MAri KIta Berchatting

Tuesday 30 November 2010

Tips2 Ketika hendak bercuti

Salam to all readers..ketemu kita kembali ya.Wah!!cam orang seberang lak. Ok, disini aku nak kongsi serba sikit apa yang aku leh share ngan korang semua tips-tips terbaik ketika hendak bercuti. Yelaa kan, cuti sekolah dah bermula,masing-masing mesti ada agenda tersendiri dengan family tuk together-gether kan...

1. Tips pertama sekali, pilih tarikh yang sesuai..tarikh yang paling sesuai adalah antara 1-10 dan 25-30 hb.. sebab pe..semestinya time tu korang baru dapat gajikan..sesuai gitu if nak p mana2

2. Rancang perjalanan dengan sebaiknya. Maksud disini berapa hari anda nak bercuti. fikirkan
apa agenda masa percutian anda. Sama ada secara santai, perseorangan atau macam2laa

3. Rancang budget. Ok..budget percutian perlu diteliti dan dirancang sebaiknya supaya anda
tidak over budget ketika bercuti. Pilih tempat yang menarik tetapi murah dan berbaloi untuk
percutian anda. Kurangkan mengeluarkan perbelanjaan secara berlebihan pada makanan,
barang-barang perhiasan atau hadiah supaya anda tidak menyesal nanti.makanan dan
minuman boleh dibawa dari rumah atau di masak ditempat penginapan. Untuk barang
cenderamata boleh pilih yang murah tapi berkualiti.

4. Akhir sekali, pastikan semua perkara yang boleh menyebabkan percutian anda dibatalkan,
tidak menarik diselesaikan dengan segera. Contohnya, kerja-kerja pejabat, kesihatan, dan
masalah-masalah lain.




Monday 29 November 2010

Kemeriahan berganda



salam all readers.Rasanye lama gak tak update blog ni. Almaklum agak sibuk di facebook dan kenduri kendara sedara mara dan sahabat handai. Wah, apa ke halnya tajuk entry aku kali ni. Erm..mana tak nye baru jek weekend hari tu aku menerima sepupu baru aku..haha..sepupu aku telah selamat diijabkabulkan dan dengan sekali lafaz sah menjadi suami orang..ok la..just layan jek pic kat bawah ni untuk tatapan korang. Manala tau kot2 ada yang berkenan dengan andaman mak andam ni..leh gak rekomen..hahaha..ok..layannnn









Wednesday 24 November 2010

Pejam Celik Pejam Celik 2

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan disember. Cuti sekolah dah bermula. Adik-adik yang menduduki SPM pun baru jek abis 2 paper..ye tak?Adui..rupa-rupanya 27hb ni dah 5 bulan aku bertunang..wah..cepatnya masa berlalu. Hari yang paling besar tak lama lagi lak tu...takut2..haha..Bila??hahah..rahsia.akan aku war-warkan pada korang nanti.Tunggu jek ye??
Sekarang sibuk aku mencari tips2 kebahagiaan rumahtangga, tips2 hantaran, butik2 perkawinan, dan macam2 lagi la yang berkaitan.Hah..sesapa yang ada buka butik-butik baju pengantin ke,andaman ke, Photographer ke,just info aku. Bagi la diskaun sikit, kawan-kawan..hehehe..
Apa-apa pun aku semakin tak sabar lak nak menunggu hari tersebut..bukan apa..takdela hari-hari aku fikirkan tentang si dia,dah ada depan mata hari-hari..sakit pening dia leh gak aku tengokkan nnti..ye tak??anyway..doakan kami cepat2 melangsungkan perkahwinan dan bahagia sehingga akhir hayat ok..oraittss..adioss

Sunday 21 November 2010

Tips2 saat akhir menghadapi Peperiksan.

Salam readers..erm..musim peperiksaan semakin hampir terutama untuk mereka yang menghadapi SPM dan STPM. Semoga berjaya..di bawah ni aku sertakan serba sedikit tips2 yang aku dapt kongsi untuk korang yang menghadapi peperiksaan

1. Pertama sekali..semestinya sebelum mengulangkaji atau membelek buku2 tu,,kosongkan
fikiran dan pasang niat untuk menerima ilmu. Bersihkan diri anda supaya anda segar
sentiasa.

2. Kumpulkan soalan-soalan tahun lepas bermula 5-10 tahun ke belakang. Ini untuk
memudahkan anda mengenal pasti soalan2 yang selalu keluar dan menjadi favourite pencipta
soalan.

3. Senaraikan topik2 tersebut dan minta bantuan dan nasihat dari guru2 atau rakan2 yang
pandai tentang topik2 tersebut.

4. Mula mengulangkaji sekitar jam 5 pagi. Ini kerana waktu tersebut amat baik untuk
penerimaan sesuatu perkara,

5. Rehat dan tido yang cukup.

6. Jangan mengulangkaji pada sekitar jam 5-7 ptg..ini kerana waktu tersebut tidak sesuai untuk
mengulangkaji pelajaran..Otak tidak akan menerimanya..SERIUSSSS!!

7. Mengadakan rehat selamat 20min stiap ulangkaji..

8. Bagi subjek yg mempunyai banyak fakta seperti biologi,kimia,sejarah,Pendidikan Islam..
tmpukan pada perkara2 penting seperti tahun, agenda, jadual, eksperimen, perkara2 yang
berlaku..Fahami dan bukan membaca kesemuanya..

9. Fahami segala teknik dan formula terutamanya dalam subjek Fizik,Matematik,Matematik
tambahan dan praktikkan.

10. Selalu bertanya..!!


SELAMAT BERJAYA



Saturday 20 November 2010

Program Hari Sabtu

Salam readers..selamat awal pagi..DI hari sabtu ni banyak gak la aktiviti aku selain aktiviti harian membersihkan sangkar arnab..peh..penuh najis2...

Tengah hari lak aku pi la kenduri kawin kawan sekolah aku dulu..adui..nasib la aku teringat..itupun bapak aku yang ingatkan. Mana taknya sampai 2 kad kad umah aku ni..Hetty2..tahniah sis..moga kekal sehingga ke anak cucu...Pas bersanding tu aku pun balik aa umah..ingat nak layan perlawanan akhir sepaktakraw sukan asia..tapi tgk player malaysia main lemah semangat aku..terus aku basuh kereta aku yang dah macam orang balik dari kebun. Penuh ngan tanah merah..

Pastu aku gerak ke kampung tuk p umah arwah mak uda aku..ada kenduri tahlil..pas lepak2..ngumpat2..aku gerak lak ke padang bola membasahkan baju..haha.malam lak pas kenduri tahlil p lak ke rumah pengantin kat sana..pas majlis berinai dan kompang aku lepak2 berborak dan layan karoke..hahaha..sampai laa kul 12..pastu gerak balik..erm...tu jek laa kot apa yg aku wat hari ni..takat ni lom lagi nak post sesuatu yg boleh mencernakan pemikiran..heheh..ok laa..adioss..





Friday 19 November 2010

Kahwin usia Muda VS Kahwin Usia lanjut Versi 2

Hai readers..fuh penat gak cari idea pasal kawin ni..uisshh...pahala ni beb..hehehe
okeyla..tanpa buang masa..nah aku sertakan kebaikan dan keburukan kahwin di usia muda remaja ni. Biarla aku bentangkan hujah2 kebaikan dulu la ye..then baru yang buruknya..

Kebaikan di Usia Muda

1. Memeriahkan dan meramaikan manusia di muka bumi ini. Nak dipendekkan cerita meramaikan
umat Nabi Muhammad SAW.
2. Dapat mengelakkan berlakunya maksiat@zina. Akhir-akhir ni kita selalu dipertontonkan dengan
kes-kes zina dan pembuangan bayi secara berleluasa. So, dengan perkahwinan ia dapat
mengurangkan kes2 tersebut
3. Dapat pahala yang lebih. Semestinya jika kita berumahtangga tanggungjawab suami isteri jika
kita dapat lakukan dengan baik akan mendapat pahala berlipat ganda.
4. Ketenangan dan Kebahagian sentiasa dihati. Wah ayat aku..kedua2 sifat ini akan menjelma
kerana orang yang kita sayang dah ada di sisi dan di depan mata kita

Okey??jika korang nak tambah sila lampirkan pandangan anda di komen!!

