MAri KIta Berchatting

Sunday, 31 October 2010

Menunggu Bulan Jatuh Ke riba

Salam readers..wah tajukk agak keterlaluan lak..haha
Apa2 pun aku dah lama rasanya tak update blog ni??ye ker?
Apa2 pun pertama2nya aku nak ucapkan syukur ke hadrat Ilahi
kerana aku masih lagi sihat walafiat sehingga hari ini

Tiada apa yang nak dikupaskan pada kali ini..cuma aku berharap agar bangsaku,umat islam yang
lain..segera la bangkit..bukan kerana apa, perhatikan sekeliling kita, dengarkan dengan telinga kita, rasakan dengan deria kita betapa dunia sekarang sudah pada tahap kekejaman yang paling kejam..
Tolonglah bangsaku..bangkit laa..jika orang lain boleh berjaya..kenapa kita tidak boleh..tepuk dada tanye diri sendiri..seperti kata Pak Nabil

Lu Pikir la Sendiri..Assalamualaikum

Tuesday, 26 October 2010

Tetiba Jek

Eh eh eh..ttba jek jari aku ni gatal..ciss..patutla, dah lama tak update blog.Erm..nak cter pe ntah erk.hahaha..fikir2 nah tersembul idea aku nak create something yang ntah apa2 ntah..
Actually sejak akhir2 ni aku sntiasa fikir macam2..dari soal kehidupan hingga soal masa depan..wah, forward to the future..glam gitu de..

Apa-apa pun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi aku akal fikiran yang sentiasa waras dalam meniti liku2 kehidupan duniawi ni. Tidak taksub dengan bermcam2 benda kat dunia ni..syukur sangat..tapi kita sebagai manusia sebenarnya jangan la leka dan lalai dalam meniti kehidupan kita yang kita sendiri tidak tau penghujungnya. Kita kena la seimbang dalam mencari kehidupan di dunia dan di akhirat nanti..jangan la kita hanya mencari kehidupan duniawi smpai kita lupa akhirat sana..begitu gak sebaliknya..

Apa2 pun kita perlu sentiasa berfikiran waras dan sentiasa yakin yang Allah itu sentiasa membantu umatnya dalam setiap apa yang dilakukan..

Friday, 22 October 2010

Salam

Salam readers..lama gak tak update blog.berapa hari erk?ke minggu dah?
almaklum la..agak sibuk sikit, ye laa nak menyahut seruan Perdana Menteri kita untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Tak lama lagi menara PNB lak nak naik,nah kau 100 tingkat, tapi persoalannya lokasi menara tersebut..area mana erk?sekilas pandang macam di area Stadium Merdeka..Oh tidak..jika laa disitu hope difikirkan kembali. Sebabnya, kawasan tersebut merupakan sejarah bagi kemerdekaan negara kita. Jangan la dimusnahkan...jadikan la ia sebgai satu kawasan sejarah.Baiki dan perindahkan lagi,,,

Yes..weekend ni dapat la aku balik kampung..erm..ada majlis kenduri kawin sedara aku..so.tak dapat nak on9 beberapa hari..ok laa..chow

Monday, 18 October 2010

Kisah Semalam dan KElmarin

Salm readers..aduii penat gak baru balik keje ni, dapat lena sejam best gak kan??hehe..apa2 pun aku nak kongsi beberapa kisah untuk beberapa hari yang lalu..almaklum la dah 5 hari aku tak update blog..hehe..5 hari dee...

Weekend yang lalu agak sibuk la bagi aku..bukan apa..sibuk dengan kenduri kendara..3 majlis perkahwinan aku pergi..2 di hari sabtu dan 1 di hari ahad yang agak panas..Biasala pegi kenduri if tak tolong2 rasa janggal lak..disebabkam kerajinan aku pada tahap tinggi so..aku ringankan tulang aku..ermm

kisah satu lagi ni agak sedih la..Ketika aku sibuk membantu membasuh cawan di rumah sedaraku semalam..tiba2 aku terima call dari staff SAFF mengatakan AK dah meninggal dunia..terdiam aku..oo lupa aku nak cakap..AK ni Adnan Kassim, one of the director in our company. Aku terkedu coz baru jek 3 4 hari lepas aku call dia..seperti biasa laa dengan lawaknya..terkejut aku mendengar berita tersebut. Apa lagi aku mula la tak sedap hati dan call semua staff untuk kepastian. BETUL!!! sah..AK dah meninggal dunia. tidak sedarkan diri ketika menyertai MARATON dan meninggal kemudiannya..apa2 pun aku rasa terkilan coz this week memang aku nak jmpa dia tuk membincangkan masalah di tapak projek..

Al - Fatihah untuk Allahyarham Adnan Kassim yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad 17 Oktober 2010..Al-Fatihah

Wednesday, 13 October 2010

Kata ku

Ayah beli arnab untuk adik2

Kisah dulu dulu

Salam readers.sambil mendengar zikir hasbi rabbi Jalallah kegemaran adik aku, tetiba terkenang lak kisah dulu-dulu. Bukan apa, tak salah kan nak kongsi dengan korang. Dulu aku dan family ada seekor kucing betina. Cantik gak la warna bulunya, kelabu putih, ekor panjang. Kucing ni datang sendiri kat umah aku. Mula-mula datang makan jek pastu bla..then makin rapat dan manja. So mak aku pun bela laa.. Yang bagusnya kucing ni, nak main datang umah bila malam duk luar..baguskan? Lupa lak namanya if tak silap aku Muni..camtu laa..tak berapa ingat dah..dah lama sangat..
Kemudian Muni ni bunting.dan selang beberapa bulan keluar la anak2 kucing yang comel. Yang paling comel adalah Boboy. Kucing jantan yang kacukan siam..Bulu warna coklat cerah gitu..Tak caya..tanye jiran sebelah umah aku..Boboy ni boleh dikatakan paling kitorang sayang,coz sangat cantik dan tak sangka yang ibunya kucing Malaysia leh beranak kucing siam..hahaha..sengal..
Adik beradik Boboy yang lain pun camtu gak.Manja dengan kami sekeluarga..Pastu abah buat rumah untuk diorang. Aduhai..macam-macam kerenah diorang ni..Tapi yang paling lama bertahan ialah Boboy..yang lain-lain biasa la..hilang ada, mati ada..tapi Boboy still dengan kami. Bila kami takde umah dia keluar dan duk depan halaman umah sampai kami balik.. Dengar jek kami balik mula la Boboy buat perilaku seekor kucing,hahaha..sendiri faham laa kan camner kucing bermanja..

Tak lama kemudian Boboy ni meningkat usia,tua..badan dan kurus dan luka di sana sini..bergaduh le pe lagi..If tak silap aku dia hilang dan tak dapat diketemui..Kemudian yang tinggal anak2 buah Boboy yang lain..hitam ada cklat ada,kunign he xde..Pastu arwah mak aku sakit..sejak itu..kami mengambil keputusan untuk menghantar kucing2 tu ke kampung. Kemudian kami dengar yang kucing2 tu seekor demi seekor mati..

Dan sejak arwah mak sakit sehingga kini kami tidak lagi membela seekor kucing..if ada pun kami bagi makan jek..bila yang dah nak rapat..hilang pulak..erm.a.gitu la kisah dulu2 aku

Kata Perdana Menteri

Aku rasa semua orang tau yang baru-baru ni..baru la kot. PM @ perdana menteri kita telah war-war kan bahawa rakyat Malaysia khususnye perlu menggunakan kehebatan internet untuk menjana pendapatan. Betulkan?kan3x..

Disini aku nak menjelaskan bahawa secara tulus ikhlas aku baru nampak yang memang benar apa yang dikatakan oleh PM kita tu. Manakan tidak, sekarang adanya facebook.twitter,blog lagi dan banyak lagi laman-laman sosial yang lain. Melalui laman-laman sosial tersebut, kita boleh menjana pendapatan. Misal kata si A berniaga dan keuntungan agak tidak meyakinkan. Namun si A ni adalah seorang facebooker,twitter,dan tagged. So dia mendapat ilham dengan mempromosikan perniagaan dia di laman-laman tersebut..Nah kau..dengan serta merta tup2 femes dan berjaya si A ni..

Aku rasakan penggunaan internet ni amat bagus andai dijadikan platform untuk berjaya. Ini kerana jika kita lihat zaman-zaman sebelum adanya internet, kita akan lihat bagaimana peniaga-peniaga mempromosikan perniagaan mereka. Banner disana sini..naik van atau lori memekak mengatakan ada sales dan lain2 lagi..mesti makan masa dan kos..kan??so dengan adanya internet ni..klik jek..dah settle...

Apa-apa pun yang penting diri kita sendiri. Jika kita ingin berjaya dan tidak mau ditakuk lama, ada banyak cabang dan pilihan untuk kita buat.Tepuk dada tanye diri sendri..

Tuesday, 12 October 2010

Apa yang Perlu dikatakan...

Salam readers dan good evening to all my frenz..hehehe,cam syarahan lak.
Pertamanya aku nak ucapkan syukur kerana sehingga hari ini aku masih lagi berada di dunia yang fana ini.
Tetiba hati aku terdetik nak meluahkan apa yang sebenarnya selalu ada didalam pemikiran kuno aku ni.
Pertama sekali aku rasa amat dengki dengan bangsa cina terutamanya kerana mereka sentiasa bersatupadu dalam menjalankan perniagaan. Misalnya si A berniaga dan si B pun berniaga,bila si B susah si A dan persatuan mereka akan membantu sehingga berjaya.Cuba anda fikirkan kaedah ini secara mendalam. Baikkan??

Okla..saya bukan nak mengata bangsa saya sendiri tapi ada segelintir yang memang PHD(perasaan hasad dengki) amat tinggi. Bukannya apa, ia memang berlaku depan mata saya sendiri,terkena pada keluarga saya sendiri. Maklong saya dulu bukak satu warong, boleh dikatakan masa tu amat popular la warong tu. Semua ada laa.dari sarapan,masakan panas dan pisang goreng. Aku lak ambil kesempatan cari duit dengan membantu basuh pinggan. Erm..paling femes kat situ mee bandung.Terbaik wookkk..serius aku tak bohong..cter benar.. Pernah maklong aku cter yang ada pelanggan dari Muar sanggup datang ke warong dia semata2 nak cari mee bandung dia...

Tp tulaa..cerah tak semestinya sampai ke petang..makin lama makin merundum perniagaan maklong aku..nun di darat sana..sudah ada 2 3 lagi warong. Saingan makin sengit dan menjadi-jadi..kini warong maklong aku dah terkubur begitu saja angkara niat jahat sesorang..Pilu aku melihat maklong aku bila mana setiap kali dia ingin berniaga,hanya sekerat jalan disebabkan tiada pelanggan,cuma hanya pelanggan tetap saja yang ada..Kini mee bandung yang femes tu telah menjadi sejarah..

Berbalik kepada PHD ni..aku tak tau laa nak kata apa..Apa lagi yang perlu dikatakan. Bangsa kita perlu berubah. Perlu ada anjakan paradigma demi menjadikan bangsa kita satu bangsa yang disegani. Agungkan bahasa kita,Bahasa Melayu. Jadikan ia sebagai bahasa utama..kenapa tak boleh pulak..sedangkan zaman kesultanan melayu Melaka,pedagang2 asing terpaksa belajar bahasa melayu tau..

Kita sendiri lihat bangsa kita dilevel mana sekarang.Cuba kita lihat bangsa kita adakah masih ditakuk lama..yang sentiasa mengharapkan bantuan tanpa berusaha??di TV tu..kita lihat program bersamamu...sapa yang ramai memohon bantuan??aku bukan nak mengutuk bangsa aku, tapi aku sedih bila lihat bangsa aku berada dilevel yang tidak sepatutnya..jadikan zaman kesultanan melayu melaka sebagai panduan..jadikan kredibiliti dan perpaduan bangsa cina sebagai rujukan,dan jadikan Al-Quran sebagai pedoman.
Takkan Melayu Hilang Didunia

Monday, 11 October 2010

Orang Dulu2 kata

Salam wahai readers blog yang dihormati..heheh..benak lak kepala otak aku malam ni. Tak tau la kenapa, mungkin terlalu memikirkan masa depan ni..Ni if PM tau ni leh jadi penasihat dia agaknya..angan2 mat jenin..hahaha

Topik yang aku nak kongsi ni sebenarnya mungkin tidak sepopular penceraian kak engku atau kekalahan pasukan hoki Malaysia di Sukan Komanwel 2010 mahupun kemenangan Pandalela dalam acara terjun tu..tidaakkk..ia hanya sekadar santai jek

Bukan apa..2 bulan ni semua penghuni rmah aku kecuali ayah n aku diserang demam campak atau chicken pop..nah kau, berbintik2 di sana sini plus gatal2..paling teruk setakat ni mak aku la..dah cam tak tentu arah dah aku tengok. Hah, bila demam campak ni..mesti korang terpikir pantang larang orang dulu2 dan petua orang dulu2 kan??

Atuk aku,makcik2 aku pernah cakap, bila kene demam ni minum air kelapa muda yang hijau2 tu cam pic bawah ni.
Sedap lak kan..pastu leh guna daun cermai buat bedak..ala tepek2 cam bedak sejuk..tau tak camner daun cermai tu??tengok kat bawah ni
Nak tengok camner nak tepek bedak ni..hah..jangan terkejut lak..tengok bawah ni;

Hah..lagi satu petua..orang dulu cakap bila kene demam campak ni jangan mandi,sebab aku tak tau la..dan jangan garu..penting tu..supaya bisa@air tak merebak.
Tapi doktor lak cakap bila kene demam ni boleh mandi selama mana mungkin..wah..bercanggah ni..

Erm,bagi aku tak kisah la moden ke tradisional ke..yang penting sihat dan cergas dengan baiknya..

moral of the story:

jangan ketawa dekat dengn orang yang kene demam ni.nanti berjangkit.hahha

Sunday, 10 October 2010

Orang Kata 1

Salam.aduh..penat aku hari ni. Apa taknye, kenduri tiap2 minggu,tambahan lak hari ni 10.10.10, apa lagi banyak laa kenduri kawinnya. Bayangkan sepanjang aku pulang ke kampung nak ke kenduri di sana, ada 3 kenduri lagi sepanjang laluan tu. tema lak macam2..merah putih ada, hijau putih ada, cuma biru muda + putih + merah jek takde..haha..tak paham ke??paham2 sudah laa

Orang kata tahun ni tahun gerhana means bulan gelap. If buat majlis ke akan ada masalah, dugaan kepada pasangan. Ye ker?tak tau la aku..bagi aku tu semua kehendak tuhan, Dia yang menentukan segalaNya..Dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

OraNG DULU2 juga pernah cakap jika buat majlis kenduri kawin, if nak elakkan hujan letakkan la seluar dalam or baju si pengantin kat atas atap. Ye la, nak bagi majlis tu berjalan lancar..isk orang dulu2 la berkata begitu...ye ker??

renung2 kan dan fikir2kan laa sendiri..

Tuesday, 5 October 2010

Atuk Aku Kata~~

Nun di satu petang, time aku nak balik kg hantar atuk aku, kitorang borak2 la. Aku suka borak dengan atuk aku tu. Kenapa?? Sebab dia suka citer pasal orang dulu-dulu, pantang larang dan banyak lagi la..syok dee...

Time tu hari nak hujan, citer punya citer, tetiba atuk aku berkata:

Orang dulu2 cakap bila hujan lebat dan ribut petir ada orang kenamaan atau berpangkat nak meninggal!!

Ye ke tuk??, Ye wookkk..kata atuk aku. Dia cter la masa Allahyarham Tun Abd Razak meninggal, masa tu hujan lebat dan ribut petir di tengah malam. Smggu kemudian Tun Abd Razak meninggalkan kita semua. Dalam hati aku..dah takdir dan smpai waktunya..semuanya Allah yang tentukan.

Ada sekali tu atuk marah aku sebab potong kuku malam2. Dia cakap tak baik sebab cepat 'kembali'.

Moral of the story is orang2 dulu amat mementingkan pantang larang dan ada kebaikan di sebaliknya..renung2kan dan selamat beramal