Scan Virus Link ANda

eH..fUH...selamat link aku dari virus2..
Hahah..korang nak try scan?
meh ke link ni
klik sini

JOM!!

Cinta Oh Cinta~lagi2 kamu~~~~~

Patah tumbuh Hilang Berganti
Erm..peribahasa yang aku rasa sesuai kot untuk aku
Ntahla..
Memang nak diikutkan aku harus takut,kecewa,serik dalam hal perhubungan ni
Tapi..
Adakah mungkin ini ketentuan yang Allah berikan padaku
Adakah dia memang dipertemukan untukku
supaya aku sentiasa bahagia,bertanggungjawab dan sebagainya??
Kini,hati aku sedang berfikir tentang dirinya
Betul ke?
Argh...tuhan jek yang tau apa sebenarnyaa isi hati aku.
Serius..aku sedang memikirkannya sekarang..
Serius..aku sedang rindu dia sekarang....
Serius..aku dah mula menyayangi dia sekarang..
Perasaan kasih,sayang,rindu,cinta dan seangkatan dengannya semua dah ada dah dalam hati ni
Dia pun tau aku
Sebab aku dah beritahu dia apa yang aku rasa..
Cuma menggunakan teknologi moden sekarang macam tak bestkan?
Tul tak KAMUU?
Aku akan memberitahu dia sekali lagi andai aku bertemu dengannya
Serius ya Amat...tuhan jek yang tau...
Namun aku sentiasa berdoa jika ini ditakdirkan untukku
Dekatkan hatiku dengan hatinya
Dan jika dia bukan milikku..aku mohon padaMu Ya Allah
Janganlah berikan hati ku ini menyakiti hatinya
Sesungguhnya aku memang tidak mau menyakiti dirinya
Kerana aku ingin menyayanginya
Bantulah hambaMu ini Ya Allah
dan Berkatilah hubungan Kami





Monday 9 May 2011

Impian Yang Belum Tercapai

Salam readers yang amat aku rindui and sayangi.
Hari ini aku nak kongsi dengan korang apa impian aku yang belum tercapai.

1. Semua orang memasang impian untuk berumahtangga. Begitu juga hamba Allah ni. Salah satu impian aku yang amat aku harapkan. Tapi bila? Biar Allah saja yang menentukan. Kita hanya merancang.Yang penting ada jodoh tak kemana..huhuhu

2. Melancong ke pulau-pulau di Malaysia. Actually semua pulau di Malaysia aku belum lawati kecuali Pulau Pinang. Hehehe...mesti seronokkan?

3. Mempunyai sebuah rumah dua tingkat semi D.
4. Mempunyai sebiji kereta idaman..apa jenis??rahsia...

5. Abiskan bayar hutang PTPTN ngan MARA..huhuhu...hope dapat cepat abiskan..nak p melancong luar negara lak pastu...







Saturday 7 May 2011

Selamat Hari Ibu



Selamat hari ibu..
Terima kasih kepada ibuku yang telah melahirkanku ke dunia ini
Terima kasih kerana menjagaku,mendidikku..
Dan Selamat hari ibu kepada semua ibu,mak,mama,mummy di seluruh dunia..
Sampaikan ucapan selamat hari ibu anda..






Ulasan Maharaja Lawak Minggu 6

Yup..akhirnya dah masuk minggu ke 6 da maharaja lawak. Boleh aku simpulkan terus minggu ni segala urat2 perut aku agak tergeliat seketika selama 1 jam 30 minit ni..pe tak nye kahkahkahkah..kahakahakahkah..sakit perut ketawa...
Apa2 pun korang komen sendiri bagaimana persembahan diorang..Lupa lak,minggu ini MAN terkeluar..eh...xde sapa terkeluar sebab semua akan membuat silent komedi next week...(Cis amir,bertahan lagi ko).
Okey,jom layan















Wednesday 4 May 2011

Permata Yang diCari

Pertermuan Yang tak Diduga

Tengok entry jek dah tau minggu ni agak kejiwangan sikit.
Almaklum dah single ni, macam2 madah keluar.
Entry kali ni aku nak citer sikit mengenai seseorang yang aku rasa aku perlu katakan
yang aku semakin ingin mendekatinya..

Permulaan yang bagi aku amat janggal,
Entah bagaimana aku berkenalan dengannya,
Seingat aku ahah..FACEBOOK!!
Yess..facebook..disitulah aku berkenalan dengan hamba Allah ini.
Dari situ aku bersembang,bermesej dengan hanya berfacebook.
Tuhan itu Maha Mengetahui lagi Maha Adil
Aku berkenalan dengannya dikala aku dilanda kesedihan
Aku rasa selesa dengan dia.
Aku rasa amat senang dengan dia..
Kemudian aku dapat blog dia..wah..semakin hebat perkenalan kami
Beberapa bulan kami berkenalan2 begitu saja..dussh22..aku meninggalkan no hp aku di ruangan komen blog dia...hehehe..dush2..
Dari situ aku semakin selesa..
Amat2 selesa cuma sesekali perasaan malu dan segan menjadi penghalang bagi aku,
suatu perasaan yang bagus!!kan?

Kini hubungan kami semakin akrab..
Semoga keakraban kami sentiasa diberkati Allah
Semoga keikhlasan hati aku dengan dia direstui ALlah
dan semoga berpanjangan sampai bila2
Kerana aku tahu..dan kau pun tahu...

