MAri KIta Berchatting

Thursday 30 June 2011

Err..Apa Nak Jawab Erk

Petang semalam sekumpulan ahli rumah aku merangkap abah n mama aku dan adik2 kecil aku mengemas rumah...kemas punya kemas terjumpala beberapa buah album yang memang menjadi pekasam dalam robok tu.Selak punya selak sampai la satu gambar tu.

"Ni sapa ni marlia?"Mama aku tanye adik aku yang kecik skali.
"Kak Lija..." Marlia dengan lajunye menjawap..
err..pernah satu hari tu dia menyembang2 dengan aku..
"Ngah..jom alan..akak lija mana?"

Adoii..apa aku nak jawab...alahaii...
mujurlah dak ni kecik lagi..tak tau apa2.
So yang dia tau main jek..
Alhamdulillah akhir2 ni pun dia tak tanye lagi pasal Kak Lija dia...huhuhu

Err..pic bawah ni adik2 aku yang mulut tak reti nak diam sejak dua menjak ni..


Kisah kehidupan kita


Kisah 1

Disebuah ofis di sekitar Kuantan.Terdengar pintu bilik bos diketuk seorang pekerja.

Bos : Masuk.
A : Selamat pagi bos, ini laporan kerja yang bos nak tengok.
Bos : Ok,terima kasih,sila duduk.
A : Terima kasih.

Tiba-tiba..

Bos : Bodoh!!! apa ni??ini bukan laporan yang saya nak. Apa yang awak cuba buat ni.
A : err..laporan la bos. Apa yang bos suruh saya buatlah.
Bos : Bodoh!!!aagghh..bkn camni yang saya nak..dah pegi buat balik..
A : Tapi boss...
Bos : Takde tapi2..nah amik laporan ni..pegi buat balik...

Abis laporan itu dibaling ke lantai. Si pekerja tadi keluar dengan perasaan hampa dan kecewa plus marah.

A : Bangang punye bos..*&#%^*(&#(@&#(


Dalam kehidupan kita dewasa ini,kita selalu diwajahi dengan keadaan seperti diatas terutama di ofis2 besar.Sebagai seorang pekerja,tidak kira bos atau orang bawahan,perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah sabar dan bekerjasama. Betul?? cuba simpulkan kisah dibawah...anda pilih mana yang perlu dititik beratkan..kisah atas atau kisah bawah.

Bos : Masuk
A : Selamat sejahtera bos, ini laporan yang bos nak.
Bos: Terima kasih,sila duduk.
A : Terima kasih bos.
Bos : Awak ke yang buat laporan ni?
A : Ye bos,ada beberapa part yang saya mintak tunjuk ajar dari rakan2.
Bos : OOO,patutlah ada beberapa kesilapan disini. Ok..nanti awak cek balik di bahagian ini..ini..
dan ini..ada kesilapan di sini..nanti awak cek balik..jika ada apa2 masalah awak terus info
kpd saya. OK?
A : Ok bos,saya mintak maaf...
Bos : its ok..kita dalam satu ofis kenelah bersatu hati..orait..kamu boleh buat keje kamu
A : Ok terima kasih bos

Lalu si A keluar dengan perasaan lega.

A : Syukur aku dapat bos camni. Aku kena rajin2 kerja..mana tau cepat naik pangkat,gaji..bos
pun baik..fuhhh....


So..renung2kan la...keutuhan dan kekuatan sesebuah syarikat adalah bergantung kepada usahasama antara majikan dan pekerja..betul tak??




Tiada apa Yang Perlu aku Katakan



Wednesday 29 June 2011

Renungan Untuk Semua 1

Kehidupan masa lampau kadang2 memberi kita bermacam2 pengajaran dan pengalaman
Jika dulu kita seorang yang jahat,cuba kita kenang kembali..
saat dimana kejahatan kita itu timbul.
Apakah sebabnya,bagaimana ia muncul
dan perjalanan kita ketika kita jahat tu..
Bagaimana penerimaan masyarakat,keluarga dan rakan2.
Lepas tu kita lihat pulak keadaan kita sekarang.
Mungkin dalam tak sedar kita akan cakap
"Kalau aku tak jahat dulu aku tak macam ni".
Betul tak?

Begitu juga dalam perhubungan.
Kita renungkan kembali saat2 pertemuan dengan pasangan kita.
saat pertemuan pertama..kemudian seterusnya
berperingkat2 kan?
saat kita berbual,jumpa,mintak no phone..isk.macam2 la
Bagi mereka yang bahagia tentu akan cakap
"Alahai,indahnya masa dulu,harap berkekalan sampai akhir hayat."
yang putus dan tandus ditengah jalan
"Mula2 jek camtu,pastu jadi la cam sekarang,ntah apa2."
Namun tidak kira yang bahagia atau tidak,
kita imbas kembali apa yang telah kita lakukan kepada pasangan.
Kenapa sesetengah tu bahagia,sesetengah tu porak peranda.
Namun bagi aku dalam perhubungan jika tidak ada petengkaran bukanlah cinta namanya
Tul tak?

Apa yang aku nak simpulkan disini adalah
Apa yang berlaku dahulu adalah apa yang kita jadi sekarang.
Jika kita tidak berubah
Maka apa yang berlaku dulu,kini akan kekal selamanya
Jadi pada yang jahat,berubahlah menjadi baik
Yang suka berfoya2 berubahlah menjadi setia
Yang suka berjudi berubahlah menjadi seorang penderma ke,baik ke
Apa2 pun tepuk dada tanye iman..

Assalamualaikum







Tuesday 28 June 2011

Koleksi maharaja Lawak Edisi Jozan























Koleksi Maharaja Lawak Edisi Sepah

salam readers..
Ahak..apa2 pun aku nak ucapkan tahniah kepada kumpulan Sepah kerana telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak 2011. RM300k lbh tu..tahniah2..
Jom kita layan koleksi2 persembahan kumpulan Sepah dari minggu pertama hingga pentas akhir maharaja lawak.

JOMM..peacee yoow!!!

Minggu pertama


minggu kedua


minggu ketiga


minggu keempat


minggu kelima


minggu keenam


minggu ketujuh


minggu kelapan


minggu kesembilan


minggu kesepuluh


minggu kesebelas




minggu 12





minggu 13








Sunday 26 June 2011

Apa Yang Aku Rasa

Salam readers,
lama pulak tak updatekan?
semalam hari yang memenatkan la bagi aku..
huhuhu..seawal jam 8 pg aku dah keluar rumah
destinansi yang aku tuju..NILAI
aku berjumpa Liz tuk ambil barang2 aku yang dia simpan.
Kemudian kami pergi tengok wayang KL Gangster.
Ok aa citernya.
Banyak aksi dan beberapa buah2 . . . .
Actually aku rasa lain bila tengok Liz
Kesian,sedih,kecewa,seronok,rindu,
Aku sedih sebab aku tak dapat nak hidup bersama dia,
kerana dia pun dah buat pilihan.
so,terima dengan redha jek la walau hati tu berat..
Seronok sebab aku lihat dia semakin berat..
Alhamdulillah..
dari dulu if dia dengar apa yang aku cakap..dah lama dah dia berat.haa
Nak diikutkan bila jmpa dia rasa nak peluk tau...
betapa aku merinduinya,
sebak hati,cuma kawalkan diri...
tak memasal jek t..
dah la aku rasa kekok kuar ngn dia..
yelaa dulu leh laa nak manja2..skang ni cam lain deee

Pas hantar dia balik,
aku jumpa rakan2 ofis,
pas melalak kat QS kitorang lepak2 kat BBN Cafe.
sambil dengar2 orang karoke tu
kitorang memberi kritik cam af tu..
jhhahaa..tp kritik sesama sendiri laa
then aku gerak blk sampai dirumah pukul 1..

apa2 pun aku harap Liz sentiasa sihat dan akan menjadi yang lebih baik
semoga kamu menjadi anak yg baik..

Thursday 23 June 2011

Akhirnya Tercapai Sudah

Salam readers,
Lama gak tak update..rasanya la..
Alhamdulillah akhirnya tercapai juga cita2 Malaysia untuk melangkah ke pusingan kumpulan
kelayakan sukan Olimpik 2012.
Tahniah diucapkan. Berdebar jugakla tengok game tadi..
10 vs 11 orang..Malaysia bertahan dengan jayanya.
Tahniah buat semua pemain,pengurus dan penyokong Malaysia yang tidak jemu
menaikkan nama Malaysia.

MALAYSIA BOLEH







Sunday 19 June 2011

Terima La Padah

Assalamualaikum
Hai,nasib2..
yang kau pegi bukak myspace tu kenapa icul ooiiii
kan dah parah..
erm..
tetiba yang aku menggatal bukak myspace aku kenapa laa an
awal2 jek dah terpampang gambar liz..
damn..
teringat kembali setiap gambar yang ada..
ada jek kenangan dengan dia..
aduhai..
ntahlaa..hati aku masih sebak dan sedih dengan apa yang berlaku
walaupun sesekali ada masanya aku lupa apa yg dah berlaku.
tapi bila kenangan tu datang..tuhan jek yang tau..
perit kawan ooiii....
kalau awek2,gf2 tu boleh laa lagi..
ni tahap tunang dan jika betul2 laa bln 6 ni kami disatukan..
adoii...
Nah icul..ko terima laa padahnya..bukak lagi myspace..
Kepada kawan2..thanks 4 ur support.
Pada wanita2 yang single diluar sana..
berikan masa untuk hati ini untuk menerima kamu dengan seadanya..
kerana hati ini pencinta yang setia..
Insyaallah jika kamu yang bertahta dihati..
hati ini akan menjadi milik kamu ladies..

Saturday 18 June 2011

Macam - Macam

"Ngah,camner?dah ada pengganti? Nanti aku kenalkan kau dengan kawan aku ni..baik,cantik..ok?"
"Cul, nanti long kenen2 kan ko dengan anak kawan long..ada sorang tu baru jek long nak kenenkan tapi dah kawin la pulak."

Erm..perbualan yang menjadi topik hangat pasal aku bila aku jumpa makcik2 aku, sepupu aku dan sedara mara aku. Ada je nak dikenen2kan aku dengan seseorang. Aduhai..bagi aku biarlah ia datang sendiri.. Jika ada jodoh adalah. Aku tak mahu mengharap,supaya aku tidak kecewa lagi.
Aku mencari yang ikhlas,jujur,hormat orang tua,setia dan memahami aku. Tak cantik tak mengapa, bukan kecantikan luaran yang aku cari,tapi biarlah yang sedap mata memandang dan jika boleh dapat yang sama dengan dulu ok gak..heee..sebab dah sebati..so dah tau camner nak handle..hahahak..

Buat masa ini,berilah aku masa. Biarlah aku berkawan dengan sesapa saja. Apapun aku berserah pada Allah. Kerana aku tau ada jodohku yang telah ditakdirkan untuk aku. Usaha tangga kejayaan dan sabar itu separuh dari iman. Kan??




Nafasku Yang terakhir...(suka2)

Jam menunjukkan pukul 3 Petang. Aku masih lagi bersendirian di kaki tangga rumahku. Air mata dengan tanpa diundang membasahi pipi aku.
"Eh Adik,kenapa termenung tu.Mari masuk..abah,mak ngah semua tengah borak2 tu,jomla join sekali. "
Maksu yang paling rapat dengan aku datang menghampiri aku. Sepantas kilat aku mengesatkan air mata aku supaya Maksu tidak dapat melihat air mata aku.
" Kamu menangis ye..Erm, sabar la dik,yang pergi tu tetap pergi. Allah lebih sayangkan dia. Kita yang masih hidup ni kena teruskan kehidupan kita."
" Eh Maksu,mana ada saya menangis. Cuba tengok." Aku cuba menceriakan keadaan. Mata aku besarkan dengan memek muka yang menampakkan gigi aku yang tidak tersusun. Jika sekali imbas sebiji macam Allahyarham AR Tompel.

" Sudah la dik..maksu dengan kamu bukannya sesapa pun. Dah boleh tau kamu sedih ke gembira ke. Sudahla..karang kalau kamu menangis nanti maksu menangis juga."
"Eh maksu ni, ke situ pulak."
" Yela, cubit peha kiri peha kanan terasa tau..!!"
"Yela tu maksu, ntahla maksu, adik cuma terkilan sebab sepanjang adik bersama dengan dia, tak pernah pun dia beritahu penyakit dia. Adik ingat masa mula2 dia sakit tu, hanya demam2 biasa jek."
" Erm, maksu faham.Mungkin dia taknak susahkan kamu..kamu bekerja kuat untuk sara keluarga kamu. Pagi kerja ofis, malam pulak kamu pergi tolong kawan kamu berniaga burger tu. Kadang2 maksu kesian tengok korang. Maksu ingat selepas kamu kahwin semua ok. Mungkin Allah nak uji kamu..kamu sabar ye.."
" Baiklah maksu,saya faham..selama ini banyak dugaan yang kami lalui selama kami nak bersama-sama. Itu tak betul ini tak betul sampaikan ada orang nak kenakan kami. Mungkin telah ditakdirkan kami begini maksu.. saya redha saja. Insyaallah takde apa2." Airmata aku kembali menitis. Setitik demi setitik jatuh ke tanah.

" Takpe la dik,erm..takpela..maksu masuk ke dalam dulu..kuatkan hati dan tabah..kuatkan semangat kamu tau.."

Maksu pergi meninggalkan aku bersendirian. Sesekali beberapa orang kampung melintas dihadapanku sambil melambaikan tangan. Aku membalasnya.
Wajah arwah isteriku terbayang dimataku. Senyumannya yang sentiasa tidak lekang dibibir,tahi lalatnya yang betul2 berada kedua belah lesung pipitnya yang dalam amat membuatkan semua lelaki tak tidur lena. Aku rasa amat bertuah sebab dapat menjadi suaminya. Setiap malam aku sentiasa menggentel tahi lalat tersebut sehingga terlena. Tersenyum aku membayangkan peristiwa malam2ku bersama dia. Setiap malam aku sentiasa mencium pipinya dan dibalasnya dengan ucapan terima kasih abang dan saya sayang abang. Setiap pagi,aku selalu mencium pipinya dan membelai rambutnya dan mengajaknya solat subuh bersama2.

" Assalamualaikum Sayang,selamat pagi,hai,bangunlah, abang ada surprise ni untuk ayang." Celik jek mata itu la ayat yang biasa aku ucapkan padanya.
"Erm...abang ni,pagi2 camni surprise apanya ni.." lemah sekali jawapan yang diberi oleh isteriku.
Dengan perlahan aku menghampirinya dan terus aku menciun pipinya dan ucapkan "abang sayang ayang".
"Abang ni..pagi2 suka camtu kan? tak sempat ayang nak elak.Main kotor erk." Seraya itu aku rasa lenganku dicubit.
"Aduh...wah2..sapa main kotor ni?Sempat lagi buat serang hendap ye?"Aku memasamkan muka.
"Alalalalaa,merajuk lak abang botak ayang ni." Pantas pipiku dicium dan dia terus berlari ke bilik air.

Wednesday 15 June 2011

Surat Untuk Kekasih


[시크릿가든] Song From A Secret Garden




Assalamualaikum sayang,

Semoga sayang sihat2 hendaknya di sana. Alhamdulillah sayang, abang disini sihat sentiasa walaupun kadang2 hari2 abang penuh dengan titisan air mata yang sentiasa menyusuri pipi gebu abang.

Pertama kali dalam hidup abang,abang rasa sunyi sangat2. Hidup abang umpama lilin yang memberikan cahaya kepada orang tapi dirinya terluka. Hari2 abang sentiasa sunyi tanpa sayang disisi.

Abang ingat lagi masa kita bersama2 dulu,suka duka kita lalui bersama. Ingat tak masa sayang demam dulu? Walaupun demamnya tak kuat,tapi tuhan saja yang tau betapa risaunya abang. Setiap malam abang berdoa semoga sayang cepat sembuh dan ceria seperti biasa.

Abang masih ingat lagi semasa pertama kali kita keluar bersama2. Bukan main gembira abang tengok sayang. Setiap gerak geri ayang sentiasa membuatkan abang ceria. Abang rasa cukup bahagia ketika itu. Kemudian kita bersama2 berpimpin tangan. Romantiknya kan masa tu. Abang sesekali tersenyum teringatkan perkara paling tidak boleh abang lupakan...ingat tak masa kita di Kenny Roger's. Masa tu pertama kali kita ke sanakan?
Pilih punya pilih sampai kita tak tahu nak makan apa..pastu pulak,air tumpah kat baju abang..abis basah baju abang..kemudian sayang datang pada abang tolong lapkan dan cakap kat abang..."sayang nak pegi tandas sekejap"..rupanya ayang belikan abang sehelai baju tuk abang..Ya Allah..baiknya sayang...Thanks sangat2..


Tapi kini...semua itu tinggal memori dan kenangan bagi abang..kini abang keseorangan tanpa sayang disisi. Sayang tahu kita dah merentasi hampir seluruh pelusuk semenanjung dan paling kerap kita ke Port Dickson. Ingat tak..bila kita ke PD.."abang..jom kita ke pantai..tengok matahari terbenam"..
"Abang,cantik kan? Saya harap suatu hari abang menjadi matahari supaya dapat menerangi hati saya..walaupun terbenam tapi mendatangkan keindahan dimuka bumi.."


Disaat sebelum sayang meninggalkan abang,sayang selalu berharap semoga abang jadi orang yang baik,tidak lupakan sayang,dan jangan nakal2..selalu cakap..bila sayang takde nanti,carilah pengganti yang lebih baik dari sayang..dan asik cakap sayang taknak kawan dengan abang...Aduhai..janganlah cakap camtu sayang...
Entahlah..rupa2nya itu semua petanda bahawa sayang akan meninggalkan abang..
5 tahun kita bersama..akhirnya kita berpisah jua..sayang meninggalkan abang keseorangan setelah 5 tahun bertarung nyawa..sampai hati sayang tidak beritahu abang yang sayang menghidap penyakit barah...

Disaat hembusan nafas yang terakhir..sayang masih mengingati diri abang..dan SAYA SAYANG AWAK ABANG DAN TERIMA KASIH KERANA SENTIASA DISISI SAYA SELAMA INI..MAAFKAN SAYANG KERANA MENYUSAHKAN ABANG SELAMA INI..

Dan kini..hanya doa dan airmata abang mengiringi pemergian sayang. Semoga Sayang ditempat orang yang beriman. Kenangan2 yang lalu bersama sayang akan abang jadikan kenangan terindah dan terima kasih kerana menjadi teman abang selama ini..
Semoga sayang tenang disana..

Salam dari
Abang



*surat ini adalah rekaan semata2 tidak ada kene mengena dengan sesiapa pun..harap maklum..




Bestttt seeyyyy!!!

Adoiiii yaaii...salam korang...lama lak aku tak menghupdate blog ni...
Sedang melayan utiub tadi dan bw blog...
aku terjumpa satu klip video yang dasaaaattt!!!
jom layan~~~~






Monday 13 June 2011

Awesome Water Fountain

Camner la diorang wat fountain ni ek..Made in Japan katakan..
Gempak aa...
Terbayang bila ia wat kat Malaysia..
Mesti adik2 dah penuh kat depan...flash kamera bersepah..menyilaukan mata
tapi..best..awesome..jom layan..








Bait-bait luahan sang suami..

Ya Allah..syahdunya bila aku membaca luahan hati seorang lelaki ini yang bernama suami.
Tuhan saja yang tahu perasaan beliau. Harap beliau tabah dalam menghadapi segala cubaan dan dugaan yang beliau lalui..Jom kita selami luahan hati Jimmy Shanley..

INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.

Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.

Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.

Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.

Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.

Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.

Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.

Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.

Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.

Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.

Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.

Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.

Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.

Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.

Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.

Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.

Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.

Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.

Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.

Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.

Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.

Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.

Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.

Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.

Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.

Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.

Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.

Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.

Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.

Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.

Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.

Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.

Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.

Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”


Sumber dari Beautifulnara

*still menunggu luahan dari satu lagi pihak..supaya kita tau kisah sebenar antara keduanya..hanya mereka berdua saja yang mengetahui apa yang berlaku..semoga mereka tabah dalam menghadapi segala ketentuan dan cubaan yang mendatang.




Muhasabah Diri

Assalamualaikum W.B.T
Cantik pula bahasa saya hari ini..
Tajuk entry pun muhasabah diri..makanya,haruslah bercakap dengan baik..
Bisan enggak..eh..kenapa la saya berkata begitu ye?

Oklah..actually hari ini ada beberapa berita sedih yang aku terima.
Pertama sekali hari ini aku melawat nenek sedara aku meninggal di Lenga,Muar.
Selepas aku masuk keje pagi tadi aku terus ke rumah beliau.
Actually nenek telah lama sakit..mungkin masa dia untuk meninggalkan muka bumi ini.
Marilah kita sama2 sedekahkan AlFatihah kepada beliau..Al Fatihah...













Aminn Ya Rabbal Alamin..~~
Namun disudut hati aku tersentuh bila mendengar bagaimana beliau menghadap Ilahi.
Senang dan mudah..
Selepas bersihkan @ mandi..kemudian beliau sendiri menqiamkan diri beliau dan kakinya yang tidak boleh tegak selama ini dengan mudah tegak dengan sendirinya..
Allah Maha Besar..
segala urusan pengebumian juga berjalan dengan lancar..Alhamdulillah


Perkara kedua adalah aku dengar C.O.W aku juga bakal ke projek lain.
Hilang lagi C.O.W kat projek aku ni.
Tinggallah aku dengan RE dan sorang lagi C.O.W ni...
Alahai...Kurang meriahlaa jawabnya site aku nanti..

Macam2 perkara berlaku kat aku beberapa hari ini..
Mudah-mudahan semua berjalan dengan baik..
Aminn....

Sunday 12 June 2011

Awesome Dude~~

Duck Hunt~~Cam penah dengar an?
tu diaaa...game tahun 90 an..
memandangkan takde apa yang aku nak update tuk blog ni..
aku saja melayan youtube..
aku search punya search tetiba aku nampak satu klip yang agak menarik
penerangan mengenai duck hunt video game..
sangat awesome..tak terjangka diorang leh wat klip camtu tuk promote game tu..
so jom layan klip ni







Tak Tergapai dek Akal de~~

Semasa aku blogwalking tadi..aku terperasan satu video yang aku rasa sangat2 tak masuk dek akal..
Satu lagi animasi jepun yang sentiasa tak kering idea mencipta sesuatu yang tidak dijangka...damnnnnnn~~~~~jom tengok video ni



kredit to Blog serius......





Saturday 11 June 2011

Zizan - Masa Lalu



Firstly masa aku download mp3 lagu ni..aku ingat zizan raja lawak yang nyanyi. Suara hampir sama..seriuss..pastu masa aku usha kat youtube..nah..rupanya..orang lain..mak jemah tertipu nak..hahak..pe pun layan gak lagu ni...

tiada tetesan air mata
ku rasa kini kering sudah
meratapi masa laluku
yang tak berpihak kepadaku

kini engkau ada dimana
ku tak tahu apa kabarmu
mungkinkah nanti ku temui
dirimu yang aku cintai

tertulis kisah cerita kita
begitu indah masa laluku
dia menangis di pelukanku
lalu berkata ”pertahankan aku”

dimana kini masa laluku
apakah engkau mendengar laguku
yang telah tersaji hanya untukmu
sebagai pelengkap cerita hidupku

(tertulis kisah cerita kita
begitu indah masa laluku
dia menangis di pelukanku
lalu berkata ”pertahankan aku”)

repeat * [2x]

sebagai pelengkap uuh uuh cerita hidupku







~~Pedih Pedih~~


Salam readers...
tengok jek tajuk entry mesti fikir pedih hati ke..usus ke an?
isk..bukan2..kisahnya begini
Petang tadi aku dan team DCFC ada perlawanan bola sepak liga Ledang di KKTM Serom.
Alkisahnya,golkeeper kami tak dapat datang...so aku dijadikan keeper bidan terjun..
aduii..dah lama aku tak jadi keeper..last sekali 4 tahun lepas...
fobia selepas mulutku dijahit,gigiku diikatkan besi selepas kaki singgah dimuka..
So perlawanan petang tadi berlangsung dengan agak baik dan beberapa kecederaan berlaku
ke atas beberapa main termasuk aku..
Faktor padang menyebabkan perkara tersebut.
bukti?ada..tengok laa pic kat bawah ni..ok?

Kecedaraan di lutut kanan

kecedaraan di siku kanan

Kecederaan paling teruk di peha kanan..
garisan tu sepanjang 10cm dan thickness 2mm..dalam tu..
if p klinik conform kene jahit...

So perlawanan berkesudahan seri 0-0..
balik je terus mandi..aduiiii..pedih de...cepat2 lap..
sikit jek tu..adat main bola terutama keeper..
an an an an...
then layan bolaa final Piala FA...







Friday 10 June 2011

Huh~~~

Tetiba aku teringat sesuatu..
Ni penangan citer2 kat tv laa ni
ciss...moral of story..jangan tengok tv..hahahak..
"B, awak sayang saya??". " Saya sayang awak,b!!"
Perkataan yang sering aku dengar dulu
masih lagi kedengaran..masih lagi terngiang2..damn~~
aku masih berfikir kenapa dia cakap sayang sedangkan...ahhh...
walaupun sedikit demi sedikit semakin aku lupakan..dan aku wajib lupakan...
MESTII~~~MESTIII
biar apa pun yang terjadi..aku mesti lupakan semuaaaa!!!!
Biarlah hati aku ni untuk orang lain~~

Aku selalu katakan pada diri aku,betul ke dia sayang aku...
Segala apa yang aku curahkan pada dia selama ini..
kesetiaan yg tidak berbelah bagi,kasih sayang yg ikhlas..
aku ingat selama ini benarlah dia betul2 nakkan aku sampaikan bertunang..
erm..mungkin Allah nak tunjuk pada aku yang mungkin aku bukan yang terbaik untuknya..
Nah,sekarang dah terjawab segalanya..
Namun itu semua dah ketentuan yang telah ditetapkan..

Tapi sekarang..aku harus menerima hakikat kehidupan..
Kadang2 Allah ketemukan orang yang salah dahulu sebelum menerima orang yang akan membahagiakan kita...kan?
Dugaan yang kita tempuhi lambat laun akan kita temui juga kebahagiaan kita itu..
Sabar,sabar dan terus kuat menempuhi segala2nya..
Setiap kali rakan2 bertanyakan hal kawin2 ni..aku diam n akan aku cakap tunggu jek laa..ada t..
Nah..nak diikutkan cuti sekolah ni..kami dah disatukan...
tapi Allah Maha mengetahui..

sepupu2 aku,makcik2 pakcik2 aku,abang aku,mama aku..semua bertanye..tak cari pengganti??
Uiit....nak gak cari...ada gak..dah jumpa..
tapi tunggu dulu..
pe pun kenalah kawan dulu kan?kenal hati budi dulu...kawan biar seribu kasih biar satu..
sntiasa aku pegang kata2 ini...dah berkasih nnti kene jaga ati dia..
sahabat2..
an an an?sapa sini yg expert2 bab ni..aku kureng sikit..
sapa??alaaa korang ni...sabar jek laa..
Insyaallah..ada jodoh tak kemana...

Ahah..sebelum terlupa laa korang..
sesapa ada novel Kasih Yang Suci
Legenda Budak Setan 1 2 3
Nak Pinjam..
Ada yang kat online tapi tak lengkap...oraitt..
see u later guysss~~~





Teringat Lagi

Makkk...makk...makkk....!!!
Astaghfirullah...aku bermimpi rupanya...
sekali lagi aku bermimpi...
Ya Allah semoga arwah mak tenang di sana..
Sukar aku nak lupakan apa yang berlaku..
masih lagi terngiang2 di kepala aku apa yang berlaku ketika mak tiada..
duhhh~~~

Disaat aku bergembira aku sedih dan menitiskan air mata..
sebab ketika itu mak tiada untuk berkongsi kegembiraan dengan aku..
Mak..mak..apa2 pun anakmu ini sentiasa berdoa semoga emak ditempatkan dengan orang yang beriman dan aman di sana..
Anakmu ini merindukanmu~~semoga mak tenang....




Thursday 9 June 2011

Jalan Sekitar KL






Salam..readers..
so hari ini aku bawak atuk aku jejalan kat KL
first destination ke Muzium negara..
Fuh..layan jek laa...

Then,dah puas berjalan2 kat muzium kami bergerak ke Jalan Chow Kit.
Atuk aku nak makan masakan Minang / Padang.
Amboi...berselera sungguh..

Pas makan kami gerak balik ke Ampang..eheee
Letih laa pulak an..
so..aku nak rehat jap before gerak balik ke Segamat...




Tuesday 7 June 2011

Indahnya suasana di Kuala Lumpur ketika ini. Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur,
aku dapat saksikan pelbagai ragam pemandu di Malaysia ni.
Ada yang kurang ajar, ada yang gelojoh,ada yang teramat sopan dan macam2 lagi.
Ingatan aku masih teringat kejadian tadi dimana sebiji kereta yang dipandu laju..
tiba2 ekzosnya tertanggal..peh..tu laa laju sangat...
budget baguss..kan dah kena..
nasib tak kereta aku tak kene apa2
Damn it..

Sekitar highway antara Bangi ke KL,kereta masih lagi banyak walaupun jam ketika itu pukul 11 malam...
erm...
hhuuuarrgghhh..mengantuk pulak.
k laa readerss..rasa cam nak tido laa..
k..
daaa~~~





Monday 6 June 2011

Maharaja Lawak Minggu 10

Salam readers..
sori lambat untuk mengupdate blog..
agak bz sikit minggu ni..
ditambah keadaan badan seperti tidak berapa sihat..
kenapa laa agaknya

Err..ok laa..jom kita layan
maharaja lawak minggu 10
minggu 10 semua peserta mempersembahkan
persembahan mereka di PISA
wahhh..rindu nak p penang
dulu selalu p sana time PC fair..
hehehe
ok..jom layan