MAri KIta Berchatting

Wednesday, 5 October 2011

~~kalau berada ditempatku~~

Salam readers..
hurm..mood so bad rite now..
Dengan keadaan badan yang tak berapa sihat..
Aku menggagahkan diri gak nak update blog ni..
Bukan apa readers..aku berada dalam keadaan sedikit tertekan atau kata orang putih
stress or pressure..
Aku tersepit ditengah2 segitiga bermuda..
Dengan masalah personal yang sentiasa mengganggu hidup aku.
Dengan masalah family yang membolehkan aku menjadi seorang panas baran dengan kerenah masing2
Dengan masalah kerja yang boleh aku katakan BILA PROJEK NI NAK SIAP HAAAHH!!
DAMMMNNNNN IT!!!
Namun aku syukur ke hadrat ilahi kerana aku dapat menangani dan menempuhi segala2nya dengan waras dan berakal..
Kalau tak aku tak tau dimana aku berada..kerana sesungguhnya bagi aku amat menderita..
Dengan senyuman yang aku berikan dan gelak tawaku sekurang2nya dapat menyembunyikan penderitaan yang aku alami.. :)
Baguskan camtu?Tul Ke?
Hanya doa kupohonkan agar segala masalah2 ini dapat diselesaikan dengan mudah dan tenang..

Yup,seminggu ni aku pun tak tau kenapa setiap malam aku bermimpi sidia..
hatiku kuat menyebut nama dia..fikiranku asik berfikir pasal dia..
aku tak pasti kenapa?adakah dia dalam bahaya?atau sakitkah dia?atau dia ada masalah?
Hurm...aku pun tak tau kenapa walaupun banyak kali si dia buat aku macam2..
tapi kenapa aku masih merinduinya??sepatutnya aku membencinya?kenapa??Erm..ntahla..
aku harap dia sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat selalu..just be ourself dear..
Dan aku juga berharap dia sentiasa mengingati apa yang aku katakan padanya,apa yang aku tegur padanya..kerana aku tidak mahu dia menjadi orang yg sia2 di kemudian hari..setiap apa yang aku lakukan selama ini semestinya dia didahulukan..biarlah aku sendiri yang mengetahuinya...

Dan kepada orang2 tua yang aku hormati...sesekali fikirkanlah seorang hamba yang hina ini. Hamba ini pun ada perasaan. Buangkan segala ego,buangkan segala dendam dan sakit hati..yang tersepit ni hah..hamba ni yang tersepit..memang hamba ini tidak masuk campur dalam hal urusan korang..tapi ingat..tempiasnya ada juga..telinga da sakit dengar orang cakap2 sana sini..hati dah meronta2 nak memberontak supaya korang tau hamba ini masih wujud..Ingatlah dimana asal usul kita..hamba ini berharap sangat korang ni berbaik2 taw...senyuman hamba ini hanyalah untuk menutup kesedihan hamba saja...dibuat2..Kalau kita tidak mahu menjadi seseorang yang zalim,jangan kita menjadi seperti mereka..kalau seseorang itu menghina kita,kita diam..minta doa padaNya supaya orang itu menjadi orang yang baik..Kalau kita menghina balik kita sama jek dengan mereka..Zalim gak..so..pandai2 koranglah..korang da makan garam dulu dari hamba..apalah sangat hamba yang hina ini...bukan nak biadap tetapi nak memberi sedikit info yang hamba ini masih hidup..itu saja..:)

Hah..yang satu lagi ni..bila nak siap projek?asik EOT EOT EOT!!! Apa lagi yang kurang???
Bila da dapat EOT kang mula la melambatkan kerja balik..aahh..damn it laa korang...
Cepat2 sikit..aku dah tak tahan da ni...:P





No comments: