MAri KIta Berchatting

Monday 31 January 2011

Selamat Tengah Hari

salam readers..sihat semua hendaknya.
Erm.akhirnya banjir semakin surut.
Tapak projek aku pun dah boleh masuk walaupun ada sikit2 air.
Pekan Segamat dah boleh di lalui.
Baru jek aku ke sana tadi melihat keadaan di sana.
Namun,perlu berhati2 sebab arus sangat kuat.

Dua hari duk terperangkap kerana banjir membuatkan aku resah.
Apa taknya,site banjir,dah tentu tak keje.
Bukan apa,takut tertangguh lagi..Letih de..
Dan resah sebab 2 hari takde air,segala apa yang terpendam meresahkan aku.
So pasni boleh melegakannya..huhuhu

Nanti aku dropkan beberapa gambar selepas banjir di segamat.
Ok...daaa~~

Perjalanan Seorang Insan

Udara dingin tiba-tiba menyentuh dan menyentap sisa2 kulitku. Tiba2 aku terasa sayu,sepi dan memerlukan seseorang disisi. Hujan seperti tidak bernokhtah. Sentiasa membasahi isi2 bumi dengan titik2 halusnya yang telah menyebabkan pekan Segamat tenggelam seketika. Kini, hati aku meronta2 ingin pergi kepadanya namun apakan daya,kisah lalu menjadi penghalang buat diriku untuk pergi kepadanya. Aku rindu padanya,aku rindu belaiannya,aku rindu tawa manjanya dan aku rindu lesung pipitnya.

Namun aku redha, aku harus bersabar. Kesabaran setiap insan pasti membawa kepada kebaikan dan kejayaan. Dengan izin Allah,Insyaallah pasti bertaut jua aku dengannya. Aku sentiasa berdoa semoga dirinya sentiasa dalam keadaan baik,tenang dan tabah dalam menghadapi segala rintangan dan seperti bait2 lagu Hady Mirza yang sedang berkumandang yang ntah sampai bila akan aku letakkan di blog ni,aku tetap menunggumu. Kerana aku amat menyintainya dan amat merinduinya. Ikhlas dari hati aku. Tiada kompromi dan paksaan. Hanya engkau saja yang tau betapa aku amat menyayangimu dan aku berharap yang apa yang kita impikan akan terlaksana.

To all readers,doakan kebahagiaan kami dan semoga kami kekal sehingga anak cucu dan sehingga ke akhir hayat.

Ikhlas buat tunangku...

Sunday 30 January 2011

Sapa Leh Tolong

Salam..hehe..sampai kat blog aku mintak tolong..bukan apa..aku sebenarnya excited tengok blog2 sahabat2 blogger cantik2 dan mengancam..

Erm..sesapa leh tolong tak??
1. Tolong...sapa ada tutorial camner nak guna photoshop adobe
2. camner nak mencantikkan lagi blog aku ni??any komen??

orait..plzz erk..



Ku Kan Tetap MenunggumU

Kenapala aku hari ni agak ke arah cintan cinton ni.Erm,mungkin sebab hujan kot..yela syahdu jek..ni aku coretkan lirik lagu dari Hady Mirza:


Ku Tetap Kan Menunggu

Ku tetap kan menunggu mu
Walau apa pun berlaku
Ku tetap kan bersama mu
Hanya waktu yang berlalu

Ku impikan dikau selalu
Hanya itu yang ku mampu
Masih terasa sentuhmu
Kapan lagi kan bertemu

Ku berjanji kan selalu
Di sampingmu walau jauh
Jauh ke hujung dunia ini
Ku tetap kan menunggu mu
Jangan bimbang jangan ragu
Kau tetap bintang hatiku
Kekal sehingga akhir hayatku
Ku tetapkan menunggu
Ku tetapkan menunggumu

Ku impikan dikau slalu
hanya itu yang ku mampu
Masih terasa sentuhmu
Kapan lagi kan bertemu





Insyaallah

Erm..menusuk kalbu mendengar bait2 lagu Insyaallah versi Melayu ni
Hampir aku menitiskan air mata..
Jom kita dengar lagu ini dan liriknya sekali





Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Korus)
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Ulang korus)

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

(Ulang korus)

Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan

~~Raja Lawak Minggu Ke 4

Salam readers..aku rasa aku nak kongsi beberapa persembahan yang pada aku agak menarik pada minggu ni di Gelanggang raja lawak minggu ke 4. Tema mereka minggu tersebut adalah 'CINTA'. Jom kita tengok dan komen.





Saturday 29 January 2011

~~Tenda Biru~~

]

Erm..salam readers,time2 hujan camni mesti kenangan dulu2 menjelma dalam kepala otak nikan?Thanks to my friend called chidot..jika bukan disebabkan dia aku takde idea dah tuk post kat blog ni.
Erm..bila dengar lagu ni teringat de zaman2 sekolah dulu. Zaman2 cinta monyet. Seronok tu seronok gak time tu. Apa taknya, budak baru nak kenal dunia,pantang ada orang caring and concern kat kita mulala nak menggatal. Aku pun tak ketinggalan time tu. Zaman sekolah menengah adalah zaman cinta bagi aku.
Bermula dari Tingkatan 3, 'bercinta' dengan budak form 1. Bangga siut time tu,dapat dak form 1. Dahla kita ni skema,alih2 ada gak yang berminat. Kena lak dak tu pandai. Kata orang putih clever girl. Time tu aku rasa cam lain lak. Kira time tu hebat gak la percintaan kami sampaikan cikgu kat sekolah pun leh kene kan aku. Time tu si dia masuk ke kelas aku, aku tak ingat sebab apa. Pastu leh lak cikgu tu cakap :"awk nak jmpa saya ke atau leman".

Time tu apa lagi,dah la aku putih(putih la kot),merah muka aku..Kira banyak la kenangan aku time tu..Seronok berkawan dengan dia,blk skolah sesama,dah la sesama pengawas..lagi la..pantang ada meeting.wakakaka..bermeeting laa aku.. Pernah sekali dia sakit perut,aku time tu tak tau la penyakit senggugut ni,apa lagi menggelabah aku..cari minyak sana sini..kih kih.,kelakar...skang smuanya tinggal kenangan. Bagi aku diala cinta pertama aku zaman sekolah. Mungkin sikit2 terasa tu masih ada lagi..almklumla first love..susah gak nak lupakan..

Pastu Form 5, ada lagi seorang mncul. Dak form 3Yang ni lagi la..budak baru..baru masuk..cute lagi plus tinggi..Ntah camner boleh lak kami bercouple. Cam biasa la aku,malu..last2 aku dapat gak dak ni..Masing2 terperanjat dan terkejut sbb dak tu dah la lawa,baik,baru di sekolah,aku leh lak tackle dia..banyak kenangan dengan dia ni...terutama masa date beramai2 di Pizza..leh lak member aku nak tackle dia..cis...hahahha..Namun perkenalan kami tidak bertahan lama..alih2 aku dengar dia dipindahkan ke utara atas sebab2 yang aku sendiri dapat tau kemudiannya. Aku rasa time tu aku tekad untuk mencarinya ke utara. Last2 aku dapat sambung study kat IPTA di Penang. Sambil belajar2 tu aku google la dia kat mana..hehe..last2 aku ternampak dia di IPTA tersebut..rupa2nya ayahnya staff di sana. Kami bertegur sapa dan bertukar no hp. kemudian terputus lagi...dan selang beberapa tahun terjumpa dia di Friendster. Dan disitulah kami bercerita panjang dan mengetahui kisah sebenar. Namun apakan daya..dia sudah menjadi milik orang dan telah selamat diijabkabulkan..tahniah aku ucapkan..

Pas sekolah lak..ada lagi..kali ni kawan dak baru tu..percintaan kami ni pada mulanya sekadar saja2..almaklum status dia ni aku tak pasti..single ke or not available. Tanye punya tanya..single..dushh..aku try la masuk line. Alhamdulillah berjaya. Ramai pada mulanya tak mengetahui kisah kami ni. Pandai sungguh menyiimpan rahsia..tapi aku lupa la camner leh terbongkar. Namun,percintaan jarak jauh ni memerlukan komitmen dan aku tak tau kenapa kami boleh terputus..sebab dah lama..n malas nak ingat..yang aku tau aku selalu ditinggalkan..wakakaka...Baru2 ni dia telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya..Alhamdulillah...

So..sekarang aku dah jadi tunangan orang..kepada tunang aku jika terbaca ni..ini adalah kenangan bagi aku. Hanya kamu sekarang di dalam hati aku.. Dan kau pun tau bagaimana dalamnya kasih sayangku pada mu..Hanya untuk mu...





~~HUJAN~~

Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara
Huhuhu..bila difikirkan sekarang,hujan dah bukan bagaikan mutiara dah..
Segamat dah beberapa hari dah asyik hujan jek.Banjir2....

Pakcik aku pernah cakap,beberapa hari lepas ada ikan keli di laman rumah dia. Dari mana datangnye ikan tu hanya tuhan jek yang tau. Alamat nak banjir la tu. Pernah masa banjir besar tahun 2006 or 2007 aku tak ingat dah..time tu ikan haruan timbul kat rumah dia. Apa lagi dia bawa la masuk ikan tu..Nah banjir sampai masuk rumah dia. Yang tak seronoknya rumah dia baru jek cat baru. Sama la sekarang ni,baru cat gak.

Namun itu semua dah ketentuan Ilahi. Semua yang berlaku hanya Dia yang tau. Kenapa diturunkan hujan,diberi panas terik, dibebani dengan segala masalah, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Kita sebagai hambaNya perlu redha dengan ketentuanNya.

Hujan masih belum berhenti ni, sejak malam kelmarin. Kesian aku lihat member aku punya wedding ceremony. Tapi,mujurlah kesemuanya berjalann lancar. Aku ni pun duduk kat rumah jek mengadap laptop.Nah..berblog laa jawabnya

Stop Jap Cter2 Pasal Qasha And Ayu

Salam readers..aku rasa nak cuti jap dari menulis citer2 pasal Qasha and Ayu tu.
Saja release tension jap.Erm,bukan takde idea,ada cuma kepala otak cam perlukan rehat,sekejap jek,dua tiga hari jek. Takpe kan??tunggu jek nanti sambungannya. Setakat yang you all baca camner?ok tak?komen tau!!

Dan aku terkilan sebab tak dapat nak pegi gathering Sahabat Blogger esok. Ada komitmen lain yang perlu aku berikan. Sedih,sob sob sob..tapi disebabkan Sahabat Blogger ni la aku punya blog dah mencecah 42 Followers..kihkihkih..thanks to all blogger.

Syok ooo..tak sia2 join Sahabat blogger..so..anda tunggu lagi..Moh ke sahabat blogger..hehehe



~~Selamat Mengundi~~


Salam readers..Nampaknya malam ni adalah malam2 terakhir kepada calon PRK DUN Tenang untuk berkempen. Dengan cuaca yang agak tidak elok,hujan sepanjang hari membuatkan para calon tidak senang duduk untuk meraih undi penduduk DUN Tenang yang dianggarkan berjumlah 6,00o lebih orang.
Kepada calon-calon yang bertanding gunakan kesempatan ini untuk membantu para penduduk sekitar dan janganlah masa berkempen sahaja menjanjikan itu ini,bila menang haram satu apa pun takde.
Kepada para pengundi,jalankan kewajipan anda dengan sebaiknya dan mana2 umat2 yang diluar DUN sila jangan mengganggu para pengundi. Esok adalah hari mereka,biar mereka sendiri yang memilih siapa yang mereka percaya.

Kepada calon2,adat bertanding,menang kalah perkara biasa. Jika menang,lakukan kewajipan yang telah diberikan. Bagi yang kalah nanti,terimalah kekalahan ini dengan seadanya.

Negara kita negara yang berdemokrasi dan berbilang kaum. Alangkah manisnya jika semua bangsa negara kita bersatu padu dan tidak berpecah belah. Orang luar pun kagum bagaimana negara kita boleh bersatu padu walhal kita berlainan bangsa dan agama. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

SAYA SAYANG NEGARA SAYA

Friday 28 January 2011

cter2 3

Jam menunjukkan jam 5.30 pagi. Qasha terbangun dari tidur sambil menggosokkan matanya yang berat itu. Zack masih lagi tidur dan terdengar sesekali bunyi anjing menyalak.

"Hoi Mamat, kau tak membute lagi ke hah?"
Terpampang si Mamat di depan PC di bilik Qasha sedang mengadap Football Manager 2005 yang semakin menjadi kegilaan geng2 Qasha.
"Lom laa, aku tengah layan FM ni, tak perasan lak dah pagi.hehehe..jangan marah aa." Mamat berkata perlahan sambil sesekali memandang tempat Zack tidur. Takut gak nanti Zack sedar habis satu rumah bising. Almaklum waktu Zack tidur tidak ada seorang pun dari mereka yang berani kacau,jika tidak selamat la mereka semua.

"Dah la wei..nanti bangun si Zack ni..baru ko tau..tak pasal2 kang kau tak boleh masuk bilik keramat kami ni. Dah kempunan kau nak main FM..hahahaha." Ceramah Qasha.
"OK2..tengah save jap..pasni aku off,ye prof."Pantas Mamat mematikan PC tersebut dan terus ke biliknya.

Selepas saja solat subuh, Qasha melabuhkan dirinya dikatilnya sambil fikirannya melayang dan berfikir apa akan jadi sebentar nanti. Bermacam2 perkataan dan ayat2 yang nak dikeluarkan nanti tatkala bila dapat berjumpa dengan Ayu. Sedang asyik mengelamun,Qasha terkejut.

"Triingggg...tringgg...tringg...."Jam loceng Zack berbunyi.
"Cis,terkejut aku. Baru nak berangan,isk..kul berapa ni,nanti aku terlepas lak nak jumpa Ayu."Bisik hati Qasha.

Jam menunjukkan 7.30 pagi. Qasha mengambil tualanya di tingkap dan terus ke bilik air. Hampir 10 minit kemudian, Qasha keluar dan terus menyiapkan diri untuk ke kelas. Dengan seluar slack berkemeja pink, agak kemas Qasha pada hari itu. Selesai je mnyiapkan diri, Qasha menunggu di beranda dan melihat di sekitar jalan untuk melihat kelibat Ayu.
"Manala ayu ni,dah 8.15 dah ni. Atau aku dah terlepas ni". Bisik hati Qasha..

Tiba2...

SAMBUNG KEMUDIAN..

~~CiNtA~~

Wah...dah lain jek tengok pada tajuk entry aku hari ni.
Salam readers..sebelum aku meneruskan cter2 aku tu yang dah episod ke 2 dah tu selepas siapnya monolog, aku sekadar nak menempiaskan sisa2 ilmu yang ada di hati tentang tajuk entry.
Ni semua penangan tema Raja Lawak minggu ni laa di mana KOPI O terkeluar.
Sepanjang rancangan tersebut bermacam2 cerita mengenai cinta.Dari bomoh hingga ke hantu. Dahsyat sungguh penangan cinta ni kan?

Berbalik pada perasaan cinta itu sendiri, kita sebagai makhluk tuhan semestinya merasai nikmat yang hanya sementara ini. Cinta sesama makhluk hinggakan cintak kepada tuhan. Adalah menjadi kewajipan kita sebagai manusia dan Umat islam khususnya perlu menyemai perasaan ini terutama kepada Yang Maha Esa dan kepada ibu bapa.

Perkataan CINTA juga kita boleh lihat dalam peribahasa atau puisi2. Misalnya cinta buta, cinta bandar tasik selatan..eh..cam tajuk lagu jek tu..dan mcam2 lagi la. Terlalu subjektif dan terlalu mendalam untuk ditafsirkan dan dihuraikan.

Namun, sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari CINTA ini. Paling tidak pun untuk remaja zaman sekarang ni. CINTA kadang2 boleh dibuat satu permainan. Mula2 dengan orang ini,lepas tu si Peah atau ALi, bulan depan dengan Siti atau Bulat,mereka mengibaratkan CINTA itu satu percubaan dan bila dah tidak ada dibuang dan dibiarkan begitu aje.Apa kejadah semuanya ini.

Apalah salah kiranya perasaan CINTA itu disemai,dibajai dan dirasai dengan betul dan yakin. Jika kita rasai dan kita bajai dengan betul kita akan tau betapa nikmatnya mempunyai perasaan ini. Bukti..anda cintakan negara anda bukan?apa yang anda buat untuk membuktikan cinta anda pada negara? Tepuk dada tanya selera.
Begitu juga pada pasangan anda.Apa yang anda akan buktikan kepada pasangan anda yang anda CINTA padanya? Tanyalah pada diri anda sendiri.
Yang paling penting..adakah anda cinta pada agama anda??Apa yang anda lakukan??
Bagaimana kita menyemai cinta kita pada agama?Bagaimana?Tepuk bantal habuk berterbangan, Soalnya hati kuatkan pegangan.

Kadang2 aku sendiri tidak dapat untuk mentafsirkan perkataan CINTA pada diriku. Adakah cukup cintaku pada agama,bangsa,negara,keluarga dan orang yang aku sayang?Mungkin pemikiran manusia berbeza dan jika pada diriku..aku dapat simpulkan selagi aku hidup aku akan sentiasa membajai dan menyemai perasaan cinta ini sehingga akhir hayat.Aku tidak tau bagaimana aku nak tafsirkan dan mengekspresikan perasaan cinta aku ini kepada mereka. Pada agama akan aku sanjung dan kuletakkan di martabat paling tinggi,pada bangsa akan aku bela,pada negara akan aku pertahankan,pada keluarga akan aku jaga dan pada orang yang aku sayang akan aku serahkan jiwa raga.

Kesimpulannya sayangilah semua makhluk tuhan kerana mereka juga mempunyai perasaan..



~~Penatnyee~~



Aduhai...penat balik keje..
Penat laa sangat kan..
kih kih kih,
hari ni keje aku paling rumit dalam sejarah..

korang nak tau pe dia..
hah..tengok la pic kat atas tu.
Aku amik dalam 50 meter dari kawasan banjir tu,
Berhampiran tapak projek aku,
Aduii...jangan le hujan lagi..nanti banjir site aku..
huhuhu...

Opss lupa..keje paling simple dalam sejarah aku ari ni..
masuk ofis sembang,keje tarak..
apa kes...balik awl...hehehhe
k..jmpa malam nanti dengan sambungan cter2



~~Baik-baik Sayang~~



Salam readers..tetiba petang ni aku rasa sayu jek
Hujan lak memberi kesayuan aku tu lebih bermakna..
sob sob sob..erm...
aku rindukan si dia..mudah mudahan dia sentiasa baik..

Sayu,sedih semua ada..tapi aku harus tabah..
Dan aku nak engkau tahu wahai wajah kesayangan hamba betapa aku merinduimu..






Thursday 27 January 2011

Penghulu Segala Hari

Salam readers..
Sejuk pulak hari ni..dari malam tadi hujan tak berhenti.
Air sungai pulak makin lama makin naik..oh no...BANJIR??
Mungkin ye mungkin tidak.
Berserah jek la pada Allah.

Tempat korang hujan ke?
Aku nak pegi keje pun malas..
Nasib la keje kat site..hehehe
Keje pun takde..baik duk umah berblog..kan kan

K la..nak ready untuk sembahyang jumaat.
Mandi2..uk uk...bersihkan diri..
K..malam nanti akan ku sambungkan cter2
tunggu

ERm.....siap jugak

Salam to all readers..
Eh..dah siap rupanya monolog ceter aku..so pasni korang boleh terus membaca cter2..
saja untuk tatapan korang.Jika ada kekurangan tu harap diberi komen dan tunjuk ajar.
Baru nak belajar..

OK?

Alamak...dah dua hari dah hujan kat sekitar SEGAMAT ni..dah banjir dah pun
Wah..siap sedia tuk pindah ye pada mereka2 yang berkenaan..
Nanti jangan salahkan pihak berwajib jika tak dihulurkan bantuan..
hehehehe..
k...Nite..Adioss





monolog 4

Jam menunjukkan pukul 7 petang. Qasha dan rakan-rakannya sedang menunggu bas shuttle ke kolej mereka. Masing-masing menunjuk riak muka puas dan penat setelah seharian berada di pekan. Apa tidaknya dengan melayan kerenah rakan2 membuatkan mereka semua gembira dan ada yang merasakan mereka tak patut pulang ke kolej. Bermacam-macam agenda mereka ni, dari window shopping hinggalah bermain bowling.

"Hah,bas dah sampai..Jom." Mamat melantangkan suaranya sehinggakan ada yang menutup telinga.

Mereka mengambil tempat di belakang sekali. Masing2 menunggu pemandu bas memulakan perjalanan.

"Psst..tu bakal awek ko..dak kecik berbaju belang." Bisik Jeff pada Qasha.
"Hah..mana2...aku tak nampak..wei..Mamat tepi sikit."Pekik Qasha.

Sementara itu, Ayu dan rakan2 menaiki bas yang sama dengan Qasha.
"Wei Ayu, kau nampak tak dak 'snowcap' kau tu. Kau tengok la member2 dia..sedang memerhatikan kau." Bisik Siti sambil memuncungkan bibirnya pada sekumpulan lelaki di belakang.
" Iskk..biarkan laa.."


Bas pun memulakan perjalanan. Qasha memerhatikan gerak geri gadis yang semakin disukainya itu. Sepanjang perjalanan, Qasha sentiasa tersenyum sambil memerhatikan rakan2nya yang lain. Rupa2nya mereka perasan yang Ayu sedang terkial2 memegang tempat simpan beg di bahagian atas bas ketika bas bergerak laju. Apa tidaknya, Ayu jika dilihat merupakan yang paling kecil dan jika hendak memegang bahagian itu, terkial2 dia dibuatnya. Ayu perasan gerak gerinya diperhatikan dan terus dia memegang tempat duduk supaya dia tidak terjatuh nanti.

"Aduii..malunya aku."Bisik hati Ayu.

30 minit kemudian,mereka semua telah sampai ke kolej. Masing2 membawa haluan masing2. Ayu dan rakan2 serta Qasha,Mamat,Jeff dan Zack pulang ke bilik masing2. Masing2 membersihkan diri dan bersiap sedia untuk kelas pagi esok.

"Oii lahabau..bukan main lagi kau erk..tak berkelip aku tengok kau..pandang si kecik tu td." Mamat menepuk belakang Qasha.
"Oii sakitlaa..mana ada..dah aku tengok dia lawa dan menarik hati aku.Erm..comel seyy..."
"Abis tu kau nak buat apa lepas ni. Takkan nak tengok jek..tak berkenan..."Mamat menyambung.
"Berkenan tu memangla, tapi buat masa ni aku belum bersedia lagi la. Nanti la..aku tengok jek dulu."
"hahahaha..leh tahan sengal ko ni.Tengok jek.."Mamat menyindir sambil ketawa diikuti oleh Jeff dan Zack.

"Buat masa ni..tu jek la yang aku mampu..hehehe."

(sila baca cter2 1 tuk kisah seterusnya dan sambungan2nye...)





Wednesday 26 January 2011

Monolog 3

"Assalamualaikum..", Mak Cu menjawab telefon yang semakin membingitkan telinganya. Jam menunjukkan jam 10.30 malam.
"Waalaikumsalam, mak..Qasha ni. Sihat ke?"
" laa..Qasha, sihat alhamdulillah..bagaimana dengan pelajaran?ok?senyap jek kebelakangan ni?".
"So far ok mak, sibuk dengan kelas dan tugasan yang melambak, lagipun 2 minggu lagi Qasha balik.
Senyap jek kat rumah tu? Siapa jek yang ada kat rumah?", Qasha mengurutkan kening dengan penuh tanda tanya.

"OOoo..takde sapa, tinggal mak,adik,nenek dengan seorang pembantu mak. Baru jek sampai 3 hari lepas. Mak ngah kau yang 'rekemen'kan." Panjang lebar Mak Cu menerangkan pada anaknya itu.
"Amboi mak,rekemen erk..kihkihkih.."
" Yela..dah takde sapa dah kat umah ni,lepas kau pergi hari tu, Abang long kau dah pindah, duk kat pekan sana..dekat sikit dengan tempat keje Kak long kau..Abis tu dah takde sapa nak jaga mak.."

"Erm..ye ke mak??Erm..." Terkedu Qasha mendengar apa yang maknya katakan. Nak disoal banyak kenapa abangnya pindah nanti lain pulak jadinya.
"Ok la mak,if camtu 2 minggu nanti Qasha balik, minggu ni dah janji dengan kawan2 nak keluar. Ok mak?Nanti Qasha call lagi.ok..Assalamualaikum". Qasha mematikan telefon bimbitnya.
Dalam hati Qasha timbul 1001 persoalan. Siapakah gerangan akak dirumahnya? Kenapa abang pindah rumah? Erm,semua menjadi persoalan Qasha sehinggakan dia terlupa tugasan di depannya perlu disiapkan dan dihantar esok.

"Alamak,assignment aku..ceh..asik mengelamun jek..erm..apa la yang si gadis tu buat erk sekarang. Bilalah agaknya aku dapat bercakap dengannya". Bisik hati Qasha.
Tiba-tiba pula dia teringatkan si gadis yang semakin hari semakin menjadi bayangannya tidak kira waktu. Selain itu boleh juga dia mengalihkan fikiran dari memikirkan hal dirumahnya. Sedang dia berkhayal tu tiba-tiba Mamat menyergah dari belakang.
"Hoii botak..apa yang kau mengelamun tu hah..Bila kau nak join kitorang ni, aduii...cepat laa..
sambil tu nanti leh sembang tuk agenda weekend ni".

Jahanam kau mamat,terkejut aku dibuatnya,bisik hati Qasha. Lantas dia terus berlari ke ruang perbincangan dan turut serta rakan2nya yang lain. Riuh dibuatnya rumah tersebut dengan kerenah mereka. Sambil berborak, masing2 mengeluarkan idea dan pandangan untuk tugasan yang diberikan dan sesekali mereka berbincang tentang plan ke pekan hujung minggu ni.

Seperti yang telah dirancang, Qasha,Mamat,Zack,Jeff dan beberapa lagi rakan sekelas bersiap sedia untuk ke pekan.
"Adui..mana la bas ni,weii Zack, jam kul bape?tangan aku ni asik gatal jek nak memegang bowling?" Mamat memulakan bicara. Peluh telah membasahi bajunya.
"Alaa mamat ni, sabar la..kot ye pun nak kalah,agak2 laa.." Tiba2 Ali menyampuk.
Lantas ia disambut gelak ketawa rakan2 yang lain.

"Pssstt..Qasha..tengok tu.."Jeff memuncungkan bibirnya ke arah seberang jalan.
"Pe dia?"
"Tu..si kecik ko tu dengan kawan2nya.."
"Hah..mana2?adui...comelnya.."Qasha tersenyum.
"Apa?aku tak dengar la apa yang kau cakap?" Mamat mendekatkan telinganya ke arah Qasha sambil ketawa.
"Takde apa la..hah..tu bas dah sampai..lets gone guys..."Jawab Qasha dengan nada yang keras.





Tuesday 25 January 2011

Selamat tengah hari

Salam to all readers. Selamat tengah hari,eh..tengah hari ke?apsal gelap?
Erm,patutla..hujan rupanya..dari malam tadi tak berhenti2..
Mau Banjir kah?
janganlaaa banjir, tergendala projek aku tu..dah la terbengkalai..
mau up EOT lagi ni..aduhai
Burrpp...oppss..alhamdulillah..baru pas lunch.
hehe...




Monolog 2

Qasha memunggah semua barang2nya ke atas.Aduhai,mana blok B-BB-0201 ni..bisik hati Qasha.
Dalam beberapa minit Qasha sampai ke destinasi BB-0201. Qasha terus memberi salam dan membuka pintu namun tiada jawapan diberikan. Erm,aku yang pertama ke kat bilik ni?senyap jek, bisik hati Qasha.

Selepas mengemas biliknya tiba-tiba ada orang menyapanya.
Mamat : Assalamualaikum. baru sampai ke?saya Mamat, baru gak smpai pg tadi..bilik sy kat dpn
tu.
Qasha : Waalaikumsalam, a'ah baru smpai, ingat takde orang tadi, saya Qasha.
Mamat: Ada jek tadi..tido..hehee..dari mana nie? saya dari Simpang Ampat.
Qasha : oooo..saya dari Johor,eh...kita berdua jek ke?
Mamat: Buat masa ni begitu la..ok la,ko buat la keje ko dulu. Aku nak keluar kejap. OK?
Qasha : OK.

Maka bermulalah persahabatan dua orang itu. Biasalah, pada permulaan perkenalan agak kekok kedua2nya dalam menuturkan perbicaraan. Namun makin lama semakin akrab persahabatan mereka. Selang beberapa minggu kemudian muncul Zack mendaftarkan diri diikuti Jeff. Maka riuhla rumah @ bilik mereka dengan telatah mereka. Mamat yang agak lepas berbicara, Zack yang agak skema, dan Jeff yang sentiasa dengan cerita mengarutnya. Sejak itu ke mana saja mereka mesti ada bersama. Ke kelas,makan hinggakan keluar ke pekan.

Ketika dalam perjalanan ke kelas, Qasha memperlahankan langkah. Dia terasa seperti satu aura yang telah memperlahankan langkahnya. Dia menoleh ke belakang. Degupan jantungnya berdegup kencang. "Ahh..napa aku ni," bisik hati Qasha.

Sementara itu terlihat seorang gadis berbaju kuning sedang berjalan sambil berborak dengan rakan2nya. Sama ada dia perasan atau tidak, sepasang biji mata memandangnya dengan penuh minat. Dengan senyuman yang manis dan menampakkan lesung pipit di pipi kirinya menambahkan lagi keayuan gadis tersebut. Dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain, dia adalah yang paling kecil dan keletahnya membuatkan si pemuda tadi mematikan langkahnya.

"Hoii Qasha,apa yang ko tengok tu. Dah cepat, kang lambat lak ke kelas..ntah apa2 la ko ni " Jerit Ali.
"Ok2..jap2.."

Sejak hari tu Qasha sentiasa menanti peluang untuk bersemuka dan menatap wajah gadis ayu itu. Paling tidak pun sehinggakan dia sudah menghafal waktu bila dia boleh lihat gadis tersebut. Nak tegur malu,aaahhh....senyum jek laa..bisik hati Qasha. Namun setiap kali bertentang mata atau berjumpa, Qasha hanya melemparkan senyuman dan si gadis tadi membalasnya.
"Takpe2,nanti aku akan tegur dia", bisik hati Qasha.

Setiap hari dan setiap malam ada aje akal si Qasha untuk bertentang mata dengan gadis itu. Namun masih belum berani untuk berkata2 cuma senyuman dan lambaian saja. Pernah satu ketika dia ternampak gadis itu bersama2 rakannya keluar ke kedai. Dengan alasan untuk membeli makanan,Qasha berjalan berseorangan ke kedai semata-mata untuk bertentang mata. Di saat itu, hanya lambaian dan sapaan HAI saja menjadi keberanian dia. Namun ia sudah cukup meyakinkan Qasha yang dia tidak bertepuk sebelah tangan.

TO BE CONTINUE




Monday 24 January 2011

Saja saja

Salam readers..

Hari ni aku takde mood sebenarnye
P keje pun macam tak keje..
Kepala aku asik pening jek sejak dua menjak ni
Badan lak sakit2..plus perut yang semakin nipis
aduii...mood aku UNKNOWN
apa2 pun...everything its ok
aku masih boleh bersukan,ptg takraw malam badminton.
kadang2 berdenyut2 rasanya
nak pegi hospital takut lak
takut kene admitted ward..ohh tidak
cukup laa smnggu aku duk kat wad sbb denggi..
tak sanggup lagi dah...
pe2 pun jmpa lagi esok dengan cter 3 and monolog 2





Monolog 1

Di suatu pagi yang redup,si ibu dan si anak sedang berehat-rehat di bilik si ibu.

Qasha : Mak, saya ingat saya nak sambung belajar la mak. Mak pun dah makin sembuh, adik pun
dah boleh jaga diri, boleh kan mak?

Mak : Erm...betul ke kau nak sambung belajar? nanti sapa nak jaga mak?

Saat itu, Qasha tak mampu nak berbuat apa2. Diam dan tunduk. Sesekali matanya melihat ibunya yang telah menderita angin ahmar sejak 3 tahun yang lalu.

Qasha : Insyaallah mak, mak makin sihat dan saya tau mak akan sembuh. Lagipun takkan saya
nak camni jek mak? saya cemburu tengok kawan2 saya berjaya. Dah berkejaya..

Mak : Erm...jika itu yang terbaik untuk kau..mak ok jek,yang penting kau belajar bersungguh2
jangan hampakan mak.

Qasha : Baik mak, Qasha janji!! Qasha akan bawak mak bila Qasha konvo nanti..ok mak?

Saat itu kedua2 ibu dan anak ini berpelukan dan tanpa segan silu Qasha menitiskan air matanya.
" Terima kasih mak," bisik Qasha.

Beberapa bulan kemudian Qasha diterima masuk ke sebuah kolej dalam bidang kejuruteraan. Ketika bersiap sedia untuk ke kolej,

Qasha : Mak, Qasha pergi dulu ye, mak jaga diri..Hujung minggu ni Qasha balik..
Mak : Erm..kau taknak jaga mak lagi ke??sapa nak jaga mak nanti??
Qasha : Jangan cakap camtu mak,adik ada..kak long dan abg long pun ada..diorang akan jg mak.
Mak : Erm...jaga diri di tempat orang,nanti dah sampai sana telefon mak.

Selepas itu kedua2 mereka bersalaman. Qasha tidak dapat menahan sebak. Ibu yang dijaganya selama 3 tahun di mana dia sanggup berhenti belajar semata-mata untuk ibunya akan ditinggalkannya. Ibunya hanya mampu melihat dia di tingkap bilik kerana tidak mampu untuk berjalan.Abah menghantar Qasha sehingga selesai semuanya di kolej.





Sunday 23 January 2011

Cter2 2

Selepas jek makan malam tu dengan Mamat,Jeff dan Zack, Qasha pun mengambil peluang ni untuk menelefon gadis tersebut. Time tu punya la gemuruhnye perasaan si Qasha ni. Jam di tangan menunjukkan jam 10.30 malam, kelibat manusia di sekitar telefon awam pun dah tak ramai. Dengan perlahan Qasha melangkah ke telefon tersebut.

Duit 20sen dimasukkan dan mendail no yang telah diberikan oleh Zack tadi. Tertulis nama Ayu dan nombornya sekali. Menggigil jugak si Qasha ni nak menelefon.

trutt..trutt..trutt...

Ayu : Hello..
Qasha : Haii..assalamualaikum,erm...Ayu kan?
Ayu : Waalaikumsalam..ye saya..sapa ni erk?
Qasha: erm,saya laa..tak kenal erk?erm..tadi kawan saya mntak no phone awk tadi??
Ayu : ooooo..awk...snow cap...ok2..kenal2..ingat sapa tadi
Qasha : Nasib la kenal..anyway..thanks sebab bagi no awk ye?
Ayu : Its ok.. saya ingat baru nak bagi no public phone..tapi nanti susah lak awk..
Qasha : hahaha..amboi...takpe2..saja jek ni..salam perkenalan dari saya..Qasha..
Ayu : Ok..salam perkenalan gak..
Qasha : erm..esk awak kelas pukul berapa?pagi kan?erm..boleh kita jalan sama2..lagipun
klas sy pun pagi gak..boleh?

Ayu : erm..ok gak.saya keluar dalam kul 8.15 pagi camtu..boleh ke?kot2 bangun lewat lak org tu.
Qasha : Hish...mana ada..ok..deal..jumpa esok..k la..thanks again..assalamualaikum
Ayu : Waalaikum salam..

Dengan berseri-seri muka si Qasha tu melangkah ke biliknya. Malam tu,Qasha tak dapat melelapkan mata dan tidak sabar untuk menunggu pagi esok. Satu hari di mana bermulanya perjalanan kisah Ayu dan Qasha.

To BE Continued

Saturday 22 January 2011

Citer2 1

Di sekitar pasar malam, nun berdirinya 4 orang jejaka yang telah hampir 4 kali mundar mandir di pasar malam tu. Qasha, Zack, Mamat, Jeff sedang berborak-borak. Tiba2 salah seorang dari mereka asyik memandang ke belakang.

Zack : Hoi Qasha, ko nak balik ke atau nak tolong akak ni berniaga??!!
Mamat: Ntah ko ni..pe hal??
Qasha: Tu tu..ko tengok tu...

Rupa-rupanya si Qasha ni ternampak 4 orang gadis sedang membeli belah di pasar malam.

Zack: Ko berkenan kat dia ker?aku leh tolong?
Qasha: Erm...ntah laa..aku tak tau le..
Zack: Ko nak ke tak nak??nanti aku mntak no phone die.Mau?

Mamat & Jeff : Ntah ko ni Qasha, aku tengok bila budak kecik tu lalu jek ko senyum2 kambing,
asal dak kecik tu lalu jek ko tak tentu arah,pegi jek la Zack.

Dengan sepantas kilat Zack pun pegi. Qasha tak mampu nak berbuat apa2. Dia hanya melihat saja bagaimana Zack pergi ke arah 4 gadis tadi dan berborak dengan salah seorang dari mereka.

Zack: Nah...amik no phone ni...nanti nak buat kenduri panggil kami semua k?

Gelak sakan diorang semua hari tu. Tak sangka pula Zack begitu berani membantu aku..Ahh..alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Nombor dah ada,erm...tinggal nak call jek ni.huhuh...

Sambil berjalan pulang Qasha sempat menjeling ke arah gadis2 tersebut

TO BE CONTINUED

Friday 21 January 2011

Kecoh kecoh kecoh

Salam..aduii...kecoh tul hari ni...



eh eh eh..sori readers..jangan terkejut. Kecoh bukan sebarang kecoh,kecoh kerana PRK laa
pe lagi..apa taknye, Labis sebuah pekan yang kecil penuh dengan manusia,anggota keselamatan dan ramai lagi. Adui..popular Labis sekejap, Almaklum PRK DUN TENANG punya penangan.

Polis di sana sini, hotel penuh ditempah dan diduduki, yang bukan dari sekitar labis pun ada datang menyibuk..kih kih kih..ye la..hari ni kan hari penamaan calon..mak sedara aku sampaik 5 hari berkampung kat sana..walhal tak la jauh pun rumah dengan labis tu..

Anyway..selamat berjuang kepada calon2 dan tolong jangan menggunakan kesempatan ini untuk mengaibkan orang tidak kira anda di parti mana
Gunakan DEMOKRASI dengan cara yang betul.

Akhirnya Ayu Raudhah dan Zaquan Adha sah suami isteri

Tanggal 21 Januari 2011 akhirnya pelakon kegemaran aku Ayu Raudhah telah sah menjadi isteri kepada Zaquan Adha. Majlis akad nikah yang dijalankan pada hari baik ni telah selamat dengan sekali lafaz sahaja dengan disertai 7 dulang hantaran dan mas kahwin sebanyak RM1,888

untuk melihat gambar-gambar pernikahan mereka bolehla layari laman web oh bulan dan rotikaya.
Selamat Pengantin Baru kepada pasangan ini





Raja Lawak 5

Salam readers..erm..pasti dah korang leh budget apa yang aku nak citer ni kan?
cube cite cube cite cube cite...hehe..cakap laju2..mesti kelakar..kih kih
anyway aku just nak share pendapat dan just sebagai hiburan semata2. Sekarang ni Raja Lawak dah masuk minggu ke 3 dah..baru jek sebentar tadi tamatnye gelanggang raja lawak minggu ke 3 di mana KAMI dan TBO telah disingkirkan..betul?

Mengikut pengamatan aku, raja lawak musim ni agak panas sebab awal2 lagi dah leh dikatakan gempak..mana taknye masing2 dah boleh buat kite gelak.. di sini aku senaraikan beberapa nama individu dan kumpulan yang perlu kita voting2 up to u...
1. NAZMI- aku lupa.....dashyat
2.EPY
3. MAN - deco2 eric..kih kih
4. LEMAN
5. BALAS
6.R2

nama2 di atas perlu anda vote sebab memang kelakar..gile la jika anda tak vote..





Kembali Berblog

Hai readers..hai hai hai...maaf laa lama tak update..mesti korang tertunggu aku kan??kih kih
erm..ada masalah peribadi yang perlu aku uruskan..agak berat gak la..anyway..hidup perlu diteruskan dan aku akn terus berblog untuk santapan korang..actually sepanjang aku bercuti berblog ni banyak gak benda aku belajar dan hayati..terutama sekali semakin hari semakin aku dekatkan diri dengan Allah..Alhamdulillah..erm..Insyaallah entry akan datang akan lebih menarik dan buat anda semua terhibur..koh koh