MAri KIta Berchatting

Saturday 30 April 2011

Kegembiraan dalam Kepenatan

Semalam bagi aku amat menggembirakan..
Apa taknya sekali ke melaka da..
Tapi apa yang aku geram..JEMMMMMM!!!!
Rakyat jelata sibuk ke sana ke sini terutama di exit2 PLUS
Berderet2 kereta keluar masuk..

Selepas aku bagi tiket pada si Nani..(dah beli seminggu lepas)
aku terus ke Uitm nak jemput 3 wanita2 misteri n seksa..hehehe..
Wanny(the prettiest girl),eyka bling2 (the hyper girl), Diba ( cute girl)...hehehe
Rupa2nya atas kesilapan aku..diorang ingat aku tak jadi keluar dengan diorang..
diorang dah plan dengan rakan diorang yang lain..
Lantas aku dengan sedihnya terus gerak sendirian..
Tapi 10 min kemudian diorang call suh p sama..
hahaha...siut jek kan...sian lak mmbr diorang tu..

Sepanjang perjalanan kami berborak2 mcm2 laa..
sampai terangkat2 kereta aku tu..ahahaha
punyalah aktif kami ni..
Smpai di exit ayer keroh..dah JEM da..
pastu kami ke rumah Cik Diba..
Kami dijamu makan..erm...tghhr+ptg..(tntang)
ikan siakap,kangkung,keropok,air oyen..
peh...terangkat siut...

Pastu kitorang p snap2 kat mana2 yang kitorang rasa boleh snap..
gambar t korang leh usha kat blog diorang..tunggu jek laa
t aku akan bgtau..hahaha
dalam pukul 9 camtu kami gerak balik sebab takut pak guard suh diorang teman pak guard kat depan pagar tu..
SO..nnt gambar aku mntak kat diorang..oraiitt...namun ada kegembiraaan terselit dihati aku..
adalah...sampai masa aku akan bongkarkan disini..Insyaallah...Thanks to Allah sebab ketemukan aku dengan dia..
Thanks to Allah sebab ketemukan aku dengan 3 budak nakal ni...
Kegembiraan aku kembali..




Ulasan Maharaja Lawak Minggu 5

Salam readers..sori lambat update..sibuk dating..ghahaha,
Okeyla..tanpa membuang masa hari ni aku rumuskan bahawa minggu ini terbaik..
mengikut spesifikasi pencapaian peserta,aku boleh simpulkan bahawa 5 terbaik adalah

1. Jambu
2. Sepah
3. Jozan
4. Nabil
5. Man

Minggu ini peserta tunggal wanita,Jihan terkeluar..jom kita layan 5 klip terbaik minggu ini















Wednesday 27 April 2011

Kenapa Kau Pilih Dia?




Aku sedih...sedih sangat..
Aku kecewa macam melihat KLCC dicerobohi..
Dulu masa aku kenal kau,aku ingat kau sangat memahami aku..
Aku tau kau menjadi rebutan ramai lelaki..
Aku tau kau sentiasa menjadi pujaan mereka..
Tapi...apa yang aku boleh buat..
Kau pun tau kan aku amat meminatii kau..
Kau pun tau setiap kali kau muncul aku sentiasa berada disisi..
Aku menemani kau setiap kali kau ada..
Aku melihat kau sentiasa bersungguh2 dalam berkata2..
macam citer Gerak Khas tu...

Tapi..ku sangkakan panas sampai ke petang..
Rupanya hujan ditengahhari..
Ketika aku berusaha untuk memilih kau sebagai teman hidup..
Kau sudah bertunang dengan orang lain..
Sampai hati kau...
Pulak tu..heboh satu Malaysia..
Kau tau..betapa aku kecewa melihat gambar kau dan si dia di dada akhbar..
Habis aku koyakkan sebab aku sangat2 kecewa..
Patutlah sejak akhir2 ni kau diam jek tak bersuara..
Patutlah sejak akhir2 ni kau senyap seribu bahasa..
Tapi kenapa dia kau pilih..bukan aku...
Aku kecewa sangat2 kau tau...
huhuhuhu..

Tapi apa boleh buat..takdir dah menentukan segalanya..
Aku redha dengan apa yang berlaku..
mungkin bukan jodoh aku dengan kau..
dan aku doakan semoga kau berbahagia dengan tunangmu itu.,
Semoga cepat2 berumahtangga..
Dan aku akan sentiasa menyokong kau dari belakang..
Selamat Tinggal Elly Mazlien
Akan aku doakan semoga kau berbahagia dan cepat2 kawin..Aminn~~~





Tuesday 26 April 2011

Salma Ohh Salma


Tu Diaa....aku dah kemaruk dah ngan protege si Erra ni..apa taknya..dengar suara dia yang gempak tu...mak aih,meremang bulu roma...Nasiblaa ada mentor...leh gak layan..bagi aku..mentor kali ni agak menarik berbanding AF..korang rasa?
Gadis berasal dari Tawau Sabah ni..baru jek berusia 21 tahun..tapi bila dengar suara dia..mak aih...if mengaji ni mesti mak2 mertua bangga..
Jom Layan dan dengar suara Salma ni...Jom2







Sukarnya Melupakannya

Ya Allah, hatiku hiba dengan tiba2 Ya Allah
Semakin ingin aku lupakannya semakin kuat perasaan rindu ini
Apakah sebenarnya yang ingin Kau tunjukkan Ya Allah
Berikanlah aku petunjuk...
Berikanlah hambaMu ini kebenaran
Berikanlah hambaMu ini kekuatan
Sesuungguhnya hambaMu ini dalam kekeliruan,kesengsaraan..
Andai dia bukan untukku Ya Allah,
Berikanlah aku pengganti yang lebih baik darinya Ya Allah...





Monday 25 April 2011

Ulasan Maharaja Lawak Minggu 4

Salam..agak lewat untuk aku memberi ulasan kepada program yang semakin menjadi-jadi sehinggakan pundi kencing aku boleh tersangkut bila tonton pertandingan ni. Apa lagi..Maharaja Lawak laa.. Minggu 4 ni Alex terkeluar dan peserta yang tinggal perlu membuat komedi bebas pada minggu ini..
So.apa kata bagi tidak membuang masa kita layan klip peserta yang menarik minggu lepas. Jom layan:

1. Jambu



2. Nabil



3. Jozan



4. Sepah



5. Amir



Bagi aku inilah peserta2 yang telah membuatkan pundi aku tersangkut. Namun aku harap Abang AC tolong jangan menspoilkan kelawakan mereka dengan masuk tak tepat pada masanya..berhati2 abng AC...Oraitt...keep it up..






hostgator coupons

Wednesday 20 April 2011

Hah!!!



Hujan pulak petang ni...
Aduhai..camner nak p site ni?ciss..alasan munasarawak tull..
Cakap jek malas syam...senang citer..ye tak guys..

Terkejut aku hari ni..aku terima mesej dari tunang aku..nak jmpa sabtu ni..
aduhai..4 bulan aku menunggu...baru ni dapat jmpa..
semoga apa yang tertangguh diselesaikan..
tak kira laa nak diteruskan atau tidak..aku terima dengan hati yang terbuka..
Namun disudut hati aku..
Hati aku yang selama ini tertutup hanya untuk dia...kini telah dirobek sedikit2..
Ya Allah..berikan aku PetunjukMu..apa yang harus aku lakukan..
Permudahkan segala urusanku nanti..Hanya Engkau yang menentukan segalaNya

Tuesday 19 April 2011

Apa La Yang Terjadi Padaku Hari INI


Damn....itulah satu perkataan Yang boleh aku ucapkan sekarang. Serba tidak kena padaku hari ini.
Whats wrong with u bro...argghhhhh

Aku rasa amat stress sejak dua tiga hari ini. Tak tau apa yang membuatkan aku stress..mungkin cuaca,tempat keje atau perasaan.. Cisss...
Dahla main badminton hari ni serba tak menjadi..damn...
Macam tak boleh berfikir..aduhaiii

Namun disudut hatiku masih terselit keinginan untuk bahagia dalam perhubungan. Cam pic kat atas tu..seronokkan.. Aku tak tau sampai bila aku jadi begini. Keputusan masih aku belum temui.. Ya Allah ketemukan aku dengan jawapan Ya Allah...Bantulah hambamu ini....

4 Calon Pelajar AF9

Salam readers..tu dia..dah macam blog hiburan dah blog aku ni.
Oklaa aku taknak cakap banyak..minggu lepas seperti sedia maklum bermacam2 gimik astro sajikan untuk AF kali ini..
Pertama operasi pengguguran dan kemasukan calon pelajar ke AF..
so korang nilaikan sendiri sama ada calon ini layak atau tidak
ok?
check it out............














Apa2 pun keputusan adalah pada sabtu ni..sama ada keempat2 ini layak masuk atau satu,dua,tiga atau tiada langsung yang layak..begitu juga operasi pengguguran tu..sama ada sorang,dua,tiga atau tiada..nantikan jek keputusan sabtu nanti di Astro Ria

Monday 18 April 2011

~~Bila Cinta~~

Ajek Hassan - Bila Cinta (Acoustic Cover)

Powered by mp3skull.com

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Hampir 5 bulan aku tidak bertemu dengan orang yang aku sayangi.
Aku keliru ya Allah
Apa sebenarnya yang dia mahukan dariku...
Jika tidak ingin teruskan perhubungan ini,katakan la sayang...
Janganlah diamkan diri..jangan lah kau seksa hati aku dan dirimu..
Andai itu yang terbaik buat dirimu aku rela..
Demi kebahagiaan kau..aku akan buat apa saja hatta meninggalkan kau...

Walaupun hati aku amat menyintai mu..
Walaupun diri ini amat merindui mu..
Namun andai tidak ada jodoh antara kita..aku pasrah,aku redha..
Selama 5 tahun ini aku mendambakan kasihmu,
Selama 5 tahun ini kesetiaan aku sering diuji,
Selama 5 tahun ini kesabaran ku sering diganggu,
Namun selepas kejadian 5 bulan lalu..
kini aku pasrah sayang..
Bersuaralah..supaya hati ini tidak sentiasa mengharapkan sesuatu yang tak pasti..
Tolonglah sayang


Jika engkau masih menyayangi aku,menyintai aku..katakan..
Sesungguhnya diri ini amat mengharapkannya..
Kerana engkau pun tahu setinggi mana cintaku padamu
Kerana engkau tahu sedalam mana sayangku padamu..
Tolonglah sayang...
Katakanlah sesuatu....
Demi perhubungan yang suci ini..tolonglah..katakan sesuatu...
Adakah kau masih perlukan aku??





Sunday 17 April 2011

Agenda Hari Ini Hari Ahad

Selepas digemparkan dengan kemeriahan kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya DUN Sarawak, pagi tadi aku bangun agak awal sebab nak ke Maokil tuk pertandingan futsal terbuka felda Maokil di sana. Selepas selesai solat subuh,aku bergerak ke kampung dan pergi bersama2 dengan pemain2.

Sampai di Maokil kami terus cari port dan lepak sambil menunggu pengurus pegi membuat undian. Secara ringkasnya team A kami telah tewas di peringkat kumpulan dan Team B layak ke separuh akhir.

Pastu petang tadi aku keluar bersama2 dengan Wani n the Gang. Macam2 la agenda..ke taman rekreasi Rock Garden, pegi makan aiskrim n makan malam n karoke. Aku rasa hepi dan seterusnya dapatlah meredakan segala kekusutan yang melanda. Thanks Wani n The Gang.

Saturday 16 April 2011

Ulasan Maharaja Lawak Minggu 3 - Muzikal

Salam readers..sori la agak lama tak update sebab bz sikit lately..banyak masalah perlu diselesaikan..semuanya memerlukan masa. Aduhai..

Ok2..hari ni aku nak ulas sikit mengenai Maharaja Lawak Minggu 3 ni..bertemakan muzikal komedi. Minggu tersebut memang aku tunggu sehinggakan aku tak pegi main badminton malam tu semata2 kerana minggu muzikal yang aku harapkan gempak.

Disini aku hamparkan beberapa peserta yang pada aku terbaik malam tu. Dan untuk itu aku juga leh simpulkan 3 terbaik malam itu adalah SEPAH,NABIL dan ALEX.

ALEX- komedi muzikal yang cerdik..




NABIL- dah macam rowan atkinson wat lawak..the invisible piano..



SEPAH-Gempak malam tu - the best muzikal komedi malam tu..



JOZAN-pilihan lagu yang agak tepat dengan content.



BALAS



JAMBU



Seperti yang diketahui diawal maharaja lawak telah diumumkan 2 peserta yang terkeluar iaitu XN3 dan WAI dan di akhir program diumumkan R2 keluar. Namun aku agak terkejut kenapa Amir masih kekal..kenapa erk?

Lupala..di awal maharaja lawak USOP WILCA datang lagi..dan persembahan para juri setelah digimikkan oleh cabaran dari peserta maharaja lawak..jom layan









Thursday 14 April 2011

Cobus--Gempak--



Peh..Layan jap laa guys video ni..if dia ni jadi ahli kompang kampung aku ni mesti gempak. Takpun masuk team main gendang...cayalaah

Tuesday 12 April 2011

Apa Yang Harus Aku Lakukan

Hidup perlu diteruskan..
Satu frasa yang amat diperlukan aku pada saat2 begini.
Semakin lama semakin aku mengerti akan apa yang berlaku.
Thanks to Allah..
Sekarang dah 4 bln aku tidak bertemu dengan tunang aku.
Walaupun hati aku amat merinduinya..tapi bila difikirkan kembali..
kenapa aku seorang yang berusaha menyelamatkan hubungan aku dengan dia?
DIa?bagaimana?
Aku masih belum mengerti sepenuhnya apa yang berlaku kerana
dalam jiwa aku,dalam hati aku sentiasa menyayangi dia dan aku yakin dia akan berubah..
tapi sampai bila?Umpama menunggu bulan jatuh ke riba..
4 bulan aku terseksa jiwa dan raga..4 bulan aku kesepian..
Haruskah aku membuka semula hati aku untuk orang lain yang selama ini telah aku tutup hanya untuk dia?
Selalunya bila lelaki cari lain selalu dipersalahkan?tapi dalam hal aku..harus ke aku dipersalahkan..??Aku perlukan teman kawn2..aku perlukan seseorang untuk aku kongsi suka duka kasih sayang...
Aku tak perlukan orang secantik Balqis
Aku tak perlukan orang sekaya Siti Nurhaliza
Aku tak perlukan orang semantap Rozita Cik Wan
Tapi aku perlu seseorang yang boleh terima aku seadanya. Dan Yang paling penting dia setia dan percayai aku..jika dia tidak mempercayai aku bagaimana hendak hidup bersama?

Aku perlukan pendapat kalian semua??tolong laa aku!!!




Monday 11 April 2011

Sebab Kenapa Harus Tinggalkan Si Dia

Salam readers..lama dah aku tak postkan tips2 mengenai hal ehwal semasa..hahaha..
Anyway,kali ini aku nak kongsikan dengan korang beberapa sebab kenapa kita mesti tinggalkan pasangan kita sama ada bf/gf dan yang berkaitan dengan cintan cintun ni.ok..check it out

1. Tiada Sifat Saling Mempercayai Antara Satu Sama Lain

Selain sifat memahami dan hormat menghormati,mempercayai pasangan merupakan salah satu asas dalam perhubungan. JIKA tiada sifat ini kenapa harus kita menyintai dan menyayangi pasangan. Betulkan? Sikit2 tak caya,sikit tak caya..abis tu bila dah kawin nanti bagaimana agaknya kan?renungkanlah...


2. Pasangan Yang Curang.

AHah...ini lagi satu sebab kenapa anda harus tinggalkan pasangan anda. Main Kayu Tiga..plzz sesapa yang ingin curang..jagalah hati pasangan anda..sebab suatu hari nanti jika anda curang, anda juga akan dicurangi..tul ke ayat aku ni..camtu laa..dilain masa aku akan postkan tips mengetahui pasangan anda curang.


3. Selalu Ungkit2 Hal2 Yang Tidak Sepatutnya.

Yups...sebab ketiga ini merupakan salah satu sebabnya. Sebab,bila dah ungkit2 ni alamat akan jadi perang besar la bila anda kawin nanti. Seharusnya pasangan perlulah menghormati antara satu sama lain. Jadikan hal2 yang lalu sebagai kisah silam dan mulakan yang baru. Beri peluang kepada pasangan untuk berubah dan jangan sesekali kita mengungkit akan kesalahan,kesilapan,dan keburukan pasangan..tu belum kawin tu kawan2..dah kawin nanti..mau yang dalam kain pun diungkitnya...So..untuk kebaikan..baik tinggalkan pasangan anda kerana ada yang lebih baik lagi..


4. Percayakan rakan2 sendiri dari diri anda.

Perkara ini selalunya terjadi kerana terlalu percayakan rakan2. Ini biasanya terjadi bila seseorang rakan pasangan anda tidak suka pada anda atau dia sendiri suka pada pasangan anda. Maka pelbagai cara akan dilakukan agar anda dan pasangan akan berpecah belah. Kena pulak pasangan anda terlalu percayakan rakannya. So langkah terbaik adalah berbincang..tapi jika pasangan anda jenis percayakan rakan sangat2 baik anda tinggalkan dia..itu lebih baik untuk anda dan pasangan..sebab nanti leh jadi cemburu tahap maksima


5. Hati yang Tidak Tetap.

Maksud aku disini adalah bila time suka ok tapi bila kata tak suka kita...semuanya tak ok..camtu lah maksud aku..mula kata sayang pastu tak..pastu mintak maaf cakap sayang ..eh pastu kata tak...so..baik tinggalkan jek


6.Perangai Yang Tidak Berubah

Memang manusia tidak diciptakan sesempurna sifat. Namun,kita sebagai manusia juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Namun andai pasangan anda masih mengekalkan perangai yang lama,walaupun benda tu amat salah dan seharusnya diperbaiki..maka tinggalkanlah dia..supaya bila anda dah kawin nnti ia tida memudaratkan anda dan pasangan anda.


7. Pasangan yang Tidak Menghargai Diri Anda

Sebab ini merupakan sebab yang selalunya terjadi. Mana tidaknya..anda dah banyak berkorban pada bf/gf,buat itu ini,buang ego,beri itu ini..alih2 dia buat dek jek..terima kasih pun tidak..apatah lagi nak hargai..so..langkah terbaik...selamat tinggal..


8. Materialistik

Yess..sebab ini merupakan sebab yang paling famous..kan2?

9. Cemburu Buta.

Cemburu yang sangat2 tinggi..memang tahap gaban laa..smpaikan kita keluar dengan bapa/mak saudara kita pun leh cemburu..bahaya tu


Anyway...sebab2 di atas merupakan sebab yang selalunya terjadi di muka bumi ini berdasarkan kajian dan penyelidikan ahli2 cintan cintun yang bertauliah..apa2 pun setiap perhubungan ada pasang surutnya..selagi kita mampu mempercayai,menyayangi,dan menyintai pasangan,hargai lah dia dan sayangilah dia sebaik mungkin..kerana kasih sayang kita itu merupakan asas kebahagiaan dalam perhubungan. Cintailah pasangan anda seikhlas mungkin kerana aku percaya keikhlasan,kasih sayang dan kejujuran dapat mengatasi kekayaan,kebendaan dan kemungkaran..

ok..




Layan Lagu

Salam readers..aku rasa dah lama aku tak update blog kan??anyway..bagi memulakan pengupdatetan aku ni..haha..apa punya ayat..aku nak korang layan dan tgk bait2 lirik lagu ni..so touching..huhuhuhu


HOWL-PARROT



Layan....

Friday 1 April 2011

Agenda Hari Ini

Salam readers..erm..hari aku leh dikatakan agak malas..
pegi keje pas solat jek..pagi langsung tak jengah site..
bukan apa..jika pegi pun lom tentu ada keje..
melepak jek kat kabin..baik duk umah main game..kan2?
Petang tu aku balik kampung..
malam lak melayan badan aku tuk main badminton.
dari pukul 9-11 malam...

Actually aku hanya melayan perasaan aku yang ntah ke mana..
aku membawa diriku untuk menggembirakan hati aku..
kadang2 makan tak tentu..malam tak makan nasi..siang pun sikit jek kadang2..
tak tau laa..kadang2 bdn aku sakit2..
anyway hari ni agak berpeluh jugak laa..
ye laa..badminton punya pasal tadi..
ok laa..badan pun dah letih..
nak rehat...nite kawan2