MAri KIta Berchatting

Monday, 11 July 2011

Kisah Aku 1


Di suatu petang sabtu,aku dan sepupu-sepupu aku apit,emy,ilut,minah,timah sedang merancang sesuatu untuk dilakukan.

" Wei, apa kita nak buat petang ni," Tiba2 apit menghilangkan suasana suram tu.
"Ntahla,aku tak tau la,korang..weii minah ko ada cadangan tak." Emy lak bersuara.
Minah menggelengkan kepala tanda tiada cadangan.
"Apa kata kita main pondok2 nak?main masak2 kat belakang umah aku tu. Nanti aku amik minyak masak kat dapur."Aku memberikan idea
"OK,setuju," serentak semuanya memberikan sokongan.

Apit,emy dan ilut membuat persiapan perkakas untuk menghidupkan api seperti kayu,batu bata untuk alas tin or kuali or tutup tin susu dan minyak gas atuk. Kitorang berenam memang agak kreatif masa tu. Ada saja aktiviti yang nak dibuat. Minah dengan timah pulak pergi mencari daun2 untuk dibuat masak2..

Dah siap semua tu..aku dan sepupu2 aku apa lagi,mulakan operasi. Api dipasang,tutup tin susu tu kami jadikan kuali..kami curahkan sikit minyak..dah panas kami letak daun2 tu..peh..cam goreng bawang de..pastu minah dan timah letakkan tin susu dan masukkan air kedalamnya..konon2 nak masak air la.. pastu aku dengan emy amik tin besar dan masukkan pasir dan air..pastu letak kat api..ibarat memasak nasi...

Dah siap semua kami pun hidangla..konon2 nak makan..

Korang dapat bayangkan tak?mesti seronokkan..budak2 zaman sekarang rasanya takde kot yang main masak2 dan pondok2..yang diorang tau main PSP,PC dan macam2 lagi alat2 elektronik lain. Kisah ni memang kisah aku masa aku kecik dulu,memang kami berenam dulu sentiasa ada aktiviti. Aktiviti2 lain akan aku ceritakan pada kisah2 lain.. Seronok beb bila mengenangkan kisah dulu.




No comments: