MAri KIta Berchatting

Saturday, 18 June 2011

Nafasku Yang terakhir...(suka2)

Jam menunjukkan pukul 3 Petang. Aku masih lagi bersendirian di kaki tangga rumahku. Air mata dengan tanpa diundang membasahi pipi aku.
"Eh Adik,kenapa termenung tu.Mari masuk..abah,mak ngah semua tengah borak2 tu,jomla join sekali. "
Maksu yang paling rapat dengan aku datang menghampiri aku. Sepantas kilat aku mengesatkan air mata aku supaya Maksu tidak dapat melihat air mata aku.
" Kamu menangis ye..Erm, sabar la dik,yang pergi tu tetap pergi. Allah lebih sayangkan dia. Kita yang masih hidup ni kena teruskan kehidupan kita."
" Eh Maksu,mana ada saya menangis. Cuba tengok." Aku cuba menceriakan keadaan. Mata aku besarkan dengan memek muka yang menampakkan gigi aku yang tidak tersusun. Jika sekali imbas sebiji macam Allahyarham AR Tompel.

" Sudah la dik..maksu dengan kamu bukannya sesapa pun. Dah boleh tau kamu sedih ke gembira ke. Sudahla..karang kalau kamu menangis nanti maksu menangis juga."
"Eh maksu ni, ke situ pulak."
" Yela, cubit peha kiri peha kanan terasa tau..!!"
"Yela tu maksu, ntahla maksu, adik cuma terkilan sebab sepanjang adik bersama dengan dia, tak pernah pun dia beritahu penyakit dia. Adik ingat masa mula2 dia sakit tu, hanya demam2 biasa jek."
" Erm, maksu faham.Mungkin dia taknak susahkan kamu..kamu bekerja kuat untuk sara keluarga kamu. Pagi kerja ofis, malam pulak kamu pergi tolong kawan kamu berniaga burger tu. Kadang2 maksu kesian tengok korang. Maksu ingat selepas kamu kahwin semua ok. Mungkin Allah nak uji kamu..kamu sabar ye.."
" Baiklah maksu,saya faham..selama ini banyak dugaan yang kami lalui selama kami nak bersama-sama. Itu tak betul ini tak betul sampaikan ada orang nak kenakan kami. Mungkin telah ditakdirkan kami begini maksu.. saya redha saja. Insyaallah takde apa2." Airmata aku kembali menitis. Setitik demi setitik jatuh ke tanah.

" Takpe la dik,erm..takpela..maksu masuk ke dalam dulu..kuatkan hati dan tabah..kuatkan semangat kamu tau.."

Maksu pergi meninggalkan aku bersendirian. Sesekali beberapa orang kampung melintas dihadapanku sambil melambaikan tangan. Aku membalasnya.
Wajah arwah isteriku terbayang dimataku. Senyumannya yang sentiasa tidak lekang dibibir,tahi lalatnya yang betul2 berada kedua belah lesung pipitnya yang dalam amat membuatkan semua lelaki tak tidur lena. Aku rasa amat bertuah sebab dapat menjadi suaminya. Setiap malam aku sentiasa menggentel tahi lalat tersebut sehingga terlena. Tersenyum aku membayangkan peristiwa malam2ku bersama dia. Setiap malam aku sentiasa mencium pipinya dan dibalasnya dengan ucapan terima kasih abang dan saya sayang abang. Setiap pagi,aku selalu mencium pipinya dan membelai rambutnya dan mengajaknya solat subuh bersama2.

" Assalamualaikum Sayang,selamat pagi,hai,bangunlah, abang ada surprise ni untuk ayang." Celik jek mata itu la ayat yang biasa aku ucapkan padanya.
"Erm...abang ni,pagi2 camni surprise apanya ni.." lemah sekali jawapan yang diberi oleh isteriku.
Dengan perlahan aku menghampirinya dan terus aku menciun pipinya dan ucapkan "abang sayang ayang".
"Abang ni..pagi2 suka camtu kan? tak sempat ayang nak elak.Main kotor erk." Seraya itu aku rasa lenganku dicubit.
"Aduh...wah2..sapa main kotor ni?Sempat lagi buat serang hendap ye?"Aku memasamkan muka.
"Alalalalaa,merajuk lak abang botak ayang ni." Pantas pipiku dicium dan dia terus berlari ke bilik air.

No comments: