MAri KIta Berchatting

Monday 11 April 2011

Sebab Kenapa Harus Tinggalkan Si Dia

Salam readers..lama dah aku tak postkan tips2 mengenai hal ehwal semasa..hahaha..
Anyway,kali ini aku nak kongsikan dengan korang beberapa sebab kenapa kita mesti tinggalkan pasangan kita sama ada bf/gf dan yang berkaitan dengan cintan cintun ni.ok..check it out

1. Tiada Sifat Saling Mempercayai Antara Satu Sama Lain

Selain sifat memahami dan hormat menghormati,mempercayai pasangan merupakan salah satu asas dalam perhubungan. JIKA tiada sifat ini kenapa harus kita menyintai dan menyayangi pasangan. Betulkan? Sikit2 tak caya,sikit tak caya..abis tu bila dah kawin nanti bagaimana agaknya kan?renungkanlah...


2. Pasangan Yang Curang.

AHah...ini lagi satu sebab kenapa anda harus tinggalkan pasangan anda. Main Kayu Tiga..plzz sesapa yang ingin curang..jagalah hati pasangan anda..sebab suatu hari nanti jika anda curang, anda juga akan dicurangi..tul ke ayat aku ni..camtu laa..dilain masa aku akan postkan tips mengetahui pasangan anda curang.


3. Selalu Ungkit2 Hal2 Yang Tidak Sepatutnya.

Yups...sebab ketiga ini merupakan salah satu sebabnya. Sebab,bila dah ungkit2 ni alamat akan jadi perang besar la bila anda kawin nanti. Seharusnya pasangan perlulah menghormati antara satu sama lain. Jadikan hal2 yang lalu sebagai kisah silam dan mulakan yang baru. Beri peluang kepada pasangan untuk berubah dan jangan sesekali kita mengungkit akan kesalahan,kesilapan,dan keburukan pasangan..tu belum kawin tu kawan2..dah kawin nanti..mau yang dalam kain pun diungkitnya...So..untuk kebaikan..baik tinggalkan pasangan anda kerana ada yang lebih baik lagi..


4. Percayakan rakan2 sendiri dari diri anda.

Perkara ini selalunya terjadi kerana terlalu percayakan rakan2. Ini biasanya terjadi bila seseorang rakan pasangan anda tidak suka pada anda atau dia sendiri suka pada pasangan anda. Maka pelbagai cara akan dilakukan agar anda dan pasangan akan berpecah belah. Kena pulak pasangan anda terlalu percayakan rakannya. So langkah terbaik adalah berbincang..tapi jika pasangan anda jenis percayakan rakan sangat2 baik anda tinggalkan dia..itu lebih baik untuk anda dan pasangan..sebab nanti leh jadi cemburu tahap maksima


5. Hati yang Tidak Tetap.

Maksud aku disini adalah bila time suka ok tapi bila kata tak suka kita...semuanya tak ok..camtu lah maksud aku..mula kata sayang pastu tak..pastu mintak maaf cakap sayang ..eh pastu kata tak...so..baik tinggalkan jek


6.Perangai Yang Tidak Berubah

Memang manusia tidak diciptakan sesempurna sifat. Namun,kita sebagai manusia juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Namun andai pasangan anda masih mengekalkan perangai yang lama,walaupun benda tu amat salah dan seharusnya diperbaiki..maka tinggalkanlah dia..supaya bila anda dah kawin nnti ia tida memudaratkan anda dan pasangan anda.


7. Pasangan yang Tidak Menghargai Diri Anda

Sebab ini merupakan sebab yang selalunya terjadi. Mana tidaknya..anda dah banyak berkorban pada bf/gf,buat itu ini,buang ego,beri itu ini..alih2 dia buat dek jek..terima kasih pun tidak..apatah lagi nak hargai..so..langkah terbaik...selamat tinggal..


8. Materialistik

Yess..sebab ini merupakan sebab yang paling famous..kan2?

9. Cemburu Buta.

Cemburu yang sangat2 tinggi..memang tahap gaban laa..smpaikan kita keluar dengan bapa/mak saudara kita pun leh cemburu..bahaya tu


Anyway...sebab2 di atas merupakan sebab yang selalunya terjadi di muka bumi ini berdasarkan kajian dan penyelidikan ahli2 cintan cintun yang bertauliah..apa2 pun setiap perhubungan ada pasang surutnya..selagi kita mampu mempercayai,menyayangi,dan menyintai pasangan,hargai lah dia dan sayangilah dia sebaik mungkin..kerana kasih sayang kita itu merupakan asas kebahagiaan dalam perhubungan. Cintailah pasangan anda seikhlas mungkin kerana aku percaya keikhlasan,kasih sayang dan kejujuran dapat mengatasi kekayaan,kebendaan dan kemungkaran..

ok..




2 comments:

deDetz said...

betul-betul
tapi, kalau hati dah sayang, cmana?
uhuhu~

Ecul said...

berserah jela pada tuhan..dia yg menentukan segalanya,