MAri KIta Berchatting

Tuesday 20 September 2011

MAS VS JAP (KELAYAKAN OLIMPIK 2012)



Tepat Jam 7 petang nanti maka bermulalah aksi anak2 buah Ong Kim Swee untuk memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik 2012. Perlawanan yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia yang pastinya mengharapkan sesuatu keputusan yang membanggakan.

Apapun dengan khabar yang agak merisaukan dimana Wan Zack Haikal aset utama skuad Olimpik ketika ini masih belum cergas sepenuhnya. Namun berharap dapat diturunkan pada perlawanan itu nanti.

Secara keseluruhannya,pasukan ketika ini mempunyai moral yang tinggi untuk mencipta sesuatu. Dengan gawang dikawal oleh Khairul Fahmi Che Mat, benteng yang dikawal ketat dan diketuai oleh Muslim Ahmad,Fadhli Shas,Zubir Azmi,Mahali Jasuli, seluruh rakyat Malaysia berharap agar mereka ini bermain dengan baik dan tidak leka dan lalai membiarkan penyerang Jepun yang diketuai oleh Kensuke Nagai dari dibolosi.

Di bahagian tengah yang diketuai oleh Abdul Shukor Jusoh, Wan Zack Haikal, Mohd. Fandi Othman dan K. Gurusamy dapat memberikan impak dengan kawalan dan mutu permainan yang baik kerana penguasaan dibahagian tengah amat penting dalam menentukan hala tuju pasukan dalam permainan. Corak serangan balas Malaysia semestinya amat dikagumi dengan Fandi Othman dan Wan Zack dibahagian sayap sentiasa memberi kerisauan barisan pertahanan lawan.

Di bahagian serangan, A. Thamil Arasu dijangka bakal digandingkan bersama Izzaq Faris Ramlandan seterusnya dapat membuat jaringan.

Dengan pelbagai pendedahan yang diberikan terutama latihan di Slovakia diharap skuad Olimpik Malaysia dapat menunjukkan satu permainan yang menarik dan membanggakan. MALAYSIA BOLEH.

Jangan lupa saksikan perlawanan di TV2 dan ASTRO ARENA pada jam 7 ptg ini. Sama2 kita doakan kejayaan pasukan kita..MALAYSIAAAAAAA...........




No comments: