MAri KIta Berchatting
Sunday, 17 July 2011
Adat atau Keperluan
Salam readers.
Cantik tak pic atas tu..peacee..takde apa2 laa..korang ni..tu gambar hiasan jek..takde kene mengena dengan aku ni. heehehe
Rasanya dah lama dah aku tak update.Sibuk dengan aktiviti Ninja Saga dan membangunkan bandar kecilku di Cityville. Actually aku terpanggil nak update blog ni sebab aku teringat perbualan aku dengan kawan aku masa kami dinner pas tengok game bola tempoh hari.
"Wei,apsal ko tak kawin lagi?ni mesti hantaran ko mintak mahalkan?"aku tanye pada dia.
"Heish,mana ada..RM22.50 jek."
"Erk..ko biar betul,kalau camtu,RM22.50 sekarang aku ada,duit baki bayar dinner ni pun cukup."
"Hahaha,kau ni,main2 pulak.Alaa..utamakan yang wajib dulu,kan kat johor RM22.50 jek..kan kan"
"Kihkih."
Serentak kami ketawa. Bila difikirkan balik memang benar apa yang member aku katakan tu. Utamakan yang wajib. Dia pun ada gak persoalkan kenapa orang zaman sekarang suka simbolik, ada letak Rm11,111.11,RM8585.85, RM 12345.67 dan macam2 la. Pelik jugak aku,ada gak wanita zaman sekarang mempertikaikan apa yang terjadi sekarang. Mungkin ada benar katanya. Yela kesian jugak pihak lelaki macam aku nak cari duit 1sen tu..if pakai cek cam gambar kat bawahh ni lain la..tuliss jek nilainya..
Tapi secara neutralnya,ia terpulang kepada individu. Lain orang lain caranya. Betul tak?
Ada jugak sesetengah orang meletakkan sesuatu nilai hantaran tu merujuk kepada jiran2,dan sekitar kawasan. Yela,jika kita letak mahal nanti kecoh satu kampung,kita nak jual anak letak mahal2..bila kita letak murah pulak,alaaa anak dia dah tak lakula tu..biasa la terjadi camni.kan?
Actually pada aku,secara terbukanya aku nak mengatakan bahawa biarlah ia mengikut diri kita sendiri,tanya anak tu,bincang dengan pihak lelaki dan perempuan. Lebih elok jika ia tidak memudaratkan kedua2 belah pihak. Mungkin korang pernah dengarkan ada orang hanya meletakkan hantaran tu dengan senaskhah Al-Quran.Pernah? Tanyalah ustaz Akhil..:P
Apa2 pun tak lama lagi ramadhan nak muncul. Musim2 orang kenduri kawin pun dah nak abis. Sibuk betul sekarang ni. Undangan sana sini. Apa2 pun aku ucapkan selamat pengantin baru kepada semua pengantin2 yang melangsungkan perkahwinan sekitar bulan jun-julai ini..
Semoga berbahagia..peacee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment