MAri KIta Berchatting

Monday 28 February 2011

Apa Yang Aku Buat Hari Ni

Salam, aduhai..dah tengah malam ni,tapi mata isk.susah betul nak lelap. Sambil layan lagu2 K-Pop yang baru aku download ni..leh gak aku layan mata ni.
Hari macam biasa la,pagi dah tentu mengadap site yang sunyi sepi. Korang bayangkan la,pegi site kul 9,15 minit kemudian korang dah tentu panas bontot,sebab pe..takde keje.
Hari aku cuma mengadap kertas2 claim yang aku kene buat. Erm..ntah laa..
tak tau la aku nak kata kontraktor ni..duit nak..keje kenela buat..
Last2 kul 12 aku bla balik rumah..
Pas solat zohor aku gerak semula ke site..dalam 2 jam kat site aku balik laa.
bosan2..usha2 la tv kat umah..layan punya layan..
leh pulak aku terlelap...ciss..letih siut..
petang tu aku gasak main bola
pastu malam lak gasak main badminton.
erm,agak letih gak la dengan tak makan nasi siang tadi dengan aktiviti yang memerlukan tenaga lebih..mau tak menggigil badan..
pas jek gasak main badminton tu..balik2 jek aku terus mengadap nasi lauk sardin..
sedap lak..haha..tengah lapar katakan..
Ok laa
aku nak rest laa..penat..tapi seronok..
sebab aku leh kuar peluh..sehari tak kuar peluh aduii..tak bermaya
lebih2 lagi dalam keadaan badan aku yang tak berapa sihat ni..
pe2 pun sukan tetap sukan..hahaha..

Friday 25 February 2011

Global Battle Of The Band

Salam kengkawan..hahah...sesapa yang berminat dengan battle of the band ni jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertandingan ni..

Global Battle Of The Band grand Finale akan berlangsung hujung minggu ni..
segala butir2 boleh roger dibawah ni:
Date: 26 February 2011 (Saturday)
Time: 7.00 pm
Venue: KL Live, Kuala Lumpur

Hah..sesapa nak ticket especially nuffnang's followers..join la contest diorang..
just drop a comment kat link di bawah ni ok

click here


Ok..jangan lepas kan peluang





Thursday 24 February 2011

Sama Tak?


Salam readers..huhu..saja jek post yang bukan2 malam ini. Tengah hujan pula..
wah bahasa aku..

ok,so lihat pada gambar kat atas tu,agak2 korang sama tak?
yang atas tu pada usia 26 tahun dan yang bawah tu 12 tahun tak silap aku...
sapa?
hah,yang bawah tu sapa2 yang pernah tengok GBS ( Geng Bas Sekolah) siri 3 & 4 akan nampak lah wajah dak kecik ni..dalam citer tu dia berlakon sebagai Nora,nama sebenar tak silap aku Alya Sabrina.

Hah..yang atas tu..tunang aku liza..hehehe..kata abah aku,si alya ni rupa dia macam liza masa kecik..ye ker?
rasa korang?camner?ye ker?komen2!!!!






Wednesday 23 February 2011

Untungnya Bila Ada Ibu Disisi

Assalamualaikum..
Mak,mana mak pergi?
Dah 5 kali raya mak tak bersama kami sekeluarga.
Raya terakhir pun masa raya pertama 2005 je
Itupun tak sampai sehari mak beraya dengan kami
esoknya pulak hari jadi mak..

Mak,
Mak taukan anak mak ni amat perlukan kasih sayang
Dulu masa mak ada
adik selalu ada dengan mak
Mak ingat tak masa kita pergi pasar masa adik kecik2 dulu
Kita pegi berdua naik bas kuning merah tu..
Pastu kita sarapan kat warung Mak teh kat bandar
Pastu baru la kita pegi beli ikan,sayur dan tak lupa cendol

Mak,
adik kesunyian sekarang mak
setiap hari adik sentiasa menantikan belaian
dulu masa mak ada
mak selalu ada disisi adik sebelum adik tido
mak selalu pujuk adik bila adik menangis
mak selalu gembirakan adik ketika adik sedih

Mak,
adik sedih mak,
mak ingat tak masa mak sakit dulu..
adik tau adik tak mampu nak jaga mak dengan baik
tapi itulah yang mampu adik buat mak...
jika mak tau adik berhenti belajar sebab nak jaga mak
mesti mak marah..
adik terpaksa mak..
sebab masa tu kan semua sedang berfikir camner nak jaga mak
adik teringat bila mana adik sentiasa tido setelah pukul 3
sebab adik tau mak akan bangun untuk minum quaker oat + roti bakar
adik tau sebab nanti mak nak kencing berak senang sebab adik belum tido

Mak,
Adik ingat lagi masa adik nak sambung belajar
masa tu mak dah sihat sikit.
mak ada cakap kat adik..
"Adik taknak jaga mak lagi ke"
Ayat itu sentiasa kedengaran di telinga adik mak
adik bukan taknak jaga mak lagi
tapi adik tau mak dah semakin sihat
dan adik nak buktikan pada mak yang adik nak berjaya
tuk bantu mak di masa depan

Mak,
setiap kali ada mengecapi kejayaan adik sedih
tak macam orang lain..
adik sedih sebab mak takde masa adik konvo
adik menangis sebab mak takde masa adik menang pertandingan
pengkisahan peringkat kebangsaan
adik teresak-esak sebab mak takde masa adik bertunang
adik ingat lagi mak,masa konvo..
adik terbayang mak ada didepan adik.
bergambar dengan adik..
tapi itu semua tidak menjadi kenyataan

Mak..
Adik ingat lagi mak..
masa mak nak tinggalkan kami
masa tu adik tak tau pun yang mak nak tinggalkan kami
yela..masa tukan raya..
adik ingat lagi malam raya tu
mak siap kirim pada adik mintak belikan kuih raya kat pekan
mak mesti dah taukan
tiap2 malam raya adik selalu keluar ke pekan
cari kuih..
tapi mak..adik tak dapat beli kuih yang mak nak
sebab dah habis..tapi adik beli yang lain
mak ok jek kan?

tapi tghhr raya tu..
mak tergesa2 naik kereta..
adik pulak disuruh bawak kereta...
abah pulak tenang di belakang dengan mak
adik masih tak mengerti lagi mak..apa sebenarnya berlaku
adik ingat lagi
setiba di tempat dituju..
mak meronta2..
ada 2 3 orang membantu mak..
pastu mak..
adik tengok
abah,along,kaklong sentiasa menitiskan air mata..
mak..
apa semua ni mak..
adik tak boleh tengok mak begitu..
adik tak sampai hati mak..
2 3 orang yang membantu mak tu..
kasar sangat..sedih adik tengok mak..
ada sorang tu siap letak seuatu macam seterika kat dada mak..
eh..napa wat mak adik camtu..
sakitlaa mak..

Tiba2
semua yang ada senyap.
Air mata abah semakin berjurai2 keluar dari kelopak matanya
abg lak dah macam orang histeria.
akak pulak meraung2..
mak..kenapa hari raya mereka semua camtu mak..
mak..adik datang ni mak..
mak..bangunla mak..
Maakkkkkkkk
jangan buat adik camni mak..
esokkan kita nak pegi beraya
makkk..bangun mak..mak..

Kini..
adik keseorangan mak
disisi adik cuma bertemankan bantal peluk
dan deraian air mata
walaupun mak tiada lagi disisi
namun adik tidak akan lupa
dan adik akan sentiasa doakan mak
semoga mak sentiasa ditempat orang yang beriman
semoga mak aman disana
dan semoga kita dapat berjumpa lagi mak..

Al-Fatihah buat ibuku yang tersayang yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 november 2005 bersamaan 1 Syawal
Semoga rohnya dicucuri rahmat.





Rahsia Solat

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu..mengapa rukun sembahyang mempunyai 13 perkara.

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain..
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Tuesday 22 February 2011

Dira dan Zizan sah pengacara Melodi yang baru

Wah..cam reporter lak aku hari ni..so kepada peminat2 Melodi..sila baca..

KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai Zizan Raja Lawak, 27, dan Dira Abu Zahar, 27, bakal menjadi pengacara rancangan hiburan sensasi Melodi ternyata benar setelah pengurusan TV3 mengesahkannya semalam.

Penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar berkata, pemilihan Zizan dan Dira dibuat bagi menggantikan Fara Fauzana dan Wahid Senario yang sudah enam tahun mengendalikan rancangan itu.

“Tidak dinafikan kehebatan dan keserasian gandingan Fara dan Wahid sepanjang enam tahun mengacarakan Melodi, tetapi kami merasakan pertukaran pengacara adalah salah satu langkah strategik yang wajar dilakukan.

“Kami yakin dan percaya dengan bakat yang dimiliki oleh Zizan dan Dira serta gandingan mereka berdua mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bagaimanapun tegas Azman, dia tidak mahu penonton setia rancangan tersebut salah faham dan menganggap telah timbul masalah di antara pihak penerbit dengan Fara dan Wahid.


Segala fakta diambil terus dari Kosmo! Online






Dream High

Salam to all readers..
yess..hari ni aku nak kongsi dengan korang mengenai drama bersiri korea yang aku rasa semakin diminati..Dream High
Dibawah ni aku sertakan sedikit sinopsis mengenai drama ini..kredit to AliceChen's World.

"Dream High" takes place at Kirin High School of Art and follows the lives of students as they aspire to become superstars. Song Sam-Dong (Kim Soo-Hyun) lives in the country side and dreams of becoming an owner of a stock farm. He falls in love with Ko Hye-Mi (Bae Suji) at first sight and follows her to Kirin High School of Art. There he discovers his genius like musical talent. Jin-Gook (TaecYeon) is a gifted dancer, but a troubled student at school. The director of Kirin High School of Art ((Bae Yong-Jun)) recommends to Jin-Gook to enroll at his school. There, Jin-Gook's talents blossom and he now dreams of becoming a global star. Exchange student Jason (Wooyoung) comes to Kirin High after receiving the top score for new applicants. He comes from abroad and shows outstanding skills as a dancer. Ko Hye-Mi (Bae Suji) is the most popular girl at Kirin High. She carries herself as a confident girl, but inside hides a sad past. She dreamed of becoming a world renown classical vocalist, but after the collapse of her family she had no choice but to enter Kirin High School of Art. She is loved by Song Sam-Dong and Jin-Gook. Yoon Becky (Eun Jung) looks up to Ko Hye-Mi, who appears to have everything. They soon become rivals. Eria (Yoon Young-Ah) is a popular teen star. She enters Kirin High School of Art and becomes the object of admiration by her peers. She looks forward to having a "regular" school life.

Para pelakonnya adalah.
Kim Soo Hyun, Miss A's Suzy, 2PM's Taecyeon & Wooyoung, T-Ara's EunJung, IU.

So..dibawah ni aku sertakan la salah satu video yang ada tuk tatapan korang..



kalau korang rasa nak download drama ni boleh ke blog di bawah ni
http://alicechensworld.blogspot.com/2011/01/download-kdrama-dream-high-episodes.html

ok..enjoy...




Suram Sunyi Sepi Sedih

Salam to all readers...
Entahla kenapa beberapa hari ni aku terasa seperti hilang arah
Kemana aku pergi aku rasa keseorangan,perlukan seseorang menemaniku
Ada ketika aku rasa sedih melihat seorang anak menunggu bapanya
ketika pulang dari sekolah..
Ada ketika aku rasa sunyi terutama ketika malam menjelma
Ada ketika aku sepi ketika hendak memejamkan mata untuk tidur

Ya Allah
Adakah ini petunjukMu
adakah aku memerlukan seorang peneman
Seorang yang bernama isteri?
Yang akan sentiasa disisi aku
Tatkala aku gembira,ceria,sedih,susah senang?
Ya Allah..
Jika itu petunjukMu
Percepatkanlah Jodohku,kurniakanla aku seorang isteri
dan Akan aku pastikan
wanita yang bakal menjadi milikku
merasa bertuah dan bahagia dunia akhirat.

Ya Allah,
Permudahkanlah segala urusanku
Di dunia dan Di akhirat
Berkatilah hubungan yang akan kami lalui
Berikanlah kami kebahgiaan di dunia dan di akhirat
dan Jadikanlah kami suami isteri yang baik
dan berikanlah kami zuriat yang baik
Semoga kami mendapat darjat dan keberkatanMu
Ya Allah..
Amin...Ya Rabbal Alaminn


Friday 18 February 2011

Luahan Hati

apit & iskandar - luahan hati

Powered by mp3skull.com

pertama kali ku dengar suara mu..
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun baru kita bersua muka
namun aku telah jatuh cinta

pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerana aku bersedia menyintaimu

akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jika kau meninggalkan aku
terhiris hati ini...terguris jiwa ini...
menangis tak berlagu...ohhhh...

biarpun ombak yang merubah pantai
kasih ku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti ohhhh...

sayangku pimpinkan tangan ku
menuju mahligai bahgia..
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
ohhhh..kasih.....


Mendengar bait2 lagu dan lirik di atas teringat aku kisah pertama kali aku berjumpa dengannya. Namun aku harap perhubungan aku akan kekal sehingga akhir hayat

Thursday 17 February 2011

Mimpi Mimpi

Salam readers..erm tak tau laa kenapa tetiba aku leh termimpi ular cuba mematuk aku. Uit..tak pasal2 jek kan?
Seperti ramai yang tau,mimpi mengenai ular ni kebanyakannya adalah mengenai perhubungan.
Orang kata,jika mimpi ular ni ada orang nak datang meminang atau nak kawin?kan2?uit..
Pastu dari apa yang aku baca ia juga mentafsirkan yang kita akan mengecapi kebahagian.
Namun ada juga yang mengatakan jika kita dikelilingi ular kita ada banyak musuh. Erm, berhati2 la.
Namun ada juga mengatakan yang kita juga terkena buatan orang.
Macam2 la..namun kita kena ingat mimpi adalah mainan tidur.

Apa2 pun kita serah pada tuhan menentukannya sama ada ia betul atau tidak

Wednesday 16 February 2011

Musim musim musim

Dalam ramai2 ni mesti semua ada akaun buku wajah (facebook) kan?mesti korang selalu jek lihat beberapa ayat cam kat bawah ni.
"aku pasrah dengan apa yang berlaku"
"mengapa kau melukai hati aku"
"hipokrit"
" adakah kau menyintai aku,mengapa kau buat begitu?"

di atas ni sekadar beberapa saja yang aku nampak..erm..banyak lagi la ayat2 yang menunjukkan mereka2 ni bermasalah dalam perhubungan,termasuk aku sekali.
Mungkin musim agaknya..ye ker?hahaha..
apa2 pun pada mereka2 yang menghadapi segala musibah,aku harap korang hadapinya dengan sabar dan tabah. Mungkin ini dugaan bagi kita untuk mengecapi kebahagiaan di masa depan kelak. Insyaallah,berdoalah kepada tuhan sebanyak mungkin. Dan percayalah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...

Monday 7 February 2011

Gempar dan Sensasi Di Bandar Segamat

Salam to all readers and selamat pagi. Sebenarnya aku dah lama nak berkongsi berita ni dengan korang. Tapi masa amat mencemburui aku dan selalu jek menghasut aku untuk melambatkan berita sensasi ni.Hahahaha..

Nah,korang kenal tak dengan logo di atas tu. Jika korang pernah pergi Mahkota Parade di Melaka korang akan nampak di Tingkat atas sekali dimana dulu merupakan GSC.

Apa yang menariknya aku nak kongsi ialah tak lama lagi Segamat pun akan ada LFS Cinema ni tak lama lagi bila bangunan bersebelahan terminal bas siap.Wah..seronok. Almaklumla kami di sini jika ingin menonton wayang akan pegi ke Batu Pahat,Muar atau Melaka yang memakan masa perjalanan hampir sejam dan lebih. Aku rasa dah lama dah panggung wayang tidak ada di Segamat. Yang aku dengar ada 8 hall kesemuanya di situ..wah cam menarik lak..dan dijangka siap pertengahan tahun ni. Lagi la tak sabar. Mana taknya transformer menanti. Tak payah p jauh2.kan2?

Last panggung wayang di Segamat adalah sekitar 90-an gitu dimana ada panggung Cathay bersebelahan sungai segamat tu. Pastu apa nama ntah,x silap rex kot namanya. Sekarang dah jadi Jakel Trading. Jika nak tengok citer2 tamil time tu.kat situ la tempatnya.

So,dengan adanya LFS Cinema ni nampak la pembaharuan yang akan menjelma di Segamat ni. Bulan 4 ni bermula la projek jalan 4 lorong dari Muar ke Segamat. So..harap semakin maju laa bandar ku ini




Sunday 6 February 2011

25 Random facts about Ecul~~

Arghh,aku ditag rupanya..thanks to Alisya sebab mengtag aku..haha..
Pesanan ringkas darinya..

Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to tag. You have to tag the person who tagged you. If I tag you its because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

So,tanpa berlengah lagi jom check it out...

1. Anak kedua dari 5 adik beradik.
2. Agak pendiam dan akan bercakap bila perlu
3. Sentiasa berfikir demi masa depan ( long term decision).
4. Pendengar yang setia.
5. Pencinta yang setia.
6. Tidak pernah berdendam dan seorang yang pemaaf.
7. Bersekolah rendah dan menengah di satu kawasan yang sama.
8. Menjadi pengawas sekolah dari sekolah rendah sampai menengah.
9. Kurang rambut. hahaha.
10. Tidak pandai memujuk seseorang.
11. Tidak selalu meluahkan perasaan melalui percakapan tetapi dengan perbuatan.
12. Tidak suka lihat binatang terseksa.
13. Mudah kasihan.
14. Pernah belajar karate,taekwando dan silat.
15. Seorang yang pantang dicabar.
16. Seseorang yang mudah dibawa berbincang.
17. Sentiasa memberi pendapat pada mereka yang memerlukan.
18. Janji mesti ditepati.
19. Pernah study di UITM PP dan Legenda College.
20. Mempunyai ramai ibu angkat.
21. Seorang yang suka mendengar cerita kisah2 dulu2 dari orang2 tua.
22. Menyimpan cita2 menjadi jurutera.
23. Tidak suka shopping (bila perlu jek)
24. Suka makan di rumah.
25. Rindu pada kawan2,orang tersayang,dan arwah mak.

wah...dah siap ke?cam tak caya jek...ok..time tuk aku tag lak...

Sheryn Syazwany
Evyann NurAzizah Suzy Wani Mira Nadrah Asilah

coke_tehoais mimie opie ain asha amalina da-u cutemiut78

eiffel
asyfiqaz zakwan mrs noba lelaki ini hana one-na hidayah taufiq

okla..pada mereka2 yang dah buat tag ni..aku harap dapat sertakan link ke blog aku ni..Sori la jika ada yang dah buat dan kuucapkan terima kasih.




Wednesday 2 February 2011

New Journey..

Salam readers..caya tak and cuba teka aku kat ner?
Hehehe..sekarang aku dalam kereta dan OTW pulang ke kampung.
Erm..tak tau la boleh lalu ke tak..
Tengok pada info terkini yang aku dapat di salah sebuah page,boleh rasanya.
Apa pun aku dah pun memulakan perjalanan.
Sekarang otw to rumah abang aku di Bukit Siput Segamat.
Kami akan bergerak dengan dua biji kereta.
Satu Hilux satu Wira. Nanti aku upload pic2 yang mampu.
Isk..jangan la terkejut..mesti korang ingat camner le aku leh post entry ni time memandu kan?
jangan risau,aku duduk kat belakang sambil menaip.
Okeyla,nantii dah sampai aku akan post kan entry lagi..
tak sabar aku nak tengok kebanjiran air di kampung aku..

Ok..da.....

Paku Dan Belacan 1

Salam..wah..senyap lak blog aku hari ni..apa2 pun hari ni aku nak kongsi dengan korang mengenai beberapa orang mat salleh speaking malay. Bangga jadi rakyat malaysia. Bahasa kita digunakan di Amerika. Tak bangga ke? Aku kalau boleh nak jadikan bahasa ibunda aku ni sehangat zaman kesultanan melayu Melaka di mana mana2 pedagang masa tu yang nak ke Melaka kena tau bahasa ibunda di sini..Wah..hebatkan..okla..jom kita layan dulu klip video ni..mana yang dah tengok leh tengok lagi..

Tuesday 1 February 2011

Benci Benci Benci

Arghhhh...Aku benci,benci dan benci..Hate kata orang putih. Aku benci dengan perasaanku,walaupun aku bersyukur dan redha namun aku tak dapat untuk lari dari perasaan itu. Aku benci perasaan yang aku ada sekarang. Sebab apa,sebab aku benci pada mereka yang hipokrit, aku benci pada mereka yang suka mengambil kesempatan pada seseorang, aku benci pada mereka yang suka ambil rasuah dan aku benci pada mereka yang suka menegakkan benang yang basah. Perlu ke aku kasihkan pada mereka2 ni?



Namun begitu sebagai manusia biasa aku kene redha dan berserah pada ketentuan. Sifat benci itu memang sentiasa ada cuma keimanan dan ketabahan kita mampu melawannya.Sifat itu benci ini sebenarnya mampu untuk melunturkan sifat kasih sayang yang sentiasa diterapkan oleh agama kita,dan ia juga dapat menaikkan rating keganasan dan kemarahan dalam diri kita. Tak elokkan??Namun kita manusia yang seba daif ini perlu mencari keredhaan Allah supaya sifat benci ini tidak mampu merajai diri kita.

Aku sebagai manusia juga tidak dapat lari dari sifat ini. Kadang2 aku rasa nak je bunuh mereka2 yang aku benci. Nak jek aku humban diaorang ni kelaut ke ke sungai ke,terutama time banjir2 ni..mesti best. Tapi sebagai umat islam aku tau semua itu hanyalah bisikan syaitan yang sentiasa mahukan kita berbuat kejahatan. Kebencian yang merajai diri kita boleh membahayakan banyak pihak terutama diri kita. Keluarga berpecah belah, negara tidak stabil dan punah ranah, ekonomi yang korup dan banyak lagi.

jadi kita sebagai manusia perlu sabar dan jangan membenci satu sama lain..hehehe..sabar ye semua..

Gambar Tebaru Selepas Banjir Di Segamat










Salam readers..seperti yang dijanjikan diatas serba sedikit gambar2 yang dapat dikongsi selepas berlakunya banjir di segamat..Jom2