MAri KIta Berchatting

Saturday, 21 January 2012

Selamat Ulang Tahun

Salam readers..ayoooo lama tak update kan?
korang follow tak blog aku ni..hehe..
n korang terasa tertunggu2 tak blog aku ni..hehehe..
sibuk sejak kebelakangan ni...susah nak update..
lagipun idea memanjang takde..damn

apapun hari ni 22.1.2012 adalah tarikh ulang tahun si dia..
yang ke 2_ (isi sendiri n teka)
wat sekian kalinya ini adalah hari yang sepatutnya aku memberi beberapa surprise pada dia..
tarikh ni memang sentiasa dalam kenangan aku..
bila sampai tarikh ni..tu diaa..sebak oo..
dengan tarikh 17 ogos..lagi la..

apapun..aku mengambil kesempatan kalau dia bacalah...mana la tau an..ntah2 dia follow
blog aku secara senyap..kan?
aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada sidia. Semoga apa yang dihajati dan diingini dapat dikecapi. Aku berharap semoga dia tabah dalam apa jua perkara yang dia tempuhi..ingat aku masih ada disini..cewah..
dan aku juga berharap agar dia dilimpahi rezeki yang halal,dijauhi yang haram dan menjadi orang yang baik kepada ibubapa,agama dan bangsa..
dan aku juga memohon maaf kerana tidak dapat menyambut bersama buat kali ini..
dan tunggu surprise dari aku..hehe..
selamat hari lahir uma..
take care dan jangan sakit...^_^

Tuesday, 17 January 2012

Sangat Benci..

Benciinnyaa,,,
BENCI...bukan BENCIN tau..
huh..benci sangat dengan perasaan ni bila ia datang..
aku nak sangat melupakan pe yang berlaku..tapi kenapa dia selalu datang.
mentang2lah aku bukan jenis mudah melupakan seseorang..
damn it..
ramai cakap...cepat2 la kau kawin..cari pengganti..senang kau lupakan dia nanti
tanggungjawab kau pada isteri kau,takdelah kau nak fikirkan dia yang belum tentu fikirkan kau..
Hurm..
bila fikir balik..betul gak cakap diorang tu..
Hisk ntahlah..
takpelah,biar Allah saja yang menentukannya..
aku sabar jek..
kan?
Kadang2 penat taw..bila perkara2 antara aku dan dia datang..
baik yang baik mahupun perkara2 tragis..
hehe.
ntahlah..apapun
terima kasih awak kerana mengajar saya bercinta..
dan terima kasih juga kerana tidak mengajar saya bagaimana melupakannya..
thanks a lot..

Saturday, 7 January 2012

Selamat Pagi..~~

Assalamualaikum dan selamat pagi..
semoga permulaan pagi ahad ini memberi banyak kebaikan kepada kamu semua.
Sebenarnya aku tak tahu nak post apa kat blog ni
kekeringan idea weeeehhh..
ni pun spontan jek apa yang ada kat dalam kepala..
kebelakangan ni aku tak cukup tidur
tak boleh tidur awal walaupun mata terpejam..
macam lagu fotograf lak..
bila terpejam lena,jasadku terus begini..
errr...betul ke?
(^_^)

Aku cuma teringat bagaimana peristiwa perjalanan hidup aku
yang hampir menjejak ke umur 29 ni
alamak..tua dah..
seorang yang gebu terus kepada seorang yang
handsome (angkat tangan ke bahu,mata ke atas)
bermula dengan sekolah tadika di kg,
pindah pulak ke sekolah rendah di segamat,
sekolah menengah di segamat gak..
melanjutkan pelajaran ke UiTM PP,
pastu ke ITP
keje kat Klang n Bangi..

Pastu,
terasa menyesal gak
menolak pemergian ke sekolah teknik,kononnya taknak berjauhan dengan kekasih hati..
last2 kene tinggal gak..
terasa gak la menyesal sebab menolak pemergian ke
UK untuk sambung studi..atas sebab yang sama dan beberapa faktor lain..
last2 skg ni meluap2 nak smbung..
tapi ada satu benda aku kene buat dulu..hee

then,ada satu benda aku tak menyesal.
sebab aku rasa aku mengambil satu keputusan yg tepat
stop studi tuk jaga arwah mak aku..
walaupun takdelah jaga sebaik mana..
tapi berbaloi gak laa..
kalau tak,takkan sampai sekarang masih terngiang-ngiang kat telinga aku ni
masa aku nak sambung lik studi..
"Bila nak jaga mak lagi,kamu tak nak jaga mak lagi ke?"
sapa tak terkedu dengar camtu oooiii...

isk..kalau nak ditulis ni mau sampai esok pun tak abis..

so apa2 pun..
syukur aku masih berada di mukabumi Allah ni..
dan aku berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan..
memberi kekuatan dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan.
yang baik itu datang dari Allah SWT
sama2 kita renungkan dan sama2 kita menjadi manusia
yang berguna pada agama bangsa dan negara..

da mcm nak kempen meraih undi lak an..
heee.
k bye..
(^_^)







Thursday, 5 January 2012

Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain..

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat bermain..
amboi aku dah mula dah dengan peribahasa lak..
sori readers..hehee..
anyway..assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aduii,agak penat sikit hari ni..balik around 9pm.
Minggu2 yang menyibukkan telah datang..
Almaklum projek dah nak serah..
Semoga semua selamat..
apapun sambil membuat claim kontraktor ni sempat lak aku berangan..
eh eh eh ..bukan berangan nak kawin ye..
teringaat zaman2 kanak2 dulu..
tak macam zaman sekarang.
teringat masa tadika kat kampung..
seronok..sebab yang mengajar makcik2 aku..hgehehehe
pastu kawan2 lak kebanyakan sedara mara..hahahaha ..lagi laah..
aku nak mengingatkan sahabat2 sebaya aku kat kampung ni..
manalah si jamaah,liza (err..bukan liza comel tu erk),syed..
along,atan ada lagi kat kampung tu..boy pun..
teringat lak arwah zaki..al-fatihah buat beliau..

kemudian pegi tadika jalan kaki jek ramai2..
petang main baling selipar,teng2,main pondok2..ahak..seronok ooo
yang best aiskrim pelangi...erh tau tak..yang cam kat bawah ni..
hehe...40sen jek time tu..dingdang,tora tu dah perkara biasa..
pastu ada duit sikit pegi try main tikam..eh...tau tak..cam kat bawah ni..
hehe...kira time dulu2 takde ps2,pc pe kejadah tu semua..hehe
paling bangsat pun time tu game tetris..kira terbaik laa..
hahaha..k la..
aku nak sambung buat claim ni..
nanti citer lagi..k guys..:)





Wednesday, 4 January 2012

Tips Diri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Rasanya lama dah KP tak update blog an..
rindu tak?
sebenarnya KP agak sibuk kat site..
Almaklumlaa dah nak serah projek kat client.
huhuhu..seronok gak sebenarnya dengar nak serah2 ni
sebab pasni leh menambahkan ilmu kat projek lain

Eh eh..kenapa pic kat atas tu?
owh..sebenarnya KP nak kongsi sesuatu dengan readers..
apa dia?
Ok..begini..alhamdulillah..syukur sangat2 kehidupan KP agak ok berbanding dulu.
Pertama sekali KP teringat kata2 pakcik KP mengenai rezeki.
Pertama,jangan sesekali merungut mengenai rezeki yang ada.
Misalnya, ketika ini gaji kerja kita cukup2 makan..dan jangan sesekali merungut itu tak cukup ini tak cukup..sebab setiap apa yang kita cakap adalah satu doa. Betul2 tak cukup baru tau...
So,better cakap alhamdulillah..betul kan?

Kedua,janganlah kedekut untuk berbelanja ke arah kebaikan atau mengeluarkan duit tu ke arah kebaikan..
Tak salah untuk kita derma,menolong orang susah..
Dan ini terjadi pada KP sendiri.
Suatu hari tu,memang KP sangat2 kering,dalam wallet cuma ada RM50,dan ketika itu hari jumaat. Gajilak lagi seminggu.Setiap kali jumaat KP akan mendermakan sedikit wang kepada masjid. Dan saat itu juga ada sahabat ingin meminjam wang. Jadi saat itu KP agak berat hatilah untuk bagi. Tapi KP tanamkan keyakinan bahawa rezeki itu datang dari Allah. Dia yang menentukan segala2nya. Kalau KP tak bagi kat sahabat tu,takut lak t dia pnjam kat along ke,orang yang jahat ke,apa ke kan..KP yakin andai KP berniat baik dan ikhlas,Allah akan bantu.
Alhamdulillah,beberapa hari kemudian,KP mendapat bayaran persembahan pentomen yang telah diadakan 2 hari selepas kejadian.

Apa yang KP cuba sampaikan adalah..janganlah kita terlalu memikirkan soal harta benda,
duit2 yang ada..kerana sebanyak mana kita simpan,kita cari..kalau sedikit dah ditakdirkan untuk kita,kita harus terima..jadi gunakan sebaiknya..dan yang penting NIAT,IKHLAS,TAWAKAL,DOA..insyaallah kalian semua tidak akan berasa susah..

SO,gunakan dengan berhemah,jangan membazir pulak..ingat tu..:D
Apa2 pun yang baik itu datang dari Allah,yang buruk itu datang dari diri KP sendiri..
so sama2lah kita beramal kerana Allah..ingat beramal bukan untuk fadhilatnya,tapi beramal kerana Allah..Salam Ukhwah..:)