MAri KIta Berchatting

Tuesday, 15 September 2009

Hanya Sebuah Nukilan 3

Setelah dua hari aku berada di rumah, malam isnin aku pulang ke universiti. Setelah bersalaman dengan ibuku, abah menghantarku ke terminal bas. Aku bergerak ke utara pada waktu malam kerana hanya waktu itu sahaja tiket bas ke utara ada. Bas bergerak meninggalkan kampungku. Sepanjang perjalanan, aku lihat jalan sentiasa sibuk dan kenderaan berpusu-pusu untuk pulang ke tempat masing-masing.
Almaklum, hari itu cuti perayaan krismas dan bagi yang pulang ke kampung, waktu inila peluang terbaik untuk pulang ke rumah masing-masing di bandar. BAs bergerak laju membelah angin malam. AKu kadang-kadang mengelamun seketika mengenangkan apa yang aku lalui selama ini.
"okey semua, kita rehat selama 30 minit di sini," teriak pemandu bas.
Terkejut aku dibuatnya. Setelah membetulkan posisi dan mengeliat aku turun dan ke tandas. Laju juga bas ini,dah sampai Slim River dah.Bisik hatiku sambil membelek jam di tangan yang menunjukkan pukul 2 pagi.

Setelah 30 minit berlalu, bas menyambungkan perjalanannya. Aku terbangun dari tidur setelah bas melalui tol Juru. Aku dah tak boleh lelap lagi. 30 minit kemudian aku sampai di terminal bas di Pulau Pinang dan turun di situ.

Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering. Siapa pulak yang telefon pagi-pagi ni.Jam baru menunjukkan pukul 5.30 pagi.

TO BE CONTINUED


No comments: