MAri KIta Berchatting

Sunday 10 July 2011

Disaat Aku Mencintaimu



Sambil layan lagu ni,entah mengapa aku rasa tersentuh dan berulang kali aku menekan butang play. Aku tau korang pun pernah merasa bagaimana menyintai dan bercinta dengan seseorangkan? Bagaimana keadaan korang masa tu?makan tak lalu,tidur tak lena,mandi tak basah?

Seperti orang lain aku juga tidak dapat lari dari perasaan itu. Lebih-lebih lagi bila kita lihat tau keadaannya. Aku teringat kisah 6 tahun lepas. Saat ketika aku mula2 mengenali dia. Damn it, memang comel de..serius..cuma ketika itu aku rasakan hanya ingin berkawan seperti orang lain. Almaklumla,sunyi saat itu de..kenal punya kenal,bertukar2 telefon,sms,keluar ke sana sini akhirnya aku buat keputusan untuk mengambil dia sebagai bakal isteriku. Korang bayangkan ketika saat manis itu. Seronokkan?samalah macam korang bersama dengan orang tersayang.Camner?Seronokkan? Niat aku masa itu cuma satu..tanggungjawab,dan nak jadikan dia yang terbaik. Pasang surut dalam perhubungan itu dah jadi asam garam dalam perhubungan,betul tak?apa2 pun ketika itu memang aku sangat mencintai dia,sehinggakan apa yang membuatkan dia cemburu aku tak buat.Sebab aku ni memang ramai kawan perempuan. Just a friend,so untuk menjaga hati dia aku kurangkan dan ada sampai satu masa kawan aku rasa pelik. Apa nak buat,untuk orang tersayang masa tu. Tapi entahlah..mungkin tidak ada jodoh untuk kami..kini aku keseorangan dan sentiasa menanti saat2 bahagia untuk aku bersama2 hidup dengan orang tersayang.

Tapi disudut hati aku,aku berharap yang dia akan sentiasa menyintai aku walaupun ketika itu dia dan aku tidak bersama kerana aku tau,ketika saat indah kami merupakan memori yang tidak dapat kami lupakan. Apa2pun aku dapat banyak pengajaran dan pengalaman.

1. Jangan terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti milik kita. Biarlah memberi sekadar yang perlu.

2. Perit untuk menerima kenyataan yang dia memang bukan milik kita,tapi sesunggunya kita tau mungkin ada yang lebih baik untuk kita.

3. Jadilah diri kita yang sebenar ketika berjumpa dengan orang yang kita suka,berlakon tu boleh tapi jangan terlampau over. Sebab untuk sesuatu perhubungan jangka panjang,kejujuran,keikhlasan dan kepercayaan adalah penting.

4. Sentiasa dekatkan diri dengna Allah, sesungguhnya semua ini milik Allah,kita pohon padaNya untuk memberi kita yang terbaik untuk diri kita.

1 comment:

ZWAN SABRI said...

Betollah... mmg best lagu niii.. syok dengar.. ;)

MySuaraBlog: Lelaki, Jom Kita Bersosial