Ok..beralih pulak kita pada keburukannya

1. Rumahtangga akan cepat goyah!!(ni yang aku tak suka )
ini kerana kita belum cukup ilmu,skill dan teknik di dalam keharmonian berumahtangga..
namun semua ini dapat diselesaikan dengan senang jika kita tidak ambil mudah hal2
berumah tangga ni
2. Rasa diri masih muda dan single!! Yang ni bahaya kawan2..bayangkan umur 22 dah kawin..
mana puas nak enjoykan??so bahaya tu..


Opsss sibuk pasal kawin muda terlupa lak pasal kawin di usia lanjut..ok..dibawah aku sertakan kebaikan dan keburukan kawin di usia lanjut ni

KEBAIKAN
1. Semestinya orang yang berusia ni matang, lebih bertanggungjawab..jadi mereka akan dapat
membentuk satu keluarga yang baik dan yang di cari...
2. Kewangan yang stabil...so...mengenai perbelanjaan tidak ada masalah
3. Bersifat penyayang.. Bila di usia yg agak dewasa..sifat ini akan lebih menonjol..bangga tul sapa
yg dapat org camni!!(agknye)

KEBURUKAN
1. pertama sekali.semestinya ahli keluarga yg sikit.. Bila kita kawin di usiia yg lanjut
kebarangkalian atau probability untuk mndapt ank adalah tipis dan mgkin akn dapat 1 or 2
2. Bila umur dah dalam lingkungan 40 anak masih bersekolah dan masih kecil
ssh tu..takut tak terjaga t..dan tak terlayan
3. Cepat sensitif,perkara ni harus dijauhkan namun ia telah jadi sifat manusia,makin tua makin senstif





Kahwin usia Muda VS Kahwin Lambat

Salam to all readers...wah..musim cuti sekolah bermula dah ni..Hah..kat umah aku berlambak wedding card. tu lom campur invite di facebook..peh..pening2..kih kih
Ok..actually aku sebenarnya tak tau nak post apa malam ni..Tetiba jek aku terfikir tentang tajuk entry kat atas tu..Kahwin Muda VS Kahwin Lambat..ni pun aku terperasan post sahabat fb aku yang membincangkan hal ini.thanks to Ummul Aienn

Actually banyak perkara yang boleh dibincangkan di sini. Jika orang dulu-dulu boleh kahwin seawal usia 16 tahun kenapa sekarang tidak? Pelikkan ??sedangkan remaja sekarang di awal 12 tahun atau mungkin muda lagi dah mengalami kemanisan dalam alam perkahwinan ini. Tak tau la apa nak kata. Namun bagi aku jika orang dahulu boleh lakukan kenapa kita zaman yang serba maju tak boleh lakukannya..imposibble kata orang putih pun. Untuk perkara yang ini aku sokong kahwin muda..

Ok, kita berbalik pula pada keadaan ekonomi dulu dan sekarang. Jika kita lihat pada zaman sekaran,nowadays kata orang putih, purata pembelanjaan bagi setiap orang meningkat dari tahun demi tahun. Ini kita dapat lihat dengan kenaikan harga barang keperluan, petrol, dan utiliti yg lain. Dari situ akan timbul rasa keraguan terutamanya seorang lelaki dan ibu mertua bagi lelaki tersebut, bolehkah aku mnyara isteri dan anak2 nanti..?? Maka akan timbul bermacam-macam perkara seperti pergaduhan, cerai berai dan macam-macam lagi perkara yang tak elok jika kita tidak bersedia untuk berumah tangga. Dari itu, kita akan dapat lihat sesetengah lelaki dan wanita akan bekerja dan belajar dahulu dan jika semua dah stabil baru mereka berumahtangga. So kesimpulannya di sini..sumber ekonomi,kewangan perbelanjaan harian merupakan salah satu faktor mengapa lelaki dan wanita kawin lambat.

Bagi sesetengah penduduk di Malaysia terutamanya Melayu yang amat mementingkan maruah dan agama. perkahwinan merupakan satu perkara yang serius dan amat bermakna. Ini kerana, di alam perkahwinan, lelaki dan perempuan yang tidak ada sebarang pertalian akan duduk sebumbung dan bersama-sama selama mungkin dalam menjalani kehidupan harian mereka. Oleh sebab itu, akhir2 ini kita dapat lihat di kaca televisyen mahupun media akhbar sentiasa menyiarkan berita tentang penceraian. Ini juga merupakan salah satu kenapa ramai di antara mereka kawin lambat. Di sini saya ingin memberi pendapat bahawa jika kita buang sifat ego, sombong dan melahirkan rasa hormat satu sama lain, faham memahami perkara2 seperti penceraian tidak akan berlaku. Kemesraan yang dijalinkan akan kekal abadi dan pasangan akan merasa bahagia selamanya.

to be continueD....



Wednesday 17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Aku rasa lom terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha

Bila dikenangkan hari raya aidiladha atau korban ini, terdetik di hati aku untuk berkata dan kepala aku pn berfikir..apa pengorbanan yang aku lakukan untuk kedua ibu bapaku? negara? bangsa?

Di sini ingin aku kongsi cerita atau pendapat dengan korang bagaimana andai suatu hari kita berada di tempat ibu bapa kita??

Mesti kita akan terfikir betapa besarnya pengorbanan ibu bapa kita membesarkan anak-anaknya..Susah payah diorang memberi kita segala2nya..cukup dan tidak penah ada yang tertinggal..Namun..bila di lihat anak2 zaman sekarang, anda fikir apa pengorbanan mereka pada ibu bapa??Sapa yang harus dipersalahkan dan mengapa??

Renungkan laa kawan2 dan fikirkan sejenak untuk kita menjadi lebih baik...

Monday 15 November 2010

Pejam Celik Pejam Celik

Pejam celik pejam celik dah bulan 11..wah..pantas masa berlalu..dan dikirakan aku dah masuk 5 bulan dah mengikat tali pertunangan dengan tunang aku..hahaa..pantas sungguh masa berlalu..

Dipendekkan cerita, bulan November@11@bulan banjir tuk negeri johor penuh dengan jadual..
Almaklum banyak sangat jemputan kenduri kawin..Nah,bermula minggu ni sampai la penghujung bulan..Burp...kekenyangan dengan nasi minyak laa aku..dan Berebut-rebut laa nak ke tandas dek kemaruk makan nasi minyak tu td..hahaa

Anyway..buat bakal pengantin bulan november..diucapkan selamat pengantin baru dan selamat berbahagia

Saturday 13 November 2010

Luahan Hati Si Jejaka

Alhamdulillah,
Terbangun aku dari Lena,
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi,
Peluh membasahi seluruh badan,
Adakah apa yang aku lalui itu benar??
Ku lihat kiri dan kanan!!
Ahhh...bermimpi rupanya...


Seketika aku terbuai perasaan,
Aku terkesima..memikirkan si dia di sana
Risau,resah,gundah semua ada di hati
Aku tak tau apa yang nak diucapkan
Hanya luahan kasih sayang kepada seorang insan

Setiap hari,setiap detik, setiap langkah
Aku sentiasa memikirkannya
Adakah dia sihat?
Adakah dia sudah makan?
Bahagiakah dia??
Gembirakah dia??
Semua itu ada di benak hatiku!
BAgaimana aku nak katakan padanya?
Sedangkan diriku hanya insan biasa
Umpama aku semut engkau gajah

Namun, cintaku padanya amat mendalam
Cintaku hanya untuk dia siang dan malam
Aku berharap dapat bersamanya setiap malam
Supaya aku dapat menatap wajahnya di kala kelam
Agar tidonya lena tidak kelam

Aku hanya insan biasa
Mendambakan cintanya yang mulia
Sesungguhnya aku lelaki biasa
Tidak punya apa kurang paras rupa
Namun perlu kau tahu cintaku pada mu
Setinggi bintang di Angkasa
Nampak kecil di bumi besar di sana
Begitu la cintaku
Luar sedikit dalam besar naga
Namun ku tak tau bagaimana
Untuk ku pancarkan cintaku pada mu
Sesungguhnya aku hanya cinta padamu

Nah..aku terleka..
moga apa yang aku lalui di alam mimpi
tidak berlaku di realiti
semoga aku bahagia dengan si dia
kekal selamanya hingga penghujung nyawa




Friday 12 November 2010

Kasih Sayang,CInta VS DUIT

Salam readers..selamat pagi..syahdu tul pagi2 ni..
Hah..tajuk entry aku pagi ni agak berat sikit. Sebabnya idea aku tiba2 muncul dan ingin ku luahkan apa yang terbuku dihati..Terima kasih pada sesorang yang 'post' wall di Facebook..dengan mengatakan
"duit? kekayaan? banyak mane pn harte kite ade...
tetap xboleh beli kebahagiaan..."
Apa pendapat korang??
Disini aku nak kupaskan dan mengutarakan pendapat aku.

Jika kita selidik,kita fikir2kan ketika masa 90-an ke bawah kebahagiaan memang tidak akan dapat dibeli dengan duit. Sebab, orang dulu2 percaya yang kasih sayang adalah lambang kejayaan, kebahagiaan seseorang. Jika kita tiada kasih sayang, hidup kita akan porak peranda. Contohnya, pada zaman sekarang..kita lihat ramai masyarakat kita berlumba-lumba hendak jadi kaya,saya pun tidak ketinggalan..kerja kerja kerja..namun di suatu sudut yang lain kita akan lihat kasih sayang terutama kedua ibu bapa dengan anak semakin luntur disebabkan kesibukan bekerja. Apa yang anak buat di rumah atau di luar rumah tidak diambil peduli.Lantas berlaku la pembohongan dari anak..anak derhaka...mencuri..buat itu buat ini yang boleh disabitkan kesalahan jenayah..

Kita boleh lihat di kaca televisyen betapa ramainya anak2 di luar sana yang ketagih kasih sayang. Cuba kita tanya anak-anak remaja dalam lingkungan 18 tahun kebawah..terutama bohsia2, minah2 dan mat2 rempit dan banyak lagi remaja yang berpeleseran..apa sebab mereka jadi begitu!! Pertama2 sekali jawapan mereka..BOSAN DI RUMAH!! jika kita lihat kebanyakan mereka anak2 orang berada dan sempurna kehidupan mereka..apa yang mereka minta akan terlaksana..tapi mengapa jadi begitu..NAh kita renungkan kembali!!

Duit dan Kekayaan pada zaman sekarang memang amat diperlukan. Tetapi kita sebagai manusia perlu ingat yang perasaan cinta kasih sayang sebenarnya amat kuat dan perlu kita tanamkan sifat itu..Kita boleh lihat betapa duit boleh membeli kebahagiaan orang lain..

Lihat la bagaimana seorang isteri boleh meninggalkan suami semata2 kerana lelaki kaya, begitu jugak sebaliknya.. lihatla bagaimana kes cerai berai yang meminta nafkah beribu2 atau berjuta2..kita lihat bagaimana anak2 terutama perempuan jadi GRO,Pelacur semata2 kerana nak kaya...

Disini saya ingin katakan bahawa..banyak cara lain yang memang boleh menjadikan kita lebih dari apa yang kita ada sekarang..PM kita sendiri mengatakan yang rakyat perlu menjana pendapatan dengan menggunakan internet..NAH..home business..

SO..dengan adanya Home business..kita tidak la perlu meninggalkan anak2, keluarga..kita boleh meluangkan masa dengan keluarga di rumah..Tapi ingat, jangan la terlalu leka dan mengabaikan pula tanggungjawab anda di rumah.. JIKA tidak..anda sama seperti yang di atas tadi...

Sedar la wahai rakan2 dan masyarakat.. kasih sayang antara satu sama lain amat diperlukan.. Kita tidak akan bahagia andai satu dari nikmat yang Allah beri ini tidak kita hargai dan kita lepaskan begitu sahaja..Bersama-sama kita berkasih sayang, hormat orang tua dan bantu membantu sesama kita agar perpaduan dan keutuhan menjadi kekuatan kita di suatu masa nanti

Tips Mengelak dari Bunuh Diri

Hah!!biar betul tajuk hari ni readers...eh eh..jangan la fikir yang bukan2..ni ditujukan khas kepada mereka-mereka yang putus cinta,yang sentiasa sedih cam nak mati, yang cerai berai..gaduh2..smpai nak bunuh diri..hah..ni la tips nyaa:

1. Pertama sekali..semestinya ingatla Allah dek non oii..kita sebagai umat islam kene ingat yang
agama kita sendiri melarang umatnya membunuh diri..if nak mati sangat banyak lagi caranya
seperti kemalangan ke,mandi sungai then lemas ke,isk banyaklaa..

