MAri KIta Berchatting

Wednesday, 23 March 2011

Untungnya Ada Ibu dan Bapa Di Sisi

Salam readers..
hari ni aku nak kongsi sesuatu dengan korang.
Tengok tajuk entri jek korang dah tau apa yang aku nak kongsikan.
Yup,aku tak tau kenapa tapi aku lihat sejak akhir2 ni ramai golongan seusia aku dan ke bawah
sentiasa melupakan pengorbanan dan kesetiaan yang bernama ibu dan bapa.
Walaupun rakan2,sahabat itu penting,tapi ibu bapa harus diutamakan dahulu. Betul?
Kita haruslah mengikut apa yang ibu bapa katakan kecuali yang bertentangan dengan agama seperti menyuruh kita sembah berhala,mencuri,membunuh..salah tu..kan?

Sebagai seorang anak, aku sendiri dapat merasakan betapa susah payahnya ibu bapa membesarkan kita. Misalnya masa kita kecik,bersengkang mata bangun bila kita menangis. Masa sekolah,tak cukup tidur supaya anak dapat pergi ke sekolah. Bila dah besar sikit..darah tinggi sebab melihat perangai anak2 yang bermacam2 ragam. Kan?

Apa2 pun kita sebagai seorang anak harus bersyukur dikurniakan ibu bapa..Bagi aku,saat aku gembira ketika ini..aku tak dapat kongsikan bersama ibu aku kerana telah kembali ke Rahmatullah. Aku rasa aku dah ceritakan pada entri sebelum ini..

Bagi aku,mereka2 yang ada ibu bapa sangat2 bersyukur. Yela..bagaimana keadaan mereka yang tidak berbapa,beribu..contohnya anak2 yatim piatu,anak2 luar nikah..camner erk perasaan mereka?
Bagaimana diorang nak kongsi kegembiraan,kesedihan,dan macam2 erk?
Contohnya semalam,kan keputusan SPM telah dikeluarkan..ibu bapa terutamanya pasti berbangga sebab anak2 mereka berjaya. Anak mereka dapat berkongsi kejayaan dengan mereka..tapi camner dengan mereka2 yg tidak berparent erk?

Bagaimana pulak masa mereka sakit nanti ekr?mereka yang ada ibu bapa untunglaa kan?
mak abah dapat menjenguk dan membantu serta menjaga kita time tu..
Camner la mereka2 ni bila dalam kesusahan erk...?siankan?
tulaa..untungnya mereka yang ada ibu dan bapa..

Lagi satu..kata2 dan cakap2 ibu janganla kita main2kan..setiap apa yang ibu kita katakan akan dimakbulkan..jika ibu kata jahat,jahatla kita..jadi berbuat baikla dengan ibu..dan jagalah hati ibu kita kawan2...
Anyway..ingatlah kawan2..jagalah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup..kerana kehilangan mereka nanti sukar untuk kita cari ganti..hargailah segala apa yang mereka lakukan...percayalaahh...segala apa yang kita lakukan kepada ibu bapa insyaallah akan dibalas...Insyaallah...




No comments: