MAri KIta Berchatting

Tuesday 27 December 2011

Andai Dapat Kuundur masa


Andai dapat
ku undurkan putaran dunia
ingin kuubah semula,
kata2 dan tingkah lakumu..

Hehe..bernyanyi lak aku petang2 ni
salam readers..
haii...hope sihat hendaknya.
Ok la entry aku kali ni
apa yang akan aku lakukan andai aku dapat undur masa.
Pertama sekali kalau aku dapat undurkan masa,
aku nak undur masa aku umur 17tahun
hehe..SPM beb..
baru aku tau masa sekolah adalah masa yang paling menyeronokkan
dan yang paling penting..
tapi apa2pun aku bersyukur dengan apa yang aku tempuhi..
kalau tak takdelaa aku bekerja dengan baik..^^

Kedua,ketika aku di UiTM
hehe..memang time tu aku agak stress..
pelbagai masalah,pelbagai dugaan datang time tu..
pertama kali menghadapi perkara2 tu semua..
dan aku rasa keputusan yang aku buat masa tu adalah betul..
dapat gak aku merasa menjaga ibu sebelum beliau meninggal..
teringat lak kata2 ibu aku before aku sambung lik belajar..
"tak nak jaga mak lagi ke?bila boleh jaga mak lagi?takde sapa nak jaga mak."
aduii..terasa sampai sekarang..
macam tau2 jek yang dia akan meninggalkan aku,aku buat keputusan utk smbung belajar..

Ketiga..
hah..ini yang paling aku kehendaki sangat..
kalau boleh diundurkan masa..
aku nak undur sangat ketika aku jumpa kamu..
ketika aku nak mintak no phone kamu kat pasar malam..
dan kalau boleh memang aku da niat tak nak jumpa kamu..
supaya aku dan kamu tidak akan menghadapi pelbagai rintangan,
supaya kamu gembira dengan apa yang kamu lakukan..
dan aku mungkin dengan orang yang sayangkan aku masa tu..
alahai..
tapi apa boleh buat..
ketentuan takdir telah menentukan segalanya
dan aku sebagai HambaNya sentiasa bersyukur
dengan apa yang aku ada,aku hadapi,dana akan aku anggap
sebagai satu ujian dariNya..

~Peace No War~






Sunday 25 December 2011

Aku mimpilaa...aduiiii

Hai readers..cuti tak hari ni?
huaarrghhh...ngantuk lak kan..
seronok bangun lambat ye..
aduhai..
apa yang aku nak story hari ni..
malam tadi aku mimpi si dia lagi..
kenapa dia masih muncul dalam mimpi aku?
adakah aku merindui dia..ermm..maybe..
atau dia merindui aku??ermm wallahu'alam..
korang nak tau ke aku mimpi apa..
hai...nak tau aje ye..:P

okla..aku mimpi yang aku dah kawin dengan dia..
yang menariknya..aku boleh wat apa saja time tu depan orang tua..
yelah dah sah..
kemudian..masing2 ajak untuk tidur..
sebelum tidur kami berborak dan berbincang apa yang nak kami lakukan
duit belanja cukup ke,apa ke..
tup2 aku tersedar..
Ya Allah,terkejut oo..
kali ni dia tersenyum jek...
alahai..apakah mimpi ni..adoiiiiiii






Friday 23 December 2011

Tatapan Tuk Peminat KPop

Salam readers..
ahah..tajuk entry jek cam gempak jek kan..
apa2 pun aku nak kongsikan pada korang satu video clip dari seberang
yang liriknya ditukar ...
pe pun layan..
lagu asal dari SNSD..tak silap aku mr taxi kot...
jom layan..:D







Monday 19 December 2011

Argghh..geramm..

Adoii...aaaaargghhhh..
rasanya nak menjerit jek...
geram ni.....
kalau dah tak suka dah..tak payah nak ungkit kisah2 lama..
geram ni geram...
tarik nafas cik syam..tarik nafas...istghfar...
fuh....ok lega..
Aku bkn nak cari pblisiti dan nak cari simpati k..
bagi aku,aku bersyukur dengan diri aku sekarang..
thanks god sebab sedarkan aku dari buta kerana cinta...
Its ok kalau kau rasa kau yg terbaik,dan untuk pengetahuan kau..
aku pernah tinggalkan orang yg aku syg kerana kau..sebab apa..??
bkn sebab kau byk duit...nonsense..
hanya kau dan aku yang tau..
dan mungkin ini balasan aku kerana meninggalkan dia...
dan aku bersyukur..dia pun dah nak kawin,dan aku bersyukur dia tidak bersama dgn aku..
kalau tak ntahlaa...sian dia..aku tak cinta dia...

tapi kau..ntahlaa..just ignore..
aku dah malas nak bertekak dengan kau..
cakap byk pun tak guna..cam kau kata..aku ni kuat ceramah pe bagai...
nasihat dek non..nasihat..salah ker?
dahlaa..aku pun malas da nak kata apa..
hilang segala mood aku nak wat inspection..
huh....
thanks again kerana berjaya membuatkan aku marah...
thankss again kerana berjaya membuatkan aku geram..
thankss my dear PS2...
hahahahaha,....

p/s : saja bergurau senda sementara menanti detik nak banjir ni..haarap2 tak banjir..




Rindulaa kat diorang ni

Salam readers..hujan dah beberapa hari turun membasahi bumi segamat ni.
Tanda2 untuk berhenti masih belum kelihatan. Kalau ada pun sekejap jek.
Kat FB terutama group segamat
dah takde benda lain dah..semua info pasal hujan dan persiapan banjir..
aduii..hope semua ok hendaknya dan mintak2 dijauhkan banjir ni..
Apa2 pun entry aku kali ini bukan nak cerita pasal banjir.
Isk..banjir lambat lagi..tak perlu kot cerita..heehehee..
Cuma aku nak cerita kenangan aku berkenalan dengan 5 sahabat ni.
Kak Shafinar @K.Pnut, Kak Aida,Kak Cida,Kak Esmah, Kak Azie.
Aku berkenalan dengan mereka dah hampir 9 thn rasanya..lama gak.
Kini kesemuanya telah berumahtangga kecuali Kak Esmah..OTW katanya..
Kak Pnut baru saja melangsungkan perkahwinan beberapa minggu lepas.

Aku dengan diorang amat rapat terutama ketika berada di Uitm Penang dulu.
Apa saja akan aku kongsikan dengan mereka. Seronok bila bergaul dengan mereka.
Masing2 ada kelebihan dan masing2 ada keserasian antara satu sama lain.
Kenangan bersama mereka memang selalu aku rindukan.
Berjalan2 di Pulau Pinang.
mesti kak pnut n kak azie ingat masa kita bersama2 jalan2 di sekitar bkt bendera,padang kota bersama adik kesayangan akak tu..mr Lanz..hehehehe..
mesti kak aida n kak cida ingat lagi masa saya mintak pendapat kat akak tentang seseorang..hehehe..tak ingat takpe..kihkih..sama gak ngan akak2 yang lain..

Kini aku dah lama tak jumpa mereka..the latest person yang aku jumpa kak pnut..
paling lama aku tak jumpa..kak azie..hope suatu hari nanti aku dapat jumpa mereka berlima ni serentak..leh wat frame pic letak kat umah..hehehe...
leh kan kak? :P





Thursday 15 December 2011

Fakta or Auta

Hari sabtu yang lalu aku bersama sepupu2 aku yang agak sengal sedang lepak2 kat meja makan rumak maksu. Adalah dalam 4 orang camtu..tak termasuk kucing2 peliharaan maksu aku yang kadang2 tak reti bahasa. Kitorang berborak pasal camner nak kurus dan kenapa kita gemuk.

Aku : Hoit Munie,dah bape bulan da tu? (sambil menunjukkan perut Munie)
Munie : hehe..agak ko berapa..hahaha...
Aku : Ko try la pakai mustajab tu dooo..mana la tau kot2 leh kempis ke?
Munie : ok pe ni..kurus..
Aku : Ceh,mesti banyak minum air ni..tu BUN tu..
Munie : Oitt,mana ada..ko mesti tak tau kan..mana ada orang gemuk disebabkan minum air. Dengan minum air ni,air masak la..kita akan kerap kencingkan..then lemak2 tu semua akan mengikut air kencing ko tu. Thats a fact..
Aku : Yeke?tak tau lak aku.
Sambil uda dengan Ayek terpinga2..
Aku : Lagi satu try laa makan jangan ulamkan air..makan jek nak minum makan jek nak minum.
Munie : Yeke? aku tengok ada member aku tu mampat jek badan..kalau ajak makan berjam nak tunggu dia jek..yelaa..makan jek..pastu nak tunggu dia nak minum lagi..paling tidak stgh jam..adoii..

Lantas kitorang gelak ramai2..
Aku : Ntahlaa..itu apa yang aku dengar,aku baca...fact kot?nanti aku buat research lagi..

Kemudian kami semua berborak cerita lain..

Apa yang aku nak terangkan disini, adakah dengan minum banyak air dapat menguruskan badan seperti apa yang sepupu aku cakapkan tu?? Fact or auta??
Aku masih membuat kajian tentang hal ini...(kaji la sangatkan)
Hope korang pun dapat membantu...




Wednesday 7 December 2011

Kisah Aku 2

Haris terkedu. Sesekali hatinya sebak mengenangkan apa yang dia lihat siang tadi. Hendak bertanya nanti Ainul akan memarahinya semula. Sifat Ainul yang suka melenting apabila diajukan soalan memeningkan kepala Haris. Bila tak tanya pula nanti diri sendiri sentiasa ingin tahu perkara sebenar,bisik hati Haris.
Ketika waktu makan tengah hari tadi, Haris sempat ke tempat kerja Ainul untuk sama2 keluar makan. Dikesempatan itu, Haris mengambil peluang untuk menggunakan komputer Ainul untuk menyemak email. Alangkah terperanjatnya Haris apabila melihat gambar Ainul di satu kawasan peranginan terkenal di Malaysia. Luluh perasaan Haris apabila selama ini Ainul membohonginya. Lebih memilukan lagi,HAris terlihat gambar Ainul bersama seorang lelaki yang memang dia kenali dan Ainul pernah ceritakan padanya yang lelaki itu amat menyukainya. Melihat pada tarikh gambar tersebut,jelas ia menunjukkan tarikh yang sama dengan tarikh hari dimana Ainul ke rumah kawannya.Haris terkedu.

"Bang,minggu ini saya nak pegi rumah kawanla bang, ada kenduri. Kawan lama saya masa sekolah dulu. Boleh tak bang." Ainul meminta izin kepada Haris.
" Eh,ada kenduri ke bulan2 puasa ni? pelik pulak abang? Kat mana rumah kawan awak tu? Nak saya temankan keR?" Haris merasa pelik. Sepanjang hidupnya jarang dia dengar orang membuat kenduri pada waktu umat islam berpuasa.
" Adala bang,diorang buat waktu malam. Kenduri doa selamat kalau tak silap saya. Alaaa abang ni,banyak tanya lak..tak caya kat saya erk? Rumah kawan saya tu dekat Tjg Malim. Eh,takpe kot..nanti kawan saya tu ambil kat rumah."
"Oh,oklaa,jangan lupa bagitau mak.."Haris mengalah.
"Dah,saya dah bagitau mak." Dengan selamba Ainul menjawab.

Haris tersandar dikerusi. Perbualan dia dengan Ainul ketika itu membayangi setiap inci kepalanya. Sampai hati awak Ainul,sanggup awak tipu saya semata2 hendak ke sana,takpelah..bisik hati Haris.
Terdengar bunyi tapak kaki menghala ke meja Ainul. Haris cepat menutup gambar2 yang ada dan berpura2 menyemak email dan membalasnya.

"Bang,jom,saya da siap."
Lalu Haris bergerak menuju ke Ainul dan mereka sama2 menuju ke Restoran Hamidah yang terkenal dengan nasi campurnya.


----------------------------------------BERSAMBUNG-----------------------------------



Tuesday 29 November 2011

Adoii...lupaa

Salam readers..
eh terlupa lak aku ada blog..
hehe..sorry guys..
terlalu menyibukkan diri..
dan idea pun takde..
lagipun banyak sangat jemputan kenduri kahwin ni
almaklum cuti sekolah..
kan kan kan
aku pun tidak ketinggalan untuk sertai mereka2
bukan sebab aku kahwin
tapi pergi ke rumah mereka..
ada yang aku pergi
ada yang aku tak pergi.
yang mana aku tak pergi tu aku mintak maaf sesangat..
yela..
bayangkan satu hari 3 4 undangan perkahwinan...
ermm maaf ye
errr..aku nye wedding?
sabarlaa ye kengkawan..
insyaallah bakal menyusul..
sapa?
tunggu jek laa...
k
^_^






Wednesday 23 November 2011

Jangan KEmaruk sangat boleh tak!!!!

Erk..salam readers..
hurm..tajuk entry macam ganas jek an?
apa pun tak boleh..
bukan apa aku sekarang sedang kemaruk mengedit gambar
snap edit
snap edit
snap edit
seronok pulak main2 dengan photoshop dan picasa ni..
meh2..jom tengok apa yang aku da buat


Hurm actually masa entry ni ditulis atau dipost aku baru jek lepas menitiskan air mata,
lepas balik dari tengok bola,
aku siap2 tuk solat..dan time tu hati aku terasa sebak
macam2 dalam kepala aku time tu..
selesai saja solat apa lagi,menitis mutiara aku ni..aduhai..
actually kesepian dan kesunyian melanda diri aku sekarang ni..
hanya tuhan saja tempat aku mengadu..
hanya pada Dia saja tempat aku meluahkan segala-galanya kerana aku tahu Dia Maha
Mengetahui segala2nya..




Monday 21 November 2011

Tahniah Buat Harimau Muda

Alhamdulillah..
itulah ungkapan pertama yang aku ungkapkan
Akhirnya berjaya juga Malaysia menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir bolasepak
Sukan Sea yang ke 26 ni.
Dengan puluhan ribu atau beratus ribu penyokong tuan rumah membanjiri stadium,
ia tidak mematahkan semangat Malaysia untuk menggondol pingat emas kedua berturut2.
Tahniah sekali lagi.

Hurm..sepanjang perlawanan tersebut,fikiran aku berada entah dimana..
Aku sentiasa teringat beberapa ayat atau frasa yang seseorang berkata kepada aku..
"Saya tau saya cantik, awak jangan terkejut,sekali saya petik 10 yang datang."
OK..fine..i know u are pretty..
but i know who you are..dan aku sentiasa berharap engkau menjadi orang yang lebih baik.
orang yang lebih memahami,menghargai dan kenal erti kesetiaan,kejujuran dan pengorbanan.
Dan aku mengharapkan engkau menjadi orang yang lebih menghormati orang tua,
berfikir sebelum bertindak dan fikirlah jangka masa panjang..

Aku tahu aku seorang yang lurus..orang kata A,A la aku..orang kata aku sayang kau..aku pun perasanlaa yang orang itu menyayangi aku..damn..tuhan saja yang tahu betapa hati aku begitu lembut tidak seperti luaran aku yang ceria..(ceria la sangat)

Dan untuk pengetahuan engkau...
aku tidak suka memutuskan apa2 jua perhubungan yang telah dibina terutama dengan orang yang lebih tua dari aku..seperti ibu bapa dan sedara mara..
so kalau engkau meminta aku tidak menghubungi orang tua kau..maaf..aku dah anggap mereka seperti orang tua aku jua..
maaf..

hai..entahla..sepatutnya aku gembira atas kejayaan cemerlang Malaysia..tapi aku sedihlaa..
aku sedih sebab ketika ini aku memerlukan seseorang..
seseorang yang aku percayai,seseorang yang boleh menjadi pendengar dan pendorong yang baik.
Aku tak mahu apa yang jadi sebelum ini terjadi lagi..
Sedih gak laa tengok orang kawin,lafaz nikah dengan sekali lafaz..
duk kat pelamin,baca lafaz taklik..peh..meruntun jiwa dee...
tak memasal air mata aku jatuh..
hai..
merepek laa aku memalam ni..
k laa..aku nak tido
esok cuti...n
tahniah buat team malaysia




Tuesday 15 November 2011

OST Ombak Rindu



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku






Suka2...

Janganlah membicarakan soal hati dan perasaan
Andai diri tidak setia..
Jangan menyoalkan perasaan kasih dan sayang
Andai hati sentiasa berubah2
Belajar untuk setia
Belajar untuk bahagia
Belajar untuk menerima kekurangan
Belajar kongsi kelebihan
Baru semua lengkap menjalani kehidupan

Hati yang sentiasa berubah2
tidak akan mengecap kebahagiaan
mudah bosan
Percayalah..
andai hati itu taat pada yang satu
akan merasa erti pengorbanan
akan merasa erti kasih sayang
akan merasa erti kerinduan
dan akan merasa erti kebahagiaan.

Pilihlah jalan yang betul
Jangan hanya mengungkapkan janji
Andai diri tak mampu
Jangan memberi harapan
Andai hati selalu berubah.
Biar sakit ketika cinta hendak berputik
jangan sakit ketika cinta sudah bersemadi dihati
Sukar untuk membuang
Sukar juga untuk melepaskan
Hanya tuhan yang tahu
Kau tetap ku tunggu..








Monday 14 November 2011

Blog Review 1



Salam readers..
aku sebenarnya sangat menanti2kan update dari satu blog ni
thats a very nice blog..
sangat2 kreatif dan kadang2 isinya padat dan memberi kita pelbagai info dan maklumat.
Ada masanya blog tersebut membuat aku tergelak dan ketawa.
Sangat2 best blog ni...

so kalau ada masa singgah la ke blog tersebut..
nak tau lebih lanjut..
klik kat sini




Kecil2 cili padi



Salam readers..hehehehe...amacam..terbaik tak adik aku yang kecik..
sekarang ni pantang dengar lagu,asik nak joget jek.
Especially zapin song..huahuahua..





Sunday 13 November 2011

Hanya Kau..

"Haris,awak sayang saya tak?" Ainul berbicara memecahkan kesunyian malam itu.
Perjalanan dari Seremban menuju ke selatan tanah air membuatkan Ainul berasa bosan dan lagu Memori Bahagia Nyanyian Sahri AF membuatkan dia mengantuk. Haris yang diam dari tadi menoleh kepadanya.

"Erm....kenapa awak cakap macam tu? Awak tak percaya saya erk. Awak tau tak, bintang yang bertaburan di langit belum dapat menggantikan bulan yang satu. Begitulah sayang dan cinta saya pada awak Ainul. Walaupun bidadari cantik,puteri raja sekalipun saya tetap memilih awak. Hurm..saya pun nak bertanya pada awak..adakah awak,Ainul mencintai dan menyayangi saya?"
Haris berkata dengan yakin dan serta merta memandang Ainul yang terdiam.

"Haris,saya pun begitu..Saya akan berubah bila orang kenakan saya,orang buatkan saya. Dalam hati saya hanya ada awak saja Haris.Kalau apa2 jadi pada saya atau saya berubah,cepat2 ubatkan saya tau?"
"Isk awak ni...kesitu pulak..Insyaallah..saya percaya pada awak Ainul.."

Kemudian mereka senyap kembali dan Haris memberi fokus kepada pemanduannya.

Ponnnnnn!!!!
"Hoiii,jalanlah..dah hijau tu..hooiii."
Haris terkejut dan terus meneruskan perjalanannya ke rumah. Kini Haris keseorangan kerana Ainul telah memutuskan pertunangan dengannya. Masih terngiang2 dikepala Haris akan perbualan antara dia dan Ainul yang membuatkan Haris tidak percaya yang dia akan kehilangan Ainul. Kejahilan dan kejahatan seseorang yang menggunakan ilmu hitam telah memisahkan mereka berdua. Mungkin itu penyebab saja,masing2 ada kesilapan..aku pun salah gak...takpela.dah takde jodoh..Insyaallah ada jodoh tak ke mana..bisik hati Haris.

Kini,Haris meneruskan kehidupan sendirian walaupun ada di antara keluarganya mengkenen2kan dia dengan orang lain. Tapi,rasa kasih sayang,cinta yang sejati kepada Ainul masih tidak pudar. Setiap kali dia berdoa agar Ainul sentiasa bahagia,Ainul sentiasa ceria dan Ainul menjadi orang yang baik. Dan setiap kali itu juga dia berdoa agar andai inilah jodohnya,dekatkanlah kembali aku dan dia dan jika ia bukan jodohku,jauhilah aku dari dia dan buangkan rasa kasih sayang aku dan cinta aku padanya kerana sesungguhnya diri ini menyayanginya sepenuh hati. Ya Allah...itulah ungkapan doa yang sentiasa membasahi bibir Haris.

Pak Dolah dan Mak Nab juga amat risau dengan perubahan Haris yang semakin menjadi seorang pendiam,menyepi dan berkurung sahaja dibilik,nampak lemah dan kurus. Setiap malam juga mereka berdoa agar anak mereka ini dapat kembali seperti biasa dan mendapat jodoh yang mampu memberi kegembiraan dan kebahagiaan mereka sekeluarga.


------------------------------------------------------------------------------------------------



Minggu Yang Memedihkan

Salam readers..
hurm..kali ini aku nak rangkumkan semua perkara yang berlaku minggu lepas
nah..pertama sekali..
luka kaki aku masih belum sembuh sepenuhnya.
Apa taknya...luka melecet guna kasut baru..
So melecet kat buku lali lak tu..
ibu jari kaki kanan pun taknak ketinggalan nak join melecet..aduhaii..

Baru jek luka tu nak sembuh..
nah kena lagi musibah..
tumit kaki aku tertusuk paku..
paku karat lak tu..
adoi..sekarang baru terasa bisanya..
macam nak demam lak diwatnya..
bisa oooo!!

Sabtu aku berada di shah alam bertemu Mr Alip.
Ada urusan sedikit..
erm..urusan yang mungkin dapat memberi sedikit kesenangan di masa depan..
Aku juga ingin buktikan pada seseorang yang aku juga boleh..
Kemudian aku lepak2 di Klang
dan berjumpa dengan mak dan abah Liz
hurm..rindu juga sebenarnya dengan diorang..
yela..aku dah makin rapat dan aku dah anggap diorang seperti mak abah aku sendiri..
walaupun apa yang terjadi tidak mungkin dapat mengikis
perasaan kasih sayang aku pada diorang.
kitorang lepak kat warung dekat dengan Nagoya.
Borak macam2..yelah dah lama tak jumpa..
seronok gak dapat jumpa diorang..
Namun ada sesuatu yang mungkin belum masa lagi aku nak bercerita kepada mereka..
Insyaallah suatu hari nanti aku akan bercerita kepada mereka..
Kemudian aku gerak pulang setelah hampir 2 3 jam borak..
terasa sekejap lak..
Mak Abah..saya mintak maaf

Ahad 13.11.2011
Aku berjumpa dengan rakan lama..
wah dah lama gak tak jumpa..
(malam 2 hari nak raya baru jumpa)
hahahak..
peh..borak punya borak...
seronok gak..
sangat2 hepi aku dapat jumpa dia..
dah lama oo tak borak2..
kemudian aku balik ke rumah..
dan tak semena2 kaki aku berasa sakit dan bisa dek penangan paku tu..
adoiiiii...





Wednesday 9 November 2011

Hummmmmmm

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dah berkali2 aku menguap menandakan masa untuk tidur. Tapi keinginan untuk bermimpi belum tiba.Panadol dah ditelan 2 biji tapi masih juga mampu bertahan. Novel Rindu Cintaku karya Fauziah Ashari telah aku khatamkan. Kisah kesinambungan novel Ombak Rindu dan Cinta...Tiada Akhirnya.
Hurm...hobi aku yang semakin menjadi2 ni membuatkan aku lupa pada peristiwa2 yang menyedihkan. Lebih2 lagi bila tau filem Ombak Rindu bakal ditayangkan dipawagam. Sekurang2nya ada gak benda nak aku buat. Sambil membaca dapat gak mencari ilham..kan?

Keasyikan membaca novel tersebut membuatkan aku lupa sehinggakan SMS pun aku tak dengar. Maaf erk ,nanti esok saya SMS kamu.heeeee..

Kerinduan pada si dia nyata membelenggu sanubari aku. Apatah lagi membaca novel yang sesekali ada terkena batang hidung sendiri. Hurm..mampukah aku menjadi seperti Hariz yang sentiasa merindui dan menyintai Izzah seorang walaupun apa yang terjadi..argghh...ada jodoh tak kemana,bisik hatiku.

Bila memikirkan perkara tersebut,maka timbullah perkara2 yang menyakitkan aku yang si dia buat. Aduhai,ini membuatkan aku semakin keliru dan bingung. Setiap kali memikirkan dia,setiap kali itulah apa yang dilakukan padaku membuatkan aku rasa kecewa dan terkilan padanya. Hurm..aku menarik nafas panjang setiap kali memikirkannya. Nah..lengan aku ni lebam2 yang aku sendiri tak tau mana datang ntah..leher n bahu aku rasa lenguh dan sakit. Yoko2,koyok dan minyak2 da aku tonyohkan pada bahagian lebam n sakit tersebut. Luka di kaki pun masih belum sembuh walhal takdela seteruk mana..erm..

Erm..okla..aku pun rasa da mengantuk..dada....~~




Tuesday 8 November 2011

Pro and Contra

Salam readers yang dihormati
dan salam to all stalkers yang dikasihi..
macam berucap kat perhimpunan lak..
oklaa..aku sebenarnya nak berkongsi sesuatu dengan korang..
semalam aku keluar dengan member aku..
kitorang berborak2 sampai ada satu ketika terkeluar satu tajuk
"Bercinta-kalau break sapa yang salah"
perit gak nak cari isi2 untuk dihujahkan time tu..
seperti biasa kaum lelaki sentiasa dipersalahkan..
itu tak kena semua tak kena..
kemudian aku cakap jek la..
"bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi"
so dia paham maksud aku..
aku pun teruskan hujah2 aku..
secara khususnya masing2 ada kesilapan..
yela..time bercinta dulu..sanggup berjanji sehidup semati
susah senang bersama..
itu ini semua nak berdua..yela time tu semua best macam kita yang punya..
lepas tu bila dah tak suka..semua diungkit...
dulu gf/bf camni...camtu...
betul tak?
kadang2 ada pro dan kontra..
ada hikmah semuanya..
so..aku nak tanye lah pada korang2 semua..

KALAU BERGADUH DENGAN GF/BF KORANG APA YANG KORANG SELALU BUAT??






Friday 4 November 2011

Kamu Muncul Lagi

Cuaca yang mendung dikala pagi
menyambut kebangkitan aku dari tidur..
hurmm...
mimpi yang sekali lagi mengganggu fikiran dan sanubari aku
kenapa engkau masih hadir dalam mimpi aku??
sedangkan engkau tidak mahu mendekati aku..kenapa??
Ketika itu aku berada disuatu tempat yang aku tak pasti
di pejabat barangkali..
kemudian aku turun untuk menuju ke Bank untuk mengeluarkan wang
dan aku ternampak satu susuk tubuh yang amat aku kenal..
yup..itu kamu..
kamu sedang beratur untuk mengeluarkan wang juga..
aduhai..kenapa engkau ada ni..??
kemudian aku beratur di barisan satu lagi
dan makin lama makin hampir dengan kamu..
kemudian..kita sama2 mengeluarkan duit..
dan kemudian kamu berpaling ke arah aku..
kamu terkejut dan aku hanya senyum saja..
selepas siap semua...
engkau berkata
" Awak marah saya"
aku membalas
"Bukan ke awak yang marah saya"
lantas aku berlalu pergi meninggalkan kamu yang terpinga2..
Dalam perjalanan aku ternampak kamu
dengan memakai helmet sedang menanti seseorang atau kenderaan
aku memerhatikan kamu..
hurmm tak pernah berubah..
malas nak buka helmet...

......................................................

bunyi alarm jam mengejutkan aku..
oh..dah pukul 6 pagi rupanya..
aku bangun dengan rasa terkejut dan sedih
disaat begini engkau masih muncul dalam hidup aku..
hurmm..mungkin aku sedang merindui engkau..
hurnmmmm...
Biarlah...Hanya Tuhan Yang Tahu...

Wednesday 2 November 2011

Ketentuan Yang harus Ditempuhi

Cuaca agak mendung mengiringi suasana hari ini
Hujan turun seperti menangisi apa yang berlaku hari ini
Malam tadi sekita jam 12 tgh malam aku dikejutkan
dengan pemergian seorang rakan,saudara..
Sebelum ini beliau telah dimasukkan ke ICU pada ahad yang lalu
dan hari ini,beliau pergi mengadap Ilahi..
Suasana sedih dan murung dapat aku rasakan semasa aku berada di rumah beliau.
Rakan sekampung telah lama berada dirumah beliau.
Ada yang menyusur ke hospital malamnya..
Aku sampai ketika orang ramai sedang bertahlil menanti jenazah untuk dimandikan,dikafankan
seterusnya disembahyangkan dan dikebumikan.
Aku dapat lihat rakan2,saudara mara allahyarham amat sedih dengan pemergian beliau.
Paling menyayat hati aku adalah ketika saat2 terakhir dimana
ahli keluarga,rakan2 diberi peluang terakhir menatap wajah beliau sebelum dikebumikan.
Sayu pilu dan tangisan dapat didengari.
Rakan2 sekampung mengambil peluang terakhir ini mengiringi jenazah beliau sehingga ke tanah perkuburan,
dan sehingga siap semuanya..
Dan kepada rakan2 harap bersabar dan ketentuan ini harus kita tempuhi dan redha..
Kepada keluarga Allahyarham,bersabarlah..

AL FATIHAH untuk Allahyarham Tarmizi Shadan.




Tuesday 1 November 2011

Jangan bersedih lagi.

Hurmm.....kedengaran bait2 lagu Anuar Zain di telinga aku...


Kekasihku
jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan airmata di pipi
Kekasihku
tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan impian bersama
Jangan dikesali atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya
Membuahkan bahagia
Kekasihku aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah ada dusta

Kasih antara kita
Jangan berduka
Jangan berdendam pada sesiapa

Bersabarlah menerima
Segala-galanya dengan redha
Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi

Aku masih mengharap

Segalanya kan berulang semula


Kepada kekasihku diluar sana..janganlah bersedih..
tabahkan hati kamu atas apa yang berlaku..
mungkin ini satu hikmah untuk diri kita sendiri..
Aku tau hati kamu masih dalam kesedihan..aku dapat rasakan
Menangis dan menitiskan air mata..dah menjadi kebiasaan bagi diri kamu..
Bersabarlah sayang..dan hadapi semua ini dengan tabah dan
engkau pun tahu antara kau dan aku ada tarikan tersendiri.,.
Masing2 mengetahui kala diri ini dalam kesedihan atau kegembiraan..
Marilah kita bersama2 memulakan kehidupan yang baru..
perkara yang lepas usah dikenang..
andai engkau tahu apa yang aku rasakan..
mungkin engkau dapat rasakan..
yang betapa aku amat merinduimu...
Insyaallah andai ditakdirkan kita bertemu..
andai ditakdirkan kita bersama..
akulah orang yang paling gembira dan bersyukur..
Dan terima kasih kerana menerima diri ini,....
Yang tidak punya apa2..






Sunday 30 October 2011

Amekkaw...Wakenabeb..

Erk...tengok tajuk pun da seram..hgahahak
ok2..kali ni aku kena tag dari seseorang yang agak comel...huhuhu..ooo nak korek rahsia kite erk..
:P

Thats a simple rules yang kene ikut..

1. You must post this rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post and create 11 new questions for people tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about.

You are tagged if you are reading this you legitimately (a.k.a really,trust,with all honesty).
have to tag 11 people.
'

ABOUT ME:

1. SYAMSUL SULAIMAN BIN ABD RAZAK (nama dalam ic ni)
2. Beranak pada 15 Oktober 19__..kat sptal muar.
3. I'm a simple person..sangat2 simple.
4. Seorang yang amat menghormati masa,tidak suka ditunggu dan tak suka gak menunggu.
5. Falsafah hidup "Hormat menghormati amalan mulia"
6. Sangat setia pada cinta
7. Seorang yang pemalu dan pendiam sangat2..
8. Penyabar tapi ada hadnya..kadang2 meletup gak tapi jarang orang tau..
9. Suka movie yang tak masuk dek akal especially yang ada graphic menarik dan jalan cerita yang tidak membuatkan hamba Allah ni tido kat cinema..
10. sukar melafazkan cinta melalui kata2 tetapi dengan kata2..:)
11. Selalu kena tipu sebab lurus n mudah percaya...





Jom tengok pulak apa soalan2 maut beliaw..dupdap2 jantung tite..

1. Apa nama timangan anda?
Erk..banyak tu...bg yang glamor2 jek laa..:P angah,icul,adik...n yang terbaru..sajen(penangan bkt kepong)

2. Nama ex anda?
Err..apakah soalan...hurm..sapa erk..lupa la...nor kot...

3. Makanan kesukaan...
Asam pedas laa...so bakal2 isteri plzzz masak asam pedas sedap2 taw..

4. Suke sy x?
err......suka (blushing)...

5. kucing atau arnab?
Kedua2nya....sebab muka dorang sangat2 comel..terutama bila kebulur...

6. Moto atau keta?
Keta..supaya dapat berlindung dari hujan dan panas..disamping boleh mengumpat tanpa gangguan angin...

7. Satu ciri yang awak suka kat saya?
Berat soalan ni..naasib satu jek..coz banyak...kelakarlaa..semestinya..an an an an

8. satu ciri yang awak tak suka kat saya?
Hurm..i think that kamu terlalu sensitif..bahaya tau...so tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi..:)

9. Kalau mara suka watpe?
Diam....

10. If siti nurhaliza ngajak date?angguk ke geleng?
Pengsan.....

11. Hobi anda yang pelik?
Suka buat peta tanpa menggunakan alat tulis...:P

Sooo...soalan tite lak..jeng jeng jeng
Soalan2 adalah seperti berikut:

1. Kalau diberi pilihan, bercuti di luar negara atau dalam negara?alasan?
2. Ciri2 pilihan hati?
3. Kawan atau kekasih hati..mana satu didahulukan?
4. Siapa yang pertama sekali dalam fikiran anda dikala kesusahan atau keseorangan?
5. Hobi masa lapang?
6. Jika ditakdirkan anda menjadi sukarelawan..apa yang hendak kamu lakukan?
7. Impian yang belum terlaksana
8. Tempat korang selalu lepak2..apa yang best kat situ?
9. Suka bunga apa?alasan?
10. Cara korang mengelak untuk keluar bersama kekasih hati...hehehehe..dan kenapa time tu korang taknak keluar dengan beliaw...jawab2
11. Lastly...korang suka blog aku tak?hehehehe...

Nah..mereka2 yang di tag..adalah??

http://mefaizah.blogspot.com/
http://mysuarablog.blogspot.com/
http://mylifemimie.blogspot.com/
http://nameeroslan.blogspot.com/
http://senydream9.blogspot.com/
http://rosaisa06.blogspot.com/
http://jamilsdaughter.blogspot.com/
http://mizza-vermilionstory.blogspot.com/
http://thisisguitarburok.blogspot.com/
http://cirasigadiscilik.blogspot.com/
http://karidankuah.blogspot.com/

So pada mereka yang kena tag tu..reti2 le..erk..hehehe







Friday 28 October 2011

Apa Boleh Buat~~

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Bait2 lirik lagu kisah hati nyanyian Alyah ni terngiang2 ditelinga aku ketika ini. Sambil mencari ketenangan dan mood untuk melelapkan mata aku teringat apa yang seseorang berkata pada aku.

"Tadi aku jumpa Mak Temah,then aku cakaplah yang bln 11 nnt kita nak ke Batu Pahat ada jemputan kawin..pastu Mak Temah ingat kau yang kahwin,pastu aku cakaplah bukan kau,orang lain yang kawin,kaunye tak jadi..pastu Mak Temah cakap..tulaahh..yang dekat taknak nak gak yang jauh2.."

Peh..terkedu aku mendengarnya. Sedih pun ada..Mak Temah,nak buat macam mana,dah saya bukan ditakdirkan untuk bertemu jodoh dengan anak Mak Temah. Apa boleh buat Mak Temah, kesetiaan saya dan kasih sayang saya ketika itu hanya pada yang satu.Kalau tak memang saya terima jek..apa taknya RM2000 jek Mak Temah offer kat aku. Sapa tak nak..

Hurm..ikutkan dah 2 orang aku tolak termasuk Mak Temah. Bukan aku nak banggakan diri tapi itulah diri aku. Aku bukan seorang yang bersedia dengan spare2 untuk kebarangkalian tidak menjadi nanti..aku tak reti...bila aku dah suka kat orang tu dan orang tu pun suka kat aku..n sayang aku..maka dengan 100% or maybe lebih akan aku berikan..tapi itu bergantung pada pandangan si dia lah..kalau dia lihat cara aku pada pandangannya sekadar 50% je apa boleh aku buat..hak dia..tul tak?

Ah..biarlah..kisah dulu usah diungkit..so aku akan melakukan perkara2 seperti biasa...so aku dengan cara aku..:)

pada mereka2 di luar sana..jangan pasang spare lebih2..nanti pening lak nak memilih..hehehe..

P/S: nama watak sudah ku tukarkan supaya ia tidak mengganggu perasaan dan mengguris hati sesapa.:P

Tuesday 18 October 2011

Terima kasih

Letih letih dan letih
aku dah letih dengan apa yang berlaku..
penat..
aku da penat untuk cuba melupakan apa yang berlaku

Tapi,setiap kali ingin aku melupakan,setiap kali itu ia semakin kuat datang.
Kenapa??
Aku dah tak larat lagi tau..
Bukan aku tak menerima kenyataan..tapi sukar aku nak katakan..
Hurm..hanya diri aku sendiri yang bisa meluahkan segala-galanya.
Aku dah letih..penat dan tak larat..
cuba kamu bayangkan bagaimana setiap kali benda yang kita nak lupakan,datang menjelma setiap hari..sakit taw..
Aku tau aku seorang yang mudah percayakan sesuatu..
Aku tau aku seorang yang amat gelabah jika ada yang menuduh aku walhal ia bukan salah aku..
Aku tau aku tidak mudah melenting andai aku dihina,dicaci,diherdik,dimaki..
Aku sanggup buat apa saja untuk sesuatu yang aku sayang,yang aku suka.
Itulah kelemahan aku..dan kamu..berjaya menggunakannya kelemahan aku itu..kan?
Terima kasih aku ucapkan..

Kamu,andailah suatu hari nanti kamu berada ditempat aku..
Insyaallah kamu akan tau betapa peritnya hati aku..
Hanya doa dan air mata menjadi peneman aku dikala ini.
Adakah engkau memang nak menguji aku?
Adakah engkau memang benar nak melukakan hati aku..terpulang..

Cuma satu aku ingin katakan..
selama ini memang banyak aku pendamkan..
selama ini memang banyak rahsia antara kita aku simpan..
dan selama ini memang banyak aku diamkan..
sebab apa??sebab aku sayangkan kamu....
Almaklum..hanya kamu yang satu dalam hati aku..ceh...
Aku tau asal usul mu..
Aku tau siapa kamu..
Iyelah..aku tau kamu cantik
aku tau kamu lawa dan comel..
dan aku tau sekali kamu petik jek..10 yang datang...kan?
dan ada yang sentiasa memerhatikan kamu..
tapi apa yang boleh aku buat..sekali aku tegur,nasihat...lain lak jadinya..
tapi.. kamu sentiasa dihatiku..
Dan sesungguhnya tiada yang lain dalam hatiku melainkan kamu...
Maaflah andai selama ini aku tidak menjagamu dengan sempurna..
Maaflah andai selama ini aku banyak melukakan hati kamu..
Maaflah andai selama ini aku selalu menegurmu..dan tentu kamu tahu bagaimana aku menegurmu...
Terima kasih aku ucapkan..
terima kasih sangat2....
Terima kasih atas pengorbananmu,keikhlasanmu,kasih sayangmu,belaian manja mu..terima kasih...

Terima kasih WAJA ku..BGS 2038...
hehehe..
:))




Monday 17 October 2011

Tips tenang Jiwa dan raga - Air Musoffa

Salam readers..
lama gak kan aku tak update blog ni.
Agak sibuk sikit..
Oklaa.kali ni aku nak kongsi dengan korang satu benda
hah..nampak pic bawah tu

Pic atas tersebut adalah air musoffa yang telah diproses dan dijual di merata tempat.
Harga di pasaran adalah RM10.
Musoffa adalah satu perkataan arab yang bermaksud 'suci dan yang disucikan'.
Kaedah ini juga dinamakan sebagai 'rawatan pinggan putih' pada zaman silam.
Menarikkan?

Apa isi kandungan dalam air musoffa ni?
Antaranya adalah air tapisan bermutu tinggi,air zam zam, ayat2 suci alquran dan dakwat za'faran.

Tertib sebelum minum air ini:
1. Baca Al-fatihah
2. Selawat ke atas nabi
3. Mohon sebarang hajat yang dikehendaki.
Insyaallah akan terlaksana.
4. Minum air tersebut.

Siapa yang perlu minum?
Tidak kira peringkat umur dari janin hingga ke tua..
kanak2 yang degil dan lembap..
orang2 dewasa dan kanak2 yang sihat dan sakit..
tidak kira siapapun boleh meminumnya..

Kandungan Khasiat Air Musoffa
- Sebagai ikhtiar bagi penawar segala penyakit.
-Sebagai ikhtiar pendinding dan penyembuh.
- Sebagai ikhtiar keselamatan.
- Sebagai penguat akal dan pembersih rohani.
- Sebagai penjagaan kesihatan dan kekuatan jiwa.
- Sebagai ikhtiar mendapatkan hajat.

Air Musoffa hendaklah dijadikan wasilah sebagai ikhtiar bagi mendapatkan bantuan Allah dalam segala hajat. Lakukan ibadah asas yang dituntut sebagai penguat kepada kemakbulan doa kita. Yakinlah dalam ikhtiar ini dan bertawakal kepada Allah kerana tidak ada satu pun penyakit yang tidak boleh diubati melainkan mati dan tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Beramal bukan sebab fadhilat tapi sebab Allah swt.
Salam ukhwah..





Friday 7 October 2011

Tips tenang Jiwa dan raga

Salam readers and stalkers..
hehe..
hari ini aku nak share dengan korang tips ketenangan hati dan jiwa
agak sedikit kerohanian pada hari ini.
Mungkin agak memboringkan membincangkan topik2 sebegini
Tapi sebagai seorang manusia yang tidak lari dari menghadapi tekanan,panas baran,jiwa kosong rasanya tidak menjadi masalah untuk kita kongsi bersama..
betulkan?
Seperti yang kita tahu sejak akhir2 ni banyak kes yang melibatkan remaja khususnya..
kenapa erk?
dengan kes buang bayinya,rogolnya,dadahnya..dan macam2 lagi kes2 yang melibatkan remaja seperti saya..err..:P
so rasanya terdetik hati untuk saya berkongsi beberapa tips
supaya diri kita sentiasa tenang,dan yakin pada diri sendiri
dan semestinya yakin dan percaya kepada Allah.

Pernah dengar selawat fatih tak kawan2?
masa mula2 aku dalam keadaan stress n down sangat..
aku mengamalkan selawat ini sehingga hari ini dan beberapa tips lain
dengan niat kerana Allah
Alhamdulillah diri ini semakin ok
dan semakin tenang dalam menghadapi segala masalah dan rintangan
mudah mudahan ia berterusan..insyaallah
Setiap masalah ada penyelesaiannya..

Jom kita selawat!!


.
Salah satu fadhilat mengamalkan selawat fatih adalah ubat segala penyakit.
Terutamanya penyakit hati atau dengan kata lain penyakit rohani.
Amat baik diamalkan dengan membaca 11x selepas solat atau seberapa banyak yang ikhlas..
Insyaallah dengan izinNya..
Cuma ingat satu perkara kawan2
Beramal bukan sebab fadhilat tapi sebab Allah swt.
Salam ukhwah..
Insyaallah akan ada tips2 lain yang bakal menyusul





Wednesday 5 October 2011

~~kalau berada ditempatku~~

Salam readers..
hurm..mood so bad rite now..
Dengan keadaan badan yang tak berapa sihat..
Aku menggagahkan diri gak nak update blog ni..
Bukan apa readers..aku berada dalam keadaan sedikit tertekan atau kata orang putih
stress or pressure..
Aku tersepit ditengah2 segitiga bermuda..
Dengan masalah personal yang sentiasa mengganggu hidup aku.
Dengan masalah family yang membolehkan aku menjadi seorang panas baran dengan kerenah masing2
Dengan masalah kerja yang boleh aku katakan BILA PROJEK NI NAK SIAP HAAAHH!!
DAMMMNNNNN IT!!!
Namun aku syukur ke hadrat ilahi kerana aku dapat menangani dan menempuhi segala2nya dengan waras dan berakal..
Kalau tak aku tak tau dimana aku berada..kerana sesungguhnya bagi aku amat menderita..
Dengan senyuman yang aku berikan dan gelak tawaku sekurang2nya dapat menyembunyikan penderitaan yang aku alami.. :)
Baguskan camtu?Tul Ke?
Hanya doa kupohonkan agar segala masalah2 ini dapat diselesaikan dengan mudah dan tenang..

Yup,seminggu ni aku pun tak tau kenapa setiap malam aku bermimpi sidia..
hatiku kuat menyebut nama dia..fikiranku asik berfikir pasal dia..
aku tak pasti kenapa?adakah dia dalam bahaya?atau sakitkah dia?atau dia ada masalah?
Hurm...aku pun tak tau kenapa walaupun banyak kali si dia buat aku macam2..
tapi kenapa aku masih merinduinya??sepatutnya aku membencinya?kenapa??Erm..ntahla..
aku harap dia sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat selalu..just be ourself dear..
Dan aku juga berharap dia sentiasa mengingati apa yang aku katakan padanya,apa yang aku tegur padanya..kerana aku tidak mahu dia menjadi orang yg sia2 di kemudian hari..setiap apa yang aku lakukan selama ini semestinya dia didahulukan..biarlah aku sendiri yang mengetahuinya...

Dan kepada orang2 tua yang aku hormati...sesekali fikirkanlah seorang hamba yang hina ini. Hamba ini pun ada perasaan. Buangkan segala ego,buangkan segala dendam dan sakit hati..yang tersepit ni hah..hamba ni yang tersepit..memang hamba ini tidak masuk campur dalam hal urusan korang..tapi ingat..tempiasnya ada juga..telinga da sakit dengar orang cakap2 sana sini..hati dah meronta2 nak memberontak supaya korang tau hamba ini masih wujud..Ingatlah dimana asal usul kita..hamba ini berharap sangat korang ni berbaik2 taw...senyuman hamba ini hanyalah untuk menutup kesedihan hamba saja...dibuat2..Kalau kita tidak mahu menjadi seseorang yang zalim,jangan kita menjadi seperti mereka..kalau seseorang itu menghina kita,kita diam..minta doa padaNya supaya orang itu menjadi orang yang baik..Kalau kita menghina balik kita sama jek dengan mereka..Zalim gak..so..pandai2 koranglah..korang da makan garam dulu dari hamba..apalah sangat hamba yang hina ini...bukan nak biadap tetapi nak memberi sedikit info yang hamba ini masih hidup..itu saja..:)

Hah..yang satu lagi ni..bila nak siap projek?asik EOT EOT EOT!!! Apa lagi yang kurang???
Bila da dapat EOT kang mula la melambatkan kerja balik..aahh..damn it laa korang...
Cepat2 sikit..aku dah tak tahan da ni...:P





Tuesday 4 October 2011

Berdua Bersatu

Kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapi ku tidak mahu
cinta selain darimu


Jika denganmu salah
kutak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah kutercalar
walau dilanda badai
kusanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
kutak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
kusanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu

Sunday 2 October 2011

Idaman Hati Aku

Ninja 250


Honda CBR 250


Naza Blade 250



Kawasaki ZXR250


Uhuk..salam readers..
kali ni entry aku nak share kat korang yang aku sekarang sedang mengusha sebijik motor.
Keempat-empat pic kat atas tu merupakan pilihan aku. Cuma sekarang aku sedang survey mana yang terbaik bagi aku..hua hua hua..
Err..bila nak beli??
Insyaallah tahun depan kot..awal tahun..tnggu jek laa..kerana aku pasti ingin memiliki motor sebegini..
Dah kemaruk katakan..
Sedang mengira budget2 dan memproses segala data2 yang perlu untuk memilih mana yang terbaik..hahahak...:)
So..kalau korang mana yang menjadi pilihan??





~Hati ini~

Hari-hari kulalui dengan hati yang sangat hiba,menaruh harapan dan rindu yang teramat sangat.
Setiap hari wajahnya sentiasa membayangi diriku.
Apakah semua ini?
Walaupun dia sudah banyak kali melukai diri dan perasaan aku..tapi kenapa diri ini merinduinya?
Adakah cinta?adakah sayang?adakah...ahh..
Walaupun aku sentiasa memikirkan perkara yang negatif yang dia lakukan padaku..
tapi makin ingin aku benci,makin ingin aku lupakan..
semakin kuat bayang wajah,perasaan rndu datang menerpa diri aku..
Memang benar aku geram dengan dirinya
memang benar aku marah padanya..
memang benar aku kecewa dengannya..
memang benar aku sedih dengan sikapnya..
tapi..perasaan itu belum kuat untuk menandingi
rasa kasih sayang,cinta dan rindu yang sentiasa utuh sejak pertama kali aku lihatnya..
Egokah aku?
Mungkin benar..
selama ini pun aku sentiasa mengharapkan mimpi indah..
selama ini pun aku sentiasa mengharapkan permata yang indah2..
selama ini pun aku selalu mendambakan kebahagiaan bersamanya..
semua kerananya..
harapan yang tinggi ku berikan padanya..
pengorbanan yang bagiku tidaklah seberapa untuk dirinya..
semua untuk orang yang aku sayang..
Tidak mengapa..aku semakin sedar..
aku sedar siapa diri aku..
Aku rasa terkilan kerana aku tidak mempunyai sifat mementingkan diri,berlagak,panas baran,
kaki perempuan..
sebab selama ini aku hanya dengan dia..kemana saja..dia..berdua..
ntahla..memang telah ditakdirkan untuk aku menempuhi segalanya begini..
aku pasrah..
Dengan ini,aku akan memulakan hidup baru sebagai seorang lelaki yang baru..
Aku hanya bermohon kepada Allah supaya tidak melakukan perkara2 yang diluar batasan..
Aku bermohon kepada Allah agar diriku dilindungi dari segala perkara yang memudaratkan..
dan Aku bermohon pada Allah agar aku diberi petunjuk dan hidayah agar aku menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara..
dan kamu..aku harap andai kamu membaca perkara ini..
ingin aku katakan yang aku sentiasa menyintai kamu,menyayangi kamu..walaupun kamu tahu selama ini aku tidak mengungkapkan kata2 romantis,kata2 indah kerana apa yang aku lakukan sudah cukup membuatkan engkau tahu yang aku sentiasa menyintai kamu..itupun kalau kamu memahami dan mengerti setiap apa yang aku lakukan..
Bukan kerana untuk diri aku sendiri..tapi untuk kebaikan kamu..kerana aku tahu kamu tidak seperti yang kamu tunjukkan..


secret garden-Melancholy - Sad piano_violin music

Powered by mp3skull.com

Wednesday 28 September 2011

Idea Yang Kedekut nak Timbul

Hadoiii apanye tajuk entry da..
nampak sangat da aku ketandusan idea dalam menulis blog ni..
kepala dah serabut dengan pelbagai intipati yang kadang2 tak masuk dek akal..
dengan kerja yang tak siap2..personal life yang agak terumbang ambing..pastu dengan perkara2 yang tidak sepatutnya menjadi isi kepala untuk difikirkan..
kesian blog aku ni..kan kan kan?
Idea yang kadang2 datang tapi masa tu tak teringat pulak nak disave di blog..
bila tak datang asik terpacak jek kat lappy ni..damn~~
uwarrgghhh.....tensen laa..
alamak..hujan da kat luar..lagi laa aku malas nak ke site ni..
huargghh..hah..da sangap da..isk..
nak submit memo ni nak bg kat kontraktor..
apa da..buat tak ikut spec..ni nak marah ni..
huaaaaaaaaaaaa.....
hah...kan dah hijau ni..grrrrrrrrrrr





When There Was Me and You

It's funny when you find yourself
Looking from the outside
I'm standing here but all I want
Is to be over there
Why did I let myself believe
Miracles could happen
Cause now I have to pretend
That I don't really care

I thought you were my fairytale
A dream when I'm not sleeping
A wish upon a star
Thats coming true
But everybody else could tell
That I confused my feelings with the truth
When there was me and you

I swore I knew the melody
That I heard you singing
And when you smiled
You made me feel
Like I could sing along
But then you went and changed the words
Now my heart is empty
I'm only left with used-to-be's
And once upon a song

Now I know your not a fairytale
And dreams were meant for sleeping
And wishes on a star
Just don't come true
Cause now even I can tell
That I confused my feelings with the truth
Cause I liked the view
When there was me and you

I can't believe that
I could be so blind
It's like you were floating
While I was falling
And I didn't mind

Cause I liked the view
Thought you felt it too
When there was me and yo

-High school musical 1
Damn lyrics..so touching..



Tuesday 20 September 2011

MAS VS JAP (KELAYAKAN OLIMPIK 2012)



Tepat Jam 7 petang nanti maka bermulalah aksi anak2 buah Ong Kim Swee untuk memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik 2012. Perlawanan yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia yang pastinya mengharapkan sesuatu keputusan yang membanggakan.

Apapun dengan khabar yang agak merisaukan dimana Wan Zack Haikal aset utama skuad Olimpik ketika ini masih belum cergas sepenuhnya. Namun berharap dapat diturunkan pada perlawanan itu nanti.

Secara keseluruhannya,pasukan ketika ini mempunyai moral yang tinggi untuk mencipta sesuatu. Dengan gawang dikawal oleh Khairul Fahmi Che Mat, benteng yang dikawal ketat dan diketuai oleh Muslim Ahmad,Fadhli Shas,Zubir Azmi,Mahali Jasuli, seluruh rakyat Malaysia berharap agar mereka ini bermain dengan baik dan tidak leka dan lalai membiarkan penyerang Jepun yang diketuai oleh Kensuke Nagai dari dibolosi.

Di bahagian tengah yang diketuai oleh Abdul Shukor Jusoh, Wan Zack Haikal, Mohd. Fandi Othman dan K. Gurusamy dapat memberikan impak dengan kawalan dan mutu permainan yang baik kerana penguasaan dibahagian tengah amat penting dalam menentukan hala tuju pasukan dalam permainan. Corak serangan balas Malaysia semestinya amat dikagumi dengan Fandi Othman dan Wan Zack dibahagian sayap sentiasa memberi kerisauan barisan pertahanan lawan.

Di bahagian serangan, A. Thamil Arasu dijangka bakal digandingkan bersama Izzaq Faris Ramlandan seterusnya dapat membuat jaringan.

Dengan pelbagai pendedahan yang diberikan terutama latihan di Slovakia diharap skuad Olimpik Malaysia dapat menunjukkan satu permainan yang menarik dan membanggakan. MALAYSIA BOLEH.

Jangan lupa saksikan perlawanan di TV2 dan ASTRO ARENA pada jam 7 ptg ini. Sama2 kita doakan kejayaan pasukan kita..MALAYSIAAAAAAA...........




Monday 19 September 2011

Impian Teman


Adanya Kelapa terciptanya santan,
Adanya cinta terciptalah perkahwinan,

Adanya jiwa adanya raga,
adanya hati adanya cinta,

wah,bukan main lagi KP berpuisi..
orait,entry kali ini teman nak kongsi dengan korang mengenai tema perkahwinan idaman
Almaklumla,sekarang ni dah bermula musim orang kahwin.
Tengok orang kahwin terasa pulak nak kahwin.hahaha..
dan disini teman nak kongsi impian perkahwinan teman.
Kalau kendurinya di tempat temanlah.
Kalau di tempat pihak perempuan teman ikutlah citarasa bakal isteri teman tu.:P


Kita bermula dengan tema atau theme.
Tema yang teman pilih adalah melayu tradisional + kotemporari
Warna semestinya emas dan putih atau emas dan perak,
Kenapa teman pilih warna itu?
Sebab sebagai seorang raja sehari semestinya warna pun warna diraja dan bernilai tinggi.
Kemudian pelaminnya..hah,banyak teman suka..
sebahagiannya adalah seperti dibawah..
sebahagiannya saja tau..
banyak lagi..

Di sebelah malam,
ditempat teman selalu diadakan marhaban,berinai,dan zapin.
Dan paling best untuk muda mudi karaoke suka suka.

tarian inai
Tarian inai ditempat kawan adalah tarian inai original dan pic kat atas ni adalah tarian inai yang telah diubah koreografinya..:)

Disebelah siangnya semestinya teman berharap ia satu peristiwa yang paling tidak dilupakan semua tetamu,keluarga dan teman terutamanya.
Semestinya ditempat teman,
diwaktu siang memang meriah sepertimana diwaktu malam
Dengan diiringi paluan kompang,
teman dan bakal isteri teman diarak
didepan teman ada kawan2 teman yang dah berjanji dengan teman
nak berarak naik motor besar..hahaha..
adalh kawan teman tu..
kemudian,
ada pertunjukan silat,zapin,makan biadap,eh beradap,
bergambar bersama rakan2,saudara mara dan tetamu.
Dan macam2 aturcara siangnya itu..

So.dapat tak bayangkan kemeriahannya,
Teman harap apa yang diimpikan ini dapat dilaksanakan
Bila?
Wallahua'alam...
Hanya tuhan saja yang tahu..
:)




Saturday 17 September 2011

Bara Cinta Ramadan

(╥﹏╥)
eh..kenapa2..
tula..tengok lagi cerekarama..
akhirnya..tamat gak cerekarama kat tv3 tu tadi..
sangat menyedihkan hati,meruntunkan jiwa aku..
cerita Bara Cinta Ramadhan kali ini amat menyeksa jiwa.
Apa taknya nak mengawal perasaan sedih aku yang bila2 masa jek akan terluah.
Airmata dah bertakung kat kelopak mata..
Serius sangat2 sedih cerita ini..

Bara Cinta Ramadan mengisahkan Malik (Zamarul) seorang pemandu lori berumahtangga dengan Ita (lakonan mantap Jasmin Hamid). Kehidupan mereka amat sederhana namun tidak disenangi oleh ibu mertua Malik,Arpah lakonan Fauziah Nawi. Arpah selalu membandingkan Malik dengan seorang lagi menantunya Samsudin (Ako Mustapa) yang bekerja kerajaan.
Seperti tahun-tahun lepas, apabila Ramadan menjelang, Malik menolak untuk bekerja lebih masa supaya dapat berbuka puasa bersama anak-anak dan membawa keluarga berterawih di masjid.

Namun, tindakan Malik tidak disenangi oleh Arpah kerana sudah dua tahun Malik mengambil keputusan seperti itu. Arpah malu kerana sebahagian dari makan minum dia dan Malik sekeluarga ditanggung oleh Shamsuddin, suami kepada adik Rozita. Arpah mula berulang kali menghasut Rozita supaya memaksa Malik mencari duit sebanyak mungkin untuk persediaan 1 Syawal. Justeru itu, Rozita yang sebelum ini terkenal dengan isteri yang amat memahami, mula mendesak Malik.


Secara ringkasnya,kisah kali amat menyentuh perasaan. Dan secara kesimpulannya,adakah relevan apabila kita berumahtangga,kita harus duduk dengan mertua? Kalau relevan apa sebabnya dan begitu juga kalau tidak relevan apakah sebabnya. Apa pendapat korang..hah..apa kata kalau korang buat satu entry mengenai tajuk:

Perlukah kita tinggal bersama Mertua setelah berumahtangga?


Kemudian postkan link korang kat ruangan komen ni nanti.. Boleh?





Friday 16 September 2011

~~Kisah Hati~~


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Bait2 lirik lagu yang dipopularkan Alyah amat menyentuh perasaan aku..
Mungkin saat ini kalau aku mendengar lagu2 yang sedih amat memilukan hati aku.






Merepek,kerepek,merepek laa..~~~

Merepek..yup..memang aku nak merepek jap lagi..
ntah..perasaan aku sekarang bercampur baur..
tapi kebanyakannya bab2 murung n sedih n the gang..
korang paham?hah..sedih,kecewa,sadis,dan seangkatan dengannya..
paham?tak paham lagi..cam pic ni
hah..camtula aku sekarang..
kena lak seorang diri menghadapi semua ini.
Damn it!!
Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang berada dalam lubuk hati aku.
Kadang2 aku terasa nak jadi macam orang disekeliling,
yang tak punya perasaan,ego,cepat marah tanpa usul periksa,panas baran,takde perasaan kasih sayang,takde perasaan kesian,selfish..cam seronok jek aku tengok..
korang ada camtu ker?
Sekarang ni aku sentiasa beralah tau..
Aku dah penat..tapi itulah aku..sentiasa mendiamkan diri..
bukan apa..takut terjadi perkara yang lebih buruk..
better follow them..its ok..dah terkena batang hidung sendiri nanti barulah diri ini
mengeluarkan hujah2 yang memanaskan telinga..
sabar jeklaa..
dahlaa..aku pun takde mood nak menulis blog buat masa ini..ssadiiiss...!!!
Damn~~
salam~~





Wednesday 14 September 2011

Bangga,Terharu

Sejak akhir2 ni aku agak sibuk dengan aktiviti teater @ pentomen.
Dan secara halusnya aku bangga dan terharu kerana melakonkan watak Sjn Jamil B Md Shah.
Seorang ketua balai polis bukit kepong yang telah terkorban bersama2 rakan2nya serta sebilangan penduduk Bukit Kepong yang mempertahankan tanah bukit kepong dari serangan komunis.

Sebenarnya ini semua berlaku bermula 2 tahun lalu dimana ketika itu aku baru je abis belajar.
Aku rasa aku dah postkan kejadian tersebut kat blog ni..takpe,leh usha balik kat sini.

Bermula dari situ setiap kali ada aktiviti melibatkan polis dan kemerdekaan aku dan group akan mengadakan persembahan. Paling menarik adalah ketika di Kluang. Tahun ini, kami buat persembahan pada program Singgah sahur TV3. Korang bayangkan kena buat persembahan jam 3 pagi. Adoii..ngantuk ooo..yang bestnya dapat bergambar dengan selebriti..cam kat bawah.




Selepas itu kami kena buat persembahan di Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Muar di Dataran Muar di sekitar tanjung. Memandangkan aku pun takde idea nak cakap apa..jom layan gambar kat bawah ni..


So,kemudian kami buat persembahan sempena hari memperingati pejuang2 di Balai Polis Bukit Kepong, tu yang masuk TV tu..huhuhuh..apa2pun mari kita sedekahkan AlFatihah buat semua pejuang2 negara kita,semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT.. Al - Fatihah