MAri KIta Berchatting

Tuesday, 29 November 2011

Adoii...lupaa

Salam readers..
eh terlupa lak aku ada blog..
hehe..sorry guys..
terlalu menyibukkan diri..
dan idea pun takde..
lagipun banyak sangat jemputan kenduri kahwin ni
almaklum cuti sekolah..
kan kan kan
aku pun tidak ketinggalan untuk sertai mereka2
bukan sebab aku kahwin
tapi pergi ke rumah mereka..
ada yang aku pergi
ada yang aku tak pergi.
yang mana aku tak pergi tu aku mintak maaf sesangat..
yela..
bayangkan satu hari 3 4 undangan perkahwinan...
ermm maaf ye
errr..aku nye wedding?
sabarlaa ye kengkawan..
insyaallah bakal menyusul..
sapa?
tunggu jek laa...
k
^_^






Wednesday, 23 November 2011

Jangan KEmaruk sangat boleh tak!!!!

Erk..salam readers..
hurm..tajuk entry macam ganas jek an?
apa pun tak boleh..
bukan apa aku sekarang sedang kemaruk mengedit gambar
snap edit
snap edit
snap edit
seronok pulak main2 dengan photoshop dan picasa ni..
meh2..jom tengok apa yang aku da buat


Hurm actually masa entry ni ditulis atau dipost aku baru jek lepas menitiskan air mata,
lepas balik dari tengok bola,
aku siap2 tuk solat..dan time tu hati aku terasa sebak
macam2 dalam kepala aku time tu..
selesai saja solat apa lagi,menitis mutiara aku ni..aduhai..
actually kesepian dan kesunyian melanda diri aku sekarang ni..
hanya tuhan saja tempat aku mengadu..
hanya pada Dia saja tempat aku meluahkan segala-galanya kerana aku tahu Dia Maha
Mengetahui segala2nya..




Monday, 21 November 2011

Tahniah Buat Harimau Muda

Alhamdulillah..
itulah ungkapan pertama yang aku ungkapkan
Akhirnya berjaya juga Malaysia menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir bolasepak
Sukan Sea yang ke 26 ni.
Dengan puluhan ribu atau beratus ribu penyokong tuan rumah membanjiri stadium,
ia tidak mematahkan semangat Malaysia untuk menggondol pingat emas kedua berturut2.
Tahniah sekali lagi.

Hurm..sepanjang perlawanan tersebut,fikiran aku berada entah dimana..
Aku sentiasa teringat beberapa ayat atau frasa yang seseorang berkata kepada aku..
"Saya tau saya cantik, awak jangan terkejut,sekali saya petik 10 yang datang."
OK..fine..i know u are pretty..
but i know who you are..dan aku sentiasa berharap engkau menjadi orang yang lebih baik.
orang yang lebih memahami,menghargai dan kenal erti kesetiaan,kejujuran dan pengorbanan.
Dan aku mengharapkan engkau menjadi orang yang lebih menghormati orang tua,
berfikir sebelum bertindak dan fikirlah jangka masa panjang..

Aku tahu aku seorang yang lurus..orang kata A,A la aku..orang kata aku sayang kau..aku pun perasanlaa yang orang itu menyayangi aku..damn..tuhan saja yang tahu betapa hati aku begitu lembut tidak seperti luaran aku yang ceria..(ceria la sangat)

Dan untuk pengetahuan engkau...
aku tidak suka memutuskan apa2 jua perhubungan yang telah dibina terutama dengan orang yang lebih tua dari aku..seperti ibu bapa dan sedara mara..
so kalau engkau meminta aku tidak menghubungi orang tua kau..maaf..aku dah anggap mereka seperti orang tua aku jua..
maaf..

hai..entahla..sepatutnya aku gembira atas kejayaan cemerlang Malaysia..tapi aku sedihlaa..
aku sedih sebab ketika ini aku memerlukan seseorang..
seseorang yang aku percayai,seseorang yang boleh menjadi pendengar dan pendorong yang baik.
Aku tak mahu apa yang jadi sebelum ini terjadi lagi..
Sedih gak laa tengok orang kawin,lafaz nikah dengan sekali lafaz..
duk kat pelamin,baca lafaz taklik..peh..meruntun jiwa dee...
tak memasal air mata aku jatuh..
hai..
merepek laa aku memalam ni..
k laa..aku nak tido
esok cuti...n
tahniah buat team malaysia




Tuesday, 15 November 2011

OST Ombak Rindu



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku






Suka2...

Janganlah membicarakan soal hati dan perasaan
Andai diri tidak setia..
Jangan menyoalkan perasaan kasih dan sayang
Andai hati sentiasa berubah2
Belajar untuk setia
Belajar untuk bahagia
Belajar untuk menerima kekurangan
Belajar kongsi kelebihan
Baru semua lengkap menjalani kehidupan

Hati yang sentiasa berubah2
tidak akan mengecap kebahagiaan
mudah bosan
Percayalah..
andai hati itu taat pada yang satu
akan merasa erti pengorbanan
akan merasa erti kasih sayang
akan merasa erti kerinduan
dan akan merasa erti kebahagiaan.

Pilihlah jalan yang betul
Jangan hanya mengungkapkan janji
Andai diri tak mampu
Jangan memberi harapan
Andai hati selalu berubah.
Biar sakit ketika cinta hendak berputik
jangan sakit ketika cinta sudah bersemadi dihati
Sukar untuk membuang
Sukar juga untuk melepaskan
Hanya tuhan yang tahu
Kau tetap ku tunggu..








Monday, 14 November 2011

Blog Review 1



Salam readers..
aku sebenarnya sangat menanti2kan update dari satu blog ni
thats a very nice blog..
sangat2 kreatif dan kadang2 isinya padat dan memberi kita pelbagai info dan maklumat.
Ada masanya blog tersebut membuat aku tergelak dan ketawa.
Sangat2 best blog ni...

so kalau ada masa singgah la ke blog tersebut..
nak tau lebih lanjut..
klik kat sini




Kecil2 cili padi



Salam readers..hehehehe...amacam..terbaik tak adik aku yang kecik..
sekarang ni pantang dengar lagu,asik nak joget jek.
Especially zapin song..huahuahua..





Sunday, 13 November 2011

Hanya Kau..

"Haris,awak sayang saya tak?" Ainul berbicara memecahkan kesunyian malam itu.
Perjalanan dari Seremban menuju ke selatan tanah air membuatkan Ainul berasa bosan dan lagu Memori Bahagia Nyanyian Sahri AF membuatkan dia mengantuk. Haris yang diam dari tadi menoleh kepadanya.

"Erm....kenapa awak cakap macam tu? Awak tak percaya saya erk. Awak tau tak, bintang yang bertaburan di langit belum dapat menggantikan bulan yang satu. Begitulah sayang dan cinta saya pada awak Ainul. Walaupun bidadari cantik,puteri raja sekalipun saya tetap memilih awak. Hurm..saya pun nak bertanya pada awak..adakah awak,Ainul mencintai dan menyayangi saya?"
Haris berkata dengan yakin dan serta merta memandang Ainul yang terdiam.

"Haris,saya pun begitu..Saya akan berubah bila orang kenakan saya,orang buatkan saya. Dalam hati saya hanya ada awak saja Haris.Kalau apa2 jadi pada saya atau saya berubah,cepat2 ubatkan saya tau?"
"Isk awak ni...kesitu pulak..Insyaallah..saya percaya pada awak Ainul.."

Kemudian mereka senyap kembali dan Haris memberi fokus kepada pemanduannya.

Ponnnnnn!!!!
"Hoiii,jalanlah..dah hijau tu..hooiii."
Haris terkejut dan terus meneruskan perjalanannya ke rumah. Kini Haris keseorangan kerana Ainul telah memutuskan pertunangan dengannya. Masih terngiang2 dikepala Haris akan perbualan antara dia dan Ainul yang membuatkan Haris tidak percaya yang dia akan kehilangan Ainul. Kejahilan dan kejahatan seseorang yang menggunakan ilmu hitam telah memisahkan mereka berdua. Mungkin itu penyebab saja,masing2 ada kesilapan..aku pun salah gak...takpela.dah takde jodoh..Insyaallah ada jodoh tak ke mana..bisik hati Haris.

Kini,Haris meneruskan kehidupan sendirian walaupun ada di antara keluarganya mengkenen2kan dia dengan orang lain. Tapi,rasa kasih sayang,cinta yang sejati kepada Ainul masih tidak pudar. Setiap kali dia berdoa agar Ainul sentiasa bahagia,Ainul sentiasa ceria dan Ainul menjadi orang yang baik. Dan setiap kali itu juga dia berdoa agar andai inilah jodohnya,dekatkanlah kembali aku dan dia dan jika ia bukan jodohku,jauhilah aku dari dia dan buangkan rasa kasih sayang aku dan cinta aku padanya kerana sesungguhnya diri ini menyayanginya sepenuh hati. Ya Allah...itulah ungkapan doa yang sentiasa membasahi bibir Haris.

Pak Dolah dan Mak Nab juga amat risau dengan perubahan Haris yang semakin menjadi seorang pendiam,menyepi dan berkurung sahaja dibilik,nampak lemah dan kurus. Setiap malam juga mereka berdoa agar anak mereka ini dapat kembali seperti biasa dan mendapat jodoh yang mampu memberi kegembiraan dan kebahagiaan mereka sekeluarga.


------------------------------------------------------------------------------------------------



Minggu Yang Memedihkan

Salam readers..
hurm..kali ini aku nak rangkumkan semua perkara yang berlaku minggu lepas
nah..pertama sekali..
luka kaki aku masih belum sembuh sepenuhnya.
Apa taknya...luka melecet guna kasut baru..
So melecet kat buku lali lak tu..
ibu jari kaki kanan pun taknak ketinggalan nak join melecet..aduhaii..

Baru jek luka tu nak sembuh..
nah kena lagi musibah..
tumit kaki aku tertusuk paku..
paku karat lak tu..
adoi..sekarang baru terasa bisanya..
macam nak demam lak diwatnya..
bisa oooo!!

Sabtu aku berada di shah alam bertemu Mr Alip.
Ada urusan sedikit..
erm..urusan yang mungkin dapat memberi sedikit kesenangan di masa depan..
Aku juga ingin buktikan pada seseorang yang aku juga boleh..
Kemudian aku lepak2 di Klang
dan berjumpa dengan mak dan abah Liz
hurm..rindu juga sebenarnya dengan diorang..
yela..aku dah makin rapat dan aku dah anggap diorang seperti mak abah aku sendiri..
walaupun apa yang terjadi tidak mungkin dapat mengikis
perasaan kasih sayang aku pada diorang.
kitorang lepak kat warung dekat dengan Nagoya.
Borak macam2..yelah dah lama tak jumpa..
seronok gak dapat jumpa diorang..
Namun ada sesuatu yang mungkin belum masa lagi aku nak bercerita kepada mereka..
Insyaallah suatu hari nanti aku akan bercerita kepada mereka..
Kemudian aku gerak pulang setelah hampir 2 3 jam borak..
terasa sekejap lak..
Mak Abah..saya mintak maaf

Ahad 13.11.2011
Aku berjumpa dengan rakan lama..
wah dah lama gak tak jumpa..
(malam 2 hari nak raya baru jumpa)
hahahak..
peh..borak punya borak...
seronok gak..
sangat2 hepi aku dapat jumpa dia..
dah lama oo tak borak2..
kemudian aku balik ke rumah..
dan tak semena2 kaki aku berasa sakit dan bisa dek penangan paku tu..
adoiiiii...





Wednesday, 9 November 2011

Hummmmmmm

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dah berkali2 aku menguap menandakan masa untuk tidur. Tapi keinginan untuk bermimpi belum tiba.Panadol dah ditelan 2 biji tapi masih juga mampu bertahan. Novel Rindu Cintaku karya Fauziah Ashari telah aku khatamkan. Kisah kesinambungan novel Ombak Rindu dan Cinta...Tiada Akhirnya.
Hurm...hobi aku yang semakin menjadi2 ni membuatkan aku lupa pada peristiwa2 yang menyedihkan. Lebih2 lagi bila tau filem Ombak Rindu bakal ditayangkan dipawagam. Sekurang2nya ada gak benda nak aku buat. Sambil membaca dapat gak mencari ilham..kan?

Keasyikan membaca novel tersebut membuatkan aku lupa sehinggakan SMS pun aku tak dengar. Maaf erk ,nanti esok saya SMS kamu.heeeee..

Kerinduan pada si dia nyata membelenggu sanubari aku. Apatah lagi membaca novel yang sesekali ada terkena batang hidung sendiri. Hurm..mampukah aku menjadi seperti Hariz yang sentiasa merindui dan menyintai Izzah seorang walaupun apa yang terjadi..argghh...ada jodoh tak kemana,bisik hatiku.

Bila memikirkan perkara tersebut,maka timbullah perkara2 yang menyakitkan aku yang si dia buat. Aduhai,ini membuatkan aku semakin keliru dan bingung. Setiap kali memikirkan dia,setiap kali itulah apa yang dilakukan padaku membuatkan aku rasa kecewa dan terkilan padanya. Hurm..aku menarik nafas panjang setiap kali memikirkannya. Nah..lengan aku ni lebam2 yang aku sendiri tak tau mana datang ntah..leher n bahu aku rasa lenguh dan sakit. Yoko2,koyok dan minyak2 da aku tonyohkan pada bahagian lebam n sakit tersebut. Luka di kaki pun masih belum sembuh walhal takdela seteruk mana..erm..

Erm..okla..aku pun rasa da mengantuk..dada....~~




Tuesday, 8 November 2011

Pro and Contra

Salam readers yang dihormati
dan salam to all stalkers yang dikasihi..
macam berucap kat perhimpunan lak..
oklaa..aku sebenarnya nak berkongsi sesuatu dengan korang..
semalam aku keluar dengan member aku..
kitorang berborak2 sampai ada satu ketika terkeluar satu tajuk
"Bercinta-kalau break sapa yang salah"
perit gak nak cari isi2 untuk dihujahkan time tu..
seperti biasa kaum lelaki sentiasa dipersalahkan..
itu tak kena semua tak kena..
kemudian aku cakap jek la..
"bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi"
so dia paham maksud aku..
aku pun teruskan hujah2 aku..
secara khususnya masing2 ada kesilapan..
yela..time bercinta dulu..sanggup berjanji sehidup semati
susah senang bersama..
itu ini semua nak berdua..yela time tu semua best macam kita yang punya..
lepas tu bila dah tak suka..semua diungkit...
dulu gf/bf camni...camtu...
betul tak?
kadang2 ada pro dan kontra..
ada hikmah semuanya..
so..aku nak tanye lah pada korang2 semua..

KALAU BERGADUH DENGAN GF/BF KORANG APA YANG KORANG SELALU BUAT??






Friday, 4 November 2011

Kamu Muncul Lagi

Cuaca yang mendung dikala pagi
menyambut kebangkitan aku dari tidur..
hurmm...
mimpi yang sekali lagi mengganggu fikiran dan sanubari aku
kenapa engkau masih hadir dalam mimpi aku??
sedangkan engkau tidak mahu mendekati aku..kenapa??
Ketika itu aku berada disuatu tempat yang aku tak pasti
di pejabat barangkali..
kemudian aku turun untuk menuju ke Bank untuk mengeluarkan wang
dan aku ternampak satu susuk tubuh yang amat aku kenal..
yup..itu kamu..
kamu sedang beratur untuk mengeluarkan wang juga..
aduhai..kenapa engkau ada ni..??
kemudian aku beratur di barisan satu lagi
dan makin lama makin hampir dengan kamu..
kemudian..kita sama2 mengeluarkan duit..
dan kemudian kamu berpaling ke arah aku..
kamu terkejut dan aku hanya senyum saja..
selepas siap semua...
engkau berkata
" Awak marah saya"
aku membalas
"Bukan ke awak yang marah saya"
lantas aku berlalu pergi meninggalkan kamu yang terpinga2..
Dalam perjalanan aku ternampak kamu
dengan memakai helmet sedang menanti seseorang atau kenderaan
aku memerhatikan kamu..
hurmm tak pernah berubah..
malas nak buka helmet...

......................................................

bunyi alarm jam mengejutkan aku..
oh..dah pukul 6 pagi rupanya..
aku bangun dengan rasa terkejut dan sedih
disaat begini engkau masih muncul dalam hidup aku..
hurmm..mungkin aku sedang merindui engkau..
hurnmmmm...
Biarlah...Hanya Tuhan Yang Tahu...

Wednesday, 2 November 2011

Ketentuan Yang harus Ditempuhi

Cuaca agak mendung mengiringi suasana hari ini
Hujan turun seperti menangisi apa yang berlaku hari ini
Malam tadi sekita jam 12 tgh malam aku dikejutkan
dengan pemergian seorang rakan,saudara..
Sebelum ini beliau telah dimasukkan ke ICU pada ahad yang lalu
dan hari ini,beliau pergi mengadap Ilahi..
Suasana sedih dan murung dapat aku rasakan semasa aku berada di rumah beliau.
Rakan sekampung telah lama berada dirumah beliau.
Ada yang menyusur ke hospital malamnya..
Aku sampai ketika orang ramai sedang bertahlil menanti jenazah untuk dimandikan,dikafankan
seterusnya disembahyangkan dan dikebumikan.
Aku dapat lihat rakan2,saudara mara allahyarham amat sedih dengan pemergian beliau.
Paling menyayat hati aku adalah ketika saat2 terakhir dimana
ahli keluarga,rakan2 diberi peluang terakhir menatap wajah beliau sebelum dikebumikan.
Sayu pilu dan tangisan dapat didengari.
Rakan2 sekampung mengambil peluang terakhir ini mengiringi jenazah beliau sehingga ke tanah perkuburan,
dan sehingga siap semuanya..
Dan kepada rakan2 harap bersabar dan ketentuan ini harus kita tempuhi dan redha..
Kepada keluarga Allahyarham,bersabarlah..

AL FATIHAH untuk Allahyarham Tarmizi Shadan.




Tuesday, 1 November 2011

Jangan bersedih lagi.

Hurmm.....kedengaran bait2 lagu Anuar Zain di telinga aku...


Kekasihku
jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan airmata di pipi
Kekasihku
tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan impian bersama
Jangan dikesali atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya
Membuahkan bahagia
Kekasihku aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah ada dusta

Kasih antara kita
Jangan berduka
Jangan berdendam pada sesiapa

Bersabarlah menerima
Segala-galanya dengan redha
Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi

Aku masih mengharap

Segalanya kan berulang semula


Kepada kekasihku diluar sana..janganlah bersedih..
tabahkan hati kamu atas apa yang berlaku..
mungkin ini satu hikmah untuk diri kita sendiri..
Aku tau hati kamu masih dalam kesedihan..aku dapat rasakan
Menangis dan menitiskan air mata..dah menjadi kebiasaan bagi diri kamu..
Bersabarlah sayang..dan hadapi semua ini dengan tabah dan
engkau pun tahu antara kau dan aku ada tarikan tersendiri.,.
Masing2 mengetahui kala diri ini dalam kesedihan atau kegembiraan..
Marilah kita bersama2 memulakan kehidupan yang baru..
perkara yang lepas usah dikenang..
andai engkau tahu apa yang aku rasakan..
mungkin engkau dapat rasakan..
yang betapa aku amat merinduimu...
Insyaallah andai ditakdirkan kita bertemu..
andai ditakdirkan kita bersama..
akulah orang yang paling gembira dan bersyukur..
Dan terima kasih kerana menerima diri ini,....
Yang tidak punya apa2..