Hari-hari kulalui dengan hati yang sangat hiba,menaruh harapan dan rindu yang teramat sangat.
Setiap hari wajahnya sentiasa membayangi diriku.
Apakah semua ini?
Walaupun dia sudah banyak kali melukai diri dan perasaan aku..tapi kenapa diri ini merinduinya?
Adakah cinta?adakah sayang?adakah...ahh..
Walaupun aku sentiasa memikirkan perkara yang negatif yang dia lakukan padaku..
tapi makin ingin aku benci,makin ingin aku lupakan..
semakin kuat bayang wajah,perasaan rndu datang menerpa diri aku..
Memang benar aku geram dengan dirinya
memang benar aku marah padanya..
memang benar aku kecewa dengannya..
memang benar aku sedih dengan sikapnya..
tapi..perasaan itu belum kuat untuk menandingi
rasa kasih sayang,cinta dan rindu yang sentiasa utuh sejak pertama kali aku lihatnya..
Egokah aku?
Mungkin benar..
selama ini pun aku sentiasa mengharapkan mimpi indah..
selama ini pun aku sentiasa mengharapkan permata yang indah2..
selama ini pun aku selalu mendambakan kebahagiaan bersamanya..
semua kerananya..
harapan yang tinggi ku berikan padanya..
pengorbanan yang bagiku tidaklah seberapa untuk dirinya..
semua untuk orang yang aku sayang..
Tidak mengapa..aku semakin sedar..
aku sedar siapa diri aku..
Aku rasa terkilan kerana aku tidak mempunyai sifat mementingkan diri,berlagak,panas baran,
kaki perempuan..
sebab selama ini aku hanya dengan dia..kemana saja..dia..berdua..
ntahla..memang telah ditakdirkan untuk aku menempuhi segalanya begini..
aku pasrah..
Dengan ini,aku akan memulakan hidup baru sebagai seorang lelaki yang baru..
Aku hanya bermohon kepada Allah supaya tidak melakukan perkara2 yang diluar batasan..
Aku bermohon kepada Allah agar diriku dilindungi dari segala perkara yang memudaratkan..
dan Aku bermohon pada Allah agar aku diberi petunjuk dan hidayah agar aku menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara..
dan kamu..aku harap andai kamu membaca perkara ini..
ingin aku katakan yang aku sentiasa menyintai kamu,menyayangi kamu..walaupun kamu tahu selama ini aku tidak mengungkapkan kata2 romantis,kata2 indah kerana apa yang aku lakukan sudah cukup membuatkan engkau tahu yang aku sentiasa menyintai kamu..itupun kalau kamu memahami dan mengerti setiap apa yang aku lakukan..
Bukan kerana untuk diri aku sendiri..tapi untuk kebaikan kamu..kerana aku tahu kamu tidak seperti yang kamu tunjukkan..
secret garden-Melancholy - Sad piano_violin music
No comments:
Post a Comment