MAri KIta Berchatting

Saturday, 30 July 2011

Khairul Fahmi @ Apek Putus Tunang

Hah..biar betul..
Erm..seperti ketahui umum pasangan ini memang ada masalah.
Ada kata orang ketiga,itulah ini lah..
Jom dengar apa kata Apek

Ikuti luahan Apek bersama wartawan MA,Firdays Sahat.

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”


Apa2 pun harap mereka sabar dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan. Dan aku harap Apek akan sentiasa perform di padang. Semoga kalian berdua tabah dan jika ada jodoh tak kemana...

Batuk Batuk Batuk Serak

"Koh Koh KOh.."amboi batuk aku..
cam batuk kering da..
dah dua hari aku camni..dengan suara yang ala2 ella ni..
nak cakap dan berkata2 pun susah..
payah guna bahasa isyarat..
damn~~
apa2 pun aku harap cepat sembuh...
aduii..xlarat oo..asik nak tido jek...

Thursday, 28 July 2011

Harimau Terluka~~

Salam readers..
Aku rasa ramai yang menonton game bola antara singapura dan malaysia tadikan?
so how?
Aku dah jadi seram sejuk dah sepanjang game tersebut sehingga suara aku serak.
Dan pertama kali stadium penuh ketika skuad kebangsaan bermain diperingkat antarabangsa selepas perlawanan Indonesia dan Malaysia dulu. Tahniah aku ucapkan kepada semua penyokong yang membanjiri stadium. Dan terima kasih juga kepada semua rakyat Malaysia yang sentiasa tidak henti2 menyokong..teruskan..
Dan seperti sedia maklum akhirnya skuad Harimau Malaya tewas dengan agregat 4-6. Kalaulah ada anugerah oscar pd malam tadi,memang Singapura akan memenanginya. Aku sangat tidak puas hati dengan cara permainan mereka walaupun itu mungkin salah satu taktik mereka. Melambat2kan permainan. Damn~~

Disini akan aku kupaskan kenapa Malaysia tewas pada perlawanan malam tadi.

1. Kekalahan dengan defisit gol yg besar di Singapura.
Kita tahu perlawanan sebelum ini kita tewas 3-5. Dengan kekalahan tersebut ia memberi tekanan yang amat berat kepada pemain apabila bertandang ke laman sendiri. Almaklum tidak mahu mengecewakan peminat disini. Kita dapat lihat betapa tertekannya pemain kita untuk menyamakan agregat. Terukkan?

2. Taktikal Dato K Rajagopal yang tidak menjadi.
4-5-1 di Singapura, 4-4-2 di KL,pada pengamatan aku,secara taktikalnya ia tidak menjadi masalah kerana umumnya pada perlawanan ditempat lawan,kita perlu bermain secara perlahan dan tidak boleh bolos..Namun taktikal yang aku maksudkan disini adalah cara penghantaran bola,kedudukan pemain dan kawalan pemain lawan. Memang aku tak gemar melihat cara hantaran tinggi yang dilakukan pemain kita. Dah tentu2 la player singapura tu tinggi. Aku ingat dengan kekalahan di Singapura coach dapat lihat kelemahan ini. Berulang lagi..kenapa tak gunakan taktik short pass and total football. Kita tak ada player yang mampu hold bola lama2. Aku memang menyirap dengan kemampuan Ismail Faruqi dan kemasukan Ahmad Fakri Saarani yang akhirnya dibuang padang. Sepatutnya badrol bakhtiar atau gurusamy diletakkan dalam kesebelasan utama dahulu. Dan tolong ubah cara hantaran bola. Just simple game and short pass..terapkan laa..Insyaallah boleh punya..kita ada S Kunalan,Amirulhadi di bahagian sayap yang mampu berlari laju.Through pass tidak banyak dilakukan malam tadi.

3. Kelemahan di bahagian tengah.
Kehilangan Safiq Rahim memang amat dirasai. Mildfielder tidak menjadi malam tadi. Amar Rohidan dan Ismail faruqi terutamanya tidak melakukan tugas dengan sempurna. Apapun tahniah kepada Kunalan dan Amirulhadi..well done. Ketiadaan perancang yang dapat membaca keseluruhan perlawanan juga menjadi faktor kekalahan malam tadi.Dato,plzz do something about this problem. Kita dah punya striker yang berwibawa,kita dah ada keeper yang boleh dibanggakan tapi tengah dan defend hope dapat dibaiki. Bahagian tengah juga tidak banyak melakukan hantaran2 yg baik kepada rakan2..lhat la cara amar rohidan dan ismail faruqi bermain malam tadi..naik meluat pulak..

4. Tidak konsisten dan kurang kawalan terhadap pemain lawan
Alpa,lalai..itu yang mampu aku ungkapkan terhadap pertahanan,mudah dibolosi dan amat menakutkan..zonal marking memang tidak sesuai untuk player malaysia terapkan..selalu meninggalkan pemain lawan berseorangan mencari ruang. Apa kata selepas ini terapkan man marking,dengan key player lawan diasak kuat. Lihat saja bagaimana Lionel Messi dirantai dan lihat bagaimana Safiee Sali dikapit 2 3 org player Singapura.. tak menjadi de..
So...coach..aku dapat rasakan taktikal begini amat sesuai tuk pertahanan kita.


5. Hantara Jauh.
Kenapa gunakan hantaran2 sebegini..Damn~!!xnampak ke player singapura tinggi?

Apa2pun tahniah kepada team harimau malaya kerana berjaya melangkah sejauh ini dan harap cuba lagi dimasa hadapan. Dan dato. tolong cari playmaker yang betul2 dapat membantu jentera serangan dan pada masa yang sama dapat membentuk dan menjadi leader dalam padang.. seperti Zainal Abidin Hassan.

6. KEhebatan Player Singapura didalam bidang lakonan.
Damn..tiada semangat kesukanan dan profesionalisme.Agak kasar sikit kata2 aku..tapi itulah yang berlaku. Tolak sikit jatuh berguling2 macam kene taji kaw2.walhal tak kena pun. Tolak sikit tetiba sakit dada pastu migrain lak..macam2 la player singapura ni.. cam PON....
Sehinggakan player kita heret player singapura tuk keluar secepat mungkin masa pertukaran pemain,sehinggakan Safiee Sali menepuk badan keeper lawan spy cepatkan perlawanan.Apa ni..commonlaa Singapura..ntah apa2 laa..


7. Mental dan Physco
Yup..mental player malaysia memainkan peranan terutamanya menghadapi 11 pemain.eh silap,pelakon pihak lawan.. terbaik..dan secara halusnya..Singapura berjaya memberi tekanan dan emosi kepada player kita dengan aksi2 ala2 pondan dan manja

Apapun tahniah HARIMAU MALAYA...ANDA KALAH BERMARUAH TIDAK SEPERTI SINGAPONDAN..DAN UNTUK SINGAPORE..TAHNIAH KERANA LAYAK KE PUSINGAN SETERUSNYA DAN HARAP ANDA DIBELASAH TERUK

Sunday, 24 July 2011

Awek Aku~~


Salam readers..err..tomey tak awek kat atas tu..haha.. tu laa gambar pic awek aku..but for not real laa..just awek dalam khayalan jek..kenal ke? She is Putri Norizah Ibnor Riza..Ala anak penyanyi Ibnor Riza tu..tak kenal?jap...dgr lagu kat bawah ni...

IbnorRiza - Mimpi Yang Tak Sudah

So kenal da sapa ayah dak ni..mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?Muda lagi wanita ini..tapi she has a awesome voice..jom dengar salah satu lagu beliau semasa beliau di Bangkok..jom jom..



So sejak akhir2 ni leh lak aku terlayan lagu beliau,..hahaha..artis2 Malaysia yang lain...xcemburu ka?

Apa Dah Jadi Ni..



Dah Tengok Klip Video kat atas tu..apa pendapat anda?

Ini pendapat aku as a fan of malaysia football team..
1. Kesilapan mudah barisan pertahanan yang diketuai oleh Fadli dan Muslim. Kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku dalam mana2 perlawanan sebegini. Mudah leka dan seperti baru sahaja bermain bersama2. Atau RASUAH?hope jauhkanlah...Dato Rajagopal..plzz for the next game do something for our defender. Jika kita berjaya ke pusingan seterusnya aku harap Subramaniam,Zubir akan ada dalam senarai pemain Dato. Pemain yang sedia ada seperti tidak bersemangat dan anak emas katakan..Damn..

2. Speechless..tu yang mampu aku katakan.Tak terkata melihat aksi Sharbinee our golkeeper. What wrong with u boy.Are u nervous? You should look muka Farizal Marlias betapa birunya muka dia menentang chelsea tempoh hari tapi he did well. Apek@Fahmi plzz wake up.Aku dan semua rakyat Malaysia nak kau perform cam dulu. Abaikan segala masalah dan fokus..Dato..aku ada permintaan..plzz drop nasril nourdin,n plzz amik farizal marlias..

3. Formasi dan taktikal yang tidak sesuai dan kena pada masanya. Seperti yang kita ketahui Singapura menggunakan banyak player luar. Keupayaan fizikal memang diorang confirm menang. So apa yang berlaku tempoh hari banyak bola2 tinggi diberi antara satu sama lain..hello..tak nampak ke player singapore tu tinggi gedabak. Taktikal 4-5-1 memang sesuai cuma playernya tidak sesuai..kenapa masukkan Ismail Faruqi,Ahmad fakri saarani..dan tidak meletakkan Badrol Bakhtiar atau K Gurusamy.Jika ingin menggunakan 4-5-1 aku rasa gurusamy dan safiq rahim amat sesuai diletakkan sebgai mildfielder dan Badrol sebgai attacking mildfielder. Tapi untuk perlawanan kedua nnti harap hadi yahya,amirulhadi,gurusamy dan badrol bakhtiar diletakkan dalam kesebelasan utama. Secara taktikal,tolongla main short pass sprti masa lawan taiwan di bkt jalil..dan tengah tolong mainkan peranan...dan plzz hold ball secara baik dan elok..jgn pgang terlampau lama...


4. LAstly,jangan terlalu manjakan player..jika diorang salah marah dan tegur..if diorang masih camtu gak..apa lagi drop laa..masih ramai lagi yg nak main tuk negara,tgk la masa pilihan malaysia lawan chelsea..plzzz dato..

Thursday, 21 July 2011

Cantik Menarik Memang Cantiklaa




DULU2

SEKARANG

Salam readers, tadi aku baca metro tetiba ada artikel pasal awek cun kat atas ni. KEnal ke? Takkan tak kenal kot?Kan cantikkan tu kan..ni yang nak suh mama aku p meminang dia ni..huhuhu...cairr beb..satu penghijrahan yang amat baik pada aku..Alhamdulillah..
So apa pendapat korang?





Ulasan Perlawanan Pilihan Malaysia VS Chelsea


Boring dan ada satu peningkatan. Itu yang mampu aku ungkapkan untuk perlawanan antara chelsea vs pilihan Malaysia malam tadi sempena Asia Tour team blue tersebut. Boring kerana chelsea bermain dibawah tahap sebenar(nasib aku bukan fan chelsea,if tak dah lama baling botol dalam padang dan aku bangga jadi rakyat Malaysia). Mungkin kerana faktor kecergasan atau cuaca yang selalu menjadi jawapan kepada setiap persembahan hambar team2 luar. Pujian harus diberikan kepada barisan pilihan Malaysia kerana berjaya memberi saingan kepada pihak lawan. Sebelum aku mengulas lebih panjang jom kita layan gol yang dijaringkan Didier Drogba menerusi sepakan percuma yang mencetuskan kontroversi golnya itu. Jom



Secara keseluruhan ada beberapa pemain yang perlu Dato' Rajagopal perhatikan. Pertama sekali penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias. Seperti yang diketahui, sejak akhir2 ini prestasi Apek agak merosot dan aku tak pasti kenapa Dato' Rajagopal tidak memanggil Farizal Marlias dan memanggil Nasril Nourdin. Tabik springla aku bagi kat Farizal Marlias malam tadi. Walaupun nampak pucat dan biru mungkin faktor gugup tapi persembahan amat meyakinkan. Dato' please take him to our national team.

Selain Farizal, aku amat tertarik dengan persembahan tenang S. Subramaniam, Fandi Othman,Mohd Zubir Mohd Azmi dan pemain yang dimasukkan pada masa kedua seperti Syahrul Azwari Ibrahim,Gary Steven Robbat,Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria@kecik dan A Thamil Arasu.

Subramaniam tenang mengawal benteng pertahanan negara dan aku pasti pemain ini mampu mengemudi benteng pasukan nengara dan secara sinikalnya aku kurang yakin kenapa Aidil Zaquan atau player no 7 negara tu dijadikan bek tengah. Pada pengamatan aku, dia sesuai dijadikan holding mildfielder atau stopper. Mohd Zubir bermain baik di bek kiri malam tadi. Asaruddin Omar,anda perlu bermain baik lepas ini kerana Zubir pasti mengintai peluang selepas ini.

Bagi aku pemain Chelsea masih dalam proses pemulihan kecergasan dan old player team ni seperti Lampard,Drogba,Anelka,Cole dan the geng harus cepat pulih dan sesuaikan diri dengan corak latihan Boass ni jika mahu mencabar MAnchester United..hehehehe.. Namun secara keseluruhannya perlawanan malam tadi hambar.Keputusan penuh Chelsea 1 -Pilihan Malaysia 0.

Malaysia:

Mohd Farizal Marlias (Mohd Izham Tramizi), Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Fandi Othman), Norhafiz Zamani Misbah (Mohamad Amer Saidin), S, Subramaniam, Mohd Zubir Mohd Azmi (Mohd Affize Faisal Mamat), Shahrulnizam Mustapa (Abdul Shukor Jusoh), Wan Zack Haikal Wan Nor (Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria), Mohd Badhri Mohd Radzi (Gary Steven Robbat), Joseph Kalang Tie (Syahrul Azwari Ibrahim), Hairuddin Omar, Amri Yahyah (A. Thamil Arasu).

Chelsea FC:

Separuh masa pertama:

Henrique Hilario, Branislav Ivanovic, Ryan Bertrand (Patrick Van Aanholt), Jose Bosingwa, Joshua Mc Eachran, Slobodan Rajkovic, Yossi Benayoun, Frank Lampard, Florent Malouda, Salomon Kalou, Fernando Torres.

Separuh masa kedua:
Petr Cech, Paulo Ferreira, Alex, Yury Zhirkov, John Obi Mikel, Nathaniel Chalobah, Billy Clifford, Daniel Sturridge, John Terry, Nicolas Anelka, Didier Drogba.

Pengadil: Subkhiddin Mohd Salleh






Monday, 18 July 2011

Kitaran Hidup

Awal mula pohon ialah benih.


Korang mesti pelikkan kenapa betapa besarnya phrase tersebut. Saja jek..
So jom kita kupaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan permulaan pohon ialah benih dengan kitaran hidup..Ada persamaan atau tidak..

Seperti yang kita maklum, memang setiap pohon tidak la muncul camtu kan? Pertama sekali kita kena ada anak benih, kita tanam,kita baja,kita jaga ia elok2 seperti kita jaga diri kita juga. Pastu kita siram air supaya ia tidak layu. Kemudian beberapa bulan atau tahun ia membesar. Kemudian mengeluarkan bunga yang cantik dan buah yang sedap isinya.

Begitu juga lah dengan kehidupan kita ye tuan2 dan puan sekalian yang dirahmati Allah.. Err, cam ceramah la pulaakk...
Kita bermula dengan benih yang dihasilkan oleh kedua ibu bapa kita. Selama 9 bulan kita didalam perut ibu kita, kita dilahirkan didunia ini dengan tanpa sebarang pakaian,suci bersih dari segala kekotoran di muka bumi ini. Kita dijaga,diberi susu,pakaian dan sebagainya untuk hidup dimuka bumi ini. Seperti juga kitaran sebuah pohon,begitu juga diri kita. Persekitaran,budaya,ilmu yang ada pada diri kita menjadi tunjang kepada kehidupan kita sebagai manusia di bumi ini. Jika kita cukup ramuannya,maka kita akan jadi insan yang berjaya,di dunia dan di akhirat. Umpama pohon yang cukup bajanya,subur tanahnya dan basah disirami air..begitu juga kita cukup ilmunya,kuat semangatnya,teguh imannya..maka akan menjadi insan yang berguna..Insyaallah..

So..marilah kita renungkan ye tuan2 dan puan2..aaaaa..aaaa ....aaa..aaa semputt...
gurau jek..apa2 pun yang berlaku datangnya dari kita sendiri, yang baik itu datangnya dari Allah yang jahat itu datangnya dari kita sendiri..renungkan lah...


nukilan~~~kata orang~~




Mencari sesuatu..

Ucapan Bismillah pembuka kata..
Tangan ku tadah memohon kepadaMu Yang Maha Esa.
Aku sebagai hambaMu hanya mampu memohon pertolonganMu
Kerana ku tahu aku insan biasa yang tidak sempurna.

Ya Allah,
tabahkan hatimu ini Ya Allah
Dalam menghadapi segala cabaran dan dugaanMu Ya Allah
Hanya Engkau Yang Mengetahui segala2nya,
Kerana apa kelakuanku yang jahat datang dari diriku sendiri
Yang baik itu datang dariMu Ya Allah.

Murahkan rezeki aku,keluargaku,dan saudara2ku
Tetapkan imanku,dan kuatkan semangatku.
Ampunilah segala dosa2 silam ku,dosa2 kedua ibu bapaku dan dosa2
saudara2 agamaku.

Ya Allah,Engkau dekatkanlah jodohku
Engkau satukan hatiku dengan hatinya
Engkau berkatilah hubungan ku dengan dia.
Jika dia yang terbaik untukku
Kau satu dan kau jodohkan kami berdua
Supaya kami dapat menjalankan ibadahMu dengan sempurna Ya Allah
Supaya kami dapat melahirkan zuriat dan hambaMu yang baik

Ya Allah,andai dia bukan milikku,
Engkau berikanlah yang terbaik untukku
Yang telah diciptakan untukku
Dan sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana,

Amin~~Ya Rabbal Alamin~~

Kebosanan Melanda Kehidupan

Kehangatan sinaran matahari diwaktu tengahari sebegini membuatkan aku terasa seperti hendak membangkitkan kebosanan aku. Dengan detik waktu yang pantas melalui titik2 saat,aku tidak terasa yang hari ini sudah 19 Julai. Damn..sangat pantas. Keadaan di sekitar site agak terik dan suasana yang suram membuatkan aku rasa tak nak pulang ke site sebentar lagi.

Pagi tadi seharian aku melingkarkan kaki aku di sekitar bandar menemani mama membeli belah. Kemudian ke site yang suram itu. Kedengaran juga segelintir pekerja yang menyanyi dan membebel.

Arghh..sangat bosan hari ini..sehingga akupun tidak tahu apa yang aku hendak karangkan..

~~~~

Sunday, 17 July 2011

Adat atau Keperluan




Salam readers.
Cantik tak pic atas tu..peacee..takde apa2 laa..korang ni..tu gambar hiasan jek..takde kene mengena dengan aku ni. heehehe
Rasanya dah lama dah aku tak update.Sibuk dengan aktiviti Ninja Saga dan membangunkan bandar kecilku di Cityville. Actually aku terpanggil nak update blog ni sebab aku teringat perbualan aku dengan kawan aku masa kami dinner pas tengok game bola tempoh hari.

"Wei,apsal ko tak kawin lagi?ni mesti hantaran ko mintak mahalkan?"aku tanye pada dia.
"Heish,mana ada..RM22.50 jek."
"Erk..ko biar betul,kalau camtu,RM22.50 sekarang aku ada,duit baki bayar dinner ni pun cukup."
"Hahaha,kau ni,main2 pulak.Alaa..utamakan yang wajib dulu,kan kat johor RM22.50 jek..kan kan"
"Kihkih."

Serentak kami ketawa. Bila difikirkan balik memang benar apa yang member aku katakan tu. Utamakan yang wajib. Dia pun ada gak persoalkan kenapa orang zaman sekarang suka simbolik, ada letak Rm11,111.11,RM8585.85, RM 12345.67 dan macam2 la. Pelik jugak aku,ada gak wanita zaman sekarang mempertikaikan apa yang terjadi sekarang. Mungkin ada benar katanya. Yela kesian jugak pihak lelaki macam aku nak cari duit 1sen tu..if pakai cek cam gambar kat bawahh ni lain la..tuliss jek nilainya..
Tapi secara neutralnya,ia terpulang kepada individu. Lain orang lain caranya. Betul tak?

Ada jugak sesetengah orang meletakkan sesuatu nilai hantaran tu merujuk kepada jiran2,dan sekitar kawasan. Yela,jika kita letak mahal nanti kecoh satu kampung,kita nak jual anak letak mahal2..bila kita letak murah pulak,alaaa anak dia dah tak lakula tu..biasa la terjadi camni.kan?
Actually pada aku,secara terbukanya aku nak mengatakan bahawa biarlah ia mengikut diri kita sendiri,tanya anak tu,bincang dengan pihak lelaki dan perempuan. Lebih elok jika ia tidak memudaratkan kedua2 belah pihak. Mungkin korang pernah dengarkan ada orang hanya meletakkan hantaran tu dengan senaskhah Al-Quran.Pernah? Tanyalah ustaz Akhil..:P

Apa2 pun tak lama lagi ramadhan nak muncul. Musim2 orang kenduri kawin pun dah nak abis. Sibuk betul sekarang ni. Undangan sana sini. Apa2 pun aku ucapkan selamat pengantin baru kepada semua pengantin2 yang melangsungkan perkahwinan sekitar bulan jun-julai ini..
Semoga berbahagia..peacee




Tuesday, 12 July 2011

Kenangan Istimewa

Salam to all readers..
Erm, puasa dah nak dekatkan?
agak2 korang dah ganti lom puasa2 yang termiss tahun lepas?
cepat2 ganti..tak lama lagi ni..
Apa2pun sambil melayan perasaan malam ni aku teringat sesuatu..
Kisah yang sentiasa memenuhi ruang otak dan fikiran aku sampai bila2 sehingga diriku dimiliki.

"Awak,err..saya cuma nak tanye, buat permulaan ni gaji saya tak banyak mana?agak2 boleh tak kita sama2 hidup nanti?"
"Cukup B,cukup..takpe kita slow2 la.."
" Saya seronok tengok orang lain dengan keluarga diorang,isteri,anak2..err..awak nanti nak berapa orang?"
"Isk B ni, ke situ lak,saya takut laa..nanti amik anak angkat laa ye?"bahu aku ditamparnya.
"Taknak laa..saya nak anak sendiri..5 leh?"
"5?errr..terukla saya nanti,ce tengok diri sy yg kecik ni."
"hehehehe..awak...if bolehkan saya teringin nak anak perempuan..awak tau nak saya nak namakan apa"
"sapa."
" Siti Nur Balqis".
"Lelaki lak apa namanya B"
" err saya tak terpfikir lak..kihkih."
"B ni.."

Yup..dialog diatas memang ada ketika hubungan kami,terutama mengenai nama2 anak. Serius sangat2 time tu memang aku tak berfikir apa2. Dalam kepala tanggungjawab aku pada dia. Aku memang tak pernah fikirkan diri aku sendiri. Aku tak tau kenapa..tapi itulah..Siti Nur Balqis..sedap tak nama tu?





Monday, 11 July 2011

Kisah Aku 1


Di suatu petang sabtu,aku dan sepupu-sepupu aku apit,emy,ilut,minah,timah sedang merancang sesuatu untuk dilakukan.

" Wei, apa kita nak buat petang ni," Tiba2 apit menghilangkan suasana suram tu.
"Ntahla,aku tak tau la,korang..weii minah ko ada cadangan tak." Emy lak bersuara.
Minah menggelengkan kepala tanda tiada cadangan.
"Apa kata kita main pondok2 nak?main masak2 kat belakang umah aku tu. Nanti aku amik minyak masak kat dapur."Aku memberikan idea
"OK,setuju," serentak semuanya memberikan sokongan.

Apit,emy dan ilut membuat persiapan perkakas untuk menghidupkan api seperti kayu,batu bata untuk alas tin or kuali or tutup tin susu dan minyak gas atuk. Kitorang berenam memang agak kreatif masa tu. Ada saja aktiviti yang nak dibuat. Minah dengan timah pulak pergi mencari daun2 untuk dibuat masak2..

Dah siap semua tu..aku dan sepupu2 aku apa lagi,mulakan operasi. Api dipasang,tutup tin susu tu kami jadikan kuali..kami curahkan sikit minyak..dah panas kami letak daun2 tu..peh..cam goreng bawang de..pastu minah dan timah letakkan tin susu dan masukkan air kedalamnya..konon2 nak masak air la.. pastu aku dengan emy amik tin besar dan masukkan pasir dan air..pastu letak kat api..ibarat memasak nasi...

Dah siap semua kami pun hidangla..konon2 nak makan..

Korang dapat bayangkan tak?mesti seronokkan..budak2 zaman sekarang rasanya takde kot yang main masak2 dan pondok2..yang diorang tau main PSP,PC dan macam2 lagi alat2 elektronik lain. Kisah ni memang kisah aku masa aku kecik dulu,memang kami berenam dulu sentiasa ada aktiviti. Aktiviti2 lain akan aku ceritakan pada kisah2 lain.. Seronok beb bila mengenangkan kisah dulu.




Sunday, 10 July 2011

Disaat Aku Mencintaimu



Sambil layan lagu ni,entah mengapa aku rasa tersentuh dan berulang kali aku menekan butang play. Aku tau korang pun pernah merasa bagaimana menyintai dan bercinta dengan seseorangkan? Bagaimana keadaan korang masa tu?makan tak lalu,tidur tak lena,mandi tak basah?

Seperti orang lain aku juga tidak dapat lari dari perasaan itu. Lebih-lebih lagi bila kita lihat tau keadaannya. Aku teringat kisah 6 tahun lepas. Saat ketika aku mula2 mengenali dia. Damn it, memang comel de..serius..cuma ketika itu aku rasakan hanya ingin berkawan seperti orang lain. Almaklumla,sunyi saat itu de..kenal punya kenal,bertukar2 telefon,sms,keluar ke sana sini akhirnya aku buat keputusan untuk mengambil dia sebagai bakal isteriku. Korang bayangkan ketika saat manis itu. Seronokkan?samalah macam korang bersama dengan orang tersayang.Camner?Seronokkan? Niat aku masa itu cuma satu..tanggungjawab,dan nak jadikan dia yang terbaik. Pasang surut dalam perhubungan itu dah jadi asam garam dalam perhubungan,betul tak?apa2 pun ketika itu memang aku sangat mencintai dia,sehinggakan apa yang membuatkan dia cemburu aku tak buat.Sebab aku ni memang ramai kawan perempuan. Just a friend,so untuk menjaga hati dia aku kurangkan dan ada sampai satu masa kawan aku rasa pelik. Apa nak buat,untuk orang tersayang masa tu. Tapi entahlah..mungkin tidak ada jodoh untuk kami..kini aku keseorangan dan sentiasa menanti saat2 bahagia untuk aku bersama2 hidup dengan orang tersayang.

Tapi disudut hati aku,aku berharap yang dia akan sentiasa menyintai aku walaupun ketika itu dia dan aku tidak bersama kerana aku tau,ketika saat indah kami merupakan memori yang tidak dapat kami lupakan. Apa2pun aku dapat banyak pengajaran dan pengalaman.

1. Jangan terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti milik kita. Biarlah memberi sekadar yang perlu.

2. Perit untuk menerima kenyataan yang dia memang bukan milik kita,tapi sesunggunya kita tau mungkin ada yang lebih baik untuk kita.

3. Jadilah diri kita yang sebenar ketika berjumpa dengan orang yang kita suka,berlakon tu boleh tapi jangan terlampau over. Sebab untuk sesuatu perhubungan jangka panjang,kejujuran,keikhlasan dan kepercayaan adalah penting.

4. Sentiasa dekatkan diri dengna Allah, sesungguhnya semua ini milik Allah,kita pohon padaNya untuk memberi kita yang terbaik untuk diri kita.

10.7.2011 tarikh keramat..

Opsss, salam readers..err..bukan tarikh keramat aku kawin,tapi sedara mara aku..hbehe
anyway just nak share jek pic pasal wedding semalam..enjoyy





Sunday, 3 July 2011

3 2 1 Cinta

Hai readers..hehe..aku baru jek layan 3 2 1 Cinta ni..layan DVD jek.tak sempat nak ke panggung..dan lagipun nak pegi ngan sapa an?sorang2 cam takbest lak..
Anyway cter 3 2 1 CInta ini agak menarikla gak..ada beberapa skrip dan jalan cerita yang menarik minat aku menghayati setiap watak. Aku dapat bayangkan diriku adalah Fariz lakonan Pierre Andre..cuma skrip ceritanya adalah berbeza bagi diri aku.

Teringat aku zaman sekolah menengah dulu aku tolak pergi sekolah teknik Bukit Katil kerana seseorang yang aku sayang time tu..supaya dia dapat dekat dengan aku..last2 dia ada yang lain.

Lepas tu 2 tahun lepas aku tolak untuk sambung belajar ke tahap lebih tinggi di UK dan KLIUC semata2 supaya aku dapat dekat dengan seseorang yang aku sayang,dan dapat kumpul duit untuk aku mengahwini dia..last2 tak jadi kahwin pulak disaat2 aku dah bersedia untuk mengahwininya..
Ntahla..kadang2 sekali fikir memang menyesal,dua kali fikir ini adalah cabaran dan dugaan untuk aku. So,the next vision aku,mencari calon yang memahami dalaman dan luaran aku..dalam masa setahun dua ini aku takde calon2 isteri..erm..aku akan sambung belajar..SERIUS!!!ini target aku untuk mencapai cita2 memegang status IR.

Rindu pada Ibu

Erm..lama gak tak update blogkan?
anyway..salam readers..
ermm,tiba2 hatiku tersentuh tentang apa yang aku buat tadi..
ntah kenapa aku tetiba nak makan roti bakar.
Erm..teringat kat arwah mak aku..
Time2 camni memang dia selalu mintak roti bakar.

"Cul,cam biasa..buat mak roti bakar dengan quaker oat ye."
"Baik mak,jap tunggu air masak.."

Kini segala sesi borak anak beranak tidak ada..sunyi sejak 6 tahun yg lalu...
Apa2 pun perjalanan hidup aku seperti biasa..kene teruskan..
Apapun aku harap mak tenang di sana.
ALfatihah