MAri KIta Berchatting

Wednesday, 7 December 2011

Kisah Aku 2

Haris terkedu. Sesekali hatinya sebak mengenangkan apa yang dia lihat siang tadi. Hendak bertanya nanti Ainul akan memarahinya semula. Sifat Ainul yang suka melenting apabila diajukan soalan memeningkan kepala Haris. Bila tak tanya pula nanti diri sendiri sentiasa ingin tahu perkara sebenar,bisik hati Haris.
Ketika waktu makan tengah hari tadi, Haris sempat ke tempat kerja Ainul untuk sama2 keluar makan. Dikesempatan itu, Haris mengambil peluang untuk menggunakan komputer Ainul untuk menyemak email. Alangkah terperanjatnya Haris apabila melihat gambar Ainul di satu kawasan peranginan terkenal di Malaysia. Luluh perasaan Haris apabila selama ini Ainul membohonginya. Lebih memilukan lagi,HAris terlihat gambar Ainul bersama seorang lelaki yang memang dia kenali dan Ainul pernah ceritakan padanya yang lelaki itu amat menyukainya. Melihat pada tarikh gambar tersebut,jelas ia menunjukkan tarikh yang sama dengan tarikh hari dimana Ainul ke rumah kawannya.Haris terkedu.

"Bang,minggu ini saya nak pegi rumah kawanla bang, ada kenduri. Kawan lama saya masa sekolah dulu. Boleh tak bang." Ainul meminta izin kepada Haris.
" Eh,ada kenduri ke bulan2 puasa ni? pelik pulak abang? Kat mana rumah kawan awak tu? Nak saya temankan keR?" Haris merasa pelik. Sepanjang hidupnya jarang dia dengar orang membuat kenduri pada waktu umat islam berpuasa.
" Adala bang,diorang buat waktu malam. Kenduri doa selamat kalau tak silap saya. Alaaa abang ni,banyak tanya lak..tak caya kat saya erk? Rumah kawan saya tu dekat Tjg Malim. Eh,takpe kot..nanti kawan saya tu ambil kat rumah."
"Oh,oklaa,jangan lupa bagitau mak.."Haris mengalah.
"Dah,saya dah bagitau mak." Dengan selamba Ainul menjawab.

Haris tersandar dikerusi. Perbualan dia dengan Ainul ketika itu membayangi setiap inci kepalanya. Sampai hati awak Ainul,sanggup awak tipu saya semata2 hendak ke sana,takpelah..bisik hati Haris.
Terdengar bunyi tapak kaki menghala ke meja Ainul. Haris cepat menutup gambar2 yang ada dan berpura2 menyemak email dan membalasnya.

"Bang,jom,saya da siap."
Lalu Haris bergerak menuju ke Ainul dan mereka sama2 menuju ke Restoran Hamidah yang terkenal dengan nasi campurnya.


----------------------------------------BERSAMBUNG-----------------------------------



No comments: