Hah..tajuk entry aku pagi ni agak berat sikit. Sebabnya idea aku tiba2 muncul dan ingin ku luahkan apa yang terbuku dihati..Terima kasih pada sesorang yang 'post' wall di Facebook..dengan mengatakan
Apa pendapat korang??
Disini aku nak kupaskan dan mengutarakan pendapat aku.
Jika kita selidik,kita fikir2kan ketika masa 90-an ke bawah kebahagiaan memang tidak akan dapat dibeli dengan duit. Sebab, orang dulu2 percaya yang kasih sayang adalah lambang kejayaan, kebahagiaan seseorang. Jika kita tiada kasih sayang, hidup kita akan porak peranda. Contohnya, pada zaman sekarang..kita lihat ramai masyarakat kita berlumba-lumba hendak jadi kaya,saya pun tidak ketinggalan..kerja kerja kerja..namun di suatu sudut yang lain kita akan lihat kasih sayang terutama kedua ibu bapa dengan anak semakin luntur disebabkan kesibukan bekerja. Apa yang anak buat di rumah atau di luar rumah tidak diambil peduli.Lantas berlaku la pembohongan dari anak..anak derhaka...mencuri..buat itu buat ini yang boleh disabitkan kesalahan jenayah..
Kita boleh lihat di kaca televisyen betapa ramainya anak2 di luar sana yang ketagih kasih sayang. Cuba kita tanya anak-anak remaja dalam lingkungan 18 tahun kebawah..terutama bohsia2, minah2 dan mat2 rempit dan banyak lagi remaja yang berpeleseran..apa sebab mereka jadi begitu!! Pertama2 sekali jawapan mereka..BOSAN DI RUMAH!! jika kita lihat kebanyakan mereka anak2 orang berada dan sempurna kehidupan mereka..apa yang mereka minta akan terlaksana..tapi mengapa jadi begitu..NAh kita renungkan kembali!!
Duit dan Kekayaan pada zaman sekarang memang amat diperlukan. Tetapi kita sebagai manusia perlu ingat yang perasaan cinta kasih sayang sebenarnya amat kuat dan perlu kita tanamkan sifat itu..Kita boleh lihat betapa duit boleh membeli kebahagiaan orang lain..
Lihat la bagaimana seorang isteri boleh meninggalkan suami semata2 kerana lelaki kaya, begitu jugak sebaliknya.. lihatla bagaimana kes cerai berai yang meminta nafkah beribu2 atau berjuta2..kita lihat bagaimana anak2 terutama perempuan jadi GRO,Pelacur semata2 kerana nak kaya...
Disini saya ingin katakan bahawa..banyak cara lain yang memang boleh menjadikan kita lebih dari apa yang kita ada sekarang..PM kita sendiri mengatakan yang rakyat perlu menjana pendapatan dengan menggunakan internet..NAH..home business..
SO..dengan adanya Home business..kita tidak la perlu meninggalkan anak2, keluarga..kita boleh meluangkan masa dengan keluarga di rumah..Tapi ingat, jangan la terlalu leka dan mengabaikan pula tanggungjawab anda di rumah.. JIKA tidak..anda sama seperti yang di atas tadi...
Sedar la wahai rakan2 dan masyarakat.. kasih sayang antara satu sama lain amat diperlukan.. Kita tidak akan bahagia andai satu dari nikmat yang Allah beri ini tidak kita hargai dan kita lepaskan begitu sahaja..Bersama-sama kita berkasih sayang, hormat orang tua dan bantu membantu sesama kita agar perpaduan dan keutuhan menjadi kekuatan kita di suatu masa nanti
No comments:
Post a Comment