MAri KIta Berchatting

Sunday, 28 August 2011

Speechless~~

Hai readers and pembaca misteri yang gagal meninggalkan jejak..
Hah,selamat hari raya,
camner dengan persiapan raya korang..
ok?dah siap semua?
aduii..dah nak raya kan?
jap jek rasanya..pejam celik pejam celik..
errm..actually sepanjang ramadan
aku rasa sayu,sedih,nak nangis pun ada
kenalak dengar lagu Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad..
peh...
tapi air mata ni tak nak lak turun membasahi pipi aku yang gebu ni.
Ni dah nak raya lagi laa.
tahun ni aku rasakan betapa raya kali ni tak berapa bermakna
tanpa orang yang amat aku sayang.

Jika esok 1 syawal,maka genaplah 6 tahun ibu aku meninggalkan kami sekeluarga
MAk..selamat hari raya maaf zahir batin...
di syawal tahun ini juga aku tidak dapat berkongsi perayaan ini dengan orang tersayang
apa2pun aku harap dia gembira dengan apa yang dia lakukan.
Semoga dia sentiasa tabah dan kuat tuk tempuhi semua ini.
Dan andai dia membaca blog ni
ketahuilah aku amat menyayangi dan merinduinya.

Aku pun tak tahu aku kuat ke tidak untuk tempuhi raya ni nanti
Airmata ni aku dapat rasakan dah lama berkumpul cuma..
menanti tuk turun membasahi pipi..Ntahla
Aku tak tau how to explain
aku tak tau bagaimana nak ku katakan..
speechless..
apapun aku harap diri aku ini dapat menempuhi hari2 mendatang,
Ya Allah,bantu diri aku,dan keluargaku..





Selamat Hari Raya

Assalamualaikum WBT..
Pertama sekali aku nak ucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang untuk merasai hari raya kali ini. Pertama kali juga untuk sekian kalinya aku beraya di rumahku sendiri di Segamat.
Dan untuk sekian kalinya aku berasa amat sedih dan sayu umpama tidak bermakna raya aku kali ini.

Dikesempatan ini aku ingin memohon maaf zahir dan batin kepada si dia andai ada terguris hati,terkasar bahasa dan membuatkan dia sedih..maaf ku pinta. Dikesempatan ini aku juga ingin menyatakan betapa aku sentiasa merindui dia,menyayangi dia,dan menyintai dia..raya kali ini tidak bermakna tanpa dia disisi aku. Apapun aku harap dia gembira dengan apa yang dia lakukan,apa yang difikirkan dan apa yang diputuskan. Terima kasih kerana menjadi cintaku yang mngkn sukar dcari ganti, terima kasih kerana menjadi cinta sejati pertamaku, terima kasih kerana sntiasa sabar dengan kerenahku, terima kasih kerana sentiasa memberikan kebahagiaan kepadaku dan terima kasih untuk semuanya..Aku juga ingin memohon maaf kepadanya andai selama ini aku ada tidak menyatakan aku sayang kamu kerana hati ini terlalu excited menyayangimu sehingga kelu lidah tuk mengucapkannya..diri ini amat menyayangi kamu.. Ampun maaf dipinta. Selamat hari raya.

Dengan peluang yang ada ini aku juga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada bapaku. Anakanda memohon ampun dan maaf andai selama ini mengguriskan hati ayahanda. Namun hati ini saja yang tahu betapa anakanda amat menyayangi kamu. Segala apa yang ayahanda lalui harap tempuhinya dengan sabar dan tabah. Anggaplah ia cubaan dan dugaan dari Allah. Semoga sentiasa menjadi ayahanda yang terbaik buat anak2. Selamat hari raya abah..

Kepada semua rakan2,skandal2,kekasih2 gelapku..ampun maaf dipinta andai ada terkasar bahasa terguris perasaan..tiada niat dihati untuk membuatkan kalian kecewa,sedih,dan negatif thinking..Selamat hari raya..

Dan kepada bakal isteriku yang aku tidak tahu dimana ia berada, Selamat hari raya maaf zahir batin. Maaf tahun ini abang tak dapat nak beraya bersama,Insyaallah tahun depan....kirimsalam kat mak abah ye..:)

Kepada semua.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Selamat hari raya.




Saturday, 20 August 2011

Suara seorang Rakyat

Assalamualaikum dan selamat pagi readers and stalkers..
Actually aku terdetik nak meluahkan sesuatu atau mungkin satu pandangan seorang rakyat Malaysia.
Nah..sebagai seorang rakyat sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti dibawah...dan sebagai sebuah negara yang memberi kebebasan bersuara..macam kat bawah ni..kot?
aku terpanggil memberi pendapat setelah desas desus mengenai larangan membaca Al-Quran diwaktu pagi sebelum azan yang kini menjadi topik hangat. Aku sebagai umat islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya rasa seperti.."eh,kenapa dulu tak macam ni..kenapa baru sekarang?"

Ok..aku tak nak membebel panjang lebar pasal perkara itu. Cuma disini aku cuma nak beri pendapat la..jika bacaan al-quran dan mungkin suatu hari nnt laungan azan juga diharamkan..aku nak..

1. orang cina dilarang membakar kertas2,colok kecik atau besar macam kat bawah ni
Mesti korang tanye kenapa pulak..tul? hah..korang tau kan lapisan ozon kita semakin nipis..nampak tak senang2 diorang bakar dikawasan terbuka..asap berkepul2 naik keudara.. kalau time ribut ke apa ke nanti dibawanya benda2 tu ke rumah2 jiran2 tak ke boleh terbakar?
Disamping itu bau yang kadang2 menusuk hidung dan memberi ketidakselesaan kepada kita juga meyakinkan aku kalau diorang boleh membangkang pembacaan alquran yang kononnya menggangu mereka..aku pun nak cakap yang diorang pun ganggu aku gak..


2. Diharap orang india tidak mengadakan perarakan yang menggunakan gendang2,perhiasan2..kavadi..melarang penggunaan loceng dikuil.
korang tengok camner diorang berkavadi..nak tengok...??
So bahaya untuk budak2..dahla budak2 sekarang semakin senang terpengaruh..bahaya..


Apa2pun aku sebenarnya bukan nak menaikkan kemarahan sesapa atau menujukan kemarahan kepada sesapa..ini adalah sebuah pandangan kerana bagi aku sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk perlu ada sifat toleransi,hormat menghormati. Selama ini aku tak pernah dengar orang melayu pergi padamkan colok orang cina, orang cina pergi amik loceng orang india.takdekan?
Jadi aku harap kemakmuran dan kesejahteraan yang kita miliki selama ini tidak disiakan.
Sebagai seorang rakyat Malaysia kita harus bangga kerana negara kitalah sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa tetapi hidup aman dan damai..
tak berpecah belah dan perang sana perang sini. Dan pada mereka yang terasa atas apa yang aku luahkan ini aku memohon maaf kerana tidak terdetik untuk aku menghina sesapa. Ia sekadar renungan kita bersama. Yang jahat dan lemah itu datang dari aku sendiri dan yang baik datang dari Allah. Semoga kita menjadi seorang rakyat yang dapat menjaga negara kita dari pelbagai anasir luar dan jahat dan kita haru s bangga menjadi rakyat Malaysia. AKU BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA DAN AKU BANGGA MENJADI SALAH SEORANG RAKYAT YANG NEGARANYA BERBILANG BANGSA DAN AGAMA...MALAYSIA..TERBAIKKKKKK!!!

TANAH TUMPAH DARAHKU.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54

MERDEKA 3x







Tensionn dooohh..



Argghhh....tensionnyaa..
sangat2 tensionn..
err..kenapa tensionnn
sebab aku dah lama tak update blog ni..
plus aku takde idea apa nak dipostkan
tu yang tension tu...pehh..
kalaulah dapat pegi massage cam pic atas ni..best gak kan..
erm..tolonglah idea..plzz come...:(







Wednesday, 17 August 2011

17.8.2011

Tu dia tajuk entry dah macam IP ADRESS kan?
anyway tarikh 17.8.2011 atau bersamaan 17 ogos 2011 merupakan satu tarikh yang amat memilukan aku kini dan menggembirakan aku dulu.
17.8.2011 cukup 6 tahun aku mengenali si dia..anniversary laa senang..

seronok ooo time tu...17.8.2005..
6 tahun kan?if ada anak dah boleh hantar ke tadika da..:P

Sungguh malam indah
malam pasar ria
aku bertemu si dia
senyuman yang manis
mengoda di jiwa
aku terpersona

tapi aku malu
nak tanya namanya
sebab belum kenal dengannya
hanya aku saja
yang memendam rasa
pada si dara jelita


Lirik lagu malam pasar ria..bkn lirik yang aku buat..
eh eh..korang mesti tanye..ada kene mengena ke?
mestilaa ada..
di pasar ria la aku dapat no hp dia..
hehehehe..dari situ terus segala keindahan dan kepahitan dilalui bersama..
Apa2 pun aku tak mau nak ulas panjang sebab aku taknak menitiskan airmata
untuk mengenangkan kisah2 yang memberi banyak makna pada diri aku.
Apa pun kepada si dia jika dia baca blog aku..
Happy anniversary yang ke 6..

Semoga kamu sihat dan sentiasa sihat..


Renovate Umah..



Jeng jeng jeng..
hoyee..da nak siap da renovate umah..
memandangkan rumah aku mempunyai ketinggian yang berlebihan..
bapaku yang tersayang mengambil inisiatif dan dengan rundingan dari pihak consultant(akulaa)
maka..kami sebulat suara bersetuju membina satu lagi ruang di bahagian atas(ceiling)
so..fasa 1 suda hampir siap di mana tinggal lagi 90% utk siap..
fasa 2 dan terakhir akan bermula selepas raya..
wahh..x sabar nak lihat bila semua da siap...
:)

terbaikkk





Friday, 12 August 2011

Dapat Kad Raya

Thanks Kepada Group Sahabat Blogger..wahahaa..1st kad raya i received this year..thankss againn

Kisah Bulan Pose

Salam readers..
pejam celik dah 2 minggu kita berpuasa kan?
Kenangan di bulan puasa terutama ketika mula2 belajar berpuasa memang tak dapat dilupakan.
Bagi aku,aku start berpuasa ketika umur 8 tahun.
Ketika itu aku selalu disogokkan dengan sesuatu seperti

1. Kalau puasa tak penuh abah dengan mak tak nak beli mercun atau bunga api.
2. Kalau puasa penuh dapat RM10(masa tu RM10 tinggi oo nilainya)

Aku masih ingat lagi suatu ketika tu,mak aku ajak aku pegi bazar ramadan. Masa tu memang aku tak larat tahap terbaik punya. Mak aku pancing ajak ke bazar..

"Dik,jom pegi bazar,nanti mak belikan bunga api kucing.."

Kitorang pegi la ke bazar..selepas beli juadah2 berbuka aku pun dapat lah apa yang dijanjikan.
Sampai jek kat rumah dah time berbuka..aku apa lagi teguk air sebanyak2nya. Dengan perut yang kosong..korang mesti tau apa yang terjadi kan? Nah..muntah berlelah...banyak lak tu..
Aduii..abis juadah berbuka aku...

Tapi sejak itu,aku dah semakin ok dan tahan berpuasa sehingga hari ini..behehehehhe..

Wednesday, 10 August 2011

Bulan Mulia

Hai readers and stalkers..
salam..
cakk!!
korang puasa ke tak?baik cakap tul2..
anyway..hari ini berlalu seperti hari2 biasa
namun sepanjang bulan ramadan ni..
aku mengharapkan sedikit kebaikan yang bakal aku perolehi
tidak kirala sama ada dalam bentuk fizikal atau rohani
menjadi lebih baik dari sekarang memang menjadi idaman setiap manusia
betulkan?
aku pun tidak terkecuali untuk menjadi lebih baik
terutama dalam mengharungi bulan yang mulia ini
apa2 pun memang setiap kenangan di bulan ramadan
sentiasa menghantui aku..
setiap minit,setiap waktu..
Ya Allah apakah ini semua Ya Allah..
Kuatkan hati ku dan tabahkan hati ku
Kuatkan imanku dan jadikan aku hambaMu yang soleh..
Aminn~~

Tuesday, 9 August 2011

Contest Bola EPL

Bola Bola Bola..
Satu contest bola EPL akan bermula khas untuk anda blogger2..apa lagi..
jangan risau..ada hadiah tu...mana la tau kalau menang dapat gak sedikit habuan kan..
Apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada myvbru.com di atas keikhlasan menjadi rakan kongsi contest "bola-bola blogger" ini. Semoga dengan keikhlasan pihak anda di balas dengan rezeki dan visitor yang melimpah ruah...

Hadiah- hadiah :

1) Cash RM180 dari Myvbru.com

Tempat pertama = RM100

Tempat ke-2 = RM50

Tempat ke-3 = RM 30

Opsss..sementara ni, hanya itu lah hadiah yang ada..dan hadiah akan berubah mengikut sponsor..So, kalo ada yang sudi untuk sponsor kontest ini amat hargai dan berterima kasih.

*** P/S: Kepada dermawan-dermawan di luar sana, jika berminat nak sponsor kontest ini, sila email di hornet407@gmail.com

So,sesapa nak join contest ni leh ikut langkah2 seperti di bawah..

) Mesti lah menjadi rakan Facebook Myvbru.com ( sebab saya akan update team ranking setiap minggu di FB Myvbru..so, LIKE -like -like..hehe)

2) Daftar kan Fantasy EPL team anda di SINI . Then pilih dan buat team kegemaran anda sendiri. Dan ini paling penting, semasa daftar kan nama pasukan anda, sila letak domain / nama blog anda sebagai nama team korang supaya ia identiti dan mewakili blog anda. Dan senang jugak untuk saya review dan update ranking setiap minggu…takut nanti salah orang plak kan..hehehe..

So, complete kan team anda seperti di bawah ni:

3) Untuk join liga kontest ini, di bahagian ” League “ klik ” Join League ” dan masukkan kod ini untuk join liga kontest ini: 1319308-296474

4) Update team anda sebelum perlawanan EPL bermula pada setiap minggu dan ikuti point dari masa ke semasa.

5) Tarikh pertandingan : start dari 13-Aug-2011 sampai akhir musim EPL2011/12..lama jgk..hehe

5) Buat entry khas untuk kontest ini dan update status anda di ruangan komen. Di dalam entry korang tu, WAJIB letak ucapan ini :

Terima kasih kepada Myvbru.com di atas keikhlasan untuk menjadi rakan kongsi kontest “bola-bola blogger” ini..semoga dengan keihklasan pihak anda di balas dengan rezeki dan visitor yang melimpah ruah..

So, update untuk jadual perlawanan minggu ini (13 & 14 Aug 2011).

Monday, 8 August 2011

Renungan Di Bulan Puasa..:P







Prank Video- Kalaulah kat Malaysia

salam readers,jom layan video prank kat bawah ni..
serius lawak...kalau lah kat Malaysia camner erk?
Jom..








Sunday, 7 August 2011






speechless

Kisah Di Bazar Ramadan

Kelakar pulak selama aku berniaga di pasar ramadan@bazar.
Hampir seminggu dah rupanya.
Macam2 kerenah aku tengok.
Tapi yang best bila time pukul 5.30 - 7 ptg.
Memang best,terbaik deboom laa..

"Abang2..adik2..rapat2..air air air,air bandung, bandung bandung," Teriak team tapak 68
"Murtabak ayam,murtabak daging,panas panas panas..." Memekik makcik depan gerai aku tu dengan suara yang haluss jek..

" Otak2..panas2..bakso bang,meesupppppp aaadikkkk maniss, bihun sup.." aku memekik sambil dibantu abang aku..

" Lauk bang..ikan daging sayur smua ada.." tEAM SEbelah pulak memekik..

Peh..dah macam apa da time tu..dengan manusia semakin ramai..sampaikan gerai yang pasang lagu2 hndustan pun dah tak kedengaran lagi..hehehe..

Best oo time tu..seronok gile..

Siapa Yang Bertangunggjawab?

Salam.
Terkedu aku membaca satu artikel dari sahabat blogger mengenai rasuah orang susah.

Sila baca di sini untuk artikelnya.

Memang seperti yang kita umat islam ketahui, sejak akhir2 ini golongan2 dari gereja banyak memainkan peranan mereka kepada umat islam terutama bagi golongan muallaf,miskin dan para remaja. Perasaan aku bercampur baur melihat betapa mudahnya golongan2 ini menerima habuan yang pada aku ada udang disebalik batu. Sedih, geram,kecewa dan rasa muhasabah diri.

Secara amnya,timbul persoalan dibenak hati aku..

KEMANAKAH WANG ZAKAT YANG DIBAYAR OLEH KITA?BUKANKAH IA SEPATUTNYA MILIK GOLONGAN2 FAKIR MISKIN DAN YANG SEPATUTNYA MEMILIKI?

Pembongkaran kisah2 seperti ini memberi pro dan contra nye kepada kehidpan kita sebagai umat islam khasnya.
Disitu kita dapat lihat betapa kejamnya mereka2 ini mengambil kesempatan atas kesusahan orang,kekeliruan fikiran manusia dengan memberi sedikit habuan. Secara tidak langsung,golongan2 ini akan mudah terpengaruh dan dengan mudah akan menukar agama dek kerana ingin mengejar kemewahan dan kesenangan di dunia..Nauzubillah..janganlaah..kuatkan iman mereka dan umat islam Ya Allah.

Kita sedia maklum,kebanyakan kita manusia selalu jek mengambil jalan mudah untuk mencari kesenangan. Betul? Memang rezeki ada di mana2..tapi kita kenalah usaha. Kita usaha,doa dan tawakal. Dan memang kita tau kebanyakan dari kita walhal diri aku sendiri kadang2 tidak bersyukur dengan apa yang ada,merungut jika itu tidak kena dan tidak mengikut apa yang kita kehendaki. Ya Allah,ampunilah aku. Sebagai umat islam,seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin Allah nak menguji hambaNya dengan kesusahan di dunia,tapi di akhirat akan mendapat kesenangan yang berlipat ganda. Yang penting kita hambaNya tidak lupa kepadaNya. Ada hikmah disebalik setiap ujian dan cabaran yang Allah berikan kepada kita. Kesenangan tu pun adalah salah satu ujian untuk menguji sejauh mana diri kita menempuh kesenangan yang Allah beri.

Berbalik kepada artikel itu tadi..aku ingin meminta pendapat korang laa..sebenarnya..siapa yang harus dipertanggungjawab dalam hal2 sebegini..?
Bagi aku.diri kita sendiri..kerana tanpa keimanan yang kuat semua ini kita tidak mampu untuk menempuhnya. Syukur dengan apa yang Allah beri dan yakin sesungguhnya rezeki itu ada di mana2 dan berusaha kerana Allah. Insyaallah...semua akan ok..

Apa2 pun yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri aku KP sendiri.. Marilah kita muhasabah diri dan bersama2 membantu umat islam. Jika tidak dengan kudrat dan benda,cukuplah dengan doa.




Saturday, 6 August 2011

Alhamdulillah 2

Salam readers..camner pose?ok kot?
Alhamdulillah mungkin hari ini rezeki agak baik
Semua jualan baik bakso,mee sup,bihun sup abis dijual..Alhamdulillah
Sold Out kata orang putih..
Semoga Allah murahkan rezeki kami dan menambahkan pahala kami dibulan mulia ini.
Tak lupa juga meneguhkan iman kami yang memang kekurangan.

Apa2pun..hari ini aku banyak termenung melihat gelagat orang ramai di bazar tadi.
Macam2 kerenah..suka pulak aku tengok gelagat diorang.
Ramai juga la rakan2 yang datang tadi..

Apa2pun aku tengah sedih ni..
Baru lepas tengok cerita 100 hari kat TV1 dan cerekarama tv3
:(

Friday, 5 August 2011

Andai Itu Yang Telah ditakdirkan

Ramadhan dah masuk hari yang keenam..
Pertama kali aku memohon maaf andai ada yang terasa dan ada yang emo atas apa yang aku tuliskan di blog aku ini.
Bukan untuk mengaibkan,bukan untuk memalukan dan bukan juga membangkitkan kemarahan sesapa..cuma ingin memberi peringatan,pengajaran,teladan kepada diri aku sendiri khususnya dan kepada korang amnya. Jika selama ini ada yang terguris..ku mohon sepuluh jari memohon maaf..
Kadang2 kita manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan..
Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri aku sendiri.
So andai kata aku terkasar bahasa selepas ini,andai aku membuatkan kamu semua terguris,aku mohon maaf awal2..=)

Entri aku kali ini aku cuma nak kongsi dengan korang mengenai diri kita sendiri.
Pernah tak korang terfikir untuk kembali kepada masa2 lalu??takde?tipulaa korang..
Yup,sebagai manusia sesungguhnya aku bersyukur atas apa yang telah Allah berikan..dan sebagai manusia juga aku tidak dapat lari dari memikirkan hal2 yang tidak sepatutnya aku fikirkan seperti kembali ke zaman dl..Korang nak tau tahun bilakah jika diberi peluang untuk aku kembalikan?
2005
Tahun ini merupakan titik perjalanan dan hala tuju aku sekarang. Bila difikirkan sejenak,jika dapat dikembalikan ke zaman itu,macam2 dapat aku lakukan supaya tidak menjadi seperti sekarang. Banyak agenda berlaku pada tahun itu. Suka duka pahit manis semuanya bermula ditahun itu. Andai aku dapat melangkah dengan betul ketika itu,aku rasa aku tidak seperti sekarang..

Aahhh..apa yang perlu aku takutkan..6 tahun dulu perkara yang dah lepas..sekarang 2011..
fikirkan ke depan. Jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Keutamaan aku selalunya adalah untuk jangka masa panjang. Aku selalu memikirkan hal2 sedemikian. Contohnya,jika aku nak beli kereta baru,pertama sekali aku fikir adalah keluarga@isteri,cukupkah makan minum pakaian,hutang itu ini lagi..isskk..banyak laa.Kadang2 aku sampai tak terfikir untuk diri sendiri. Adoiii..so camner tu..??
Namun aku memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana aku masih boleh berfikiran waras dan mampu untuk menempuh segala dugaan dan cabaran di muka bumi ini. Dan sempena bulan yang mulia ini aku berharap aku dapat menjadi seorang yang teguh imannya dan menjadi muslimin yang diberkati Allah.

Thursday, 4 August 2011

Alhamdulillah

"Bang,bakso ada?"
"Maaf dik,bakso dah abis,tinggal mee sup jek ni..tu pun ada 2 lagi tu.."

Alhamdulillah,rezeki kami untuk hari ini. Perniagaan di bazar agak laris. SOLD OUT..
Thanks to Allah. Moga esok dimurahkan rezeki kami lagi..syukur alhamdulillah.

Walaupun cuaca agak mendung dan redup tapi itu tidak mendatangkan masalah kepada orang ramai yang berpusu2 ke bazar ramadhan petang tadi. Alhamdulillah...

Apa2 pun minggu ini batuk aku masih belum sembuh,ubat dah abis da..rasa malas nak pegi cek lagi. Erm..bila puasa ni aku teringat beberapa kisah yang sentiasa difikiran aku.

"Awak,nak buka apa hari ni?"Si Lelaki memulakan bicara.
"Kita berbuka kat luar la,erm..kita singgah bazar dulu nak..nak tengok lauk2 tuk sahur nanti." Si Gadis menjawab.
"OK."
Hampir setiap hari mereka ini berbuka bersama dan hampir setiap hari mereka sahur bersama. Seronoknya kan masa tu..
Anyway..itu sekadar selingan saja..
sebab sepanjang dibazar,bermacam ragam dari suami isteri,pasangan kekasih,family dapat dilihat. Teringatlak masa aku dengan seseorang...~~

mood: murung







Wednesday, 3 August 2011

Whatever~~~

Kehidupan yang semakin mencabar membuatkan fikiran aku bercelaru,lembap dan tidak boleh membuat keputusan dengan cepat. Itulah aku kini. Aku pun tak tahu sejak bila. Kemurungan dah menjadi tabiat aku dah..
Adakah ini dinamakan kekecewaan.

Aku ada terbaca artikel menyatakan bahawa seorang lelaki memang pandai menyimpan emosi mereka. Ye ke? Aku teringat kata2 makcik aku..
" Alaa ngah,suka dan ceria diluar jek kamu tu,dalam merana pelbagai"
Yela tu makcik...huhuhuhu

Aku pegi ofis tempoh hari pun cakap..
"Ko ni napa hah?tak makan ke apa..kontraktor tak bagi makan erk..kurus bebeno ni"
Selamba jek aku jawab..
"Aku inject..(terus wat gaya cam orang hisap dadah tu)"
Kitorang terus gelak

Nak kata aku tak makan,punya la banyak..nak kata turun berat badan tu..ada lah sikit2..
Ntahla,apa2 pun aku akan tetap teruskan kehidupan aku seperti biasa.
Cuma aku masih belum kuat dan bersedia dengan apa yang aku hadapi sekarang..pehh..





Tuesday, 2 August 2011

~~Selamat Berpuasa~~

Salam readers.
Rasanya belum terlambat untuk KP(kemarau panjang) mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan
dan semoga mendapat keberkatan yang kita kehendaki.
KP dibulan ramadhan ini mengambil kesempatan berniaga di bazar ramadhan di Bandar Utama Segamat. So sesiapa yang berada di Segamat silalah ke bazar 66.
KP menjalankan perniagaan menjual bakso,otak2,nasi ayam penyet dan macam2 lagi.

Apapun dibulan ramadhan ini terselit sedikit kepiluan dan kehibaan pada diri KP.
Pertama sekali semestinya menyambut bulan mulia ini tanpa orang yang tersayang.
Secara rasminya inilah kali pertama tapi tahun lepas KP pun tidak dapat bersama dengannya kerana KP di segamat si dia di N9.
Now,terselit beribu kenangan antara KP dengan si dia.
So sad..setiap hari lebih2 lagi disaat begini memang KP sentiasa mengingati dia.
Yela..banyak kenangan..Almaklum...
Apa2pun KP harap dia sihat walafiat dan berharap dihari mulia sebegini dia mendapat apa yang dia kehendaki...Amin~~

Akhir kata KP mengucapkan selamat berpuasa sekali lagi..dan jangan ponteng2..:P