eh..kenapa2..
tula..tengok lagi cerekarama..
akhirnya..tamat gak cerekarama kat tv3 tu tadi..
sangat menyedihkan hati,meruntunkan jiwa aku..
cerita Bara Cinta Ramadhan kali ini amat menyeksa jiwa.
Apa taknya nak mengawal perasaan sedih aku yang bila2 masa jek akan terluah.
Airmata dah bertakung kat kelopak mata..
Serius sangat2 sedih cerita ini..
Bara Cinta Ramadan mengisahkan Malik (Zamarul) seorang pemandu lori berumahtangga dengan Ita (lakonan mantap Jasmin Hamid). Kehidupan mereka amat sederhana namun tidak disenangi oleh ibu mertua Malik,Arpah lakonan Fauziah Nawi. Arpah selalu membandingkan Malik dengan seorang lagi menantunya Samsudin (Ako Mustapa) yang bekerja kerajaan.
Seperti tahun-tahun lepas, apabila Ramadan menjelang, Malik menolak untuk bekerja lebih masa supaya dapat berbuka puasa bersama anak-anak dan membawa keluarga berterawih di masjid.
Namun, tindakan Malik tidak disenangi oleh Arpah kerana sudah dua tahun Malik mengambil keputusan seperti itu. Arpah malu kerana sebahagian dari makan minum dia dan Malik sekeluarga ditanggung oleh Shamsuddin, suami kepada adik Rozita. Arpah mula berulang kali menghasut Rozita supaya memaksa Malik mencari duit sebanyak mungkin untuk persediaan 1 Syawal. Justeru itu, Rozita yang sebelum ini terkenal dengan isteri yang amat memahami, mula mendesak Malik.
Secara ringkasnya,kisah kali amat menyentuh perasaan. Dan secara kesimpulannya,adakah relevan apabila kita berumahtangga,kita harus duduk dengan mertua? Kalau relevan apa sebabnya dan begitu juga kalau tidak relevan apakah sebabnya. Apa pendapat korang..hah..apa kata kalau korang buat satu entry mengenai tajuk:
Perlukah kita tinggal bersama Mertua setelah berumahtangga?
Kemudian postkan link korang kat ruangan komen ni nanti.. Boleh?
1 comment:
Pada pandangan saya, baik duduk sendiri. Drama ni memang touching, tapi tak memuaskan hati. Watak Malik ni sepatutnya lebih munasabah. Dia digambarkan sebagai seorang suami dan bapa yang baik cuma dia miskin. sebagai ketua keluarga yang baik, dia kena fikirkan keperluan keluarga. Dahlah duduk dengan mentua (rumah free)..jadi memang tak sepatutnya baju raya anak, kuih raya dia boleh miss. Kawan dia nampak lebih steady. Beli rantai tu 'ekstra' je nak buat dia nampak lagi susah. Then endingnya dia mati kena langgar.. Just nak buat orang kesian. sepatutnya orang yang berniat baik.. watak baik.. endingnya kenalah lebih bermaruah. Bukan dalam kemiskinan dan berhutang. Pastu mak mertua dia nampak menyesal.. itu jelah. Saya tak setuju watak mak mertua yang masuk campur dan menghasut ni.. tapi watak menantu tu kenalah dikuatkan sikit. Watak Jasmin pun tak best, isteri baik.. tapi 24 jam murung/ muram je. Tak perlulah mcm tu. Kerjanya di rumah cuma basuh kain 2,3 helai, pastu termenung sana sini. Tunjukkanlah dia berusaha, buat kuih ke (dah suami tak mampu beli). Drama kenalah bagi input yang segar kepada penonton.. asyik2 bila drama malayu ni.. kena tekan je, mati... kena langgar lah, kanser otaklah.. pastu yang 'watak jahat'.. menyesal.. terlalu clear watak putih dan hitam.
Post a Comment