MAri KIta Berchatting

Monday, 7 September 2009

Petua orang2 dulu

1.Meredakan Batuk.
Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.

2. Pening Kepala
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.


3. Segarkan Mata:
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.


4.Mengurangkan Dengkur:
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.


5.Gigi Putih
Wajah yang cantik akan lebih kelihatan lebih menarik dengan secebis senyuman. Namun yang lebih manis lagi jika senyuman itu turut di iringi dengan gigi yang putih dan sihat. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.


6.Demam Selsema:
Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.


7. Susah Hadam:
Rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.


8.Serangan Angin:
Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu.kacau dan minum campuran itu setiap hari.


PEtua2 orang2 dulu memang elok diamalkan..insyaallah ia elok utk kesihatan kita..ada banyak lagi petua2 yang akan menyusul...tungguuu

No comments: