MAri KIta Berchatting

Tuesday 29 March 2011

Sendirian!!

Hujan turun dengan tetiba..sejuk pulak aku rasa malam2 ni..
Hari ini aku menjalani kehidupan seperti hari2 sebelumnya..
Cuma yang bezanya hari ini aku keseorangan dirumah.
Sarapan diluar,makan tengah hari sorang2 diluar,dan malam pulak...
bertemankan tv 29' bersama meggi..
Aku takde selera nak makan sejak beberapa bulan ni..
mungkin disebabkan kerana perkara2 yang terjadi..
Ntahla...
Aku memerlukan teman untuk aku berkongsi kisah peribadiku..
untuk berkongsi kasih,suka duka..
waktu2 begini aku amat memerlukan sokongan,dorongan,belaian..
Ya Allah...

Apa2 pun esok aku ada meeting dengan JKR Segamat..aduhai..
Apa2 pun aku tak ready lagi..not in the mood...kawan2..
nanti tolong kejutkan saya dari tdo ye..heheheh..
k laa...nite..








shared hosting

Sunday 27 March 2011

Habis Badan Aku!!





Argh...gatal2...aduhai...gatal de badan2 aku ni..camner la boleh kene kan?
Sehari2 ni aku ada game bola tapi takdir dah tentukan aku kalah dan tak dapat masuk semi.
Tapi aku dapat ini..gatal2...hampir seluruh penonton,pemain menghadapi apa yang aku hadapi sekarang...argh....camner nak buat ni!!





Friday 25 March 2011

Rindu Datang Lagi


Salam readers..erm..sepi sekali lagi datang menjengah lubuk hati aku. Aku tak tau kenapa,tapi hari ini aku lalui dengan hati yang sepi dan rindu kepada tunang aku yang semakin hari semakin membisu sejak kejadian 3 bulan yang lalu. Aku pasrah dengan takdir yang menimpa kami.Tapi..aku tak dapat nak menipu diri aku sendiri betapa aku merindui dia. Ya Allah ya Tuhanku..apakah dugaan dan cabaran yang Engkau akan kurniakan kepada kami..Kuatkan iman dan tabahkanlah hati kami Ya Allah..


Aku mengharapkan kemesraan dan kasih sayang yang terjalin akan kembali seperti sedia kala..aku sentiasa berdoa agar kita kembali seperti dulu disaat kita bahagia..Liz..aku harap engkau pun tau betapa aku sentiasa menyayangi kau..Aku sebenarnya amat merindui kau..Aku perlukan kau disaat ini...Aku rasa seperti diri aku kosong tanpa berpenghuni..Aku harap kau sentiasa tabah dan dilindungi tuhan dalam apa jua yang kau lakukan sekarang. Aku tau kau masih belum menerima apa yang telah berlaku..aku harap engkau tabah dan aku harap engkau tau aku sentiasa berada disisi kau walaupun jasadku jauh dari kau..


Aku amat merindui kau Liz..setiap malam air mata aku sentiasa berguguran mengenangkan nasib yang menimpa engkau. Aku hiba bercampur geram dengan apa yang berlaku. Setiap malam tidurku sentiasa terganggu dan setiap malam anak2 mata aku memejamkan mata disaat embun menitis..Aku pasrah Liz..aku harap kau tau aku telah berikan sepenuhnya kasih sayangku sehinggakan aku tak sanggup melihat diri kau terseksa..apa2 pun..aku sentiasa berdoa agar kita diketemukan semula..aku akan beri kau masa untuk menenangkan diri engkau dan aku akan menunggu...




Thanks to Mira Hussin


Wah...aku excited sekejap sebab blog aku telah direviewkan oleh Mira Hussin.
Insyaallah akan diusahakan secara berperingkat-peringkat..
Anyway..thanks again...

Thursday 24 March 2011

Tips Lepaskan Tekanan

Salam readers..hari ni aku nak kongsikan beberapa tips untuk mereka2 yang tertekan termasuk aku...check it out

1. Baca la ayat La ilaha illa anta SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM,
Bacalah sekerap yang mungkin, Insyaallah akan tenang diri anda..

2. Perkara yang kedua ini amat penting.Solat 5 waktu..jangan la ditinggalkan dan sentiasa basahi diri dengan wuduk.

3. Carilah seseorang yang paling anda percayai seperti ibu bapa,rakan2,pakcik makcik dan luahkan apa yang anda pendamkan. Lepaskan segala2nya..

4. Janganlah memendam perasaan kerana apa yang kita pendamkan menjadi salah satu faktor kepada tekanan dalam diri kita. Jika kita tidak berpuashati..berbincanglah..

5. Sedia menghadapi segala kemungkinan..dan jangan larikan diri dari masalah..selesaikan..

6. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan banyakkan zikir..

7. Yakinkan diri dan teguhkan peribadi kita supaya kita mampu untuk menghadapi segala2nya.

Ok semua..setakat ini bicara kita ye ye ye...nanti akan muncul tips2 lain..check it out..daa~~




Biar Betul Wei!!!


Salam readers...uit..jangan terkejut.gambar diatas adalah sebagai perantaraan untuk entri kali ni..hanya hiasan semata2..aku nak citer ni..kejadian berlaku pada petang tadi di tapak projek. Aku sedang memantau kerja2 2 orang pekerja vietnam ni..sorang nama Ausuk sorang aku lupa lak namanya..biar la aku katakan B saja..

Ausuk: Bos, umur lu belapa aa?
Aku : 27 thn ma...
Ausuk: Sudah kawin ka?
Aku : Belum, bujang..single...
Ausuk: Lu mau kawin sama orang vietnam ka?
Aku : Hah!!apa?
Ausuk: Yalaa..lu mau ka?wa ada pelempuan manyak cantik maa..cute..
B : Betul ma..lu kasi no sama kita olang..nanti wa bgtau itu amoi..
Aku : Isk..merepek laa lu olang..itu olang reti cakap melayu ka?
Ausuk: Reti maa..ada malaysia sini..lu call dia..cakap mau jumpa,smnggu skl ok maa..takde hal
Aku: camner mau jumpa..jauh maa..
Ausuk: duduk mana2 laa boss..hotel ada...
Aku : Isk..merepek laa lu..dah2..lu ada no wa kan..kasi saja sama dia..hahaha..dah2 lu olang wat keje maa..nanti bila mau siap..plojek bertahun2 tapi talak siap..
Ausuk n B: Ok2 bos...

Aku pun terus bla..tak mau aku melayan diorang..huhuhu....camner laa kalau dilayannya...
ohh tidak..

Wednesday 23 March 2011

Untungnya Ada Ibu dan Bapa Di Sisi

Salam readers..
hari ni aku nak kongsi sesuatu dengan korang.
Tengok tajuk entri jek korang dah tau apa yang aku nak kongsikan.
Yup,aku tak tau kenapa tapi aku lihat sejak akhir2 ni ramai golongan seusia aku dan ke bawah
sentiasa melupakan pengorbanan dan kesetiaan yang bernama ibu dan bapa.
Walaupun rakan2,sahabat itu penting,tapi ibu bapa harus diutamakan dahulu. Betul?
Kita haruslah mengikut apa yang ibu bapa katakan kecuali yang bertentangan dengan agama seperti menyuruh kita sembah berhala,mencuri,membunuh..salah tu..kan?

Sebagai seorang anak, aku sendiri dapat merasakan betapa susah payahnya ibu bapa membesarkan kita. Misalnya masa kita kecik,bersengkang mata bangun bila kita menangis. Masa sekolah,tak cukup tidur supaya anak dapat pergi ke sekolah. Bila dah besar sikit..darah tinggi sebab melihat perangai anak2 yang bermacam2 ragam. Kan?

Apa2 pun kita sebagai seorang anak harus bersyukur dikurniakan ibu bapa..Bagi aku,saat aku gembira ketika ini..aku tak dapat kongsikan bersama ibu aku kerana telah kembali ke Rahmatullah. Aku rasa aku dah ceritakan pada entri sebelum ini..

Bagi aku,mereka2 yang ada ibu bapa sangat2 bersyukur. Yela..bagaimana keadaan mereka yang tidak berbapa,beribu..contohnya anak2 yatim piatu,anak2 luar nikah..camner erk perasaan mereka?
Bagaimana diorang nak kongsi kegembiraan,kesedihan,dan macam2 erk?
Contohnya semalam,kan keputusan SPM telah dikeluarkan..ibu bapa terutamanya pasti berbangga sebab anak2 mereka berjaya. Anak mereka dapat berkongsi kejayaan dengan mereka..tapi camner dengan mereka2 yg tidak berparent erk?

Bagaimana pulak masa mereka sakit nanti ekr?mereka yang ada ibu bapa untunglaa kan?
mak abah dapat menjenguk dan membantu serta menjaga kita time tu..
Camner la mereka2 ni bila dalam kesusahan erk...?siankan?
tulaa..untungnya mereka yang ada ibu dan bapa..

Lagi satu..kata2 dan cakap2 ibu janganla kita main2kan..setiap apa yang ibu kita katakan akan dimakbulkan..jika ibu kata jahat,jahatla kita..jadi berbuat baikla dengan ibu..dan jagalah hati ibu kita kawan2...
Anyway..ingatlah kawan2..jagalah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup..kerana kehilangan mereka nanti sukar untuk kita cari ganti..hargailah segala apa yang mereka lakukan...percayalaahh...segala apa yang kita lakukan kepada ibu bapa insyaallah akan dibalas...Insyaallah...




Candy,Chicks & Rock N Roll Contest

Contest-contest...kepada semua nuffnanger..nah ada contest untuk korang...Jom sertai...apa lagi...peluang menangi tiket tayangan CANDY,CHICKS & ROCK N ROLL


Synopsis
Blending state of the art animation with live action, Hop is a comedy about E.B. (voiced by Russell Brand), the teenage son of the Easter Bunny. On the eve of taking over the family business, E.B. leaves for Hollywood in pursuit of his dream of becoming a drummer. He encounters Fred (James Marsden), an out-of-work slacker with his own lofty goals, who accidentally hits E.B. with his car. Feigning injury, E.B. manipulates Fred into providing him shelter, and Fred finds himself with the world’s worst houseguest.

Courtesy of United International Pictures, 45 lucky Nuffnangers and their guests will have the opportunity to join E.B. on his journey of self-discovery with the Nuffnang Premiere Screening of HOP, 1 day before its premiere in Malaysia! Details of the screening are as below:

Date: 30 March 2011 (Wednesday)
Time: 9.30pm
Venue: Cathay Cineleisure, e@Curve

The 45 most creative comments will win a pair of passes each to the Nuffnang Premiere Screening of HOP on 30 March! Check out the HOP trailer below, which promises candy, chicks and rock ‘n’ roll:

Start commenting now, Nuffnangers! We’re getting a sugar high just thinking about all the candy the Easter Bunny’s bringing already!!! *bounces off walls*

Terms & Conditions:
1. This contest is open to Glitterati Nuffnangers only.
2. Your blog URL must be stated in your comment.
3. First batch of invites will be sent out latest by 23 March 2011 and RSVPs will be required.

semua info di atas diambil dari nuffnang.com

Enjoyy!!!

Pada yang belum daftar nuffnang boleh klik kat sini










Kemaruk kemaruk kemaruk!!

Aku tak tau la kenapa aku suka dengar lagu ni..maybe their rythm,their melodi buat aku suka kot..disamping gadis2 berkulit licin tu..
dan yang aku agak minat pada step dance diorang..JOMlaa layann








Tak semena-mena aku leh tergerak pulak nak join blog review ni..apa-apapun
saya minat nak direview oleh mira hussin kerana saya suka direview sebab saya masih baru dalam arena blogger ni..hahahahak..tak tau nak kata apa..itu saja laa..

anyway..keep up a good work to mira hussin...

SPM SPM SPM!!

Salam..
Hari ni SPM 2010 telah dikeluarkan..
Teringatlak time aku dan rakan2 sekolah amik result.
Malam tu aku takleh nak tido..takut..
tapi aku tau aku tak mampu untuk mencapai tahap yang cemerlang
namun aku bersyukur sebab result aku time tu leh laa di tahap baik..
Alhamdulillah....
Pada mereka yang berjaya aku ucapkan tahniah dan pada mereka yang mendapat keputusan yang tidak memuaskan cuba lagi..
Ini baru permulaan bagi korang untuk melangkah ke satu gerbang masa depan yang bergantung kepada usaha korang..
Jika korang tidak berputus asa, di masa hadapan korang akan berjaya..tapi jika sekarang korang dah give up,bersenang lenang..masa hadapan korang hancur.

Bagi mereka yang kurang berjaya, tingkatkan usaha anda,berfikiran positif dan jadikan keputusan SPM ni sebagai batu loncatan untuk anda ke hadapan. Tidak mengapa jika sekarang anda tewas, yang penting usaha dan sentiasa berdoa pada tuhan.


Kepada rakan-rakan blogger yang telah mengambil keputusan SPM 2010. Tahniah untuk korang dan yang tidak berjaya jangan putus asa.




Tuesday 22 March 2011

Tips Elak Buncit

Ahah..salam readers..aku rasa hari ni aku nak kongsi dengan korang tips untuk elak buncit. Seperti yang kita lihat ramai dikalangan penduduk terutama di negara kita perutnya agak kedepan..betul?

Ahah...oklaa antara tips2 tersebut:

1. Bangun pagi kenala sarapan. Mengikut apa yang aku dengar disamping dapat memberi
tenaga kepada kita ia dapat melangsingkan badan.

2. Elakkan makan berulamkan air. Hah,yang ini aku sentiasa amalkan. Bagi aku, selepas 5
minit aku makan,baru aku minum air. Dan lagi satu..jangan tiup air ketika air itu panas,
biar dia sejuk sendiri,sebab..segala apa penyakit yang keluar dari hembusan kita itu akan
masuk semula ke badan kita.

3. Yang paling penting,bersenam la selalu. Ramai dikalangan kita agak susah nak
bersenam. Apala sangat jika kita berjalan selama 30min atau 20min. Ia boleh
membantu membakar beratus2 atau beribu2 kalori dalam badan. Disamping dapat
badan yang ideal ia juga dapat menyihatkan badan.

4. Minum banyak air. Sebab dalam badan kita ada 75% air.

5. Elakkan tidur selepas makan. Jika nak tidur pastikan 2 jam selepas makan.

6. Apa yang aku amalkan untuk elakkan buncit ni,kurangkan makan makanan yang
mengandungi lemak dan minyak yang berlebihan. Setakat kadang2 atau jarang2 tu
bolehla..


Ok?amalkan untuk kesihatan dan kebaikan anda..Insyaallah mudah2han berjaya...
Yakin dengan apa yang kita lakukan..dan JANGAN MALAS..
Rakyat Sihat Negara Maju...





Monday 21 March 2011

Penat lagi!!!!

Ahah..salam readers..
Aduhaii..hari ni boleh dikatakan bz sikit la..
selalu tak macam ni..hahahak..
seperti biasa rutin harian aku pagi sampai ke petang..
kerja kerja kerja
hari ni agak sibuk sikit di tapak projek..
petang pulak abg aku n the family ajak berjogging..
wah..leh cari stamina ni..almaklum next weekend ada game bola..
pertama kali aku jog kat area segamat ni..
leh tahan gak laa tempat riadah tu..
dekat bandar utama segamat..
masih dalam baik pulih lagi selepas banjir besar tempoh hari...
berpeluh2 gak laa..terutama adik2 aku dan anak2 sedara aku yang masih kecik..
kecik2 dah diajar beriadah..bagus2..
Pas jek jog..
aku dan family balik rumah laa...
sampai jek rumah,mandi,solat maghrib dan hujan pun turun...
apa2 pun leh dikatakan hari ni adalah penat2....

Sunday 20 March 2011

Penat Penat Penat

Peh..penatnya aku hari sepanjang minggu ni..
Penat dari segi fizikal dan mental..
mana taknya setiap hari aku sentiasa memikirkan untuk menyelesaikan masalah aku dengan tunang aku..
mental sedikit terganggu..harap cepat laa dapat diselesaikan,

Aku terpaksa menyibukkan diri aku supaya aku tak sentiasa memikirnya..tapi fizikal aku pulak tak dapat nak menampung beban..
Badan jadi sakit2 dan keletihan tahap maksima..
Biji mata aku pulak sentiasa segar dan tidak mahu melelapkan mata walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tgh malam..
Mujurlah semua ini tidak mengganggu keupayaan aku untuk bekerja dan beribadah...
aahhh....penat...






Thursday 17 March 2011

Tahniah tahniah tahniah...

Eh..kenapa tahniah2 ni..lain macam lak entry aku kali ni..hah..
aku rasa tahap kesabaran aku dah tak leh tahan dah..
anyway aku nak ucapkan tahniah kepada seseorang yang telah berjaya mengkucar kacirkan dan menggoyahkan perhubungan aku dengan tunang aku.
Dan aku juga nak ucapkan tahniah kat seseorang tu sebab berjaya membuatkan aku dan tunang aku tidak bertegur,berjumpa selama 3 bulan.
Dan tahniah juga sebab berjaya membuat aku merana,sedih, dan tiada kekuatan dalam melakukan kegiatan harian..
Tapi...kau mesti ingat wahai lelaki yang bergelar K..
tuhan maha adil..dan aku percaya sekarang kau tidak hidup dengan senang hati.. segala perbuatan kau aku sudah ketahui..
sampai hati kau buat pada tunang aku camtukan..kau rosakkan kepercayaan tunang aku pada kau,kau punahkan kegembiraan tunang aku..
tapi begini kau buat padanya kan..sampai hati kau...
Kau tau perasaan bagaimana tunang dikenakan orang?suatu hari nanti kau akan merasanya..
dan kau tau camner perasaan aku bila tunang sendiri sentiasa percayakan rakannya dari diri aku sendri?

tapi takpe..aku sedar yang dirinya insan biasa..perempuan yang sentiasa menjadi kegilaan ramai lelaki. Tapi aku tidak akan berdiam diri jika kau melakukan perkara yang dilaknati tuhan..syirik..ingat..tuhan maha adil...

kepada tunangku yang aku sayangi..sedarlah sayang...selama ini apa yang aku buat semuanya tuk kebaikan kau..dan inilah salah satu darinya..dan aku rasa kau tau aku amat menyayangi kau..kembalilah..dan aku tau kau sedar..siapa benar siapa salah..dan aku akan sentiasa menunggu kau..kerana kau sendiri tau cinta dan kasih aku pada kau tidak berbelah bagi....

apa2 pun sekali lagi aku nak ucapkan tahniah pada K..ingat sihir adalah tidak elok..dan permainan kotor itu tidak disukai ALlah..





"Inilah kisah sedihku"

HAit..aku rasa cam nak try jek contest ni..erm..ini adalah contest pertama aku dan mungkin menjadi pemangkin pada aku untuk terus menyertai segala contest yang ada.

segala syarat2,hadiah boleh klik kat sini

Kau Pergi Jua

Jam menunjukkan pukul 3 pagi, fikiran aku masih lagi ligat berfikir dan mata aku masih lagi segar tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk melelapkan mata. Tetiba aku teringat peristiwa malam raya 6 tahun lepas.

Mak, andai mak ada lagi didunia ni,pasti anak mak ni adalah orang yang paling bahagia mak. Adik masih ingat lagi,masa mak tinggalkan kami sekeluarga. Masa tu raya pertama dan semua sedang bergembira. Maksu,makcik,abah kelam kabut masa tu..mak tak sedarkan diri. Kami semua terkejut sebab bila lihat keadaan mak sebelum ni,mak ok..tapi hari tu tetiba mak lemah..Mak dikejarkan ke hospital. Masa kat hospital tu doktor dan nurse semua pegang mak,mak meronta2...adik abah along hanya lihat saja dari luar. Kami semua tak sanggup mak tengok mak camtu.
Tak sampai sejam mak di hospital,mak disahkan meninggal dunia..
Adik terkedu,sedih,dan terperanjat..mak pergi meninggalkan kami di pertama syawal..

Mak,adik tau mak tidak terkejut bila adik cakap nak berhenti belajar uitm dulu. Adik tau mak,time tu adik terpaksa buat keputusan camtu sebab takde sapa nak jaga mak. dan adik tau adik tak dapat nak banggakan mak untuk ke konvo..tapi apakan daya mak..adik tak mampu lihat mak takde sapa nak jaga.. dan masa adik nak sambung belajar adik masih ingat lagi apa yang mak cakap.

"Bila nak jaga mak lagi dik?takde sapa nak jaga mak.."
Sayu dan hiba mak perasaan adik bila dengar mak cakap camtu. Dan tak sangka rupanya itu petanda mak nak meninggalkan adik.

Adik ingat lagi masa mak kat rumah,adik selalu tido lambat,adik selalu tido selepas pukul 3. Sebab adik tau mak akan lapar dan nakkan oat dan roti bakar, nak kencing senang..berak pun senang sebab adik masih belum tido. Selepas semua selesai adik boleh tido dengan hati yang tenang mak.
Mak, adik rasa sedih sebab masa adik konvo mak takde,masa adik tunang mak pun takde, masa adik menang pertandingan cerita peringkat kebangsaaan pun mak takde. Adik rasa cemburu mak lihat orang lain..setiap kali kejayaan dapat dikongsi dengan mak dan abah..tapi adik hanya ada abah saat ini..
Adik ingat lagi mak, setiap kali adik naik ke pentas,masa adik buat persiapan pertunangan, adik menangis mak..Adik rasa sedih sangat2 sebab saat kegembiraan adik masa tu,mak takde.

Mak, adik mintak maaf andai masa mak hidup,adik tidak menjadi anak yang baik,tidak menjaga mak dengan baik. Maafkan adik mak..semoga mak aman di Sana..


tag kepada syazwany,aziera

Tuesday 8 March 2011

Buat Bakal Isteri

Buat bakal isteriku yang aku tak pasti siapa..Jika engkau telah dipilih untuk diriku aku akan pastikan yang dirimu tidak menyesal memilihku. Jika engkau ditakdirkan bersama aku akan aku pastikan dirimu tidak akan aku abaikan.

Aku harap engkau tidak akan mengungkit kisah2 silam aku yang amat memeritkan. Namun akan aku pastikan masa depan kita nanti amat menyenangkan dan membahagiakan walaupun nyawa aku dijadikan galang gantinya.

Wahai bakal isteriku, Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana engkau telah menjadi milikku. Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku mempunyai teman sehidup sematiku, dan aku juga bersyukur kerana dapat seseorang yang dapat memberi aku kekuatan dalam menghadapi segala rintangan. Sesungguhnya aku amat bersyukur.

Buat isteriku, akan aku pastikan rumah kita nanti dihiasi cahaya yang terang menderang, rumah kita nanti dipenuhi kegembiraan,kehidupan kita nanti disulami gurau senda,dan di akhir nanti dilimpahi rahmat dari Allah. Aku sebagai ketua keluarga akan aku pastikan keluarga kita cukup didikan agama,cukup kesemuanya...

Buat isteriku nanti, aku tau aku tak mampu nak memberikan kau seguni emas bertatahkan berlian, sebidang tanah berisikan timah, setaman wang ringgit bersulamkan emas..tapi akan aku pastikan kau menjadi bidadariku di syurga,akan aku pastikan engkau cukup makan minum,pakaian yang elok,rumah yang selesa dan kelengkapan yang mampu memberikan kau kebahagiaan.

Aku tidak meminta banyak dari engkau,cuma secubit penghargaan dan secebis kasih sayang dari engkau. Cukuplah andai kau dapat membahagiakan aku,keluarga dan anak2 nanti. Dan aku harap engkau tidak menyesal memilihku.Dan aku berharap agar engkau sentiasa disisi dan memberi aku sokongan dan dorongan.Aku juga berharap engkau sentiasa mempercayai kemampuanku sebagaimana keikhlasan dan kepercayaan ku pada mu. Dan aku harap engkau dapat melaksanakan hidupmu sebagai isteri yang solehah dan engkau jangan bimbang kerana aku berjanji akan membantu engkau dari hujung rambut sampai ke hujung kaki..



ini janji aku..




I wonder which of my friends would be the geek or the health fanatic but what I know is I need to log in to my FB to play #MiloFuzeJamPack. FUN!

I wonder which of my friends would be the geek or the health fanatic but what I know is I need to log in to my FB to play #MiloFuzeJamPack. FUN!

Thursday 3 March 2011

Emosi terganggu..

Setiap hari aku berfikir,setiap saat otak aku sentiasa tidak berhenti berfungsi sampaikan tido pun kadang2 bermimpi.
Tapi aku masih belum mendapat jawapannya. Bodohkah aku?
Bodohkah aku mengorbankan segala kepentingan diri aku semata2 untuk orang lain?
Bodohkah aku membuang perasaan ego seorang lelaki demi orang yang dicintai?
Bodohkah aku mempertahankan apa yang aku ada walhal ia belum tentu menjadi milik kita?

Aku masih dan sentiasa mencari jawapan.
Aku tau selama ini aku sentiasa memikirkan perasaan orang lain dahulu dari memikirkan perasaan aku dulu. Tapi sejak kecil aku diasuh supaya tidak mementingkan diri,bertangunggjawab, beralah dan sentiasa hormat orang lain. Tapi bila aku buat begitu, aku lihat seperti diri aku ni seperti tidak dihargai. Aku bukannya nak sanjungan,aku bukannya nak pujian tapi aku nak diri aku ni dihargai,dihormati..tapi tak tau laa.biar Allah saja yang mengetahuinya. Dia yang Maha berkuasa dan Maha Mengetahui apa isi hati umatnya.. Aku hanya berserah dan bertawakal..

Ntah,sejak akhir2 ni aku buntu. Pelbagai masalah wujud. Ditambahkan lagi aku sangat jauh dari orang yang sentiasa membantu,memberi sokongan dan tempat aku menumpang kasih. Aku kesunyian,rindu, dan memerlukan belaian. Aku tak tau pada siapa nak aku luahkan. Aku cuma nak orang yang aku sayang tau yang aku betul2 inginkannya,aku betul2 ikhlas dengannya dan aku betul2 sayangkannya. Bagaimana aku nak buktikan? Adakah selama ini tidak mencukupi? Aku tau kadang2 aku emosional,tapi aku lelaki,dan aku manusia yang tidak sempurna.

Ye, memang betul jika selama ini aku tidak menyatakan kasih sayang aku. Tapi perasankah kau apa yang aku lakukan selama ini bukti kasih sayang aku. Aku tidak reti nak luahkan melalui mulut ni. Mulut boleh berkata itu ini, tapi hati tidak kita ketahui.. Aku selalu luahkan kasih sayang aku dengan perbuatan. Engkau pun tahu apa yang aku lakukan selama ini.. Masih tak meyakinkan lagi ker?

Ntahlaa..emosi aku sentiasa terganggu demi mencari sebutir mutiara kebahgiaan. Emosi aku juga sentiasa dihuni kesunyian untuk mencari senaskah kegembiraan. Emosi aku sentiasa diulit kepiluan tatkala mencari sejambak kasih sayang. Pada siapa lagi nak aku cari,pada saya lagi yang hendak aku peluk,hanya engkau bidadariku, yang sentiasa dihatiku walaupun ketika aku sedih,suka,duka,ceria..aku harap engkau tau aku sentiasa menyayangi kau..sentiasa merindui kau dan menyintai kau..ikhlas dari aku sayangku..

Tuesday 1 March 2011

Happy Birthday Nuffnang


eh Eh EH...Happy Birthday To Nuffnang.. Wah..dah 4 tahun dah dalam dunia ni..
hahahak...Teruskan usaha tuk menambahkan ringgit2 di akaun aku supaya aku boleh belanja rakan2 lain...hahahak..keep up a good work...Nuffnang
Aku sentiasa menyokong Nuffnang..hahahahak..

I LOVE NUFFNANG