MAri KIta Berchatting

Tuesday 8 March 2011

Buat Bakal Isteri

Buat bakal isteriku yang aku tak pasti siapa..Jika engkau telah dipilih untuk diriku aku akan pastikan yang dirimu tidak menyesal memilihku. Jika engkau ditakdirkan bersama aku akan aku pastikan dirimu tidak akan aku abaikan.

Aku harap engkau tidak akan mengungkit kisah2 silam aku yang amat memeritkan. Namun akan aku pastikan masa depan kita nanti amat menyenangkan dan membahagiakan walaupun nyawa aku dijadikan galang gantinya.

Wahai bakal isteriku, Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana engkau telah menjadi milikku. Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku mempunyai teman sehidup sematiku, dan aku juga bersyukur kerana dapat seseorang yang dapat memberi aku kekuatan dalam menghadapi segala rintangan. Sesungguhnya aku amat bersyukur.

Buat isteriku, akan aku pastikan rumah kita nanti dihiasi cahaya yang terang menderang, rumah kita nanti dipenuhi kegembiraan,kehidupan kita nanti disulami gurau senda,dan di akhir nanti dilimpahi rahmat dari Allah. Aku sebagai ketua keluarga akan aku pastikan keluarga kita cukup didikan agama,cukup kesemuanya...

Buat isteriku nanti, aku tau aku tak mampu nak memberikan kau seguni emas bertatahkan berlian, sebidang tanah berisikan timah, setaman wang ringgit bersulamkan emas..tapi akan aku pastikan kau menjadi bidadariku di syurga,akan aku pastikan engkau cukup makan minum,pakaian yang elok,rumah yang selesa dan kelengkapan yang mampu memberikan kau kebahagiaan.

Aku tidak meminta banyak dari engkau,cuma secubit penghargaan dan secebis kasih sayang dari engkau. Cukuplah andai kau dapat membahagiakan aku,keluarga dan anak2 nanti. Dan aku harap engkau tidak menyesal memilihku.Dan aku berharap agar engkau sentiasa disisi dan memberi aku sokongan dan dorongan.Aku juga berharap engkau sentiasa mempercayai kemampuanku sebagaimana keikhlasan dan kepercayaan ku pada mu. Dan aku harap engkau dapat melaksanakan hidupmu sebagai isteri yang solehah dan engkau jangan bimbang kerana aku berjanji akan membantu engkau dari hujung rambut sampai ke hujung kaki..



ini janji aku..




2 comments:

Dijot said...

wah..puitis la ecul!
semoga kau berjumpa dgn jodoh ko..kgn risau a brader..

CuTeMiUt78 said...

wah.. bagus2.. semoga berjumpa yg terbaik