MAri KIta Berchatting

Thursday, 21 July 2011

Ulasan Perlawanan Pilihan Malaysia VS Chelsea


Boring dan ada satu peningkatan. Itu yang mampu aku ungkapkan untuk perlawanan antara chelsea vs pilihan Malaysia malam tadi sempena Asia Tour team blue tersebut. Boring kerana chelsea bermain dibawah tahap sebenar(nasib aku bukan fan chelsea,if tak dah lama baling botol dalam padang dan aku bangga jadi rakyat Malaysia). Mungkin kerana faktor kecergasan atau cuaca yang selalu menjadi jawapan kepada setiap persembahan hambar team2 luar. Pujian harus diberikan kepada barisan pilihan Malaysia kerana berjaya memberi saingan kepada pihak lawan. Sebelum aku mengulas lebih panjang jom kita layan gol yang dijaringkan Didier Drogba menerusi sepakan percuma yang mencetuskan kontroversi golnya itu. Jom



Secara keseluruhan ada beberapa pemain yang perlu Dato' Rajagopal perhatikan. Pertama sekali penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias. Seperti yang diketahui, sejak akhir2 ini prestasi Apek agak merosot dan aku tak pasti kenapa Dato' Rajagopal tidak memanggil Farizal Marlias dan memanggil Nasril Nourdin. Tabik springla aku bagi kat Farizal Marlias malam tadi. Walaupun nampak pucat dan biru mungkin faktor gugup tapi persembahan amat meyakinkan. Dato' please take him to our national team.

Selain Farizal, aku amat tertarik dengan persembahan tenang S. Subramaniam, Fandi Othman,Mohd Zubir Mohd Azmi dan pemain yang dimasukkan pada masa kedua seperti Syahrul Azwari Ibrahim,Gary Steven Robbat,Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria@kecik dan A Thamil Arasu.

Subramaniam tenang mengawal benteng pertahanan negara dan aku pasti pemain ini mampu mengemudi benteng pasukan nengara dan secara sinikalnya aku kurang yakin kenapa Aidil Zaquan atau player no 7 negara tu dijadikan bek tengah. Pada pengamatan aku, dia sesuai dijadikan holding mildfielder atau stopper. Mohd Zubir bermain baik di bek kiri malam tadi. Asaruddin Omar,anda perlu bermain baik lepas ini kerana Zubir pasti mengintai peluang selepas ini.

Bagi aku pemain Chelsea masih dalam proses pemulihan kecergasan dan old player team ni seperti Lampard,Drogba,Anelka,Cole dan the geng harus cepat pulih dan sesuaikan diri dengan corak latihan Boass ni jika mahu mencabar MAnchester United..hehehehe.. Namun secara keseluruhannya perlawanan malam tadi hambar.Keputusan penuh Chelsea 1 -Pilihan Malaysia 0.

Malaysia:

Mohd Farizal Marlias (Mohd Izham Tramizi), Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Fandi Othman), Norhafiz Zamani Misbah (Mohamad Amer Saidin), S, Subramaniam, Mohd Zubir Mohd Azmi (Mohd Affize Faisal Mamat), Shahrulnizam Mustapa (Abdul Shukor Jusoh), Wan Zack Haikal Wan Nor (Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria), Mohd Badhri Mohd Radzi (Gary Steven Robbat), Joseph Kalang Tie (Syahrul Azwari Ibrahim), Hairuddin Omar, Amri Yahyah (A. Thamil Arasu).

Chelsea FC:

Separuh masa pertama:

Henrique Hilario, Branislav Ivanovic, Ryan Bertrand (Patrick Van Aanholt), Jose Bosingwa, Joshua Mc Eachran, Slobodan Rajkovic, Yossi Benayoun, Frank Lampard, Florent Malouda, Salomon Kalou, Fernando Torres.

Separuh masa kedua:
Petr Cech, Paulo Ferreira, Alex, Yury Zhirkov, John Obi Mikel, Nathaniel Chalobah, Billy Clifford, Daniel Sturridge, John Terry, Nicolas Anelka, Didier Drogba.

Pengadil: Subkhiddin Mohd Salleh






No comments: