MAri KIta Berchatting

Tuesday, 12 October 2010

Apa yang Perlu dikatakan...

Salam readers dan good evening to all my frenz..hehehe,cam syarahan lak.
Pertamanya aku nak ucapkan syukur kerana sehingga hari ini aku masih lagi berada di dunia yang fana ini.
Tetiba hati aku terdetik nak meluahkan apa yang sebenarnya selalu ada didalam pemikiran kuno aku ni.
Pertama sekali aku rasa amat dengki dengan bangsa cina terutamanya kerana mereka sentiasa bersatupadu dalam menjalankan perniagaan. Misalnya si A berniaga dan si B pun berniaga,bila si B susah si A dan persatuan mereka akan membantu sehingga berjaya.Cuba anda fikirkan kaedah ini secara mendalam. Baikkan??

Okla..saya bukan nak mengata bangsa saya sendiri tapi ada segelintir yang memang PHD(perasaan hasad dengki) amat tinggi. Bukannya apa, ia memang berlaku depan mata saya sendiri,terkena pada keluarga saya sendiri. Maklong saya dulu bukak satu warong, boleh dikatakan masa tu amat popular la warong tu. Semua ada laa.dari sarapan,masakan panas dan pisang goreng. Aku lak ambil kesempatan cari duit dengan membantu basuh pinggan. Erm..paling femes kat situ mee bandung.Terbaik wookkk..serius aku tak bohong..cter benar.. Pernah maklong aku cter yang ada pelanggan dari Muar sanggup datang ke warong dia semata2 nak cari mee bandung dia...

Tp tulaa..cerah tak semestinya sampai ke petang..makin lama makin merundum perniagaan maklong aku..nun di darat sana..sudah ada 2 3 lagi warong. Saingan makin sengit dan menjadi-jadi..kini warong maklong aku dah terkubur begitu saja angkara niat jahat sesorang..Pilu aku melihat maklong aku bila mana setiap kali dia ingin berniaga,hanya sekerat jalan disebabkan tiada pelanggan,cuma hanya pelanggan tetap saja yang ada..Kini mee bandung yang femes tu telah menjadi sejarah..

Berbalik kepada PHD ni..aku tak tau laa nak kata apa..Apa lagi yang perlu dikatakan. Bangsa kita perlu berubah. Perlu ada anjakan paradigma demi menjadikan bangsa kita satu bangsa yang disegani. Agungkan bahasa kita,Bahasa Melayu. Jadikan ia sebagai bahasa utama..kenapa tak boleh pulak..sedangkan zaman kesultanan melayu Melaka,pedagang2 asing terpaksa belajar bahasa melayu tau..

Kita sendiri lihat bangsa kita dilevel mana sekarang.Cuba kita lihat bangsa kita adakah masih ditakuk lama..yang sentiasa mengharapkan bantuan tanpa berusaha??di TV tu..kita lihat program bersamamu...sapa yang ramai memohon bantuan??aku bukan nak mengutuk bangsa aku, tapi aku sedih bila lihat bangsa aku berada dilevel yang tidak sepatutnya..jadikan zaman kesultanan melayu melaka sebagai panduan..jadikan kredibiliti dan perpaduan bangsa cina sebagai rujukan,dan jadikan Al-Quran sebagai pedoman.
Takkan Melayu Hilang Didunia

No comments: