MAri KIta Berchatting

Thursday 3 March 2011

Emosi terganggu..

Setiap hari aku berfikir,setiap saat otak aku sentiasa tidak berhenti berfungsi sampaikan tido pun kadang2 bermimpi.
Tapi aku masih belum mendapat jawapannya. Bodohkah aku?
Bodohkah aku mengorbankan segala kepentingan diri aku semata2 untuk orang lain?
Bodohkah aku membuang perasaan ego seorang lelaki demi orang yang dicintai?
Bodohkah aku mempertahankan apa yang aku ada walhal ia belum tentu menjadi milik kita?

Aku masih dan sentiasa mencari jawapan.
Aku tau selama ini aku sentiasa memikirkan perasaan orang lain dahulu dari memikirkan perasaan aku dulu. Tapi sejak kecil aku diasuh supaya tidak mementingkan diri,bertangunggjawab, beralah dan sentiasa hormat orang lain. Tapi bila aku buat begitu, aku lihat seperti diri aku ni seperti tidak dihargai. Aku bukannya nak sanjungan,aku bukannya nak pujian tapi aku nak diri aku ni dihargai,dihormati..tapi tak tau laa.biar Allah saja yang mengetahuinya. Dia yang Maha berkuasa dan Maha Mengetahui apa isi hati umatnya.. Aku hanya berserah dan bertawakal..

Ntah,sejak akhir2 ni aku buntu. Pelbagai masalah wujud. Ditambahkan lagi aku sangat jauh dari orang yang sentiasa membantu,memberi sokongan dan tempat aku menumpang kasih. Aku kesunyian,rindu, dan memerlukan belaian. Aku tak tau pada siapa nak aku luahkan. Aku cuma nak orang yang aku sayang tau yang aku betul2 inginkannya,aku betul2 ikhlas dengannya dan aku betul2 sayangkannya. Bagaimana aku nak buktikan? Adakah selama ini tidak mencukupi? Aku tau kadang2 aku emosional,tapi aku lelaki,dan aku manusia yang tidak sempurna.

Ye, memang betul jika selama ini aku tidak menyatakan kasih sayang aku. Tapi perasankah kau apa yang aku lakukan selama ini bukti kasih sayang aku. Aku tidak reti nak luahkan melalui mulut ni. Mulut boleh berkata itu ini, tapi hati tidak kita ketahui.. Aku selalu luahkan kasih sayang aku dengan perbuatan. Engkau pun tahu apa yang aku lakukan selama ini.. Masih tak meyakinkan lagi ker?

Ntahlaa..emosi aku sentiasa terganggu demi mencari sebutir mutiara kebahgiaan. Emosi aku juga sentiasa dihuni kesunyian untuk mencari senaskah kegembiraan. Emosi aku sentiasa diulit kepiluan tatkala mencari sejambak kasih sayang. Pada siapa lagi nak aku cari,pada saya lagi yang hendak aku peluk,hanya engkau bidadariku, yang sentiasa dihatiku walaupun ketika aku sedih,suka,duka,ceria..aku harap engkau tau aku sentiasa menyayangi kau..sentiasa merindui kau dan menyintai kau..ikhlas dari aku sayangku..

4 comments:

husna mukhtar said...

wow

Ecul said...

apa yg wow?hahahak

black butterfly said...

luahkan sje pd dia..pasti dia mengerti..itu lbh baek..^_*

Ecul said...

thanks..suda diluahkan..