MAri KIta Berchatting

Thursday 17 March 2011

"Inilah kisah sedihku"

HAit..aku rasa cam nak try jek contest ni..erm..ini adalah contest pertama aku dan mungkin menjadi pemangkin pada aku untuk terus menyertai segala contest yang ada.

segala syarat2,hadiah boleh klik kat sini

Kau Pergi Jua

Jam menunjukkan pukul 3 pagi, fikiran aku masih lagi ligat berfikir dan mata aku masih lagi segar tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk melelapkan mata. Tetiba aku teringat peristiwa malam raya 6 tahun lepas.

Mak, andai mak ada lagi didunia ni,pasti anak mak ni adalah orang yang paling bahagia mak. Adik masih ingat lagi,masa mak tinggalkan kami sekeluarga. Masa tu raya pertama dan semua sedang bergembira. Maksu,makcik,abah kelam kabut masa tu..mak tak sedarkan diri. Kami semua terkejut sebab bila lihat keadaan mak sebelum ni,mak ok..tapi hari tu tetiba mak lemah..Mak dikejarkan ke hospital. Masa kat hospital tu doktor dan nurse semua pegang mak,mak meronta2...adik abah along hanya lihat saja dari luar. Kami semua tak sanggup mak tengok mak camtu.
Tak sampai sejam mak di hospital,mak disahkan meninggal dunia..
Adik terkedu,sedih,dan terperanjat..mak pergi meninggalkan kami di pertama syawal..

Mak,adik tau mak tidak terkejut bila adik cakap nak berhenti belajar uitm dulu. Adik tau mak,time tu adik terpaksa buat keputusan camtu sebab takde sapa nak jaga mak. dan adik tau adik tak dapat nak banggakan mak untuk ke konvo..tapi apakan daya mak..adik tak mampu lihat mak takde sapa nak jaga.. dan masa adik nak sambung belajar adik masih ingat lagi apa yang mak cakap.

"Bila nak jaga mak lagi dik?takde sapa nak jaga mak.."
Sayu dan hiba mak perasaan adik bila dengar mak cakap camtu. Dan tak sangka rupanya itu petanda mak nak meninggalkan adik.

Adik ingat lagi masa mak kat rumah,adik selalu tido lambat,adik selalu tido selepas pukul 3. Sebab adik tau mak akan lapar dan nakkan oat dan roti bakar, nak kencing senang..berak pun senang sebab adik masih belum tido. Selepas semua selesai adik boleh tido dengan hati yang tenang mak.
Mak, adik rasa sedih sebab masa adik konvo mak takde,masa adik tunang mak pun takde, masa adik menang pertandingan cerita peringkat kebangsaaan pun mak takde. Adik rasa cemburu mak lihat orang lain..setiap kali kejayaan dapat dikongsi dengan mak dan abah..tapi adik hanya ada abah saat ini..
Adik ingat lagi mak, setiap kali adik naik ke pentas,masa adik buat persiapan pertunangan, adik menangis mak..Adik rasa sedih sangat2 sebab saat kegembiraan adik masa tu,mak takde.

Mak, adik mintak maaf andai masa mak hidup,adik tidak menjadi anak yang baik,tidak menjaga mak dengan baik. Maafkan adik mak..semoga mak aman di Sana..


tag kepada syazwany,aziera

2 comments:

fydakachak said...

semoge mak kamu tenang disana dan ditempatkn dikalangan orang beriman..
salam takziah..

cik shahrine shazwanie said...

(-_-.) touching ouh bace entri nie.. =(