2. Pergila ke CC atau pusat internet atau Cyber cafe..nah..kat sana dah leh layan facebook,twitter n
banyak lagi sampai lupa nak bunuh diri. If geram sangat main game jek..cam life 4 dead ke, CS ke, FAME ke..semua tu game tembak2..so leh bunuh2...

3. Sentiasa berfikiran positif..yang ni betul dik non..jika kita sentiasa berfikiran positif maka akal
kita sentiasa waras dan tak gila..tak caya..try laa..serius..

4. Sentiasa cukup tido..kita sebagai orang dewasa digalakkan tido selama 6-8 jam..nah..sebab tu
tengok sesapa yang tak cukup tido perangainya..Ya Allah..tuhan jek yang tau..Dah macam
orang gila..bahaya tu..leh ke arah bunuh diri t..jauhkan dik yee

5. Hah, ni penting ni..DEkatkan la diri kita dengan Allah..sentiasa mulut dibasahi Zikir dan ayat2
suci Al-Quran, badan sentiasa dibasahi dengan wuduk..Insyaallah ok dik

6. Sentiasa tersenyum dan berwajah ceria...kenapa ye?supaya diri kita segar dan berfikiran
waras

7. Akhir sekali..Jangan sesekali tertekan..jika merasa tertekan luahkan serta merta..pastikan
tempat atau mereka2 yang menjadi tempat luahan anda selamat dan tidak merbahayakan..

Monday 8 November 2010

Hadiah dari aku kepada pembaca

Eh Eh...biar tul aku ni nak bagi hadiah kat korang..
hah..tul ker??
oppsss...just kidding..aku cuma nak berkongsi kemajuan zaman IT dengan korang.kira hadiah laa kan..bagi benda free kat korang..

aku ada link tuk korang..dengan jawab beberapa ssurvey dan kumpul mata..korang leh berjaya..dan mcam2 lagi..best siutt...sambil wat survey, leh jana pendapatan..dan yang best seronok

klik sini tuk ke link tersebut...seronook kawan2..tak rugi pun..free of charge..

Kisah dan Tauladan@Teladan

Selamat Pagi Cikgu!!

Teringat pulak zaman2 muda@kecik dulu..yela masa permainan lawan pemadam tgh femes, galah panjang, zaman2 kemeriahan dash yankuro,maoro attack..erm..agak best time tu.
Bila diingatkan kembali rasa mcam nak jek panggil doraemon mntak pnjam mesin masa dia tu tuk pulang ke zaman dulu..best oooo
Bukan macam sekarang..bila keluar jek ke bandar, nah arcade game,ps2, telefon bimbit kiri kanan, peh hebat budak zaman sekarang..
time aku dulu handphone pun aku tak kenal..if kenal pun tu telefon yg sebesar lengan jenama motorola tu..aduhai..leh pengsan anjing bila kene baling tu..
Nah..kat pc lak dah ada macam2 game, n makin canggih..
aku ingat masa dulu bila desktop ni baru nak naik..aku terror pakai Lotus 123..ingat ker?
n main game taip2 sapa paling laju..siap leh tembak2 lagi huruf2 tu jgn bagi kene bawah..seronok..smbil tu leh advancekan menaip..

Kesimpulannya dan teladannya..tiada yang duu maka tiadalaa sekarang..kehidupan semakin maju dan dengan kemajuan yang ada jangan la kita berpikiran kuno dan sentiasa ke belakang.majukan diri dan tenangkan jiwa..insyaallah berjaya...

Pelik Tapi Benar 2

Apa Kata Survey??

Biar tul??apanye???
survey-survey di Malaysia ni terlampau banyak sampai kadang2 ada yang mengarut!!
Ye ker??

iye..
tak caya??klik sini
aduhai...pelik tapi kenyataann