MAri KIta Berchatting

Sunday 15 September 2013

6 bulan lagi.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Wahh...berblog kembali aku rupanya. Dah lama tak menyentuh keyboard2 nak menaip isi2 yang nak disampaikan..OMG

Ehh, 6 Bulan lagi??Ye tak ye..6 Bulan lagi insyaallah untuk majlis perkahwinan aku..
Alamak aii..tak lama lagi dah ni. Persiapan?? 50% siap.50% lagi masih dalam perbincangan,persiapan dan macam2 lagi. Tema?? Owh..semestinya tradisional temporari. Apa tu??Korang tunggu jek laa 6 bulan lagi..
Tak lama dah tu. Kursus kawin aku dah buat dah..tinggal pergi temuduga jek belum..

Ketika ini aku juga sedang buat persiapan zahir dan batin,rohani dan jasmani dan macam2 lagi. Nak menjadi seorang ketua keluarga bukan mudah andai diri tidak cukup persiapan. Betul tak?
Oklaa..ada masa lagi aku update lagi blog..
OK semua??callloooooo betteyy...

Sunday 14 April 2013

aaaaaargghh..marah ni

Assalam
Pening pulak kepala ni melayan cerita-cerita kat tv ni.
Seperti sedia maklum pilihanraya yang ke 13 akan diadakan pada 5.5.2013.
So marilah mengundi..eh eh eh..rasanya belum lagi kempen kan..heee
Tapi bukan pasal mengundi yang aku nak share ngan korang.
Tapi pengalaman aku setakat ni.

MARAH..satu sifat yang ada dalam diri setiap manusia.
Aku pun tidak terkecuali...
hari ni sebenarnya aku sangat2 marah..tapi kata orang diam tu lebih baik
marah dengan sikap manusia sendiri...
yang sentiasa menjadikan orang lain mangsa keadaan..
yang sentiasa menjadikan orang lain sebagai alasan
yang sentiasa menjadikan orang lain sebagai bahan kajian.
yang sentiasa menjadikan kuasa sebagai target dalam hidup..

eh eh eh..jangan risau..
sebenarnya aku marah sebab baru lepas tengok cerita Olympus has Fallen..
menarik cerita tu.. 
hehehe..
kisah bagaimana kuasa penting dalam kehidupan..
dendam yang membara..
kesetiaan kepada negara dan ketua..
dan musuh dalam selimut..dalang dalam kerajaan..
  
aku marah sebab memang ada terjadi dalam negara kita bagaimana kuasa menjadi tunjang kepentingan hidup sekarang..
maruah diri,negara dan keluarga mudah untuk digadaikan..
dimanakah kesetiaan,kepercayaan dan maruah mereka2 ni.
seperti dalam rukunegara kita:
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Monday 11 March 2013

Astaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alahai..rasanya memang dah lama aku tak berupdate blog ni.
Rasa malas ada,sibuk pun ya, paling tak best idea pulak takde dah..
Dah tua agaknya,jadi segala idea2 tu hilang sikit demi sedikit,YA TAK?

Bila difikirkan kita ni hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari segala cubaan dan dugaan.
Tapi setiap dugaan yang datang kita jadikan sebagai pengajaran dan menjadikan kita lebih matang.
Aku juga tidak terkecuali dari menempuh dugaan dan cabaran.
Di tempat kerja, perhubungan sesama manusia, dan hubungan dengan orang yang tersayang.
Setiap yang berlaku sekurang2nya ada hikmah disebaliknya.
Kadang2 diam itu lebih baik, begitu juga sebaliknya.

Menjadi yang terbaik sebenarnya adalah impian setiap orang.
Akupun camtu gak..ingin menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Namun banyak benda yang harus aku belajar.
Dan dari cubaan dan dugaan itulah aku belajar untuk menjadi yang terbaik.