Ya Allah

Jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku

Damaikanlah hatiku

Dengan ketentuan-Mu







Tuesday 3 May 2011

Syukur Pada Tuhan

Erm..mata terkebil-kebil tanpa menunjukkan tanda untuk tidur.
Baru tadi aku selesai menonton program IMAM MUDA kat ASTRO OASIS.
Erm,agak menarik tema diorang pada minggu lepas. Kelahiran..
Masa aku tengok tadi, terkedu dan hampir menitiskan air mata melihat bayi2 yang mati dibuang. Tak dapat aku bayangkan betapa peritnya bayi tu bertarung nyawa.
Kemudian sedikit klip mengenai penyerahan anak angkat.
Sedih sangat time tu..ibu yang melahirkan terpaksa menyerahkan anak kepada orang lain.
Kena pulak lagu yang sedih,lagilaa..kan?

Aku bersyukur dilahirkan ada ibu dan bapa.
Membesar di hadapan ibu dan bapa.
Menerima kasih sayang dari ibu dan bapa.
Aku sangat2 berterima kasih kepada Allah.
Dan aku harap suatu hari nanti aku dapat membalas jasa mereka.
Thanks to my dad and mom....




Monday 2 May 2011

Hati Resah Dengan Tiba-Tiba

Resah menanti jawapan darimu
Resah menunggu hari2 berlalu
Ya Allah..Ketemukan aku yang perlukan aku
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya
Andai ditakdirkan dia untukku,aku redha Ya Allah
Engkau Ketemukan aku disaat aku kepiluan
Mengubati diriku yang penuh kesyahduan
PadaMu Ya Allah, Engkau Pencipta Alam
Aku memohon petunjuk MU...

Sunday 1 May 2011

Teringat Kartun n Cter2 Best Zaman Sekolah

Dalam kedinginan angin di Pangsapuri Ria di Genting ni(skang dah kat umah da),asik save jek..tak publish2..heheh..)terasa nak update blog la pulak.
Aku teringat cerita2 zaman persekolahan aku. Bagi korang yang sezaman dengan aku atau mungkin ada yang mengikuti perkembangan cerita zaman itu tentu seronok bila terkenang kembalikan..
Umpama Dingdang datang lagi bersama Tora dan Aiskrim pelangi cap Walls..hehehe



Cerita pertama yang aku rasa agak menarik zaman aku adalah thundercats. Thunder,thunder,thunderrrr cat...cerita ni sebenarnya aku tak berapa tengok sangat..tapi boleh dikatakan agak menariklaa..

Cerite seterusnya..Captainnnn Planet and the planeteers.Tak silap aku cerite ni tv3 time tu..lupa dah..cerite mengisahkan 5 remaja yang mempunyai cincin magik yang mempunyai 5 elemen. Angin(air), Air (water), Tanah (earth), Api( fire),Jiwa@Hati(Heart). Bila kelima2 elemen ini bergabung akan wujudlah captain planet. Paling aku seronok tengok citer ni bila time cincin diorang tu kene curi then si jahat duplicate..so CP baik lawan CP jahat,syok ooo...

Semestinya cerite yang paling kosisten kadar tontonan aku pada masa tu adalah The Mightin Morphin Power Rangers. Masa tu citer ni pukul 5.30 tak silap aku di tv1, Mana taknya, season ni la best, robot2 diorang dari zaman dinasor punya..n ayayayayaaii..heheheh..

The next ceter adalah maskman. Cam pic kat atas ni..tula dia maskman. Cam power rangers. Citer ni tak silap aku masa aku sekolah menengah rendah. Time tu citer2 camni agak popular laa..
Nah,geng maskman muncul.. Flashman pulak muncul. Kali ni muncul setelah maskman abis.. Tapi robot diorang cam tak real cam maskman,hehehe..apa leh wat..walaupun camtu citer camni memang popular time tu..seyeess...
Summersault berpusing..Ingat lagi tak citer yang ke udara di TV2 pukul 4.30 ni? Cerita jepun yang mengisahkan seorang player volleyball. Seronok tengok citer ni.. Tapi aku sedih sebab masa last episod aku tak dapat tengok. Tup2 ada citer lain..ciss..
Nah..Ssatria Baja Hitam dengan tendangan dan pukulan mautnye datang..hehe..citer yang seangkatan dengan Gaban. Citernya lak pas gaban lak tu.. misalnya gaban pukul 4 citer ni 4.30..camtu laa..best2


Ahahahak..Kame hame Ha...sapa tak tau dengan si Goku,kan?Dragonball...aku dengar astro ceria nak tayangkan semula dragonball ni..kita tunggu kedatangannya..tak lama lagi..excited laa pulak
Satu game show zaman aku yang best. Pengacara tuk program ni Norzizi Zulkifli. Menarik oo program ni. Aku ingat lagi bila peserta masuk pusingan bonus kene letakkan tiang pada nama2 negara,tempat di seluruh dunia dengan betul..Peh..gempakkan..
Hahahaa..cter yang menjadi kegilaan aku sampaikan aku sanggup beli kereta mainan sama dengan diorang2 ni.Pastu main kat parit kat umah..lumba lagi. Konon2 nak sama laa. Satu citer yang menarik zaman aku di mana satu team ni masing2 ada kereta masing2. Tak silap aku Dash Emperor, Burning sun,Rising bird, Shooting star, Cannonball dan banyak lagi laa..aku n kawan2 aku sanggup berlari2 nak balik dari sekolah agama semata2 tak nak miss citer ni,
Lastly spacecop of GABAN..hehe..keudara jam 4.30 di tv3 tak silap aku..time aku dulu cuma ada 3 jek siaran..1 2 3...mana ada cam sekarang astro laa..cuma time dulu adala MEGATV..citer gaban ni pun layan gak time tu..seronok siut..

Apapn seronok teringat citer2 zaman aku dulu..huhuhu..rasa nak cari la cd2 citer ni...
Ada tak