MAri KIta Berchatting

Wednesday, 4 January 2012

Tips Diri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Rasanya lama dah KP tak update blog an..
rindu tak?
sebenarnya KP agak sibuk kat site..
Almaklumlaa dah nak serah projek kat client.
huhuhu..seronok gak sebenarnya dengar nak serah2 ni
sebab pasni leh menambahkan ilmu kat projek lain

Eh eh..kenapa pic kat atas tu?
owh..sebenarnya KP nak kongsi sesuatu dengan readers..
apa dia?
Ok..begini..alhamdulillah..syukur sangat2 kehidupan KP agak ok berbanding dulu.
Pertama sekali KP teringat kata2 pakcik KP mengenai rezeki.
Pertama,jangan sesekali merungut mengenai rezeki yang ada.
Misalnya, ketika ini gaji kerja kita cukup2 makan..dan jangan sesekali merungut itu tak cukup ini tak cukup..sebab setiap apa yang kita cakap adalah satu doa. Betul2 tak cukup baru tau...
So,better cakap alhamdulillah..betul kan?

Kedua,janganlah kedekut untuk berbelanja ke arah kebaikan atau mengeluarkan duit tu ke arah kebaikan..
Tak salah untuk kita derma,menolong orang susah..
Dan ini terjadi pada KP sendiri.
Suatu hari tu,memang KP sangat2 kering,dalam wallet cuma ada RM50,dan ketika itu hari jumaat. Gajilak lagi seminggu.Setiap kali jumaat KP akan mendermakan sedikit wang kepada masjid. Dan saat itu juga ada sahabat ingin meminjam wang. Jadi saat itu KP agak berat hatilah untuk bagi. Tapi KP tanamkan keyakinan bahawa rezeki itu datang dari Allah. Dia yang menentukan segala2nya. Kalau KP tak bagi kat sahabat tu,takut lak t dia pnjam kat along ke,orang yang jahat ke,apa ke kan..KP yakin andai KP berniat baik dan ikhlas,Allah akan bantu.
Alhamdulillah,beberapa hari kemudian,KP mendapat bayaran persembahan pentomen yang telah diadakan 2 hari selepas kejadian.

Apa yang KP cuba sampaikan adalah..janganlah kita terlalu memikirkan soal harta benda,
duit2 yang ada..kerana sebanyak mana kita simpan,kita cari..kalau sedikit dah ditakdirkan untuk kita,kita harus terima..jadi gunakan sebaiknya..dan yang penting NIAT,IKHLAS,TAWAKAL,DOA..insyaallah kalian semua tidak akan berasa susah..

SO,gunakan dengan berhemah,jangan membazir pulak..ingat tu..:D
Apa2 pun yang baik itu datang dari Allah,yang buruk itu datang dari diri KP sendiri..
so sama2lah kita beramal kerana Allah..ingat beramal bukan untuk fadhilatnya,tapi beramal kerana Allah..Salam Ukhwah..:)







No comments: