MAri KIta Berchatting

Wednesday 11 May 2011

Nora Elena

Nora Elena..
Eh eh..bukan nama awek aku ye..
Nama awek ku...tettttt...
Nora Elena ni merupakan tajuk citer slot Akasia kat TV3 tu,
Alaaa setiap hari isnin - khamis jam 7 ptg tu..
Laa..tak tau yang mana..meh terjah poster ni and sedikit klip video cter ni






Setelah diselidiki dan dicari di Google.com
Baru kusedari rupanya drama bersiri ini diadaptasi dari sebuah novel
Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha terbitan karangkraf
erm..kena cari novel ni..jika dilihat pada jalan cerita
agak menarik..erm...

Sinopsis Cerita Nora Elena:

Drama yang diarahkan oleh Jetli dan skrip yang ditulis oleh Maizura Mohd Ideris mengisahkan Nora Elena seorang gadis yang telah diperkosa pada usia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden pahit itu,kini beliau selesa dengan kehidupannya seperti biasa lebih2 dan bakal mengahwini Idham. Namun keadaan mula berubah setelah beliau bertemu dengan Seth Tan.

Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?

Untuk mengetahuinya mari kita ramai2 saksikan cerita best ini di TV3.

Lakonan mantap Siti Saleha ( Nora Elena), Aaron Aziz ( Seth Tan), Miera Liyana ( Maria Tan), Ery Putra, Zul Ariffin ( Idham@Eid), Wan Sharmila ( Yvonne) dan ramai lagi. Selamat menonton!!!








No comments: