MAri KIta Berchatting

Friday, 19 November 2010

Kahwin usia Muda VS Kahwin Lambat

Salam to all readers...wah..musim cuti sekolah bermula dah ni..Hah..kat umah aku berlambak wedding card. tu lom campur invite di facebook..peh..pening2..kih kih
Ok..actually aku sebenarnya tak tau nak post apa malam ni..Tetiba jek aku terfikir tentang tajuk entry kat atas tu..Kahwin Muda VS Kahwin Lambat..ni pun aku terperasan post sahabat fb aku yang membincangkan hal ini.thanks to Ummul Aienn

Actually banyak perkara yang boleh dibincangkan di sini. Jika orang dulu-dulu boleh kahwin seawal usia 16 tahun kenapa sekarang tidak? Pelikkan ??sedangkan remaja sekarang di awal 12 tahun atau mungkin muda lagi dah mengalami kemanisan dalam alam perkahwinan ini. Tak tau la apa nak kata. Namun bagi aku jika orang dahulu boleh lakukan kenapa kita zaman yang serba maju tak boleh lakukannya..imposibble kata orang putih pun. Untuk perkara yang ini aku sokong kahwin muda..

Ok, kita berbalik pula pada keadaan ekonomi dulu dan sekarang. Jika kita lihat pada zaman sekaran,nowadays kata orang putih, purata pembelanjaan bagi setiap orang meningkat dari tahun demi tahun. Ini kita dapat lihat dengan kenaikan harga barang keperluan, petrol, dan utiliti yg lain. Dari situ akan timbul rasa keraguan terutamanya seorang lelaki dan ibu mertua bagi lelaki tersebut, bolehkah aku mnyara isteri dan anak2 nanti..?? Maka akan timbul bermacam-macam perkara seperti pergaduhan, cerai berai dan macam-macam lagi perkara yang tak elok jika kita tidak bersedia untuk berumah tangga. Dari itu, kita akan dapat lihat sesetengah lelaki dan wanita akan bekerja dan belajar dahulu dan jika semua dah stabil baru mereka berumahtangga. So kesimpulannya di sini..sumber ekonomi,kewangan perbelanjaan harian merupakan salah satu faktor mengapa lelaki dan wanita kawin lambat.

Bagi sesetengah penduduk di Malaysia terutamanya Melayu yang amat mementingkan maruah dan agama. perkahwinan merupakan satu perkara yang serius dan amat bermakna. Ini kerana, di alam perkahwinan, lelaki dan perempuan yang tidak ada sebarang pertalian akan duduk sebumbung dan bersama-sama selama mungkin dalam menjalani kehidupan harian mereka. Oleh sebab itu, akhir2 ini kita dapat lihat di kaca televisyen mahupun media akhbar sentiasa menyiarkan berita tentang penceraian. Ini juga merupakan salah satu kenapa ramai di antara mereka kawin lambat. Di sini saya ingin memberi pendapat bahawa jika kita buang sifat ego, sombong dan melahirkan rasa hormat satu sama lain, faham memahami perkara2 seperti penceraian tidak akan berlaku. Kemesraan yang dijalinkan akan kekal abadi dan pasangan akan merasa bahagia selamanya.

to be continueD....



No comments: