MAri KIta Berchatting

Monday 17 October 2011

Tips tenang Jiwa dan raga - Air Musoffa

Salam readers..
lama gak kan aku tak update blog ni.
Agak sibuk sikit..
Oklaa.kali ni aku nak kongsi dengan korang satu benda
hah..nampak pic bawah tu

Pic atas tersebut adalah air musoffa yang telah diproses dan dijual di merata tempat.
Harga di pasaran adalah RM10.
Musoffa adalah satu perkataan arab yang bermaksud 'suci dan yang disucikan'.
Kaedah ini juga dinamakan sebagai 'rawatan pinggan putih' pada zaman silam.
Menarikkan?

Apa isi kandungan dalam air musoffa ni?
Antaranya adalah air tapisan bermutu tinggi,air zam zam, ayat2 suci alquran dan dakwat za'faran.

Tertib sebelum minum air ini:
1. Baca Al-fatihah
2. Selawat ke atas nabi
3. Mohon sebarang hajat yang dikehendaki.
Insyaallah akan terlaksana.
4. Minum air tersebut.

Siapa yang perlu minum?
Tidak kira peringkat umur dari janin hingga ke tua..
kanak2 yang degil dan lembap..
orang2 dewasa dan kanak2 yang sihat dan sakit..
tidak kira siapapun boleh meminumnya..

Kandungan Khasiat Air Musoffa
- Sebagai ikhtiar bagi penawar segala penyakit.
-Sebagai ikhtiar pendinding dan penyembuh.
- Sebagai ikhtiar keselamatan.
- Sebagai penguat akal dan pembersih rohani.
- Sebagai penjagaan kesihatan dan kekuatan jiwa.
- Sebagai ikhtiar mendapatkan hajat.

Air Musoffa hendaklah dijadikan wasilah sebagai ikhtiar bagi mendapatkan bantuan Allah dalam segala hajat. Lakukan ibadah asas yang dituntut sebagai penguat kepada kemakbulan doa kita. Yakinlah dalam ikhtiar ini dan bertawakal kepada Allah kerana tidak ada satu pun penyakit yang tidak boleh diubati melainkan mati dan tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Beramal bukan sebab fadhilat tapi sebab Allah swt.
Salam ukhwah..





2 comments:

ZWAN SABRI said...

kat mana ek nak dapatkan air nii? tak penah nampak dijual pown.. HUHU

MySuaraBlog: Gigi Kuning, Gosok Gigi, Tandas..

Ecul said...

kedai2 jamu mesti ada...